The first 200 lines.
No Min Yeong,
awak tahukah ini ialah siaran radio yang ditonton secara langsung?
Saya tahu.
Dalam bidang politik,
awak tak tahukah yang imej seseorang juga amat penting?
Misalnya, penampilan, kelakuan dan sebagainya.
Saya tak tahu tentang itu.
Kalau begitu, macam mana dengan perkara ini?
Adakah awak tahu yang awak seorang yang amat cantik?
Adakah awak tahu yang awak seorang yang amat cantik?
Saya tahu. Setiap hari saya akan melihat cermin.
Nampaknya hari ini awak terlupa melihat cermin.
Tadi saya pergi ke rumah anak-anak yatim dan bermain-main bersama mereka.
Sebab itulah rambut saya agak kusut.
Ada apa-apa kesan cela, kah?
Kenapa awak memandang saya seperti itu?
Hentikan daripada memandang saya seperti itu.
Saya akan tersalah faham yang awak menyukai saya.
Macam mana kalau ia bukan satu salah faham?
Apa maksud awak?
Aigoo.
Awak berdua sudah bersedia?
Ya.
Salam sejahtera, saya Pak Eun Gyeong.
Hari ini, bersama kita dalam rancangan ini
ialah 2 tetamu undangan khas.
Lebih kurang pada hujung tahun lepas,
mereka berdua telah dikenali sebagai pasangan alat pemadam api.
Salam sejahtera, saya Wakil Rakyat No Min Yeong dari GJP.
Saya Wakil Rakyat Gim Su Yeong dari GKP.
=Golongan konservatif sejati akan menyertai khidmat tentera,=
=membayar cukai pada waktunya,=
=menepati janjinya serta melakukan khidmat masyarakat.=
Yang paling utama, dia mestilah mematuhi undang-undang.
Yang paling utama, dia mestilah mematuhi undang-undang.
Tetapi,
bagaimanakah golongan konservatif di negara kita?
Mereka bukannya konservatif tetapi bersifat autokrasi.
Nampaknya awak dan parti awak telah tersalah anggap
memikirkan yang hanya parti awak sajalah
yang amat suci dan beretika.
Golongan progresif bukannya ditindas disebabkan kehebatan mereka,
tetapi sebaliknya mereka diketepikan kerana ketidakcekapan mereka.
Awak patut menerima hakikat itu.
Tanpa monopoli kuasa, satu sistem yang adil yang menerapkan dasar yang baik perlu diperkenalkan.
Bagi memastikan itu terjadi,
parti pemerintah yang memegang tampuk kuasa
perlulah membuka pintu tersebut, betul tak?
Pihak kami...
dalam usaha untuk memburuk-burukkan pihak lain,
telah membazirkan banyak masa, wang dan tenaga.
Ia bukan saja memberi kesan negatif buat pihak kami,
bahkan juga terhadap pihak awak, betul tak?
=Baiklah. Sampai di sini saja perbincangan politik kita.=
=Ini ialah soalan yang paling banyak ditanyakan oleh para pendengar.=
Selain tugas awak berdua selaku wakil rakyat,
awak berdua sama-sama masih bujang.
Adakah salah seorang antara awak berdua sedang bercinta sekarang? Bagaimanakah calon pasangan idaman awak berdua?
Ataupun, awak berdua...
setelah saya perhatikan, awak berdua kelihatan amat sepadan sekali.
Bagaimana pendapat awak berdua tentang diri satu sama lain?
Adakah penyampai radio ini sudah gila?
Mana mungkin--
Adakah awak menyukai perempuan itu?
Perempuan itu... apa?
Orang yang pernah awak sukai dulu,
bukankah orang itu ialah No Min Yeong?
Nampaknya No Min Yeong berjaya mendapat semua lelaki di dunia ini.
Wakil Rakyat No Min Yeong menduduki tempat pertama?
Apa dia?
No Min Yeong mendapat tempat pertama apa?
Apa lagi yang dia dapat?
Kadar kehadiran tertinggi.
Sidang parlimen kini sudah melepasi separuh penggal,
jadi kita akan menerbitkan rencana berkenaan carta kedudukan para wakil rakyat parlimen.
Aigoo, kenapalah awak asyik membuat perkara yang membosankan seperti ini?
Berbanding yang ini--
Ahli politik yang paling ganas.
Ahli politik yang membawa pengaruh buruk terhadap kanak-kanak.
Saya tiada keinginan sedikit pun untuk memohon maaf kepada wakil rakyat semua.
Ahli politik yang paling tidak tahu malu.
Wakil rakyat dengan pakaian terbaik
dan pakaian terburuk kedengaran menarik.
Kita ini bukannya akhbar yang memaparkan gosip artis.
Ahli politik tiada bezanya dengan artis pada zaman sekarang.
Politik juga adalah satu hiburan.
Ia mestilah dibuat dengan menarik.
Saya ada gambar No Min Yeong dengan fesyen pakaian terburuk semasa pilihan raya yang lalu.
Sekejap ya.
Kenapa dengan dia?
Kenapa dengan dia?
Betul juga. Kenapa aku jadi begini?
Saya akan mengambil gambar. 1, 2, 3.
Baiklah, sudah siap.
Terima kasih kerana sudi datang.
Ya, terima kasih kembali.
- Terima kasih juga ya. - Sama-sama.
Baiklah.
Apa kata saya mengambil gambar awak berdua?
Boleh rapat sedikit?
Kenapa dengan awak?
Buat sajalah cepat-cepat.
Kenapa awak nak malu-malu kucing pula?
Sedangkan awak sudah pernah mencemarkan badan saya dengan air liur awak.
Saya akan mengambil gambar.
1, 2, 3.
Terima kasih.
Terima kasih kembali.
Terima kasih.
No Min Yeong.
Saya tahu awak nak cakap sesuatu. Cakaplah.
Hari ini...
awak telah lakukan dengan baik.
Awak--
Bukankah awak nak cakap tentang perkara lain?
Macam mana hyeong boleh berjalan sebegitu pantas sedangkan kaki hyeong taklah sepanjang mana pun?
Hyeong lakukan dengan baik hari ini.
Walaupun Wakil Rakyat No Min Yeong juga melakukan dengan baik,
tapi bagi saya, hyeong yang menang hari ini.
Aku menang?
Sudah tentulah.
Yakah?
Berapa mata kemenangan aku?
Apa?
Kau fikir berhujah itu satu perlawanan ataupun acara sukan?
Berhujah itu bukannya untuk mencari kemenangan atau kekalahan, tetapi adalah untuk mencapai satu tolak ansur.
Tapi apa yang kau maksudkan dengan menang dan kalah?
Kau tak sepatutnya cakap perkara seperti itu, bodoh!
Saya cuma nak memuji hyeong.
Hyeong tak sepatutnya memanggil saya bodoh di hadapan orang ramai.
Hyeong sudah keterlaluan.
Aku menujukannya kepada diri aku sendiri.
Apa dia?
Aku bukannya bercakap dengan kau.
Aku berasa marah pada diri sendiri kerana aku terlalu bodoh dan pengecut.
Apa?
Aku minta maaf.
Hyeong. Hyeong meminta maaf pada saya, betul tak?
Atau tidak?
Hyeong meminta maaf pada saya, betul tak?
Hyeong meminta maaf, kan?
=Kerajaan kita yang begitu mewah ini...=
=telah membiarkan perusahaan besar memonopoli industri perniagaan=
=telah membiarkan perusahaan besar memonopoli industri perniagaan=
=menyebabkan pemilik perusahaan kecil dan sederhana terus terkapai-kapai.=
=Ini bermakna para jutawan yang merupakan pemilik kepada 1% daripada jumlah perusahaan di negara ini--=
=Apa semua ini sebenarnya? Apa... apa... apa?=
=Sebagai perdana menteri, adakah tuan sedar betapa berat sebelahnya kerajaan terhadap para jutawan?=
=Sebagai perdana menteri, adakah tuan sedar betapa berat sebelahnya kerajaan terhadap para jutawan?=
=Apa semua ini sebenarnya? Apa... apa... apa?=
Siapalah orang bodoh yang memuatnaik semua ini?
Dia tiada kerja lain, kah?
Kehidupan dia begitu membosankan, kah?
Kalau ikutkan diri aku yang dulu,
dah lama aku kerjakan kau cukup-cukup!
Padamkan rakaman ini.
Jangan biar ada sebarang tanda-tanda kewujudannya pun.
Kalau internet,
adalah mustahil untuk tidak meninggalkan sebarang kesan.
Walau apapun yang berlaku di dunia ini, tiada apa yang tidak boleh diselesaikan.
Kau tak tahu, kah?
Tiada apa yang mustahil. Kau tak tahukah?
Baiklah, tuan. Saya minta maaf.
Tapi, tuan...
tuan tak perasankah yang inilah kali pertama nama tuan menjadi topik carian di internet?
tuan tak perasankah yang inilah kali pertama nama tuan menjadi topik carian di internet?
Yakah?
Tahniah, tahniah. Kita patut meraikannya.
Kalau begitu...
kau tahu macam mana nak menyimpan gambar topik carian itu?
"Screenshot".
Ya, itulah dia.
Tapi,
tiadakah cara supaya aku boleh menjadi topik carian utama?
Tuan mahu saya tolong tuan?
Baiklah.
Tapi siapa yang membocorkan kejadian ini? Adakah No Min Yeong?
Saya sudah cuba menyiasat tentangnya, tapi saya rasa bukan dia yang membocorkannya.
Habis siapa?
Begitu juga dengan kejadian pengundi hantu itu sebelum ini.
Ada pengintipkah dalam parti kita?
Kejadian alat pemadam api itu nampaknya amat berguna sekali.
Yakah?
Bagi ahli politik, pendedahan dan dikenali ramai adalah sangat penting.
Tanpa disangka-sangka, kejadian itu telah membantu kita.
Tak tahulah sama ada saya patut memuji puan atas tindakan puan itu.
Kenapa puan berkhayal lagi?
Semasa sesi hujah tadi pun sama juga.
Betulkah?
Kenapa saya jadi begitu?
Adakah puan ada masalah cinta?
Puan juga bertanyakan soalan-soalan yang pelik kepada saya tempoh hari.
Ada sesiapa menyukai puan?
Ataupun puan ada menyukai sesiapa?
Sudah tentulah tidak. Sejak dulu lagi,
saya telah memutuskan untuk tidak menyukai sesiapa pun.
Itu satu keputusan yang bodoh.
Jadi adakah itu bermakna yang sebelum itu puan pernah menyukai seseorang?
Memang pernah.
Tapi saya telah menguburkannya.
No comments yet. Be the first to leave one.