The first 200 lines.
Sebelum ini dalam Big Sky...
Setiap kali saya jawab telefon,...
...saya boleh dengar ada orang bernafas...
...dan panggilan akan terputus. Itu Ronald.
Awak ada rahsia, Arthur?
Saya tak ada rahsia.
Kita dapat sesuatu. Itu kubur mak dia.
Jika awak fikir apa yang berlaku pada Blake...
...baik untuk keluarga ini,...
...awak salah faham.
Beritahu kami tentang serangan malam itu dengan Rosie.
Mereka kata saya serang dia. Itu bukan diri saya.
Blake, awak kena beri banyak maklumat lagi.
Sebagai anak sulung, saya akan mewarisi ladang...
...selepas ayah meninggal dunia.
Adik-adik saya tak suka itu.
Kami nak bercakap dengan mangsa, Rosie Amaya.
Tidak. Dia sudah banyak disakiti.
Mereka takkan jumpa Rosie.
Tolong keluar dari kereta.
Ini akan jadi lebih baik jika awak tak melawan.
Saya perlu ke sana dan periksa cerita Blake.
Hei!
Awak masih nampak cantik macam dulu.
Rambut perang.
Sama macam dalam filem.
Bila Indy tembak orang Arab itu.
Saya selalu fikir itu lucu.
Turunkan sekarang.
Atau awak tembak saya di kawasan saya sendiri?
Macam mana?
Saya kata turunkan.
Sekarang awak biarkan saya pergi.
Hati-hati. Sangat licin.
Berundur!
Berundur!
Berundur!
Lepaskan dia, Rand!
Saya berseronok saja.
Saya kata lepaskan dia...
...atau saya tembak.
Okey.
Tak guna.
Cepat!
Saya tak nak sebarang masalah.
Adik psiko awak serang saya.
Dia cuma pertahankan ladang daripada penceroboh.
Itulah yang awak buat.
Saya cuma nak tolong Blake.
Macam mana?
Saya mahu periksa ceritanya.
Dia kata dia bawa Rosie ke kabin penjaga.
Mungkin ada sesuatu di sana yang boleh menolong dia.
Apa kata saya bawa awak?
Kita hanya beberapa batu dari balai.
Betul. Kita pusing kanan.
Diamlah.
Bawa saya ke balai semula!
- Sekarang! - Saya kata diam!
Apa kata awak pandang saya? Timbalan Gregor, pandang saya.
Boleh awak buat begitu? Boleh awak pandang saya?
Diamlah.
Apa ini?
Kita akan berpisah di sini.
Awak nak bawa saya keluar dari kereta?
Apa akan jadi pada saya selepas itu?
Timbalan Al Gregor dari Locha Spring!
Tidak!
Kita dah sampai.
Rumah penjaga ladang. Tak banyak pun untuk dilihat.
Pergilah. Siasat betul-betul.
Awak nampak Blake malam itu?
Tidak.
Bagaimana dengan Rosie?
Ini cara awak menyiasat?
Awak tanya beberapa soalan yang syerif sudah tanya?
Awak tahu dia di mana?
Saya tak mengekori wanita-wanita Blake.
Pergilah, tengoklah.
Saya akan lindungi awak dari serangga-serangga.
Mainkan sekali lagi.
Apa ini?
Bawa saya ke balai semula! Sekarang!
- Saya kata diam! - Timbalan Gregor, pandang saya.
- Dia tak matikan telefon. - Boleh awak buat begitu?
Tapi perkhidmatan akan dipotong selepas dua minit.
Cassie mahu kita mendengarnya.
Kalau awak nak takutkan saya, memang saya sudah takut.
- Dia tak jawab telefon. - Saya dah cuba.
- Sekarang! - Bagaimana dengan Jenny?
Sama. Terus ke peti simpanan suara.
Sekarang juga!
Tolonglah.
Okey. Jangan ubah rancangan awak.
Saya akan telefon awak bila saya tahu sesuatu.
Saya nak naik ke atas sana.
Kita hanya beberapa batu dari balai, bukan?
Ada sebarang petunjuk?
Darah? Rambut?
Bulu mata?
Saya jumpa dia di dalam bilik ini.
Tapi rumah ini ada tikus,...
...jadi mereka mungkin mereka hapuskan semua benda baik.
Boleh saya pegang?
Patutlah Blake suka pada awak.
Awak perlukan apa-apa? Saya cuba bekerja di sini.
Tak guna!
Dia merakam.
Apa kita nak buat?
Saya agak gementar. Lama tak jumpa.
Awak tahu apa orang kata.
Benda paling baik adalah kembali semula.
Saya bukan koboi.
Tidak?
Awak lebih kuat daripada kebanyakan koboi.
Saya datang ke sini untuk dengar awak menyanyi.
Kagumkan mereka.
Kagumkan mereka semua.
Mari.
Jerrie? Panggilan terakhir untuk Jerrie?
Jerrie. Panggilan terakhir.
Sayang, sayang, sayang, sayang
Dengar apa kataku
Sayang, sayang, sayang, sayang
Ikut caraku
Aku akan terus mengetuk hatimu Sehingga ia terbuka
Kita berdua adalah gasolin dan mancis
Sayang, sayang kau buatkanku
Seolah-olah ada percikan
Aku rasakan percikan apimu
Kita berdua adalah gasolin dan mancis
Kau tarik pinku Dan kau hancurkan dawaiku
Kau masuk dan membakar hatiku
Kau buatku tak sedar
Jerrie! Hei, hei, Jerrie, Jerrie!
Jerrie, kenapa awak berhenti?
Saya nampak seseorang.
- Ronald. Saya nampak Ronald. - Di mana?
Tidak. Tolonglah, mari kita pergi.
Tak apa. Saya ada di sini.
Hai. Ini Cassie Dewell.
Sila tinggalkan pesanan. Terima kasih.
Awak di mana?
Tak guna.
Lelaki baik.
Ya.
Hei, orang asing.
Awak masih bercakap dengan saya?
Saya nak cakap dengan siapa lagi?
Awak masih marah sebab saya pergi?
Ya.
Dan saya tak akan maafkan awak.
Jadi jangan cuba.
Tapi saya tak percaya awak buat begitu pada Rosie.
Dan saya sayang awak walaupun awak tinggalkan saya.
Saya bukan macam mereka.
Saya tahu saya nampak sama, tapi sebenarnya tidak.
Kalau saya ada tempat nak dituju, saya pun akan pergi.
Biar saya beritahu awak sesuatu, adikku sayang.
Awak tak perlukan tempat untuk dituju.
Awak pergi saja.
Timur, barat, China, neraka, ia tak penting.
Cuma...
Kalau awak tak pergi cepat, awak takkan dapat peluang.
Saya tahu.
Jadi awak tunggu apa lagi?
Entahlah.
Mungkin saya takut saya akan terlepas sesuatu.
Bila saya lupakan kegusaran itu, saya menjadi bebas.
Awak tahu apa yang saya mula-mula lihat selepas saya bangun pagi?
Poster yang awak beri itu.
- Singa putih? - Ya.
- Awak masih ada itu? - Ya.
Saya fikir tentang bagaimana rasanya...
...menjadi singa itu.
Berjalan dengan penuh kuasa,...
...dan menyapa semua singa biasa.
Tapi kemudian saya fikirkan tentang penceroboh...
...dan macam mana mereka semua cuba...
...membunuh singa itu sebab ia istimewa...
...dan berbeza. Kalau mereka bunuhnya,...
...mereka akan mendapat kuasa singa itu.
Banyak yang dah berubah di sini.
John Wayne dan Rand...
Awak nak beritahu saya?
Dengarkan mereka bercakap hak-hak sepanjang masa.
Dia suruh Rand menggali lubang di bahagian belakang.
Awak tahu mereka di sana pada malam itu...
...dengan Rosie.
Ya, saya nampak mereka balik lewat.
Keesokan harinya, mereka berpura-pura mencari dia.
Apa yang awak berdua bualkan?
Awak tahulah.
Singa putih.
Bukankah itu haiwan semangat awak?
Saya tak ada haiwan semangat.
Ya, saya terfikir mungkin juga memerang.
Hati-hati, Chi.
Saya dah tak berhati-hati.
Ayuhlah. Awak tak boleh bergurau sekarang?
No comments yet. Be the first to leave one.