The first 200 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Saya akan kenalkan dia sekali lagi.
- MENJAGA/ - PELAWAT
Ini jiran saya, En. Karino.
Selamat berkenalan.
Selamat berkenalan!
Kenapa saya dalam situasi begini?
Filem?
Ya. Saya disuruh menonton apa saja filem di wayang sebagai inspirasi komik saya.
Di pawagam?
Nampaknya saya tiada pilihan. Saya akan jadi penjaga awak.
Cakap sajalah awak nak pergi.
Bertuahnya! Saya pun nak tengok wayang!
Jadi,
boleh awak bawa anak kami tengok wayang?
Awak maksudkan pawagam di Aeyon rupanya!
Tak, tingkat atasnya ada …
Ibu saya cakap barang di Aeyon mahal!
Saya nak ke kedai mainan!
Karino, jom kita pergi tengok wayang!
Saya tahu. Janganlah tarik!
Jangan main-main di eskalator!
Hei, berhentilah!
PAWAGAM SHIMIZU
Tak boleh jadi. Saya dah letih.
FILEM TONOSAMAN
Karino, saya nak tengok filem ini!
Apa?
- Pemburu Dinosaur 3 - D ?
Saya pun nak! Ia akan melompat keluar!
Tahi pun akan melompat keluar?
Awak tak kisah mereka tonton filem lain?
Saya tak kisah.
Karino, saya nak bertih jagung!
Mahalnya.
Sebentar. Perlukah saya jaga air muka depan kawan-kawan Kotaro?
Kalau saya tolak,
adakah awak akan rasa malu sebab penjaga awak kedekut?
Saya tiada pilihan. Beli sajalah!
- Saya akan beli semuanya! - Hore!
Hei, awak nak apa?
Apa?
Kalau begitu, tiga set untuk budak!
Wah!
Diam! Jangan tumpahkan!
Saya cakap, diam! Diamlah!
Seronoknya!
Karino, mari kita ke kedai mainan!
Ayuh!
Maaf, kawan-kawan.
Tapi En. Karino cuma pelukis komik, jadi dia tak banyak duit.
Kalau sedikit saja, saya …
En. Karino!
Awak datang ke sini untuk kerja, bukan?
Mari kita pulang.
Hei!
Terima kasih, Karino!
Hei, panggil dia En. Karino.
Seronoknya.
Saya tak mampu. Saya tak boleh jaga mereka lagi.
Ada apa? Kenapa awak duduk dekat?
Jangan diam saja. Cakaplah sesuatu.
Kenapa? Awak merajuk dengan saya?
Awak betul-betul berseronok dengan kawan-kawan saya.
Bukankah awak penjaga saya?
Maaf sebab jaga kawan-kawan awak dan bukan awak.
Hei, kenapa awak cakap begitu?
Kenapa awak ketawa?
Awak sedang ejek saya?
Saya bukan ejek awak.
Saya nak tonton filem lain untuk kerja.
Awak nak ikut tak?
Kali ini, filem Tonosaman .
Saya tiada pilihan.
Saya akan ikut awak.
Maaf kerana buat anda tunggu. Sayalah Tonosaman!
Maaf kerana buat anda tunggu. Sayalah Tonosaman!
Tapi, animasi ini sangat membosankan…
Aduh!
Saya boleh tahan gesel pipi,
tapi biar saya main dengan awak, Kotaro!
Awak masih tak boleh jumpa anak awak?
Sebenarnya,
bekas isteri saya cakap, "Dia tak nak jumpa ayahnya."
Tapi saya pun tak terkejut. Lihatlah diri saya.
Awak boleh masuk.
Awak nak minum susu?
Kotaro! Aduhai!
BEBERAPA HARI KEMUDIAN
Siapa awak?
Apa?
Hei, siapa awak?
Awak ada masalah?
Awak patut kenalkan diri awak sebelum awak tanya begitu.
Saya Kotaro Sato.
Saya penghuni di apartmen ini.
Apa? Jadi awak kenal ayah saya?
Ayah saya tinggal di sini!
Apa? Anak?
Anak saya? Apa?
Bukan dia.
Ayah saya boleh diharap, bukan macam dia.
Begitu. Saya minta maaf.
Saya tak tahu awak anak En. Tamaru.
En. Tamaru keluar.
Jadi, kita boleh tunggu di bilik saya.
Baiklah, terima kasih.
Tapi, En. Tamaru beritahu saya
awak tak nak jumpa ayah awak.
Salah! Ibu saya cakap…
Kotaro! Terima kasih tung…
Ayah!
Yuta? Kenapa awak ada di sini?
Lama tak jumpa! Saya datang sini nak jumpa ayah!
Yuta, awak…
Saya tak tahu.
Tentang rancangan ibu untuk berjumpa.
Ibu tak pernah beritahu saya.
Jadi saya cari alamat ayah dan datang sini untuk jumpa ayah.
Ibu tak tahu saya datang sini.
Saya nak jumpa ayah, sebab itu saya datang!
Baguslah, bukan?
Awak boleh jumpa dia.
Balik rumah sekarang.
Apa?
Kenapa?
Apa maksud awak, En. Tamaru?
Awak patut…
Ayah tak suka kita jumpa begini.
Kalau awak datang macam ini lagi,
ayah tak nak cakap dengan awak.
Awak perlu ikut peraturan.
Tapi ibu tak pernah beritahu saya…
Ayah tak cakap tentang ibu, ayah cakap tentang awak.
Okey.
Ayah akan telefon ibu supaya dia boleh ambil awak.
Ayah dah jelaskannya kepada ibu.
Selepas ini, kita bertiga akan bertemu pada hujung bulan.
Okey.
Jumpa lagi.
Okey.
Maaf kerana ayah tak boleh tinggal bersama awak.
Ya.
Aduh!
En. Yuta datang sini untuk jumpa awak!
Kenapa awak hantar dia balik, En. Tamaru?
Kenapa tusukan awak lebih kuat hari ini?
Awak yang nak sangat jumpa En. Yuta!
Ya, saya nak jumpa dia…
Tapi, saya tak nak Yuta membesar dan jadi orang dewasa
yang langgar peraturan tanpa sebab.
Saya memang rasa bersalah sebab buat dia rasa sunyi.
Begitu. Jadi itulah cara awak tunjukkan kasih sayang awak.
Mungkin ayah awak pun rasa begitu, Kotaro.
Apa maksud awak?
Dia memang tak patut sakiti awak.
Tapi saya percaya yang dia sayangkan awak…
Sebab…
tiada ayah yang tak sayang anaknya sendiri.
Begitu. Awak tahan diri daripada menangis di depan En. Yuta.
Saya puji keberanian awak.
Kotaro!
ORANG BARU/ MAKANAN SEKOLAH YANG MERAGUKAN
Ya? Oh.
Saya baru pindah ke Bilik 201.
Nama saya Sumire Takei.
Selamat berkenalan.
Selamat berkenalan. Saya Shin Karino.
Ratu dingin ini, Sumire Takei,
mengeluarkan aura wanita yang berkerjaya.
Tapi lebih penting lagi…
Asingkanlah sampah itu betul-betul!
Orang dewasa tak boleh harap!
Cukuplah! Lebih baik awak diam!
Dia macam ibu yang kuat membebel.
Selamat pagi, semua!
Kotaro. Selamat pagi!
Tegurlah, tapi teruskan buat kerja.
Selamat pagi, Kotaro.
Selamat pagi, Cik Takei.
Awak budak baik, Kotaro. Awak pandai asingkan sampah.
Semua orang patut contohi awak!
Budak perempuan itu tolong bawa anjingnya jalan-jalan.
Dia pula berlatih untuk kelab sekolah.
Dia kerja keras! Hebat betul.
Tapi, dia suka puji budak-budak ini.
Sementara dia berpeluh-peluh…
Dia memaksa dirinya memuji budak-budak.
Sapaannya semasa dia baru pindah.
Ada budak tinggal di bangunan ini?
Seorang budak tinggal sendirian.
Saya dan En. Tamaru bergilir-gilir ambil dia di tadika.
Kenapa?
Tiada apa-apa! Saya pun akan tolong sebab kita semua berjiran.
Sudah jelas, bukan?
Mungkin dia tak selesa dengan kanak-kanak.
Tapi entah kenapa, Kotaro sedang mengejar Cik Takei.
Main kejar-kejar? Saya takkan kalah!
Dia juga nampak seronok.
Saya sangka dia lebih sensitif dalam situasi begini.
No comments yet. Be the first to leave one.