The first 200 lines.
(Drama ini hanyalah fiksyen semata-mata dan tidak dikaitkan...)
(dengan orang, organisasi, lokasi, atau kejadian sebenar.)
(Penggambaran dijalankan seiring dengan panduan COVID-19...)
(dan kaunseling diberikan untuk pelakon kanak-kanak.)
(CGI digunakan di kebanyakan adegan yang melibatkan binatang.)
Sedikit lagi.
Saya boleh nampak kepalanya.
Teran sedikit lagi.
Teran! Sedikit lagi.
Adakah bayi itu tidak apa-apa?
Awak lakukan dengan baik.
Tengoklah, dia mewarisi saya.
Semua orang pasti tahu yang dia adalah anak saya.
Ini.
Awak patut pegang dia juga.
Lagipun, dia anak kita.
Awak bermimpi buruk?
Mimpi buruk?
Bagaimana saya boleh datang ke sini?
Saya pergi ke rumah awak untuk berikan resit.
Awak bertuah kerana saya nampak awak.
Kalau tak, benda buruk mungkin berlaku.
Saya hampir telefon polis.
Dia anak awak, bukan?
Jangan salah faham.
Dia hanya cuba menghalang saya...
dari mencederakan diri,
jadi,
tolong jangan laporkan kepada polis.
Faham? Jangan laporkan.
Bagus. Terima kasih.
Awak tahu di mana telefon saya?
Oh, ada pada saya.
Ini dia.
Ba Reum!
Ba Reum!
Awak tidak apa-apa?
Ba Reum? Ba Reum, bangun!
Ada dua orang sedang kritikal.
Hantar ambulans sekarang.
- Lokasi saya? - Ba Reum, tolong bangun.
- Saya ada di 356-4, Gudong-ro. - Pak cik...
- Rumah dengan pintu hijau. - Pak cik, cepat...
- Kami berada di atas atap. - Tolonglah...
Oh, tidak.
Di mana Han Kook?
Di mana dia?
- Han... - Ya, Han Kook.
Beritahu saya di mana dia, tak guna!
Apa?
Tidak.
Tidak guna. Bangun. Bangun!
Di mana budak itu?
Lebih kurang pukul 9 malam, suspek pembunuhan bersiri Moojin...
dan seorang pegawai polis telah cedera kritikal...
semasa pergaduhan fizikal, dan telah dibawa ke hospital.
Berita tergempar. Pegawai polis yang berlawan dengan lelaki...
yang disyaki sebagai Pembunuh Bersiri Moojin,
yang menggelar dirinya sebagai dewa,
adalah Pegawai Jung Ba Reum dari daerah Gudong.
Awak tak boleh masuk. Halang dia.
Tunggu.
Mereka mahu melakukan pembedahan. Hubungi Bilik Pembedahan.
Jung Ba Reum akan melakukan pembedahan.
Pegawai Jung Ba Reum, yang sedang dalam keadaan kritikal...
selepas dipukul di kepala oleh suspek,
adalah satu-satunya saksi pembunuhan orang tua di Gudong.
Polis mengandaikan...
suspek memecah masuk ke rumahnya untuk menutup mulutnya.
Ini bahagian lobus frontal.
Tulang yang patah agak teruk.
Dia tak sedarkan diri dan tak memberi tindak balas pada kesakitan.
Tidak nampak meyakinkan.
Bagaimana dengan Sung Yo Han?
Peluru itu telah menembusi perutnya dan telah merosakkan...
usus dan organ-organ yang berdekatan.
Dia juga tidak nampak meyakinkan.
Tapi, kita masih perlu lihat keadaan mereka selepas pembedahan.
Sung Yo Han.
Di mana Sung Yo Han?
- Apa? - Di mana anak saya?
Dia dalam keadaan tidak baik, jadi kami melakukan pembedahan padanya.
Tolong bertenang dan tandatangan ini...
Seteruk mana? Seteruk mana keadaan dia?
Saya tidak boleh cakap...
Awak yang tembak dia?
Yo Han saya yang kasihan.
Budak kasihan itu...
Awak yang tembak dia?
Kasihan?
Anak awak?
Bagaimana dengan Pegawai Jung?
Tengkorak Pegawai Jung hancur...
kerana penukul yang anak awak hayun.
Otaknya telah hancur dan dia hampir mati.
Tapi, saya kena kasihan pada anak awak?
Bagaimana dia boleh buat begitu?
Bagaimana?
(Head Hunter. Adakah pembunuh turun temurun?)
Ada apa-apa tentang Han Kook?
Awak sudah jumpa dia?
- Awak sudah jumpa dia? - Belum.
Kami sudah cari di rumah Sung Yo Han dan kawasannya, tapi tidak jumpa.
Saya rasa dia pindahkan pada waktu itu.
"Waktu itu"?
Detektif Shin dan saya...
telah halang dan geledah kereta dia.
Tapi, Han Kook tiada dalam bonet itu.
Saya rasa kita sudah jumpa dia.
Tidak guna.
Berikan pada saya.
Saya pasti dia tukar kereta di sini.
Periksa kamera pengawasan di kawasan ini...
dan periksa setiap kereta yang lalu pada waktu itu.
- Periksa kereta yang dicuri. - Mari.
Periksa setiap kereta yang datang ke jalan ini.
Kereta ini.
Saya sudah jumpa.
Letak ke skrin.
Nombor lesen kereta 10M4219.
10M4219.
Mari kita ikut.
Tolong periksa semua video.
- Sudah hilang dari situ. - Apa itu?
- Di mana itu? - Tunjukkan peta kepada kami.
Ada sebuah bangunan yang telah terbiar 20 tahun lepas.
Bergerak.
Pergi.
Cepat.
Moo Chi. Awak ada jumpa sesuatu?
Pakaian itu ada di dalam bagasi itu.
- Ini tempatnya. - Saya akan beritahu mereka.
Apa ini?
Moo Chi! Mari sini!
Periksa ia.
Panggil forensik.
Dia takkan pergi jauh kerana ada budak lelaki bersamanya.
Mungkin dia sembunyikan mayat,
jadi pergi cari di dalam dan luar bangunan,
juga di dalam hutan.
Sementara suspek Pembunuhan Bersiri Moojin...
sedang dalam pembedahan,
polis menggunakan semua sumber untuk mencari Kim Han Kook.
Mereka sedang memberi taklimat di lobi. Mari.
Mari.
Pembedahan Sung Yo Han berjalan lancar.
Bahagian organ yang rosak telah dibuang.
Kami melakukan pengairan peritoneal...
untuk membuang cecair di dalam perut.
Bagaimana keadaan Pegawai Jung Ba Reum?
Dia menderita iskemia otak kerana peningkatan tekanan intrakranial,
dan lobus frontal dan temporalnya telah rosak teruk.
Tekanan intrakranial asyik meningkat,
kami takut berlaku herniasi otak dan lakukan pembedahan kecemasan.
Tapi, disebabkan pendarahan otak yang teruk,
kami tinggalkan otak yang sebahagiannya telah rosak,
dan berhentikan pembedahan itu.
Bagaimana ini...
Tengkorak Pegawai Jung telah hancur akibat penukul yang anak awak hayun.
Otak dia telah hancur dan dia hampir mati.
Saya kasihan awak terpaksa menderita...
kerana awak adalah anak pembunuh.
Saya ingatkan awak sama seperti saya.
Sebab itu...
Awak takkan diselamatkan...
dari kematian atas apa yang awak lakukan.
Ini perkara paling terbaik saya boleh lakukan untuk awak.
Polis belum menunjukkan sebarang kemajuan dalam mencari Kim Han Kook,
tambahan pula, kami dengar mereka telah menghentikan pembedahan...
kerana keadaan Pegawai Jung Ba Reum semakin kritikal.
Orang ramai mengkritik kerajaan...
kerana kejadian ini.
Menurut tinjauan nasional, penilaian persetujuan presiden...
telah jatuh 40 peratus jika dibandingkan dengan bulan lepas.
Cara mereka menguruskan pembunuhan bersiri Moojin...
adalah sebab utama bagi kritikan itu.
Peratusan persetujuan pemerintah juga mencapai tahap terendah.
Tinggal satu tahun sebelum pelantikan presiden seterusnya,
orang ramai sudah mula tertanya sama ada parti pemerintah...
akan terus berkuasa atau parti pembangkang...
akan berjaya menggantikan tempat mereka.
- Harian Maeil telah menjalankan... - Ada bungkusan untuk awak, puan.
Siapa yang hantar?
Penghantarnya tidak dinyatakan.
Bengkak di dalam otak Pegawai Jung sudah berkurang sedikit.
Selepas mesyuarat bersama pakar neuro kami,
kami membuat keputusan untuk melakukan pembedahan sekali lagi.
- Anak saya... - Awak tidak boleh masuk.
Saya ingin tanya dia, di mana anak saya!
- Mari ikut sini. - Lepaskan saya!
- Awak kena pergi. - Lepaskan saya!
Tolong bertenang.
Ba Reum hampir mati.
Awak tiada hak untuk hidup.
Mati. Mati, tidak guna.
(Saya mahu menjadi pegawai polis seperti awak, Pegawai Jung!)
(Ba Reum, saya harap awak sembuh dan hidup gembira.)
Pembedahan itu telah berjaya.
Pesakit sudah mempunyai kecederaan di otak...
kerana ada lekuk di tengkoraknya.
No comments yet. Be the first to leave one.