Marvel Studios: Assembled

Marvel Studios: Assembled

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Marvel Studios Assembled S01E08 The Making of Eternals DSNP WEB-DL
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2022-02-16
Downloads: 20
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Indah, bukan?

Eternals sememangnya sebuah filem yang begitu hebat.

Ada 10 watak baharu.

Menjangkau 7,000 tahun.

Kita berada di Bumi, tapi juga di ruang angkasa.

Kita berada di seluruh planet.

Ya, skop dan skalanya begitu luas.

Saya boleh kata, filem kami yang paling hebat...

NATE MOORE PENERBIT

...dalam MCU yang ada Endgame.

Hampir segalanya ada.

Terdapat raksasa dan dewa gergasi ruang angkasa.

Terdapat juga kisah cinta.

Sebagai pembuat filem, itulah yang mengujakan.

Kami dah hasilkan lebih 25 filem di Marvel Studios,

tapi filem ini terasa jauh berbeza daripada karya kami sebelum ini.

Ini dunia baharu.

Itulah yang luar biasa tentang Marvel,

alam semesta yang sangat rumit.

Bagi saya, Eternals ialah filem paling epik

yang Marvel pernah buat.

Inilah masalah paling bahaya

yang adiwira MCU pernah tangani setakat ini.

Hal ini jauh lebih besar daripada segala

yang kita saksikan dalam MCU.

Semuanya tentang perjalanan hidup legenda.

Pada akhir filem ini,

sudut pandangan kita kepada MCU dan Bumi pasti akan berubah.

KEVIN FEIGE PENERBIT

Kesan Eternals terhadap MCU

membawa perubahan sepenuhnya kepada Cinematic Universe.

DI SEBALIK TABIR ETERNALS

Visi asal saya untuk filem ini

boleh diringkaskan dalam puisi William Blake.

"Demi melihat dunia

"dalam butiran pasir

"dan syurga dalam bunga liar.

"Infiniti berada dalam genggaman

"Bersama Kehidupan Abadi."

Ketika saya masuk tanpa cakap apa-apa...

CHLOE ZHAO PENGARAH

...itulah yang saya buat.

Visi filem itu adalah menggambarkan sesuatu yang sangat epik

dan penuh emosi.

Sesuatu yang epik seperti penciptaan matahari.

Juga penuh perasaan seperti bisikan seorang kekasih.

Kami mahu mewujudkan kedua-dua keadaan ini dalam filem itu.

Itulah cabarannya.

Saya tak pasti bagaimana semuanya berlaku.

Saya baru terbitkan The Rider ketika itu.

Apabila menerima panggilan untuk bertemu Nate Moore,

saya sangat terkejut dan gembira tentang Eternals.

Kami sentiasa mencari pengarah yang penuh inspirasi

dan mampu berikan yang terbaik.

Saya dah tonton filem pertama Chloe,

saya tonton The Rider dan rasa kagum.

Perbualan pertama saya dengan Nate

adalah tentang jalan cerita dan watak

serta perkara yang saya boleh sumbangkan.

Kami terus bincangkan perkara yang kami akan buat

serta cara untuk merealisasikannya.

Cara kami membuat filem ini

akan menentukan nasib filem ini.

Chloe mempunyai visi yang amat spesifik tentang filem ini.

Cara pengarahan dia terasa bagaikan hal itu begitu dekat dengan dirinya.

Jadi, terdapat sensasi seperti kami menghasilkan

sebuah filem bebas yang besar.

Ketika dapat berita dia akan arahkan filem Marvel,

saya teringin untuk menyertainya.

Dia menjejakkan kaki ke dunia adiwira ini dan terus menyesuaikan dirinya.

Chloe Zhao, seorang pengarah yang membuat filem dengan gaya semula jadi

menggesa kami untuk memikirkan

cara melakukan penggambaran di lokasi yang praktikal.

Hal itu juga mencabar dari segi logistik

untuk membawa kru ke tempat berbeza.

Mencari tempat penggambaran di luar, mengatasi hujan dan keadaan alam,

sememangnya mencabar.

Sukar bagi kru, pelakon

dan juga pasukan kesan visual.

Namun, semuanya demi hasil estetik yang berbeza sepenuhnya.

Itulah cabaran yang kami mahu sahut.

Ini sememangnya cabaran, tapi cabaran yang saya suka.

Saya merupakan pembuat filem yang mahu menyampaikan cerita

dan juga seorang peminat.

Bagi saya, MCU begitu sarat dengan watak dan pengembaraan yang hebat.

Jelas sekali ahli pasukannya

amat sukakan genre ini dan sayangkan peminat mereka.

Sudah tiba masanya.

Marvel Studios dan Marvel Cinematic Universe

kini melepasi ulang tahun ke-10.

Selepas terbitnya filem Avengers terakhir,

berakhirlah sudah Saga Infiniti 22 filem.

Di mana kami perlu bermula?

Kami mahu lakukan dua perkara.

Bermula semula dengan watak dan jalan cerita baharu,

tapi merujuk kembali kepada mitologi yang kaya dan mendalam

semua Komik Marvel.

Apabila melihat pencipta mitos Marvel,

Jack Kirby, ada sebab dia dipanggil King Kirby,

dia mencipta Eternals bertahun-tahun dahulu...

APABILA DEWA DATANG KE BUMI! ETERNALS

...jalan cerita yang paling sarat dengan mitologi dalam sejarah Marvel.

Kami dapat hasilkan sesuatu yang kreatif,

bukan saja tentang dunia Marvel,

tapi mitologi sejarah sebenar dunia kita.

Komik Eternals telah dihasilkan oleh Jack Kirby pada lewat 1970-an.

Itulah karya keduanya di Marvel.

Dia mahu hasilkan karya baharu melibatkan kosmik.

Dalam komik, seperti filem kami,

mereka perlu melindungi bangsa manusia sehinggalah

Dewa Cakerawala kembali dan menilai

sama ada manusia layak bersama mereka di bintang.

Dalam filem kami, saya rasa asalnya serupa.

Dalam komik, Dewa Cakerawala datang ke bumi dan temukan manusia.

ZOIE NAGELHOUT PENERBITAN & PEMBANGUNAN

Mereka jalankan uji kaji dan mencipta Deviants,

tapi gagal.

Selepas kegagalan itu,

mereka mencipta Eternal sebagai kaunterpoin.

Kirby mencipta sebuah dunia yang menarik dan mengujakan,

tapi berasaskan sejarah manusia.

Mereka dianggap mampu hidup di dunia kita.

Saya suka mitologi di sebaliknya

dan saya kagum dia mampu menyatukan mitologi ruang angkasa

dengan mitologi manusia di planet Bumi.

Dia gabungkannya dan mencipta watak

yang mengalami hal itu.

Kita dapat belajar semula tentang sejarah dunia kita.

Kami teruja untuk meneroka asal usul...

KAZ & RYAN FIRPO PENULIS

...seluruh Marvel Cinematic Universe dalam filem kami.

Buat pertama kalinya berhadapan dengan Dewa Cakerawala.

Kita pernah melihatnya sepintas lalu dalam filem lain.

Dewa Cakerawala yang ditunjukkan dalam filem sebelum ini,

Guardians of the Galaxy, Knowhere, tapak operasi The Collector.

Itulah pusat Cakerawala.

Dewa Cakerawala merupakan asas kepada jalan cerita Marvel

dan kami mahu jadikannya sama penting dengan Marvel Cinematic Universe.

Eternals sememangnya epik.

Filem ini tentang keabadian, identiti dan tanggungjawab.

Kami meneroka semua hal ini

yang pernah dibuat oleh ramai adiwira.

Namun, kami lebih melihat kepada haluan keseluruhan

sejarah bangsa manusia di Bumi.

Kami diberikan kajian 800 halaman untuk memahami segalanya.

Semua komik, novel grafik dan segalanya tentang alam semesta ini.

"Nah. Pergi buat filem."

Kami habiskan empat hingga lima minggu berfikir

dan memerah otak kami sehinggalah tercetusnya dunia ini.

Eternals mempunyai tiga edisi dalam komik sejak 30 atau 40 tahun lalu.

Filem kami diinspirasikan oleh semua karya King Kirby

dan edisi Eternals oleh Neil Gaiman.

Rasanya peminat kami mengharapkan

yang kami akan sertakan jalan cerita daripada edisi Neil Gaiman awal 2000-an.

Dari banyak sudut, itulah edisi Eternals paling terkenal,

tapi bagi kami, inspirasi sebenar adalah daripada edisi asal Jack Kirby tahun 1976.

Salah satu sebabnya, dia mengaitkan sejarah dunia kita.

Sejarah Aztek.

Kebanyakan bentuk bahasa dan inspirasi naratifnya

berdasarkan sejarah dunia.

Saya telah melihat mereka berlawan, menipu dan membunuh...

tapi saya juga pernah melihat mereka...

tertawa dan saling mengasihi.

Perkara yang saya suka tentang cerita Eternals,

kita dapat kembali kepada permulaan tamadun

dan melihat yang mereka ada dalam kalangan kita.

Mereka telah membantu kita selama ini.

Terdapat peristiwa sejarah sebenar.

Terdapat tragedi dan detik kegemilangan.

Kita dapat memahami makna kewujudan kita di planet ini.

Planet ini...

dan mereka semua...

telah mengubah saya.

Kita berpeluang untuk kembali ke zaman silam

dan saksikan perkara yang luar biasa.

Bukan saja Marvel Universe, tapi sebagai pembuat filem,

ada banyak perkara yang kita jarang lihat dalam filem.

Mesopotamia Purba pada awal ketamadunan

dan Babylon Purba yang sejarawan gelar sebagai tempat bermulanya ketamadunan.

Empayar Gupta pada tahun 200 Masihi.

Zaman yang kita tak pernah lihat di layar perak sebelum ini,

tapi begitu sarat dengan fakta sejarah

yang pembuat filem macam kami pun tak tahu.

Kenapa kamu tak bantu melawan Thanos?

Perang lain? Semua tragedi sejak dahulu lagi?

Kami tak dibenarkan campur tangan konflik manusia

melainkan Deviants terlibat.

STEPHANIE CERETTI Penyelia Kesan Visual

Pada awalnya, bagi menjelaskan Deviants,

kami mengkaji raksasa purba daripada cerita lama.

Cerita lama Greek dan Mesir.

Chloe mahukan sesuatu yang unik.

Kami mahu wujudkan makhluk asing,

tapi sertakan bentuk yang kita boleh cam.

Seperti permulaan filem itu, pada zaman Mesopotamia,

makhluk itu lebih besar macam dinosaur.

Raksasa yang besar.

Apabila makhluk itu berevolusi dan zaman berlalu,

makhluk itu menjadi haiwan yang kita lihat hari ini.

Semua penceritaan begitulah

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left