Season 1

Release info

Captivating the King S01E11 1080p NF-Sinper
A Commentary by tankgo

Tags

1080
Published on: 2024-02-17
Downloads: 38
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

CAPTIVATING THE KING

EPISOD 11

Memandangkan dah jadi begini,

kita perlu beritahu Baginda Raja sebelum Ketua Utama.

Itu saja cara

untuk halang Putera Sulung daripada disyaki oleh Baginda Raja.

Baiklah.

Saya akan akui semuanya kepada Baginda Raja.

Jika awak menipu untuk sembunyikan niat khianat,

baginda akan jadi lebih curiga.

Biar saya yang buat.

Awak tolong

jaga Putera Sulung.

Awak nak tanggung semua kesalahan sendiri?

Sejauh mana awak nak malukan saya?

Jika ini pun awak tak boleh terima,

awak takkan dapat membantu Putera Sulung menaiki takhta.

Baginda Raja

akan bunuh awak.

Perlu korbankan sesuatu untuk lindungi sesuatu.

Jika perlu korbankan nyawa saya,

kita masih boleh selamatkan rancangan itu.

Tuan Park,

tuan nak masuk ke istana lewat malam begini?

Ada hal penting yang saya perlu laporkan kepada baginda.

Saya dah pandang rendah kepada awak selama ini, Bentara Keenam.

Apa maksud awak?

Puteri Jangryeong.

Bagaimana awak akan hadapi akibatnya nanti?

Ada apa?

Kenapa kamu ragu-ragu?

Adakah ini tentang identiti kamu?

Tidak, tuanku.

Bukan patik,

tapi Baginda Puteri.

Baginda Puteri? Puteri Jangryeong?

Orang yang sedang menuju ke Qing untuk mengahwini Putera Rui

bukan Puteri Jangryeong.

Tapi salah seorang dayang Puteri.

Kamu tahu tentang itu,

bermaksud kamu mengaku dah menukar Puteri?

Ya, tuanku.

Siapa yang arahkan kamu?

Patik tak buat atas arahan sesiapa.

Patik buat atas kehendak sendiri.

Beta dah putuskan

untuk kahwinkan Puteri dan Putera Rui

untuk mengekalkan penghantaran pulang tawanan

dan untuk mengelakkan perang.

Apakah alasan kamu menukar Puteri sedangkan kamu tahu akibatnya?

Disebabkan itu,

patik fikir patik patut tolong Puteri.

Dia merayu sambil menangis, tapi ditolak.

Dia akan terseksa dan sunyi kerana gagal lindungi orang tersayang.

Patik amat memahami perasaan itu.

Bagaimana Ketua Utama boleh tahu?

Inang Paduka Ratu

sedar Bun-yeong menghilang dan laporkan kepadanya.

Bun-yeong dayang yang menggantikan Puteri?

Ya, tuanku.

Siapa lagi yang tahu akan hal ini?

Patik,

Puteri dan Bun-yeong. Kami bertiga saja.

Putera Munseong tak tahu?

Puteri takkan rahsiakan

hal ini daripada satu-satunya adindanya.

Itu…

Kim Myung-ha pun tahu?

Berterus teranglah!

Kim Myung-ha tahu atau tidak?

Semuanya rancangan patik.

Patik pujuk Putera Sulung dan Bentara Keenam meskipun mereka larang.

Jenayah yang kamu lakukan ini

pengkhianatan besar terhadap beta

yang patut dihukum.

Kenapa kamu boleh mengaku?

Kamu fikir

beta tak boleh bunuh kamu lagi?

Kamu harap beta ampunkan kesalahan kamu sebab beta mencintai kamu?

Tak bolehkah patik fikir begitu?

Kesalahan patik terhadap tuanku

tak menjadikan cinta patik kepada tuanku itu palsu.

Ada apa-apa lagi yang beta perlu tahu?

Beritahu semuanya tanpa ada yang tertinggal.

Tuanku.

Khabar ini memang agak mengganggu.

Patik nak laporkan pengkhianat

yang sudah menipu tuanku dan istana.

Penipuan apa yang kamu maksudkan?

Bentara Keenam, Kim Myung-ha

diarahkan oleh Putera Munseong

untuk menggantikan Puteri Jangryeong dengan seorang dayang.

Utusan Qing, Podan, begitu berang

sehingga dia hentikan perjalanan dan tinggal di Gaegyeong,

menanti ketibaan tuanku.

Pengganti?

Kamu yakin?

Patik pergi ke Byeokjegwan tengah hari tadi dan sahkannya.

Sebelum hari siang, kita perlu soal siasat Putera Sulung dan Kim Myung-ha

serta tangkap semua yang bersepakat dengan mereka.

Selepas pergi ke Gaegyeong, barulah tuanku boleh redakan amarah Podan.

Beta sendiri akan soal mereka.

Sampaikan titah beta, Sang-hwa.

Ya, tuanku. Cakaplah.

Hantar Unit Senjata Khas ke kamar Putera Sulung

dan larang dayang daripada masuk.

Tahan Bentara Keenam, Kim Myung-ha dan bawa dia ke sini.

Menjunjung titah, tuanku.

Sida-sida Kim, panggil Ketua Bentara.

Baiklah, tuanku.

Tuanku.

Patik akan kumpulkan Majlis Pertahanan Sempadan

dan pastikan mereka sedia untuk disoal tuanku.

Tunggu.

Sebelum itu,

ada sesuatu yang beta perlu sahkan dengan kamu.

Dengar sini.

Kamu semua pergi ke kamar Putera Sulung Munseong

dan halang dayang daripada masuk.

- Kamu ikut saya. - Baik, tuan.

Buat masa ini, kamu layan tuanku.

Baik, Sida-sida Kim.

Jadi sekarang permulaannya.

Tuanku Puteri tak apa-apa?

- Tuanku Puteri. - Apa yang berlaku?

Ketua Utama.

Kenapa buat kecoh begini?

Saya datang untuk sampaikan ucapan terakhir daripada Paduka Ratu.

Entah kenapa, Puteri asyik mengelak daripada saya

dan nampak terkejut.

Sudah tentulah.

Kenapa pula dia nak alu-alukan tuan?

Dia mengelak daripada tuan sebab dia tak nak dengar ucapan itu.

Saya akan pergi selepas ucap selamat tinggal.

Tuan Park!

Jika begini,

saya pun serba salah.

Jika Putera Rui dapat tahu tuan bersikap biadab

dengan Baginda Puteri,

tentu baginda akan murka.

Saya faham.

Timbalan Utusan Jung,

tolong berikan ini kepada Baginda Puteri.

Baginda Puteri.

Patik minta ampun bagi pihak dia.

Tolong maafkan kebiadaban

Ketua Utama.

Terima kasih.

Tuan,

apa yang berlaku?

Tuan Park, ada apa?

Jika saya patut tahu, beritahulah.

Tiada apa-apa.

Iringi Puteri baik-baik.

Baiklah, Tuan Park.

Tuan.

Selepas mendengar cakap tuan, saya yakin Puteri dah ditukar,

tapi nampaknya tidak.

Dia memang dah ditukar.

Jika tidak,

tentu tiada sebab untuk dia tak tunjukkan mukanya kepada saya.

Tapi Jung Je-pyo

nampak muka Puteri.

Saya terpijak perangkap sendiri.

Tentu dia dah gantikan Puteri sebelum Jung Je-pyo

hantar hadiah perkahwinan.

Sekarang, tuan nak buat apa?

Lapor kepada Baginda Raja

dan hukum orang yang menggantikan Puteri dengan wanita lain.

Tuan tak dapat periksa wajahnya.

Adakah sangkaan cukup untuk membuktikan hal ini?

Jika saya tak dapat sahkan wajahnya,

maksudnya tiada sesiapa pun dapat sahkan.

Jika tuan berkeras Puteri dah ditukar pun,

tiada sesiapa boleh sahkannya.

Saya cuma

nak laporkan untuk buat Baginda Raja curiga.

Kecurigaan yang berputik dalam fikiran akan tumbuh dengan menghisap darahnya.

Apabila soal siasat bermula, mereka akan mati jika mengaku atau tak.

Daripada Putera Munseong, Kim Myung-ha sehingga Kang Mong-woo,

jika kita soal siasat dan hukum semua yang menyusahkan,

tiada sesiapa boleh cakap saya salah.

Ada apa-apa lagi yang beta perlu tahu?

Beritahu semuanya tanpa ada yang tertinggal.

Jung Je-pyo terima kebenaran Paduka Ratu untuk berjumpa dengan Puteri.

Bun-yeong menggantikannya.

Jung Je-pyo takkan syak Bun-yeong.

Bun-yeong faham risiko hal ini.

Dia takkan tunjukkan wajahnya kepada Ketua Utama.

Maka,

jika Ketua Utama mengaku dia dah lihat wajah Bun-yeong sendiri,

maka dia menipu tuanku.

Ketua Utama.

Ya, tuanku.

Beta ingin tahu.

Tadi kamu cakap dah sahkan di Byeokjegwan.

Maksudnya kamu dah lihat wajah Puteri.

Maksud beta,

wajah dayang itu…

sendiri?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left