Signal

Signal (시그널)

Download Malay Subtitle

Release info

Signal E06 160206 HDTV H265 720p-WITH
A Commentary by cocojae
Selamat menonton :) | Tolong rate jika subtitle ini membantu anda. Tq! | Blog: http://cjsubs.blogspot.com | FB: CJ SUBS

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2016-04-12
Downloads: 75
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Apa sebenarnya yang berlaku hari itu?

Detektif, ini saya, Park Hae Young.

Detektif, adakah awak sedang mendengar?

Apa yang dah berlaku?

Masa lalu dah berubah disebabkan kejadian rompakan itu.

Adakah Oh Kyung Tae benar-benar bersalah?

Leftenan..

Detektif Lee Jae Han, Oh Kyung Tae dah culik seseorang.

Dia akan bunuh orang itu.

Apa sebenarnya yang berlaku hari itu?

Kita dah tersilap.

Bukan, saya..

..yang bersalah.

Semuanya..

..dah musnah disebabkan saya.

Transmisi ini..

..tak sepatutnya dimulakan.

Apa yang awak katakan ini?

Tengok ini.

Adakah dia orangnya?

Tunggu sekejap.

Sebenarnya, bukan dia.

Orang ini.

Orang ini?

Ya, dia lah orangnya.

Betulkah?

Betul dia cakap Oh Kyung Tae orangnya?

Ya, begitulah.

Saya dah cari cap jari di tempat yang awak cakapkan itu, Detektif Lee.

Saya temui cap jari di peti surat Han Suk Hee.

[Sampel 1 dan Sampel 2, 99.98% sepadan]

Kenapa dengan kau ini?

Kenapa kau menipu?

Tipu tentang apa? Bukan aku!

Seorang saksi beri keterangan dan kenalpasti kau.

Cap jari kau dijumpai di rumah itu.

Semua itu tak benar.

Lori itu.

Di mana kau dapat duit untuk membelinya?

Adakah kau langsung tak percayakan aku?

Aku belinya untuk masa depan Eun Ji.

Kau fikir aku akan beli dengan wang rompakan?

Apa kamu berdua buat di sini?

Bukan ayah yang lakukannya.

Kita pergi saja dengan senyap.

Saya dah cakap bukan ayah yang lakukannya!

Detektif Lee, biarlah aku bawa Eun Ji balik dulu.

Aku akan pergi sendiri nanti, ya?

Mungkin dah ada detektif yang tunggu kau di rumah.

Pergi dengan aku saja.

Eun Ji, baliklah dulu dan tunggu ayah di rumah.

Kamu percayakan ayah, kan?

Ayah pergi sekejap saja. Baliklah dulu.

Jom pergi.

Jika kamu dan mak kamu berdiet, adakah ayah juga perlu berlapar?

Perlukah ayah makan sayur juga sepanjang masa?

Marilah naik.

Cepatlah naik.

Tuan ada bersama anak tuan sewaktu kejadian runtuhan di Jambatan Hanyoung?

Ya, saya ada di sana bersama anak saya.

Tapi, apa kaitannya dengan penculikan anak saya?

Saya dah periksa maklumat peribadi Oh Kyung Tae.

Anak perempuan Oh Kyung Tae juga terkorban sewaktu berlaku runtuhan di Jambatan Hanyoung.

Jadi? Ramai orang terkorban disebabkan kejadian itu.

Mungkin dia menculik anak tuan untuk dapatkan wang tebusan.

Kita patut cuba fikir tentang kemungkinan yang lain juga.

Ia akan membantu kami untuk lebih mengenali anak tuan.

Waktu itu, Yeo Jin seperti mati hidup semula.

Dia dah banyak menderita sejak kejadian itu.

Ia hari yang amat teruk. Kami mahu lupakannya.

Okay. Tenang saja.

Tunggu sekejap.

Perlahan-lahan. Perlahan-lahan.

Hello?

Ayah.. Ayah.

Yeo Jin! Kamu di mana?

Kamu tak apa-apa? Kamu tercedera?

Apa yang dah berlaku?

Kami dah kecilkan kawasan di mana Shin Yeo Jin mungkin berada.

Kemungkinan besar dia berada di salah satu daripada kawasan ini.

Mangsa itu buat panggilan. Telefon bimbitnya dah dihidupkan.

Apa?

Dia tak apa-apa?

Kamu seorang diri saja? Kamu tak apa-apa?

Saya.. seorang diri.

Ayah.. sejuknya di sini.

Cik Shin Yeo Jin. Tolong bertenang dan dengar cakap saya.

Saya Cha Soo Hyun dari Balai Polis Seoul.

Apa yang awak nampak di sekitar awak?

Lori. Saya dalam sebuah lori.

Adakah awak berada di dalam but?

Tak.

Ia sangat besar.

Bagaimana dengan tingkap?

Tak ada tingkap.

Ia bertutup rapat.

Saya rasa sangat sejuk.

Lori. Lori sejuk beku.

Yeo Jin!

Bagaimana dengan lokasi GPS?

Dalam 3 kilometer dari sini.

Jika dalam lingkungan 3 kilometer, ia kawasan yang ini.

Periksa semua lori sejuk beku di kawasan ini!

Saya faham. Okay!

Lori sejuk beku! Mari pergi!

Semua orang boleh pergi kecuali seorang. Detektif Park, kamu tunggu di sini.

- Baiklah. - Tunggu apa lagi? Bergerak sekarang.

Bukankah ia agak pelik?

Kenapa dia tinggalkan telefon bimbit untuk Shin Yeo Jin?

Mungkin dia tercicir. Itu biasa berlaku.

Saya dengar Oh Kyung Tae itu seorang yang teliti.

Kita dah pastikan ia adalah Shin Yeo Jin. Memang dia yang buat panggilan.

Apa yang penting, kita mesti selamatkan mangsa dulu.

Detektif Choi, bersedia untuk bergerak.

- Ini saya. - Shin Yeo Jin bukan sasaran dia.

Apa maksud kamu?

Kedua-dua anak perempuan Oh Kyung Tae dan Shin Dong Woon..

..terlibat dalam kejadian runtuhan di Jambatan Hanyoung.

- Saya tahu. - Ia bukan hanya kemalangan biasa.

Anak Oh Kyung Tae sepatutnya boleh diselamatkan.

Yeo Jin.. Yeo Jin!

Yeo Jin, Yeo Jin!

Yeo Jin, Yeo Jin! Yeo Jin!

Yeo Jin. Yeo Jin!

Hei, hei! Kamu tak apa-apa?

Hei!

Tidak, tidak. Tidak..

Tidak. Tidak!

Tidak..

Eun Ji!

Eun Ji. Apa yang berlaku?

Eun Ji. Hei!

Hei, Eun Ji!

Eun Ji!

Tolong saya!

Tolong selamatkan anak saya!

Awak kena selamatkan anak saya.

Anak saya ada di dalam sana.

Hei, bawa itu ke sini!

Anak saya di sana. Tolong selamatkan dia.

- Bantuan diperlukan di sini. - Eun Ji!

Eun Ji!

- Hei, periksa carta itu. - Baik, tuan.

Kakinya tersangkut?

Bukankah ini bau gas?

- Tolong selamatkan dia di sana! - Bawa pengangkat hidraulik ke sini!

- Eun Ji! - Kenapa cuma ada satu saja?

Cuma ada satu saja sekarang.

Bila pengangkat kedua akan sampai?

Tunggu sekejap, Eun Ji! Ayah akan pergi selamatkan kamu!

Ada dua pelajar perempuan terperangkap di dalam bas.

Berlaku kebocoran gas. Kita tak ada masa!

Hantarkannya ke sini secepat mungkin. Nyawa mereka dalam bahaya!

- Pilih seorang saja. - Kamu kena selamatkan salah seorang daripada mereka.

Bagaimana jika berlaku letupan nanti?

Kita boleh tercedera nanti. Kita perlu buat keputusan sekarang.

Eun Ji!

Adakah kamu akan bertanggungjawab jika anak saya mati?

Buat cepat! Sekarang!

Pasangkan di belah sini.

Tidak! Eun Ji!

Eun Ji.

Cepat.

Eun Ji, Eun Ji!

Eun Ji!

Kita perlu cepat.

Tidak!

Bergerak dengan pantas. Keadaan bahaya sekarang!

Tidak! Tidak!

Tidak!

Tidak, Eun Ji..

Eun Ji!

Tidak..

Tidak! Tidak!

Eun Ji..

Eun Ji!

Eun Ji!

Oh Kyung Tae percaya Shin Dong Woon yang dah bunuh anak perempuannya.

Bagaimana kamu tahu tentangnya? Siapa yang beritahu kamu?

Saya dengar daripada saksi yang melihat kejadian itu sendiri.

Saksi? Siapa?

Itu tak penting.

Kes jenayah Oh Kyung Tae sebelum ini dilakukan dengan berhati-hati dan sempurna.

Jika dia mahu bunuh Shin Yeo Jin yang hidup menggantikan anaknya..

..dia boleh saja bunuhnya terus, tak perlu pun untuk menculiknya.

Ia lebih efisyen.

Tapi, dia culik Shin Yeo Jin, malah mendedahkan dirinya juga.

Sepertimana dia tak boleh lakukan apa-apa untuk selamatkan anaknya di ambang kematian..

..dia sedang lakukan perkara yang sama kepada Shin Dong Woon.

Shin Yeo Jin hanya umpan.

Sasaran Oh Kyung Tae yang sebenar ialah Shin Dong Woon.

Shin Yeo Jin mungkin sedang berada berhampiran Jambatan Hanyoung.

Penculikan ini berlaku disebabkan dendam yang sudah tersimpan lama.

Masuk akal jika dia pilih tempat yang memberi makna kepadanya.

Hello? Detektif Cha?

Dia tak tercicir telefon bimbit itu.

Dia tinggalkannya di sana dengan sengaja.

Untuk mempermainkan kita.

Kamu tak nampak Shin Dong Woon?

Tadi dia ada di sini.

More Malay subtitles for Signal

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left