Release info

Tokyo Tarareba Musume ep05
A Commentary by ilovemassu
(IMPROVED) ada beberapa potongan sub yang diperbaiki.

Tags

other
Published on: 2017-02-26
Downloads: 29
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

- Ini tempatnya, kan? - Ya.

Pelanggan aku cakap, sangat menakutkan kerana tilikannya betul-betul menjadi kenyataan.

Menakutkan... betul ke?

Ramalan tukang tilik yang sebelum ini salah, kali ini, aku betul-betul mahu satu panduan hidup!

OK! Jom masuk!

-Ya. -Ya.

Kau terperangkap dengan lelaki yang tak berguna.

Sekarang, kau sudah jadi perempuan yang dipergunakan.

Sebenarnya... sekarang ini, aku adalah perempuan kedua bekas teman lelaki aku ...

Kaori, habislah! Teman wanita aku sudah balik!

Apa!?

- Maaf, aku akan hubungi kau nanti. -Ah... OK... tapi...

Lelaki itu suka makan "aiskrim yang mahal",

tapi kadangkala, dia mahu makan...

"aiskrim potong", yang pernah dia makan dulu.

Aiskrim potong ...

- Oh begitu rupanya. - Oh begitu rupanya.

Ini akan menyebabkan peluang untuk kau berkahwin di usia ini semakin berkurang.

Kau sedang menjalinkan hubungan sulit, kan?

Sebenarnya, aku diberitahu yang dia sudah tinggal berasingan daripada isterinya...

Mereka tinggal berasingan kerana isterinya mahu melahirkan anak.

Ya.

Maafkan aku, ada kecemasan dalam keluarga,

jadi aku perlu ke hospital sekarang.

Dia ada anak...

Perempuan berpendirian tegas seperti kau,

terperangkap juga dalam perkara begini.

Jalan ini tidak ada cinta, hanya akan menyebabkan kegembiraan semakin jauh!

Ah! Kau sudah...

- ... terlambat. - Apa?

Ini lebih teruk!

Tuah kau dalam hal lelaki & kewangan sudah tiada.

Sebenarnya, aku rasa seperti...

Manuskrip "Love Seasons"

telah ditulis oleh penulis skrip yang lain.

Aku tak boleh mencintai kau.

Aku sudah hampir kehilangan pekerjaan...

Kerja dan cinta kau sudah berada di hujung tebing, hampir separuh sudah jatuh ke bawah.

Jalan perlahan-lahan di tebing itu,

dan "don!" kau akan jatuh ke jatuh ke dalam laut.

Kita perlu lakukan sesuatu! Kita perlu lakukan sesuatu!

-Ya. -Ya.

Aku akan putuskan hubungan aku. Aku akan berpisah dengan Marui-san.

- Aku tak akan berjumpa dengan Ryo-chan lagi! - Apa?

Jika dia ajak aku keluar, aku akan menolak. Aku mahu jadi "aiskrim yang mahal".

- Betul tu. - Aku...

Hanya aku sahaja yang tiada penyelesaian!

Bukankah kau perlu berusaha dalam kerjaya kau?

Walaupun aku berusaha, sudah tiada kerja!

Kau cakap Hayasaka-san ada beri kau kerja, kan?

Aku hanya tolong sediakan kertas kerja, semua sudah pun siap...

Sudah tiada kerja buat masa sekarang...

Habislah, pelanggan aku akan datang sekejap lagi, aku perlu pergi dulu.

Aku juga perlu balik ke kedai.

Aku akan telefon kau nanti.

-OK! -Bye Bye.

Aku perlu buat sesuatu.

Rinko-san.

Habislah.

Kau berdua!

Paling teruk pun, kau masih boleh hidup tanpa cinta,

tapi tanpa pekerjaan kau akan kelaparan nanti!

Itu aku tahu!

Kau belum berkahwin. Tiada teman lelaki. Tiada pekerjaan.

Duit pun tiada. Status juga tiada.

Apa yang kau buat dalam 30 tahun ini?

Kau... Kau tak perlu beritahu aku semua itu...

Seorang perempuan berusia lebih 30 tahun, dan masih tidak memiliki apa-apa...

Kasihan betul Rinko-san!!!!

Sangat kasihan!!!!

Diam! Diam!!

Mereka dah hilang.

Kalau aku berterusan menjadi penulis skrip yang tiada kerja,

apa perlu aku buat?

Mahal...

Tak boleh beli barang mahal.

Ah, maaf.

Kacak! Bersemangat! Dada yang bidang!

Bergaya! Kaki yang panjang (tinggi) !

Tinggi melebihi 180 cm!!

Kalau kau mahu... Yang ini.

boleh kita makan bersama?

Aku... aku... aku... Maksud kau, aku?

Ya.

Akhirnya...ini...adalah...

pertemuan yang ditakdirkan untukku...!

telah terjadi~~!!!

Perempuan-perempuan "Kalaulah" Tokyo

Subtitles by MaRGa_ps, pinkandfluffy, sora_cantabile and Waoow @ d-addicts

Dijemput sebagai seorang pelanggan...

Bagaimana rasa koktail itu?

Ah... Sangat sedap.

Baguslah!

Sudah tentulah itu sahaja, lelaki sepertinya dan perempuan sepertiku...

Lagipun, takkanlah dia mahu memikat perempuan di dalam pasaraya.

Ini dia, maaf kerana terpaksa menunggu.

Ini adalah farcy kubis dan ikan salmon.

- Nampak sedap! - Sila nikmati hidangan.

Baik.

Sedap!

Betul?

Sebenarnya, aku terfikir untuk sediakan hidangan ini sebagai menu baru.

Ini idea yang bagus.

Ini hidangan yang sihat, ramai orang akan suka.

OK! Itulah keputusan aku!

Kau suka menonton filem?

Aku suka filem dan alkohol. Jadi aku buka kedai ini.

Aku juga suka kedua-duanya.

- Yeke? - Ya, itu sebabnya...

aku rasa selesa, suasananya sangat menenangkan.

Baguslah.

Rasa seperti aku paksa kau datang ke sini,

jadi aku sedikit rasa bersalah.

Tidak, aku rasa bertuah, hidangan ini sangat sedap.

Oh, ya!

Aku ada wine yang sesuai untuk hidangan ini, aku akan pergi ambil.

OK.

- Berapa bilnya? - Tak perlu bayar.

Tak boleh begitu...

Anggap sahaja kau tolong aku cuba menu baru.

Ah... Aku akan bayar harga wine.

Kalau begitu, datang saja lagi lain kali.

OK, kalau kau cakap begitu, aku cuma boleh ucapkan terima kasih.

Lain kali, aku akan datang bersama kawan-kawan, untuk minum di sini.

Kalau boleh, aku lebih suka kau datang seorang diri.

Eh?

Ah....Maaf, apa yang aku cakap ni?

Ah... Ya... Jadi... Jadi... Aku akan datang seorang diri.

-Uhm.. terima kasih banyak. - Ya.

Ah! Maaf.

- Kau tak apa-apa? - Ya, terima kasih atas layanan!

Selamat datang!

Ah!

Cik! Ini!

Sila ambil satu... Ah!

In... Ini adalah...!

betul-betul sama seperti adegan dalam filem!!

Berita buruk!

- Dia seorang yang terlalu kacak! - Eh, tak mungkin!

- Apa ni? Betul ke? - Ya.

- Ini betul-betul berlaku! - Eh! Di mana tempat ini?

Sesuatu terjadi lagi dengan perempuan berambut pendek itu, kan?

Nampaknya begitulah.

Serius... "Jika ada 3 orang perempuan, sama seperti satu pasar",

itu kata orang.

- Nama, Okuda, juga bunyinya seperti sangat kacak. - Aku faham.

- Masih bujang? - Sudah ada teman wanita?

-Ah aku tak tanya. - Tak boleh begitu.

- Tidak ada cincin di jarinya... - Itu tak boleh diguna-pakai.

Betul tu. Kau perlu tanya soalan penting seperti itu dengan segera.

Betul. Kalau sudah jatuh cinta, sudah terlambat.

Pendapat "senior" akan banyak membantu.

Jika dia masih bujang, kau perlu selalu pergi ke kedainya.

Ya betul. Kelakuannya setakat ini menunjukkan dia seorang yang terbuka,

jadi jika kau mendekatinya, mungkin akan berjaya.

Ah, mungkinkah ini, satu peluang keemasan?

Betul! Ini adalah peluang untuk mendaki semula tebing itu!

- Yeke?! Betul juga! - Jika kau menjalinkan hubungan dengan sekacak dia,

walaupun tiada duit atau kerja, kau masih boleh meneruskan hidup.

Mukanya yang kacak dan badannya yang tegap, akan memberi kau tenaga!

Itu aku tak tahu...

Maksudnya, jika hubungan itu sampai ke jinjang perkahwinan...

Kita tak perlu risau tentang diet, Yaay!

Berkahwin... Kau berdua....

masih terlalu awal!

Kau semua masih teruja dengan cerita "kalaulah"?

- Kau datang lagi, si rambut emas. - Selamat datang.

- Meja ini boleh, kan? - Ya.

- Giblets bakar, seperti biasa? - Ya, terima kasih.

OK.

Seperti biasa!

Kau tak perlu beri pendapat kau dengan cara begitu kasar.

Aku ada common sense.

Itu bukan common sense . Lagipun, kami lebih tua.

Betul, lebih-lebih lagi...

Kau yang cakap "kalaulah", "kalaulah" tak henti-henti, kau tak tahu cakap pasal benda lain?

Kau yang selalu cakap pasal itu.

Kami tak selalu cakap pasal "kalaulah"!!

Aku tak pernah dengar perkara lain selain cerita "kalaulah" kau itu.

-Hah? -Apa?

Kau berdua semakin rapat, kan?

Apa? -Apa?

- Langsung tidak! - Langsung tidak!

Sungguh mengejutkan kau tak penat asyik bercerita pasal perkara tak berguna.

Kenapa, tak boleh?! Bercerita tentang impian untuk berkahwin juga bagus.

-Betul! -Perkahwinan bukan satu impian, tapi kenyataan.

Waaah... Apa orang muda seperti kau cakap ni?

Aku tak mahu dimarahi seperti itu, oleh orang yang tak pernah berkahwin.

- Betul, betul. - Aku pernah.

- Apa? - Berkahwin.

- Berkahwin!? -Ya.

Kau menipu, kan?!

-Ya, ya, tak mungkin! - Dengan gaya rambut yang begitu menonjol?

- Di usia semuda ini. - Apa? Kau bekas ahli gangster?

Bila? Di mana? Dengan siapa?

Nanti! Kau cakap kau PERNAH berkahwin...

Maksudnya, kau berkahwin dan kemudian bercerai?

Entahlah...

- Sekurangnya kau perlu beritahu kami. - Beri kami sedikit pembayang.

Kau mahu cuba hidangan ini sebelum giblets bakar siap?

More Malay subtitles for Tokyo Tarareba Girls

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left