The first 200 lines.
'Di sebuah daerah mitos, pada era kegemilangan sihir,'
'takdir sebuah kerajaan besar terletak di bahu seorang lelaki muda.'
'Namanya..'
'Merlin.'
Bagus, kan?
Cuma kita berdua.
Ya, kita bertiga..
Merlin? Merlin tak dikira.
Saya tak dikira.
Saya tiada di sini, Saya tak bercakap pun sekarang.
Kamu tak kagum ke saya boleh ingat ulangtahun kita?
Bukan kamu yang ingat. Saya yang beritahu kamu sebulan yang lalu.
Ya.. tapi saya ingat yang ulangtahun tu adalah pada hari ini..
..hari ni.
Ah.
Sebenarnya, saya yang beritahu.
Diam, Merlin!
Saya beritahu!
Arthur!
Sarikata oleh Light_Arm
Episod 7 - A Lesson in Vengeance -
Kamu sangat bernasib baik, Tuanku.
Bila jatuh macam tu, leher kamu boleh patah.
Kamu dah soal siasat orang yang serang saya?
Maaf, Tuanku, mereka dah mati.
Kami tak dapat apa-apa maklumat dari mereka.
Kita tahu satu benda,
mereka bukan berada di sana secara kebetulan.
Tuanku.
Kami jumpa pelana kamu di hutan.
Lilitannya telah dibuka dan dijahit semula.
Ia dijahit untuk mudah putus, Tuanku.
Nampaknya, Merlin, buat pertama kalinya,
..kamu mungkin betul.
Selamat petang, kesatria sekalian.
Kuda dah dibersihkan dan diberi minum.
Kamu Tyr Seward?
Saya, Sir Gwaine.
Kamu kenal saya.
Penjaga kandang Raja?
Ia satu penghormatan, ya.
Adakah Tuanku tak gembira dengan kerja saya?
Saya ada buat salahkah?
Kamu Gelda Seward, ibu Tyr Seward?
- Ya? - Kamu tinggal dengan anak kamu?
Dia dalam kesusahankah?
Dia telah ditangkap atas tuduhan mengkhianat.
Tidak! tak mungkin, kamu dah buat kesilapan!
Tyr seorang yang setia kepada Raja sama seperti kamu!
Ini.
Benang yang kami jumpa di rumahnya
sepadan dengan yang digunakan di pelana kamu, Tuanku.
Siapa yang suruh kamu lakukannya, Tyr?
Tiada siapa.
Tak ada sesiapa suruh saya buat apa-apa, Tuanku.
Jadi kamu bertindak sendirian?
Tiada bantuan atau rakan subahat?
Saya tak faham apa yang kamu cakapkan.
Saya tak buat apa-apa, Tuanku,
Saya cuma menjaga kuda kamu seperti biasa.
Semua bukti menjurus kearah kamu.
Kamu tak boleh menafikannya.
Tuanku..
Saya bersumpah atas nyawa ibu saya..
Beritahu nama mereka.
Kenapa kamu nak lindungi mereka?
Mereka tak dapat bantu kamu sekarang. Beritahu nama mereka.
Tak ada nama.
Tiada sebarang nama untuk di beri.
Kamu buat saya tiada pilihan.
Walaupun berat untuk saya melakukannya,
kamu didakwa melakukan pengkhianatan.
Ada apa-apa lagi..
yang kamu nak cakap?
Kamu adalah Raja saya, Tuanku.
Saya tak pernah berniat untuk sakiti Tuanku. Tak pernah.
Tyr Seward,
dengan kuasa yang ada pada saya, saya jatuhkan hukuman mati atas kamu.
Dah berapa lama kamu kenal Tyr?
Dia berkhidmat sejak saya masih remaja.
Kamu rasa dia terlibat tak dengan semua ni?
Walau apa pun yang saya fikir, bukti menjurus padanya.
Arthur, kamu jatuhkan hukuman mati..
Undang-undang tetap undang-undang, Merlin. Suka atau tidak.
Kenapa Tyr nak Arthur mati? Ia tak masuk akal.
Mungkin dia berdendam, kebencian yang terpendam.
Apa yang dia dendamkan?
Dia sukakan kerjanya, dia amat bangga dengannya.
Arthur menghormatinya, Saya tahu.
Dia sentiasa dilayan dengan adil dan baik.
Merlin, kita tak mampu membaca
fikiran orang lain.
Mungkin ya, tapi Arthur betul tentang satu perkara.
Tyr tak mungkin lakukannya sendirian. Ada seseorang yang terlibat.
Dan kita kena siasat siapa mereka,
untuk menghalang mereka lakukannya sekali lagi?
Arthur.
Saya tahu kamu sukakan Tyr, tapi kamu tak ada pilihan.
Dia bersalah.
Tyr Seward seorang lelaki biasa.
Tak mungkin dia buat sendirian.
Ya, saya tahu apa yang kamu fikir. Kami semua tahu.
Tapi kita kena terima yang, walau semulia mana pun Raja itu,
dia pasti mempunyai musuh.
Dan biasanya musuh itu adalah orang yang tak dijangka.
Tyr salah satu darinya.
Kamu betul.
Saya patut belajar dari pengalaman.
Yang penting, dia gagal.
Saya dah kehilangan adik saya, saya tak nak kehilangan kamu.
Saya di sini, Guinevere.
Sentiasa di sini.
Saya tak akan tinggalkan kamu, Saya berjanji.
Mungkin kamu lapar.
Macam yang kamu tahu, memasak bukannya kemahiran Gaius.
Sekurang-kurangnya bukan lobak rebus!
Terima kasih, Merlin.
Saya nak bantu kamu, Tyr. Kalau boleh.
Kamu dah dengar keputusan Raja.
- Tak ada siapa boleh bantu saya. - Saya kenal kamu, Tyr.
Apapun yang kamu lakukan, kamu pasti tak berniat jahat.
Saya tak buat apa-apa. Saya tak buat.
Tapi ada sesuatu yang berlaku, kan?
- Tak.. - Tyr, tolonglah.
Saya tahu kamu tak salah. Beritahu apa yang berlaku.
Tidak! Mereka akan..
Siapa?
Beberapa hari yang lalu.
Ada seekor kuda cedera.
Jadi saya tidur di kandang untuk menjaganya..
Teruskan, tak mengapa.
Malam tu, Saya terdengar satu bunyi.
Ada seseorang di sana, pergi ke pelana Raja.
Saya tahu ada sesuatu yang tak kena.
Saya cuba lari dan beritahu seseorang..
Tapi mereka nampak saya.
Mereka kata, kalau saya beritahu sesiapa,
..mereka akan bunuh ibu saya.
Mereka akan membunuhnya..
Dan mengelar lehernya.
Siapa dia?
Saya tak boleh!
Tyr, beritahu saya.
Inilah satu-satunya peluang kamu.
Kamu akan akan di gantung..
Kalau saya beritahu,
- mereka akan bunuh ibu saya. - Tyr..
..saya boleh bantu kamu.
Tidak.
Kalau saya ditakdirkan mati demi dia, biarlah.
Saya lebih rela mati.
- Kamu ke penjara untuk melawat Tyr? - Ya.
Kita dah bincang sebelum ni, kita tahu apa yang dia kata.
Bukti tak berbohong.
Tak ada siapa menafikannya, Tuanku,
Tapi apa yang Tyr buat adalah kerana dia dipaksa.
- Dia beritahu kamu? - Lima minit yang lalu.
Jadi siapa orangnya?
Dia tak beritahu, dia terlalu takut. Mereka mengugutnya.
Saya nak bercakap dengan dia.
Arthur, kamu boleh tunggu?
- Gaius arahkan kamu untuk berehat untuk sembuh. - Saya okey,
- Saya cuma nak dengar apa yang dia nak cakap. - Boleh.
Tapi Tyr pasti perlukan masa sekarang.
Dia pasti sangat takut dan tak tahu apa yang dia buat.
Jangan paksa dia.
Biar dia tenang dulu..
mungkin lepas semalaman di penjara dia akan bersedia.
Seperti biasa, Guinevere..
Kamu betul.
Kamu perasan tak apa-apa tentang Gwen kebelakangan ni?
Biasa saja. Kenapa?
Saya tak berapa pasti.
Ada sesuatu dia cakap? Yang dia buat?
Bukan. Bukan macam tu.
Sejak dia balik dari Menara Gelap
dia tak macam selalu.
Kamu pelikkah? Dia baru kehilangan adiknya.
Elyan satu-satunya keluarga yang dia ada.
Kesedihan mengubah manusia, Merlin.
Saya tahu. Tapi..
Lagipun, kita tak tahu apa yang Morgana buat padanya.
Itulah yang membimbangkan saya.
Tyr.
Apa yang kamu buat di sini?
Jangan bimbang. Saya cuma nak bercakap.
- Saya tak beritahu apa-apa! - Shhhh.
Mari sini.
Kita tak nak sesiapa dengar, kan?
Saya tak beritahu apa-apa.
Saya tak sebut pun nama kamu.
Saya percaya kamu.
Ibu saya selamat, kan? Kamu tak sakiti dia, kan?
Ibu kamu masih hidup dan sihat. Dia bukan masalahnya.
Kamulah masalahnya.
- Saya? - Dengar, Tyr,
Ia bukan tentang apa yang kamu tak beritahu.
Tapi apa yang kamu akan beritahu.
Kamu tak..
faham?
No comments yet. Be the first to leave one.