The first 200 lines.
Masa saya naik ke pentas, ego mula timbul.
Ia berkata, "Jangan buat silap…
awak hebat."
Semua kata begitu, jadi jangan buat silap.
Apabila saya pegang mikrofon, nada pertama sentiasa mendatar.
Sekitar 30 saat kemudian, saya kata…
"Ya, saya hanyalah pencinta muzik,"
dan tubuh saya terasa bebas.
Saya buang kerisauan, tengok sekitar dan kata…
"Buat saja.
Buang ego.
Masa untuk berserah."
SEBUAH DOKUMENTARI ASLI NETFLIX
Sejak saya berusia sekitar 10 tahun,
saya sentiasa nak jadi yang terbaik dalam segala hal.
Perbuatan saya menentukan nilai saya.
Ia boleh membawa saya ke tempat yang gelap.
Saya kehilangan suara pada penghujung jelajah ini
dan saya guna telefon untuk bercakap.
Malam semalam mengingatkan saya…
Saya tak kebal.
TIGA BULAN SEBELUMNYA
Nyanyi!
Kuat lagi!
Jerit!
Walau betapa cepat saya mainkannya, terus tepuk, okey?
Mulakan! Tepuk!
Laju lagi!
Laju lagi!
Laju lagi!
- Syabas. - Terima kasih.
- Malam yang hebat. - Ya.
- Terima kasih. - Hidupkan kereta.
Ada yang cuba masuk di luar.
Saya belum selesai.
Belok ke kiri masa keluar nanti
dan tuju ke arah lampu.
- Terima kasih. - Selamat jalan! Saya sayangkan awak!
Saya sayangkan awak!
Perhati. Saya tak nampak monitor kamera itu.
Perhatikan rakaman itu.
Hei, Cez. Jocelyn nak datang.
Saya suruh datang pukul 11:50 pagi.
Baiklah.
Awak bermula dari dalam bilik tidur,
buat video Vine secara suka-suka.
Adakah sukar melindungi perkara yang memulakannya?
Ayuh, Shawn. Mari, sayang! Masuk!
Bangun.
Masa kecil, ketika saya beritahu orang, "Ini impian saya,"
dan dibalas, "Itu impian bodoh,"
saya akan kata, "Ya, ia impian bodoh."
Masa saya bersekolah…
saya beritahu guru kelas vokal, Cik Parker, "Saya nak jadi penyanyi.
Saya nak jadi artis."
Dia terus mempercayai saya.
Mak ayah, kawan-kawan…
Tiada yang pandang dan kata, "Awak gila."
Semua orang kata, "Teruskan."
Suaranya semakin bagus.
Hasil latihan yang kerap.
Hei!
- Kami sayangkan awak! - Saya teruja!
Lebih besar daripada jangkaan.
Setuju.
- Awak boleh dengar? - Tak dengar.
Tak pasti jika sekuriti ini suka dirakam, tapi dia nak sapa.
- Hai. - Jangan rakam dia.
- Saya tak sebar, percayalah. - Okey.
Hei, mak?
Apa awak nak cakap?
Memang gila.
Nak ke tandas pun dia kena ditemani sekuriti.
Oh, Tuhan!
Saya sayang awak!
Awak nampak itu? "Saya sayang awak"?
Biar betul.
Hai!
Teruskan, kamu gugup?
Tadi tidak, sekarang baru saya gugup.
Boleh kita ke belakang?
Kenapa? Duduk dengan ayah.
Beri tepukan untuk Shawn Mendes!
Ada sesiapa dari luar Ontario?
Awak semua dari mana?
- Michigan. - Michigan!
Biar betul…
Luar biasa.
Masa saya dengar "Say Something" oleh A Great Big World buat kali pertama,
saya kata, "Hebat betul lagu ini." Saya cari di Google…
dan antara hasil carian terawal ialah nyanyian Shawn.
Saya agak terkejut. Saya kata, "Ini amat menakjubkan."
Saya hubungi Shawn dan maknya melalui FaceTime.
Shawn terus tanya kami pelbagai soalan
tentang cara operasi industri muzik dan sebab dia perlukan pengurus.
Saya kata dengan jujur,
"Saya taklah tahu semua, tapi saya akan duduk
dan luangkan masa dengan awak untuk dapatkan jawapannya."
Saya selalu kata,
"Saya perlukan kumpulan kerana persembahan solo tak bagus."
Dia balas, "Tak. Naik ke pentas, hanya awak dan gitar."
Keyakinan akan datang daripada
persembahan dengan gitar selama beberapa tahun.
Dari bilik tidur kecil di Pickering,
kini saya buat persembahan di depan ribuan hadirin lepas beberapa tahun.
Ia nampak hebat.
Begini keadaannya merakam dokumentari.
Mulakan.
Saya belum sedia nak tunjuk Scott.
Dia belum sampai.
Ia bermula masa saya jumpa dia yang memakai kaca mata hitam.
Dia kata, "Jika rekod single awak juara,
- ia milik awak." - Ya.
Kemudian, lagu pertama kami jadi juara.
Ia perlukan melodi.
Ya, ia macam…
Bagaimana?
Dapat?
Di bilik saya, ada benda kecil yang tunjuk jumlah persembahan dan lokasi kita.
Hari ini persembahan kelapan, Copenhagen. Kita masih jauh nak capai 100.
Ia kata kita di Cologne, bukan Copenhagen.
Ia kata Cologne.
Mungkin ia maksudkan Copenhagen.
Saya nak kita ingat setiap malam, ini amat istimewa.
Walaupun menjengkelkan, saya tetap kata ia amat istimewa. Usaha kita luar biasa.
Jadikan persembahan ini unik setiap kali mereka melihatnya,
- baik persembahan pertama atau ke-99, - Betul.
istimewa macam kali pertama. Terima kasih. Mari lakukannya.
Mari lakukannya.
Lompat, semua!
Dulu saya tengok ramai idola saya dan kata, "Bagaimana mereka buat begitu?
Mereka dilahirkan sebagai legenda."
Hakikatnya, tidak.
Orang kata, "Kalau awak gagal, bagaimana?"
Persoalan itu buat saya bingung…
kerana saya rasa inilah kehendak saya.
Dalam sesi soal jawab semalam,
ada gadis tanya cara nak jadi penulis lagu seperti saya.
Saya teringat pernah tanya kepada ayah.
Saya kata, "Saya nak jadi penulis lagu." Dia tanya, "Kamu boleh tulis lagu?"
Saya jawab, "Tak tahu." Dia kata, "Tulislah."
Saya main gitar di dalam bilik selama tujuh jam.
Walaupun jari berdarah, saya terus berlatih agar mahir.
Saya tak kata semua orang mesti beria-ia.
Saya beritahu dia, "Berhenti memikirkannya.
Awak memang penulis lagu. Pergi tulis lagu."
Kita jarang dengar lirik,
"Kau amat luar biasa.
- Kau buat aku terpaku." - Ya.
Bunyi trompetnya…
Semua bunyi trompet itu hebat, bukan?
Rasa sangat gah.
Saya ada fikir tentang itu untuk album seterusnya.
Sesuatu yang hampir sama…
dari segi rasa yang menyeluruh, cinta yang mendalam.
RHINEBECK, NEW YORK SESI RAKAMAN PERTAMA "WONDER"
Mungkin boleh tambah, "Kira undur dari 100,
agar aku cepat melelapkan mata"?
- Menarik. - Ya.
Saya rasa seperti…
- Saya suka gema selepas "Helo". - Ya.
Ya.
"Aku hanya perlu…"
Ya.
Tiada, lebih sedap.
- Sekarang? - Ya. Lebih sedap.
Sekali lagi.
Okey, George. Tekankan pada "menutup mata".
Agak menarik.
Dia sewa apartmen di West Village.
Kami duduk di sana dan masa bangun pagi, kami kata, "Teruk."
Kami kena bangun dan masuk ke SUV secara berasingan
- untuk ke tempat yang sama. - Ya.
Agak menarik.
Saya kena keluar pukul 8:30 pagi. Dia pun sama.
Ia seperti hidup macam orang biasa
dalam cara yang luar biasa.
Saya bersiap dan berlari ke kedai kopi untuk beli Americano.
Awak pun sampai dan saya kata, "Kita pergi kerja."
NEWARK, NEW JERSEY ANUGERAH MUZIK VIDEO MTV 2019
- Apa khabar? - Baik. Awak?
Buat begini.
Okey, masa melangkah ke sini, tangan saya buat apa?
Buat tangan awak begini masa melangkah ke sini.
- Pandang ke belakang… - Baik.
- Jadi… - Faham.
- Awak ke sebelah sana. - Tak.
- Semua berat awak di sini. - Ya.
Awak tahu tentang tepi luar…
Sebelah sini?
Ya, pastikan…
Okey. Amat selesa.
- Amat selesa. - Ya
Saya cintakan awak.
Awak tahu?
Saya tahu.
Okey, semua. Persiapan selesai. Ambil tempat untuk mula latihan.
Kami boleh mula kalau awak dah sedia.
Camila dalam Fifth Harmony. Kami buat persembahan pembukaan.
Ia jelajah pertama saya.
No comments yet. Be the first to leave one.