The first 200 lines.
Ini Kereta Peronda Empat dari Bahagian Sangku.
Kami telah menerima panggilan tentang kes penculikan.
Bumbung Firma Guaman Hae Kwang di Moguk-dong.
Hantar ambulans dan kereta peronda.
Bolehkah kita percaya orang yang menelefon itu?
Ya. Kita harus sampai dalam masa lima minit.
Encik, saya harus sampai sana secepat yang mungkin.
Suntikan ini...
akan melumpuhkan semua otot dalam badan awak.
Kemudian awak tidak akan dapat bernafas,
dan awak akan mati perlahan-lahan dalam lima minit...
seperti tertidur.
Kematian awak akan jadi seperti rahmat.
Pukul berapa sekarang?
Pukul berapa sekarang?
Dan sekarang saya berada di mana?
Adakah awak ingin tahu di mana dan pukul berapa awak akan mati?
Sini ialah Bumbung Firma Guaman Hae Kwang, dan sekarang...
pukul 10.30 malam.
Jae Chan.
Adakah awak mendengarnya?
Awak mendengarnya, bukan?
Ia...
Dia perempuan yang menarik.
Adakah ini rosak? Kenapa ia tidak berfungsi?
Apa...
Apa yang berlaku?
Bagaimana kami boleh naik ke bumbung?
Lif tidak berfungsi kerana gangguan bekalan elektrik.
Oh, lif kecemasan kami ada di sana.
Pinjamkan saya lampu suluh awak.
Apa masalahnya?
Awak nampak menakutkan.
Awak nampak seperti mungkin akan membunuh saya.
Ya.
Saya akan bunuh awak.
Maksud awak, awak akan jadi seorang pembunuh?
Sudah tentu tidak.
Saya maksudkan yang saya harus membersihkan sampah.
Awak telah cuba membunuh wartawan itu...
dan juga saya.
Awak terbunuh semasa saya cuba menghalang awak,
yang bermaksud saya melakukannya sebagai pertahanan pihak ketiga,
saya akan dijatuhkan hukuman tidak bersalah.
Awak yang beritahu saya...
untuk menguruskannya dengan baik...
dan memastikan ia situasi sama rata buat semua.
Ini jawapan yang saya dapat.
Woo Tak. Ia mesti di sana. Di sana.
Hong Joo!
Dia Cik Nam Hong Joo, bukan?
Oh Tuhan, apa berlaku?
Oh Tuhan, apa berlaku? Encik, awak tidak apa-apa?
Saya tidak apa-apa, tetapi tolong periksa Cik Nam.
Hong Joo!
- Saya dapat rasakan nadinya. - Baringkan dia.
Ya?
Nadinya ada atau tidak bukan masalahnya.
Dia tidak boleh bernafas kerana paru-parunya lumpuh.
- Apa? - Jelaskan keadaan dia...
kepada pasukan perubatan dan suruh mereka bawa alat pernafasan.
Baik.
Hong Joo, tolong.
Tolong bertahan.
Tolong...
Tolonglah, Hong Joo...
Hong Joo.
Bangun.
Bangun!
Hei!
Hong Joo.
Tolonglah bertahan.
Adakah awak tidak apa-apa?
Ya.
Saya rasa agak pening, tetapi saya tidak apa-apa.
Kami dari Balai Polis Hangang.
Bolehkah awak beritahu kami apa telah berlaku?
Saya telah berjumpa Cik Nam di pejabat saya untuk temu bual,
dan kami minum kopi bersama.
Tiba-tiba, seluruh badan saya rasa lemah.
Seseorang mesti telah masukkan dadah ke dalamnya.
Pandangan saya jadi kabur, tetapi saya nampak...
Ha Ju Won, perempuan itu,
mengangkat Cik Nam keluar dari pejabat saya.
Saya telah cuba menghalangnya,
tetapi saya tidak dapat bergerak kerana dadah itu.
Ha Ju Won ialah perempuan yang mati terjatuh itu, bukan?
Ya.
Sebelum ini, dia pernah datang berjumpa saya.
Dia mendakwa dirinya pembunuh bersiri titisan IV sebenar.
Dia datang untuk menerima rundingan saya.
Pembunuh sebenar bukan orang yang telah ditangkap itu?
Betul.
Oh Tuhan.
Saya mencadangkan agar dia menyerahkan diri,
tetapi dia tidak menerima nasihat saya.
Rasanya, dia nampak saya berjumpa Cik Nam...
dan sangka saya membocorkan maklumat itu kepada media.
Jadi, awak rasa dia telah masukkan dadah ke dalam kopi awak?
Itulah andaian saya.
Kemudian apa berlaku selepas itu?
Saya tidak berdaya untuk bergerak, tetapi saya masih separa sedar.
Saya fikir yang saya harus halang dia membunuh seorang lagi mangsa.
Jadi saya berusaha mengikut mereka ke bumbung,
- Tidak! - tetapi Ha Ju Won sudah pun...
menyuntik dadah kepada Cik Nam.
Saya ingin menghalangnya,
tetapi saya tidak dapat bergerak kerana dadah itu.
Kemudian, Ha Ju Won terus mula menyerang saya.
Semasa cuba menghalangnya,
dia dan saya bergelut.
Akhirnya saya tolak dia,
dan dia terjatuh dari bangunan.
Selepas itu, awak pengsan semasa cuba...
menyelamatkan Cik Nam.
Betul.
Kalaulah saya tidak diberi dadah,
saya pasti dapat selamatkan nyawa Cik Nam.
Jangan risau. Dia tidak apa-apa.
Dia tidak apa-apa?
Maksud awak, dia masih hidup?
Ya, dia masih hidup.
Bagaimana...
Saya dengar dadah itu membunuh dalam lima minit selepas suntikan.
Ya. Semua orang kata ia satu keajaiban.
Saya dengar dia tentu sudah mati jika diselamatkan lambat seminit.
Pendakwa Raya Jung Jae Chan...
selamatkan nyawanya dengan membuat CPR.
Pendakwa Raya Jung Jae Chan?
Dia telah datang ke tempat kejadian?
Dia sangat bertuah.
Tuah mesti telah menyebelahinya.
Betul.
Baguslah.
Doktor, bagaimana Hong Joo? Bagaimana keadaan dia?
Dia sudah melepasi tahap yang kritikal.
Dia terselamat kerana rawatan pertolongan cemas yang segera.
Tetapi,
saya tidak dapat beritahu dengan pasti...
bila dia akan sedar semula.
Apa maksud awak?
Dia tidak dapat bernafas dalam satu tempoh masa yang tertentu.
Otaknya tidak menerima oksigen semasa tempoh itu,
dan pengalamannya mesti menyebabkan trauma psikologi yang teruk.
Kami tidak dapat meramalkan apa-apa pada masa ini.
Puan Yoon.
Saya tidak apa-apa. Tidak mengapa.
Maafkan saya. Saya...
Saya patut selamatkannya lebih cepat.
Tidak, jangan kata begitu.
Terima kasih. Awak telah selamatkan nyawanya.
Saya gembira dia masih hidup. Dia mungkin boleh mati.
Jangan risau.
Hong Joo akan sedar semula.
Dia akan bangun seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Bagaimana keadaan Hong Joo?
Doktor kata dia sudah melepasi tahap yang kritikal,
tetapi dia masih tidak sedarkan diri.
Saya baru sahaja...
mendengar apa yang Peguam Lee Yu Beom katakan.
Apa yang dia kata?
Rasanya dia akan tegaskan yang ia dilakukan untuk pertahankan diri.
Mana dia sekarang?
Adakah dia dalam bilik kecemasan?
Jae Chan.
Encik Choi.
Kenapa...
Kenapa...
Kenapa awak harus buat begini?
Kenapa awak harus pergi dengan mengejut?
Kenapa pada masa begini?
Kenapa mesti pada masa begini?
Saya...
Awak meninggalkan saya...
seorang diri.
Kenapa awak harus tinggalkan saya?
Kenapa...
Encik Choi.
Maafkan saya, Encik Jung.
Tiada siapa tahu awak telah meletakkan jawatan.
Cik Moon juga kata dia tidak akan beritahu sesiapa.
Anggap sahaja awak mengambil cuti beberapa hari.
Apabila awak kembali...
Saya tidak akan kembali.
Saya akan bekerja di Firma Guaman Hae Kwang.
Adakah awak letakkan jawatan untuk bekerja dengan Yu Beom?
Ya.
Tetapi kenapa?
Suatu masa dulu,
adik lelaki saya melarikan diri dari angkatan tentera.
Tiap kali dia menelefon saya untuk beritahu dia tidak dapat bertahan,
- Saya harus pergi. - saya kata semua orang melaluinya,
dan pengalaman itu akan mematangkannya.
Saya memarahinya begitu sahaja.
Saya tidak pernah mendengar cakap dia betul-betul.
Saya rasa bersalah mengenainya.
Saya rasa teruk kerana tidak pernah mendengar.
Jadi semasa dia datang kepada saya selepas melarikan diri,
memujuknya menyerahkan diri bukan benda pertama yang saya fikirkan.
Dia mesti kelaparan, jadi keutamaan saya ialah membelikannya makanan.
No comments yet. Be the first to leave one.