The first 200 lines.
BERDASARKAN KEJADIAN SEBENAR
INWOOD, BANDAR RAYA NEW YORK, 1967
KEJIRANAN DI MANHATTAN UTARA
Terima kasih, Kolonel!
Maaf. Hei, tolong. Jaga-jaga!
- Untuk awak. - Saya cuma kata,
saya tak ingat kali terakhir Chickie bayar bir.
Jadi, awak nak kata saya kedekut?
Tak, dia kata awak menumpang. Mana duit baki saya?
Terima kasih.
Biar betul?
Hei, Noodle.
Apabila saya dapat banyak duit, siapa bayar lebih banyak selain saya?
- Tiada siapa. - Betul.
Tapi dah tiga bulan awak tak berlayar. Fikirlah sendiri.
Pergi bar Shilling pun tak boleh sebab dia tak bayar!
Hei, mengarutlah! Saya tak boleh pergi Shilling lagi
sebab adik-beradik Keenan selalu ke situ.
Mereka masih bengang awak ganggu adik perempuan mereka?
Entahlah. Saya tak nak tahu.
Hei, siapa pilih lagu teruk ini?
Saya. Saya suka lagu ini.
Saya pun suka.
- Lagu ini teruk. - Tidaklah hebat sangat.
Hei, Kolonel! Satu pusingan lagi!
Sudahlah, Donohue. Dah tiga minggu awak tak bayar.
Bukan saya yang bayar! Tapi Brendan!
Budak bertuah!
Jangan berhenti hidang!
Hei.
Bangunlah, pemalas! Cepat.
- Okey, saya dah bangun. - Kamu tak bangun pun!
Upacara berdoa pukul 11:30 dah bermula 10 minit lalu. Bangun, Chick!
Saya dah pergi pukul 5:00 semalam.
Mengarut. Mak dan ayah yang pergi.
Kamu cuma kuat tidur.
Dah mati nanti saya jagalah.
Aduhai, Chickie! Upacara dah bermula!
Bangun!
SUNDAY NEWS LBJ RAYU BERSATU DALAM PERANG
- Kamu buat apa malam ini, Chickie? - Awak pun tahu.
Setiap malam sama saja.
Pergi minum arak, tidur sepanjang hari. Dia "Chickie Si Periang." Tentu seronok.
Oh, Tuhan. Berleter lagi.
Bukan senang jadi marin dagang, okey?
- Sudahlah. - Tugasnya susah.
Kasihan, Chickie.
Jadi, ini saja masa untuk saya berseronok dan berehat sekejap,
macam profesor ketika cuti musim panas.
Oh, ya. Kamu profesor dan nenek kamu Ratu Cantik Amerika.
Sudahlah. Nak bergaduh lagi?
Beginilah! Ini rumah saya. Dia perlu ikut peraturan saya!
Kalau nak mabuk dan tidur sepanjang hari, mungkin dia patut cari rumah sendiri.
Okey. Saya akan pindah keluar.
Membazir duit saja, Chickie.
Kamu selalu berlayar.
Catherine, jangan manjakan dia.
Semasa sebaya kamu, ayah buat dua kerja, ada tiga anak dan seorang isteri.
Jadi, salah saya ayah buatkan mak hamil semasa bersekolah tinggi?
- Hei! - Chickie!
Kami dapat anak selepas berkahwin!
Sudahlah, mak.
Kamu berkahwin bulan Januari. Gerard lahir bulan Jun. Tak masuk akal.
- Ketika itu tahun lompat. - Apa?
Apa maksudnya?
Gerard lahir awal. Itu maksudnya.
Biasa berlaku dalam kehamilan pertama.
Johnny Knopf dah mati.
- Tak mungkin. - Saya terjumpa Judy Byrne.
Dia kawan baik adik Johnny, Mo.
Tapi dia baru saja sampai sana.
Apa-apa pun, keluarganya patut rasa bangga. Dia mati sebagai wira.
Bagaimana ayah tahu?
Bagaimana ayah tahu?
Sebab dia mati demi negara. Ayah tahulah.
Mati demi negara untuk apa?
Hei, Christine. Ini bukan masanya.
Jadi, bila masanya?
Kita tak tahu pun sebab kita bertempur di sana.
Oh, Tuhan. Awak pernah terfikir
negara kita sedar tindakan mereka
tapi mereka cuma tak beritahu awak saja?
LBJ tipu kita! Dia tak mengaku ini peperangan!
- Semua orang menipu, Christine. - Mereka memang menipu!
Christine, cukuplah.
Ya, mak. Memang cukup.
Lapan pemuda dari kejiranan ini dah mati.
Berapa ramai lagi perlu mati supaya kamu semua sedar?
PUB DOC FIDDLER
Anak perempuan ibu muda ini ditembak
semasa berbasikal bersama bapanya.
Di jalan awam, di sebuah perkampungan kecil.
Semasa hari yang cerah dan indah.
Dia akan mati dalam masa sejam…
Knopf tak patut berada di sana pun.
Dia dan bapanya dapat pengecualian supaya dikerah pada usia 17 tahun.
Oh, Tuhan. Kenapa awal sangat?
Sebab dia berkhidmat demi negara.
Betul cakap awak.
Mengarut betul. Ia tak patut disiarkan.
Kalau zaman saya dulu, hal ini tak dibenarkan.
Semasa zaman awak, tak ada TV.
Ya. Lebih bagus begitu.
Peperangan bukannya program TV. Ia realiti.
Orang Amerika pula tak boleh hadapi realiti?
Tak boleh. Mereka tak patut hadapinya pun.
Tunjukkan mayat-mayat askar, lelaki kudung tangan dan kaki
dalam TV di rumah kita
takkan membantu sesiapa pun.
Jika mereka siarkan Pertarungan Bulge dalam TV,
tentu kami akan mengalah selepas tiga hari.
Tapi kami tak mengalah. Kami bertahan, serang mereka dan kami menang.
Waktu itu keadaan berbeza. Perang yang berbeza, Kolonel.
Awak di pihak siapa, Noodle? Awak berpihak kepada mereka?
Saya akan halau awak dari sini.
Aduhai, Kolonel. Hari ini, awak kurang sabar.
Saya bukan kurang sabar. Awak yang cari pasal.
Oh, Tuhan. Saya benci semua ini.
Kenapa tak kebumikan saja cepat-cepat?
Mereka berlengah dan menyusahkan semua orang.
Tak guna.
Upacara ini untuk keluarga, bukan awak.
Mereka boleh berkabung sebelum kebumikan mayatnya.
Betul kata awak. Kita perlukan upacara ini. Ia penting.
Berkabung boleh membantu semua orang.
Aduhai, Danny. Awak selalu ubah-ubah fikiran.
- Awak cuma nak mengampu, bukan? - Tidak.
Saya cuba terima pandangan semua orang.
Macam anjing.
"Macam anjing"?
- Apa maksud dia? - Anjing tak menghakimi sesiapa.
Keluarga Minogue terima telegram pagi tadi.
Tommy hilang.
Biar betul?
Tak guna.
Bola masa akan dijatuhkan 10 minit lagi. Kita akan terlepas, Chick.
Jangan risau, Tommy. Tahun depan ada lagi!
Betul, tapi saya tak pernah tengok.
- Tak pernah tengok bola jatuh? - Tengok dalam TV saja.
Merepek.
Sumpah. Saya tak pernah tengok depan mata, Chick. Saya nak tengok sekali saja.
Okey, mari. Cepatlah!
Tak guna.
Kasihan Minogue. Dia baik orangnya.
Jangan cakap begitu. Dia bukannya mati.
Tommy pandai jaga diri.
Dia dan adik-beradik lelakinya pandai jaga diri, okey?
Tengok semua si tak guna itu.
Hei, LBJ! Berapa ramai pemuda awak bunuh hari ini?
Hei. Apa awak buat?
KOMUNIS YANG BAIK IALAH KOMUNIS YANG MATI
Berambus! Berambus, komunis tak guna.
HENTIKAN PEPERANGAN!
HANTAR ASKAR KITA PULANG
Hei! Berhenti! Apa awak buat?
Lilin itu melambangkan askar-askar yang terbunuh di Vietnam!
Maaf. Saya sangka ia lilin keamanan.
Awak ada masalah dengan keamanan?
Saya ada masalah dengan awak, murai!
Demonstrasi ini menjejaskan askar kita!
Apa kata awak pergi berkawad ke Kanada
dan jangan kembali ke sini?
Mari, Chickie. Mari pergi.
Biar betul?
Berapa ramai pemuda awak bunuh hari ini?
Hei, LBJ! Berapa ramai pemuda awak bunuh hari ini?
Hei! Mari pergi.
…lepaskan saya!
Apa awak buat? Balik sekarang!
Awak memalukan diri dan keluarga!
Saya dianggap memalukan sebab cuba selamatkan anak-anak Inwood?
Ya. Sebab semua ini tak membantu sesiapa.
Setidaknya, saya cuba pastikan mereka balik hidup-hidup.
Semua orang buat sesuatu, awak pula berdiam saja.
Berdiam?
Empat tahun saya berkhidmat, sejak berusia 18 tahun.
Awak cuma main poker di pangkalan di Massachusetts.
Awak tak berlawan, tapi cuma elak bayar arak.
Jadi, jangan pura-pura macam pergi berperang!
Sudahlah. Awak tak guna!
Mari pergi sekarang.
Saya tak nak ikut awak!
Saya akan berada di sini setiap hari selagi perang tak tamat,
sebab perang ini tak bermoral!
Jangan leteri kami tentang "tak bermoral", okey?
Esok, kami akan kebumikan Johnny Knopf dan Tommy Minogue hilang
tapi awak pula di sini bersama musuh?
- Tommy? - Boleh tak kita balik?
Jangan cemarkan memori Johnny sebegini.
"Cemarkan memorinya"?
Saya buat begini untuk memperingatinya, bodoh!
Saya tak nak tengok pemuda kita mati sia-sia lagi!
Sia-sia? Mereka mati untuk selamatkan kita daripada komunis!
Perang ini bukan menghalang komunis, tapi sebarkan pegangan imperialis!
Hei, bodoh. Diamlah!
- Awaklah diam! - Ya. Jangan heret kami dalam perang kamu.
- Fasis tak guna! - Awak masalahnya!
Perang saya?
Saya cuma pertahankan kawan saya, yang kalau nak tahu,
- ada di sana untuk lindungi kamu! - Tepat sekali!
No comments yet. Be the first to leave one.