The first 200 lines.
Saya mahu menjadikan Myeong U sebagai hospital yang terbaik.
Saya takkan membiarkan ajussi terlepas.
Saya tidak mahu kehilangan Su Hyeon, tuan.
Baiklah. Walau dengan apa cara sekalipun, saya pasti akan membalas dendam.
Tolonglah memberikan saya satu peluang lagi.
Kalau tuan menunaikan permintaan saya ini,
saya sanggup mengabdikan seluruh hidup saya untuk tuan.
Di Myeong U, agar saya dapat melakukan apa yang sepatutnya, tolonglah berikan saya satu peluang lagi, tuan.
Di Myeong U, agar saya dapat melakukan apa yang sepatutnya, tolonglah berikan saya satu peluang lagi, tuan.
Tolonglah.
Tolonglah berikan saya satu peluang lagi!
Tolonglah!
Tolonglah.
Saya akan memberikan kamu satu peluang lagi.
Terima kasih, tuan.
Saya berbuat begini demi Su Hyeon.
Si Pak Hun itu telah melakukan satu kesalahan besar.
Dia telah mencuri tengok rekod perubatan orang lain.
Dengan ini, kamu boleh mendapat peluang untuk bersaing dengan dia sekali lagi.
Aku menyanyikan lagu itu lagi.
Minum!
Hei.
Cantiknya. Wajah awak sangat cantik.
Betapa sakitnya pinggang awak kerana berdiri begini.
Tak boleh begini.
Ya, hyeongnim.
Dengar kata awak semua minum banyak.
Tidaklah, hyeongnim.
Dr. O balik dengan selamat, bukan?
Ya, sepatutnya begitulah.
Saya akan kembali ke hospital, hyeongnim. Jumpa nanti.
Siapa pula yang meraba-raba aku ni?
Oh Tuhan! Oh Tuhan!
Pergi jauh-jauh.
Apa yang awak sentuh?
Awak dah gila! Gila!
Mari sini, mari sini.
Masuklah, masuklah.
Janganlah bergerak-gerak!
Aigoo, masuklah.
- Cepatlah masuk. - Janganlah sentuh dia.
Masuklah.
Teruk betul!
- Berhenti! - Lepaskan!
Alamak. Takkanlah Tong Air tidur bersama Dr. O?
Takkanlah. Biar betul.
Oh Tuhan!
Kenapa awak semua memakai seluar dalam saja?
Keluar dari sini!
Aigoo.
Kenapa awak semua berada di sini?
Kami memang dah nak pergi. Tapi siapa yang menahan kami? Nak kena betullah awak ni.
Saya?
Yalah!
Kenapa kita membawa dia ke sini?
Awak semua nak ke mana?
Yalah, yalah, yalah.
Siapa yang balik dulu akan kena dengan saya.
Saya O Su Hyeon!
Cepat keluar dari sini.
Keluar cepat!
Profesor.
Hei, mari kita pergi.
Dia ini.
Hei, Chi Gyu. Mari pergi.
Siapa awak?
Kami menerima pemberitahuan
untuk memindahkan barang ke sini hari ini.
Apa maksud awak?
Dr. Han.
Kenapa semua orang berada di sini?
Dr. Han, ada apa awak datang ke sini?
Ini ialah rumah sewa saya.
Rumah sewa awak?
Saya pun menyewa rumah ini.
Apa patut kita lakukan?
Saya sudah memberitahu dia yang rumah ini telah disewakan.
Nampaknya dia telah melakukan kesilapan.
Apapun, awak patut memberitahu kami lebih awal--
Saya dah melihatnya, dan saya mendapati saya menyewa rumah itu selepas awak.
Saya akan berpindah keluar nanti.
Tak mengapakah?
Saya dah mencari di sekeliling kawasan ini, tapi tak banyak rumah sewa di sini.
Rumah itu memang sesuai kerana ia berhampiran dengan hospital,
tapi nak buat macam mana.
Kalau begitu, apa kata kita buat begini?
Sebelum awak dapat mencari rumah lain, tinggallah bersama saya dulu untuk sementara.
Tak boleh, saya rasa bersalah dibuatnya.
Taklah.
Saya pun pernah tinggal di rumah ibu awak untuk satu jangka masa yang agak lama.
Betulkah tak mengapa?
Tentulah.
Lagipun terasa sunyi kalau tinggal seorang diri.
Terima kasih.
Saya akan mencari rumah lain secepat mungkin.
Apa awak buat?
Apa maksud awak?
Kenapa awak tinggal serumah dengan Doktor Palsu?
Hanya sehingga dia dapat mencari rumah lain.
Jangan mengheret orang lain dalam hal ini.
Awak risau akan Dr. O?
Apa awak cakap ini?
Hei!
Hei, sakitlah.
- Apa? Sakit? - Lepaskanlah.
Sakit, sakit, sakit.
Kenapa?
Apa yang awak lakukan sebenarnya?
Aigoo, ayah.
Minumlah segelas lagi.
Doktor Palsu terlalu mabuk hingga tak sedarkan diri.
Jadi saya terpaksa menggendong dia.
Awak juga yang menyuruh saya berseronok.
Tiada lelaki lain lagikah selain awak di situ?
Yalah, yalah.
Lain kali saya akan menyuruh orang lain menggendongnya.
Boleh?
Baiklah.
Tak bolehkah kalau awak tak bermasam muka saja?
Dulu awak sentiasa tersenyum.
Kita bukannya sedang berada dalam situasi untuk tersenyum.
Ish, memang nak kena betul!
Hei, Doktor Palsu!
Tak bolehkah awak berhenti daripada memanggil saya Doktor Palsu?
Baiklah, saya akan berterus-terang saja.
Kenapa awak meninggalkan rambut awak merata-rata?
Buat apa awak membawa rambut wanita ke sana sini?
Awak penyumbalewengkah?
Ini rambut awaklah. Cuba tengok.
Apa awak cakap ini?
Tahulah awak mabuk,
tapi perlukah awak meninggalkan kesan merata-rata?
Awak ada masalah keguguran rambutkah?
Hei.
Saya cakap minumlah segelas lagi.
Nak buat macam mana, benda dah jadi.
Awak perlu mengurut kulit kepala awak begini
untuk mengurangkan keguguran rambut.
Bila-bila awak ada masa, buatlah begini.
Hei, saya pun memang tak menyukai rambut keriting awak sejak dulu lagi.
Kalau awak botak, awak takkan dapat berkahwin.
Omo, kalau saya dapat berkahwin, adakah awak akan bertanggungjawab? - Ketua Bahagian Han akan bertanggungjawab.
Maafkan saya atas kekasaran kata-kata saya.
Saya meminta maaf bagi pihak mulut saya ini.
Kunci lori.
Lori telah diletakkan di tempat letak kereta.
Baiklah.
Saya nak minta tolong.
Hyeong mahu saya menutup mulut?
Boleh ya? Boleh ya?
Mulut digunakan untuk bercakap.
Kenapa saya mahu menutupnya pula?
Boleh awak luangkan masa sekejap untuk berbincang?
Terkejut saya.
Dr. O.
Adakah awak akan tinggal serumah dengan Dr. Han?
Nampaknya begitulah buat sementara waktu ini.
2 wanita cantik tinggal serumah. Boleh saya datang melawat?
Nampaknya kamu dah dapat mencari tempat tinggal.
Saya memang bercadang untuk memberitahu ayah perkara ini.
Sebenarnya, apakah sebabnya?
Kenapa kamu tiba-tiba nak berpindah keluar?
Kerana saya fikir saya boleh melakukannya.
Sebenarnya, sebelum ini...
saya melakukan pelbagai cara demi mengambil hati ayah.
Jadi saya sentiasa berada di mana ayah boleh melihat saya,
dan saya fikir saya patut melakukan setiap apa yang ayah mahu saya lakukan.
Tetapi sekarang,
saya memikirkan walaupun saya tidak berbuat begitu...
saya tahu hati ayah akan sentiasa ada bersama saya.
Kamu memang pandai bercakap sesuatu yang mengharukan seperti ini.
Saya akan menganggap yang ayah telah memberikan kebenaran kepada saya.
Terima kasih, ayah.
Tapi, ada satu syarat.
Bertunanglah dengan Ketua Bahagian Han.
Kenapa?
Jae Jun...
saya dengar ayah akan menghantar dia ke hospital cawangan.
Ke mana pula ayah nak menghantar seorang menantu yang begitu berkebolehan?
Mungkinkah awak orang yang ditakdirkan untuk saya?
Apa kata kita cuba mendengar degupan jantung masing-masing untuk menentukan sama ada betul atau tak?
Kenapa?
Awak janganlah bergerak.
2 daripada 3?
Apa maksud awak dengan itu?
Mudah saja.
Kelak, melalui 2 lagi persaingan, akan menentukan pasukan bedah manakah yang akan terpilih untuk pembedahan Perdana Menteri.
Tuan cuba berguraukah?
Bukankah ia ditentukan secara sekaligus? Ia sudah pun berakhir sebelum ini. Apa lagi yang tuan cuba lakukan?
Keadaan dah berubah.
Saya tidak mengambil kisah tentang itu.
Saya takkan bersaing lagi dengan menggunakan pesakit.
Jadi lupakan sajalah.
Kalau awak tak nak bersaing,
ambillah wang itu dan lepaskan peluang untuk menjadi pasukan bedah Perdana Menteri.
Ini memang agak menggoda, tapi...
saya tidak mahukannya.
Dengar kata awak memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk membawa teman wanita awak ke sini.
Awak mahu menjalankan pembedahan Perdana Menteri juga adalah demi wang.
Saya betul-betul tidak memahaminya.
No comments yet. Be the first to leave one.