The first 200 lines.
Tunggu. Masuk akalkah semua ini?
Bagaimana perempuan yang dah mati boleh hidup semula?
Jadi, siapa yang mati 20 tahun lepas?
Mungkin ada kesilapan waktu siasatan dijalankan pada masa itu.
Saya tak fikir begitu.
Mereka jumpa kad pengenalannya di tempat dia ditemui lemas.
Tak mungkin ia boleh beraada di situ secara kebetulan.
Awak nak cakap yang seseorang sengaja buatkan mayat itu kelihatan seperti Shin Da Hye?
Jika ia benar..
..ada kemungkinan ini bukan kes bunuh diri biasa.
Kan saya dah beritahu.
Kes ini bukan kes bunuh diri. Ia kes pembunuhan.
Kenapa kamu sangat beremosi?
Kita tak ada bukti yang ia kes bunuh diri..
..tapi kita juga tak ada bukti untuk katakan ia kes pembunuhan.
Hanya seorang saja yang boleh jawab semua persoalan ini.
Shin Da Hye sendiri.
Jika kita berjaya cari dia, kita boleh ketahui apa yang dah terjadi 20 tahun lepas.
Bagaimana kita nak cari seseorang yang bersembunyi selama 20 tahun?
Dia boleh bersembunyi selama ini kerana tiada siapa yang tahu.
Tapi, sekarang kita tahu yang dia masih hidup.
Seseorang yang hidup..
..pasti akan tinggalkan jejak di mana-mana.
Kita hanya perlu cari jejak itu.
Oh tuhan.
Perkara yang paling meragukan ialah keluarganya.
Shin Jung Hye bercakap benar tentang ibunya.
Ibunya ada kanser hati.
Dia berada di Unit Rawatan Rapi untuk pembedahan pemindahan hati.
Saya dah siasat rekod bank, kad kredit dan bercakap dengan jiran-jirannya, tapi..
..tak ada yang nampak meragukan tentang Shin Jung Hye.
Terus perhatikan dia.
Bagaimana dengan tunangnya?
Dia ada hubungan yang paling rapat dengan Shin Da Hye.
Terima kasih.
Awak dah jumpa Da Hye?
Kami masih sedang menyiasat.
Kami perlukan kerjasama awak, Encik Kim Min Sung.
Saya perlukan maklumat tentang Shin Da Hye daripada 20 tahun lepas.
Shin Da Hye itu..
..bagaimana orangnya?
Ini semua rakaman audio latihan Da Hye.
Suaranya dirakam di situ.
Tak apa. Jika awak menangis..
Tak apa.
Jika awak menangis, pasti akan rasa lebih baik.
Tak apa.
Dia sangat mengambil berat tentang lakonannya.
Awak akan rasa lebih baik.
Apa khabar. Restoran ini baru saja dibuka.
Kalau awak pesan 4 hidangan, akan dapat 4 lagi secara percuma.
Pastikan datang ya!
Pesan 4 hidangan dan dapatkan 4 lagi secara percuma!
Selain penat bekerja sambilan untuk menyara hidup..
..masanya juga dihabiskan untuk kerjaya lakonannya.
Ada orang simpan dendam pada Shin Da Hye?
Tak mungkin.
Dia tak pernah sakiti hati sesiapa.
Tapi, dia ada masalah dengan agensinya.
Agensinya?
Awak pemilik sebuah agensi hiburan pada tahun 1995, kan?
Masih ingat pelakon bernama Shin Da Hye?
Shin Da Hye?
Saya mewakili beratus-ratus orang.
Bagaimana saya masih boleh ingat dia? Saya tak tahulah.
Penipuan, salah laku kewangan, serangan seksual..
..semuanya tak nampak baik.
Awak pakar dalam mengambil kesempatan..
..ke atas cita-cita pelatih selebriti yang lemah.
Apa yang kamu sedang lakukan?
Benda mengarut apa pagi-pagi begini?
Kalau tak nak tambah perjudian haram dalam senarai itu, duduk semula.
Manusia takkan berubah dengan mudah. Betul kan?
Saya pasti keadaan sama juga pada waktu itu.
Tentu awak dah lakukan sesuatu yang mengganggu fikiran..
..melihat bagaimana awak beriya-iya menafikan yang awak kenal dia.
Saya tak buat apa-apa yang menganggu fikiran saya.
Saya cuma sedang fikirkan tentang mereka.
Jika difikirkan, bagaimana lagi mereka boleh kenal dengan orang-orang kaya itu?
Ke sini. Ke sini!
Pelanggan-pelanggan itu gembira dapat habiskan masa dengan gadis-gadis cantik.
Gadis-gadis itu juga gembira dapat bayaran tinggi sebagai upah.
Kedua-dua pihak juga dapat keuntungan masing-masing.
Shin Da Hye lebih pandai berlakon berbanding yang lain, tapi dia itu sama saja.
Dia menolak untuk minum arak sehingga ke akhirnya.
Tapi, itulah apa yang dia suka.
Siapa?
Peguam Han Se Kyu dari firma guaman HK?
Tuan!
Tuan!
Adakah ini kabin di mana Han Se Kyu sembunyikan barang rompakannya?
Berdekatan Tasik Mikang?
Bagaimana kamu tahu?
Bagaimana pula waktu kes rompakan itu berlaku?
Ia berlaku pada September 1995. Tolong fikir baik-baik.
Ia berlaku 20 tahun lepas. Saya dah tak berapa ingat.
Perlukah saya gari awak dan bantu awak ingat tentangnya?
Mereka bergaduh besar waktu itu.
Hubungan mereka berantakan.
Ayah kau yang ambil rasuah..
..kenapa buat aku macam ini pula?
Pujuklah ayah kau tentang perkara ini.
Dia dah bercakap tentang ini pada ayahnya, tapi tak berjaya.
- Apa? - Ah, itu..
Bila saya boleh bawa gadis-gadis itu masuk?
Lupakannya. Hantar mereka balik.
Baik.
Kan aku dah beritahu. Ayah aku takkan dengar cakap aku.
Jadi..
..aku akan beri rakaman video itu pada pihak polis.
Jadi kenapa? Minum arak dengan gadis-gadis itu?
Kamu semua pun lakukannya juga.
Tapi, kami tak ambil dadah.
Buatlah apa yang kau nak.
Pujuk ayah kau untuk hentikan siasatan terhadap ayah aku.
Atau kau akan masuk penjara.
Anak lelaki Ketua Pendakwaraya, Han Se Kyu..
..dan anak-anak orang ternama dan wakil rakyat yang mengugut dia.
Rakaman video seks digunakan sebagai alat untuk memeras ugut.
Untuk dapatkan rakaman itu, Han Se Kyu merompak rumah rakan-rakannya.
Diantara tiga rumah itu, dia tak tahu di mana rakaman itu disimpan.
Dia terpaksa merompak ketiga-tiga rumah itu.
Untuk buatkannya kelihatan seperti kejadian rompakan..
..dia juga ambil barang-barang berharga yang lain.
Han Se Kyu orangnya, si tak guna itu.
Apa maksud kamu?
Shin Da Hye ada rantai berlian biru itu, kan?
Semuanya kerana benda itu.
Han Se Kyu, si tak guna itu.
Dia fikir dia boleh terlepas daripada semua ini kerana bapanya.
Dia hidup dengan baik selama ini. Tak guna.
Saya tak akan biar dia terlepas.
Hei. Kenapa pula dengan rantai itu?
Maafkan saya. Saya rasa sampai di sini saja untuk hari ini.
Okay.
Ah, berkenaan rantai itu..
..adakah ia berjaya dijumpai selepas itu?
Saya cakap perkara yang sama juga dulu. Saya tak pernah lihat benda itu.
Bagaimana jika ada orang tolong simpankannya untuk dia?
Soalan awak sama seperti soalan yang ditanya detektif itu.
Detektif Lee Jae Han.
Dia ada hubungi saya semula selepas majlis pengebumian itu.
- Senior? - Ya.
Dia ada datang ke rumah Da Hye pada suatu lewat malam.
Saya dah beritahu dalam telefon, tak ada apa-apa di sini.
Ya.
Selepas apa yang berlaku pada Da Hye, kakaknya datang dan ambil semua barang-barangnya.
Ada tak sesiapa yang mungkin dia akan minta bantuan untuk simpankan rantai itu?
Tak ada.
Ada nampak disket di antara barang-barang peribadinya?
Da Hye tak tahu gunakan komputer.
Tak ada benda seperti itu di sini.
Okay.
Ke manalah disket itu dah pergi?
Di mana? Sekejap.
Sekeping gambar.
Ini bukan Shin Da Hye. Siapa ini?
Itu Ji Hee.
Ji Hee? Siapa itu?
- Sejuk, kan? - Ya. Maaflah.
Dia pelatih pelakon dan juga rakan sekampungnya.
Saya ada uji bakat.
Jika ada sesi uji bakat, dia akan tumpang bermalam di sini.
Bila datang, dia akan tumpang bermalam di sini?
Ya.
Dia ada datang baru-baru ini?
Dia datang minggu lepas.
Ada cara untuk hubungi dia? Seperti alamat rumahnya?
Dia pernah ambil gambar di studio kami sewaktu Da Hye bawa dia ke sini.
Itu maklumat peribadinya 20 tahun lepas.
Ia maklumat dari 20 tahun lepas, tak tahulah jika ia boleh membantu.
Dia ada datang ke majlis pengebumian?
Majlis pengebumian?
Tak ada.
Disebabkan situasi pada waktu itu, mungkin kami terlupa untuk hubungi dia.
Atau..
..mustahil untuk dia datang ke sana.
Nama, Kim Ji Hee. Lahir pada 1976.
Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sebelum tahun 1995.
Dia juga tiada adik beradik.
Pada Disember 1995, dia tinggalkan negara ini dan pergi ke Jerman.
Selepas itu, dia menetap di sana.
2 minggu lepas, dia masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Incheon.
- Kamu pasti dari Jerman? - Ya, saya pasti.
Cari alamat yang ditinggalkan pada Jabatan Imigresen sewaktu tiba ke sini.
Kim Ji Hee dah pun daftar keluar minggu lepas.
Ada dia tinggalkan maklumat atau cara untuk hubungi dia?
Tak ada.
Keadaannya bersih setiap hari, tak banyak yang ditinggalkan.
Dia bersembunyi selama 20 tahun dan pulang ke Korea secara tiba-tiba.
Kenapa dia buat begitu?
Kenapa?
Hospital.
Pemindahan hati.
Kenapa awak nak jumpa ibu Shin Da Hye?
Dia masih di Unit Rawatan Rapi?
Ya, dia dalam rawatan pemulihan. Mereka perlu perhatikan dia untuk beberapa hari lagi.
Bila pemindahan hati itu dijalankan?
6 hari lepas, tapi pelawat tak dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi.
Mukanya pun saya tak dapat lihat.
No comments yet. Be the first to leave one.