For All Mankind

For All Mankind

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

S01E04 - ATVP WEB-DL - TOMMY / ION10 / METCON / DEFLATE / BTN
A Commentary by bontoutou
Official Subtitle - Works with all WEBRip and WEB-DL from Apple TV - TOMMY / ION10 / METCON / DEFLATE / BTN

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2019-11-08
Downloads: 36
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

KRU UTAMA

DEMI UMAT MANUSIA

Patricia Doyle ialah wanita dan juruterbang yang baik.

Dia akan sentiasa diingati di NASA.

EMPAT HARI KEMUDIAN

Kami minta semua orang berikan masa untuk keluarganya yang sedang berkabung.

Ketabahan dan semangatnya akan dirindui.

Bendera di Pusat Penerbangan Angkasa NASA berkibar separuh tiang hari ini

dan selepas upacara memperingati yang singkat,

jasad Calon Angkasawan Patricia Doyle...

Kami tahu awak mungkin ada di sini.

Awak terlepas majlis pengebumian yang baik.

Saya tahu ini sukar,

jadi jika awak perlukan...

Awak simpanlah ucapan awak untuk orang lain.

Baiklah.

Terima kasih, Pam.

Untuk Patty.

- Untuk Patty. - Untuk Patty.

Saya cuma harap kita tahu apa yang terjadi ketika itu.

Dia seorang juruterbang yang bagus.

Sungguh yakin.

Pesawat itu memang berbahaya.

Dia biasa memandu helikopter. Dia tak dilatih untuk melentingkan diri.

Ia tiada kerusi melenting, jadi mereka cuba...

Dia buat kesilapan yang besar. Itu yang penting.

Dia buat kesilapan yang besar.

Dia cuba kekal dalam pesawat padahal dia sepatutnya melenting keluar,

itu saja.

Sekarang dia dah tiada.

Semua yang kita buat...

sudah berakhir.

Mereka akan menamatkan program. Tunggu masa saja.

Hei.

Mereka dah kepenatan.

Ya. Saya bacakan mereka ini.

Lena dengan cepat.

Bagaimana majlis itu?

Awak okey?

Ya.

Kadangkala, saya...

Saya tertanya-tanya jika saya melayan budak-budak ini dengan baik.

Hei...

mereka memandang tinggi pada awak.

Berapa ramai ibu yang awak kenal sedang berlatih untuk ke angkasa lepas

dan masih ada masa menolong anak-anak membuat kerja rumah pada waktu pagi?

Awak tak buat?

Tak.

Saya cintakan awak.

Saya cintakan awak juga.

Tak, tuan. Saya pengajarnya pada hari itu.

Saya tak berpeluang berbual dengan awak di majlis pengebumian...

Jika ada sesiapa yang...

Saya cuma mahu beritahu awak...

- Tak, tuan... - Kerana mereka takut...

Maaf, tuan. Dengar cakap saya. Saya...

Saya faham perasaan awak.

Tak, itu bukan apa yang saya... Tuan? En. Doyle.

Maaf.

Lupakannya.

Ia cuma telefon.

Dia tak mahu dengar.

Kadangkala apabila orang bersedih,

mereka langsung tak mahu dengar apa-apa penjelasan.

Dia berhak rasa begitu.

Ed, ia bukan salah awak, okey?

Saya pengajarnya.

Tugas saya ialah menyediakan dia.

Pastikan dia dah bersedia.

Saya gagal.

Awak tak boleh terus salahkan diri awak untuk semua kesilapan.

Dia tahu risikonya, okey?

Sudah lama dia menjadi juruterbang.

Dia tahu... Hei, berhenti.

Pergi potong rumput.

Ed!

Tak perlu buat begini.

Saya yakin saya masih tahu jalan di sini.

Ia tak menyusahkan, En. Glenn.

Itu John Glenn.

Lihatlah Gus yang dah tua dan Scott.

Kita memang betul-betul sombong dahulu, bukan?

Ya. Sentiasa bersemangat.

- Nampaknya tiada yang berubah, bukan? - Ya.

Tali leher yang cantik.

Baiklah.

Apa yang merisaukan awak?

Wanita yang terhempas dalam pesawat itu.

Patricia Doyle.

Ia di luar kebolehannya.

Kenapa awak kata begitu?

Ada sebabnya menjadi juruterbang ujian pernah menjadi keperluan untuk tugas ini.

Pengalaman memang penting.

Awak harus menghadapi kenyataan, Deke.

Lelaki pergi berperang dan memandu kapal terbang.

Wanita tak boleh buat apa yang kita buat.

Itulah kenyataan kedudukan sosial kita.

Saya tak tahu jika awak ada dengar tapi ada seorang wanita mendarat di bulan.

Mereka berusaha kuat untuk ini, John.

Menariknya daripada mereka sekarang...

Selepas apa yang awak lalui di Mercury...

Saya tak salahkan awak kerana kasihankan mereka.

Ini tiada kaitan dengan itu.

Deke, saya dah lama kenal awak.

Saya ada semasa pakar bedah penerbangan melarang awak terbang disebabkan...

Apa namanya?

Pemfibrilan atrium.

Awak dalam situasi yang sukar.

Kita bercakap tentang kebolehpercayaan NASA sekarang ini.

Semua orang tahu ini bukan idea awak. Awak terpaksa.

Tiada siapa yang memaksa saya.

Saya yang tentukan siapa yang boleh ke sana atau tidak.

Saya tahu.

Orang menghormati keputusan awak.

Jika awak kata yang kami dah cuba yang terbaik

dan mereka tak menepati standard,

tiada siapa akan persoalkannya.

Tiada siapa.

Kami tak tahu punca kemalangan

tapi kami agak pasti yang mereka kehilangan seorang angkasawan.

Seorang lelaki mati di bulan dan mereka merahsiakannya.

Orang Rusia tak suka mengumumkan kegagalan mereka.

Bukan seperti kita.

Itulah akibat daripada hidup dalam masyarakat yang bebas, Gordo.

Inilah pandangan terbaik kesan kawah yang Orbiter Six boleh ambil.

Apa yang dibimbangkan ialah, dengan trajektori mereka,

mereka mungkin cuba untuk mendarat berhampiran tapak yang mungkin ada air.

Nampaknya mereka tahu apa yang ada di atas sana sama seperti kita.

Apakah yang berbentuk silinder itu?

Mereka di JPL rasa itu mungkin modul yang diimbangkan tekanan udaranya.

Seperti modul kediaman?

Ya.

- Tak guna. - Oh Tuhan.

Mereka mendahului kita lagi.

Kita perlu percepatkan pangkalan itu.

Mereka dah bertapak di sana sebelum kita,

mereka boleh mula letakkan sistem radar misil, pengawasan...

Kita dah ketinggalan sekarang. Kita tak memilih tapak lagi.

Kenapa pula? Pilih saja satu.

Tuan, reka bentuk pangkalan ialah berdasarkan jaraknya dengan air berais.

Jika tiada benda itu, kita tiada pangkalan

- dan kita belum kenal pasti di mana... - Siapa awak?

Saya Margo Madison, tuan.

Betul. Awak perempuan Wernher.

Dia pegawai dinamik penerbangan.

Betul apa yang dia katakan.

Kita tak boleh memilih tapak secara rawak.

Saya tak peduli di mana lokasinya.

Saya tak peduli jika ia khemah dan unggun api asalkan kita yang pertama.

Kita perlu menang.

Sputnik. Gagarin. Leonov. Belikova.

Presiden tak berminat untuk mendapat tempat kedua lagi.

Sudah cukup teruk kemalangan itu disiarkan di semua tempat.

Pilihan raya sudah hampir

dan melihat kepada keadaan, dia mungkin melawan Ted Kennedy.

Sepatutnya satu persaingan yang bersih.

Presiden mahu memberi rakyat Amerika

sesuatu untuk diraikan.

Kemenangan mudah Kennedy.

Ketawalah tapi Nixon adalah sebab program ini masih wujud.

Apollo 15 akan mencari tapak yang boleh digunakan.

Presiden akan mengumumkan yang pangkalan dikendalikan manusia

kekal yang pertama di bulan akan mengibarkan bendera Amerika.

Tahniah awak semua kerana bakal mencipta sejarah.

...telah menyimpulkan perjanjian untuk menamatkan peperangan

dan membawa keamanan dan kehormatan di Vietnam dan Asia Tenggara.

Gencatan senjata akan bermula pada 2400 Waktu Min Greenwich,

16hb November, 1970.

Amerika Syarikat dan Republik Demokrasi Vietnam

berharap perjanjian ini akan memastikan keamanan yang stabil di Vietnam

dan menyumbang kepada pemeliharaan...

Boleh bercakap sebentar?

Boleh, duduklah.

Ada hadiah hari jadi awal untuk awak.

Apa dia?

- Dia dah batalkannya. - Saya tahu. Saya menontonnya sekarang.

Bukan Vietnam. Perkara lagi satu.

Sekarang?

Mereka hampir tamat latihan.

Perjanjian damai itu satu perlindungan yang sempurna.

Mengalih perhatian orang ramai.

Saya ingat awak akan gembira.

Saya dah bosan dengan arahan yang sentiasa berubah.

Awak tahu betapa banyak saya berusaha untuk menyediakan mereka?

Mereka berusaha kuat untuk melaksanakan arahan saya.

Presiden akhirnya faham.

Apa saya boleh buat?

Orang Soviet mengejar kita, jadi dia tak mahu sebarang gangguan.

Undian juga tak membantu.

Rupa-rupanya rakyat Amerika tak mahu lihat wanita mati terbakar dalam nahas pesawat.

Program ini dah berakhir.

Sekarang awak boleh beri tumpuan sepenuhnya kepada pangkalan bulan.

27 OKTOBER 1970

Sidang media ini untuk apa?

Saya baru ingin tanya awak. Bukan awak yang minta?

Saya ingat awak yang minta.

Ini adalah wanita-wanita pertama yang berjaya menyelesaikan

semua latihan yang dikehendaki oleh NASA.

Satu penghormatan bagi saya untuk memperkenalkan...

Tak guna.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left