The Good Place

The Good Place

Download Malay Subtitle

Season 4

Release info

The Good Place - S04E12 - NF WEB-DL - AJP69 / AMRAP / ION10
A Commentary by bontoutou

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2020-11-01
Downloads: 25
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

SIRI ASLI NETFLIX

Akhirnya, kita ke Tempat Baik.

Inilah tempat yang "terbaik".

Saya dapat masuk. Saya boleh ulang cakap.

Awak pasti haluan kita betul, Janet?

Saya tak pernah sampai ke Tempat Baik.

Tapi, saya pasti.

Bagaimana?

Sebab...

terasa seperti saya pulang.

Anak anjing terbang!

Awak hampir tiba. Sikit saja lagi.

Anak anjing terbang?

Sudahlah, Michael.

Kenapa tak buat di kejiranan awak dulu?

Mereka memang bijak.

SELAMAT DATANG! SEKARANG ANDA MEMASUKI

BAB 51

Saya terasa macam Dorothy semasa dia mendarat di Oz,

teruja, takjub,

lebih tinggi daripada semua orang.

Apa yang awak semua nak buat dulu?

Lumba go-kart dengan monyet.

Okey.

Inilah impian saya selama ini.

Monyet ialah lawan go-kart yang ideal.

Cukup lucu untuk diacah, tapi tak cukup bijak hendak menang.

DAFTAR DI SINI!

- Sayakah? - Awak Janet Baik.

Kita di Tempat Baik. Siapa lagi?

Baiklah. Bawa bertenang.

Saya dilahirkan untuk ini. Tak dilahirkan.

Okey.

Saya dah ada semua maklumat tentang Tempat Baik.

Kesimpulannya, memang hebat.

Maklumat pertama,

manusia tak nampak semua Tempat Baik atau otak mereka akan hancur.

Hebat. Akhirnya, mungkin saya akan ada urat-urat otak.

Doktor kata otak saya licin bak telur.

Tunggu di sini untuk sesuaikan diri.

Selepas itu kalian akan diraikan dalam majlis alu-aluan,

diatur oleh keajaiban Tempat Baik, berdasarkan personaliti individu.

Macam iklan Instagram tersasar.

Saya beli kaca mata hitam hebat yang diiklankan.

Tengok.

Saya dah macam dalam Internet.

Okey.

Boleh kita terus bergerak?

Awak nampak agak pucat.

Awak mabuk naik belon udarakah?

Kalau awak muntah tentu keluar kupu-kupu.

Saya okey.

Saya cuma...

rasa ini bukan tempat saya.

Entah apa akan jadi kepada setan yang masuk ke sini.

Janji, kalau saya terpeluwap, teruskan berseronok.

Ya Tuhan, loceng itu amat melegakan.

Saya terasa otak saya bagai diurut,

- oleh anak rusa. - Wah.

Kalau itu penggera untuk beritahu polis saya ada di sini?

- Nak saya simpan ganja awak? - Saya tak bawa ganja.

Nanti dulu.

Alamak, saya ada.

Nah, ambillah.

Mereka dah sedia.

Jawatankuasa Tempat Baik menunggu kita.

TENAGA SEPERTI UMUR 12 TAHUN

AMAT MEMAHAMI MAKNA DUA PUNCAK

Lihatlah tempat ini.

SEMUA GOSIP INDAH TENTANG ANDA

Karlie Kloss suka saya.

Saya dah agak.

- Tentang parti ini... - Ya.

Adakah semua orang diundang?

Adakah Aristotle akan hadir?

Maaf. Aristotle di Tempat Buruk. Dia pertahankan perhambaan.

- Socrates? - Tak juga.

Menjengkelkan. Pengunyah bising.

- Plato? - Juga perhambaan.

Nak tahu siapa ada?

Hypatia dari Alexandria. Awak kenal?

Hypatia?

- Dari Alexandria? - Betul.

Ya, saya kenal dia.

Hypatia. Saya nak tanya dia tentang

idea agung tentang alam semesta ini.

Macam... "Mengapa?"

Dan juga... "Bagaimana?"

Selamat datang ke Tempat Baik.

Saya gembira awak berjaya.

Awak nampak berseri-seri.

Aura awak tenang namun berkuasa macam anjing penghidu bom.

Saya cuma nak kata

terima kasih kerana benarkan saya ikut rakan saya.

Saya tahu ini luar biasa bagi orang macam saya

melawat Tempat Baik, tapi ini sangat hebat.

Saya tak bawa ganja, dan tak perlu panggil polis.

Awak dan rakan-rakan awak ialah wira,

dan amat dialu-alukan di sini.

Malah, kami ada berita yang sangat menarik.

Sementara yang lain sesuaikan diri,

Michael akan jalani upacara angkat sumpah,

supaya dia boleh jadi arkitek rasmi Tempat Baik.

Wah.

Sila ikut kami, Michael.

Bunyi loceng yang menyamankan itu lagi.

Bunyi loceng itu memang bunyi terhebat pernah saya dengar.

Dan ini datangnya daripada orang yang ayah angkatnya

ialah jam paling terkenal di dunia.

Adakah Big Ben ayah angkat awak?

Bunyi itu maknanya,

masa untuk berparti.

Apabila awak masuk, ruang acara akan berubah

kepada parti yang disesuaikan dengan zat awak.

Mari kita berpegangan tangan masuk.

Anehnya.

Inilah dewan hotel Jacksonville SuperSuite semasa majlis tari-menari saya

dan juga mahkamah trafik.

Tapi ini mesti parti saya,

sebab itu penampung najis Stone Cold Steve Austin

yang digunakan untuk hentam Vince McMahon pada 1998.

Saat yang klasik. Jangan kecam saya.

Maafkan saya.

Tempat Baik guna pengalaman hidup kalian untuk rancang parti yang sempurna,

tapi hanya untuk seorang saja pada satu-satu masa.

Apabila kalian masuk sebagai satu kumpulan, parti jadi...

Gabungan keempat-empat kita.

VIP SAHAJA

UDANG!

Amat sempurna.

Tidak, Eleanor,

kerana tiada litar go-kart dan monyet.

Jangan marah, tapi awak sengaja buat tak faham.

Nampak pintu hijau itu?

Gunakannya untuk lawati sebarang masa atau tempat, benar atau bayangan.

Hanya bayangkan tempat impian awak,

dan apa yang awak nak buat, dan masuk.

Maknanya, kita boleh berjalan bersama dinosaur,

atau saksikan penerbitan pertama Hamlet di Globe Theater.

Saya nak berlumba dengan monyet. Jumpa lagi seribu tahun.

Boleh saya cari Hypatia?

Saya janji, pertemuan yang platonik.

Sebenarnya, Neoplatonik.

Lupakan yang saya melawak dan teman saya. Saya gugup nak jumpa dia.

Saya perlukan teman yang hebat untuk ubah topik jika saya cakap benda bodoh.

Boleh. Tunggu sekejap.

Tahani, bilik ini penuh

dengan beberapa orang paling menarik yang pernah wujud.

Bersembang, kenali hidup mereka,

dan kita jumpa semula untuk mempersendakan mereka.

Saya dah lama berlatih untuk hadapi hari ini.

Saya amat bangga dengan semua ini.

Saya rasa selesa dan inilah tujuan baru saya.

Semuanya dah betul sekarang.

Bagus. Ayuh kita mulakan. Pakai jubah upacara.

Bahu awak sangat sesuai untuk jubah.

Sain skrol ini.

Saya tak pernah sain nama saya.

Apakah jenis sain nak saya pilih?

"Doktor Blob." Atau, bukan...

"Atlet yang tak peduli tentang budak."

Nanti dulu, bukan...

"Gadis sekolah menengah yang minat Zac Efron."

Cara itu membolehkan saya letak simbol hati di atas huruf "I".

Tepat sekali. Nah, ini medal rasmi awak.

Tahulah saya sekarang perasaan Mary Lou Retton.

Hebat.

Sekarang, dengan rasminya awak bertanggungjawab di Tempat Baik.

- Maaf, "bertanggungjawab"? - Ya, awaklah ketua sekarang.

Semua dah sah dan kami letak jawatan serta-merta.

Semua ini kekal, dan jadi masalah awak.

Jangan cuba cari kami. Kami tak mahu terima, selamat jalan!

Cepat! Ayuh!

Helo? Rakan Tempat Baik sekalian?

Ada sesiapa di sini?

"Idea untuk menambah baik Tempat Baik."

"Muzik yang boleh dimakan.

Wah!

Mini-donat gergasi, bukan donat biasa-biasa.

Dave akan jelaskan."

Dave? Boleh awak jelaskan?

Hai, adakah awak Hypatia dari Alexandria?

Ya. Apa khabar?

Khabar sangat baik.

Sebenarnya, saya jangka yang awak masih orang Greek kuno.

Tidak, di sini kita ikut zaman semasa.

Apa cerita terbaru dari Bumi?

Revolusi Industri, Projek Manhattan, "Gangnam Style..."

Saya rasa saya faham.

- Memang ini orangnya! - Ya.

Memang sah. Dia Hypatia dari Alexandria.

Ya, sayang. Memang dia.

Hai, maaf. Saya Eleanor. Manusia aneh ini Chidi.

Kami orang baru di sini.

Soalan pertama, bagaimana awak dapat "dari" dalam nama awak?

Itukah tempat awak selalu melepak?

Adakah saya Eleanor dari Bar Kilang Kek Keju?

Lagi satu, kita sebut "Hy-pay-sha" atau "Hy-pat-ia"?

Atau dalam bahasa Greek kuno, "Who-put-tia"? Seronok juga.

Beginilah. Panggil saya Patty.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left