Specials

Release info

Doctor Stranger E07 140526 HDTV XviD-LIMO
A Commentary by Dazai

Tags

HDTV
hdtv
XviD
HD
Published on: 2019-04-07
Downloads: 21
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Dr. Han Seung Hui.

Degupan jantung setiap orang adalah berbeza.

Sepertimana tiada dua orang yang mempunyai rupa yang betul-betul seiras.

Sepertimana tiada dua orang yang mempunyai rupa yang betul-betul seiras.

Kenapa awak tiba-tiba cakap begini, Dr. Pak?

Sekejap saja pun sudah cukup.

Apa yang sedang awak lakukan?

Apa awak buat?

Cepat minta maaf.

Tak payahlah, Dr. O.

Awak dah gilakah?

Kenapa ni?

Di dunia ini hanya ada seorang yang akan mempunyai degupan jantung yang sama seperti diri kita.

Iaitu orang yang telah ditakdirkan untuk kita.

Betulkah?

Jadi, Dr. Han--

Saya main-main sajalah. Mana mungkin ada perkara seperti itu di dunia ini.

Apa?

Kalau ya pun, mestilah bukan wanita itu.

Nanti dulu.

Mungkinkah awak orang yang ditakdirkan untuk saya?

Apa kata kita cuba mendengar degupan jantung masing-masing...

untuk menentukan sama ada betul atau tak?

Awak suka sangat bergurau bukan pada tempatnya.

Saya benar-benar minta maaf.

Nampaknya saya telah tersilap orang.

Ya, saya Han Seung Hui.

O Su Hyeon bercakap.

Baiklah.

Baiklah.

Kelak, tolonglah berkelakuan sepertimana yang sepatutnya bagi seorang yang memakai jubah doktor.

Mari pergi.

Ke mana?

Jabatan Kecemasan. Ada kes kecemasan.

Saya tak kisah. Saya tak nak pergi.

Jangan cakap banyak. Ikut saya.

Nah. Selesai.

Mulai sekarang, takkan ada masalah lagi dalam hal ini.

Hei. Kami sedang cuba mencari pengintip. Awak buat-buat tak tahu sajalah kali ini.

Hyeongnim memang seorang yang lurus.

Kalau dia ialah seorang pengintip, tentulah awal-awal lagi dia telah memalsukannya.

Memalsukannya?

Kalau identitinya dapat dikesan melalui buah pinggangnya,

sudah tentulah dia akan melakukan sesuatu untuk mengubahnya.

Begitukah?

Tekanan darahnya tidak stabil.

Cepat ambilkan lebih banyak salina dan bersedia untuk pemindahan darah.

Baiklah.

Apa yang sedang berlaku?

Terlalu banyak pendarahan dan dia kehilangan banyak cecair dalam badan.

Kalau tekanan darahnya terus merosot, kandungannya juga akan berada dalam bahaya.

Apa?

Tekanan udara berlebihan di dalam peparunya menekan jantung lalu menyebabkan tekanan darahnya terus menurun.

Keluarkan udara dari dalam peparunya.

Apa?

Kebocoran udara dan pendarahan teruk?

Beritahu mereka untuk mencari di mana koyakan peparu berlaku.

Ada koyakan pada peparunya.

Buat imbasan CT dulu.

Kalau betul peparunya koyak, kita tiada masa untuk itu.

Kalau tekanan darahnya terus menurun, bekalan darah kepada kandungannya juga akan berkurangan.

Dia mungkin akan keguguran atau bayinya akan mengalami kerosakan otak.

Lebih teruk lagi, bayinya mungkin akan mengalami 'cerebral palsy'.

Awak seorang doktor bius, bukan?

Mari pindahkan pesakit ini.

Kenapa dia asyik mengarah-arah orang sesuka hati dia saja? Menyakitkan hati betul.

Kenapa? Saya rasa dia hebat.

Apa yang hebatnya?

Awak boleh mulakan.

Skalpel.

Dengar sini, doktor bius. Kalau awak tak mengawal tekanan darah dan paras ketepuan oksigennya dengan baik, habislah.

Jangan risau.

Doktor Palsu, boleh awak menjadi pembantu saya?

Tak bolehkah awak berhenti daripada memanggil saya Doktor Palsu?

Tumpukan perhatian.

Mereka mengambil masa tidak sampai 5 minit untuk membuat persiapan bagi menjalankan pembedahan.

Membius wanita mengandung bukannya satu perkara mudah. Dia telah melakukannya dengan baik sekali.

Kalau dia bukan seorang pengintip, dia sememangnya calon paling sesuai sebagai doktor bius pasukan bedah kita.

Pengintip?

Kedengaran seperti ada benarnya jangkaan profesor itu.

Kalau dia benar-benar seorang pengintip...

memalsukan laporan imbasan CT adalah amat mudah.

Itulah. Awak ada apa-apa cara yang bagus?

Saya ada satu cara yang bagus, tetapi--

Yakah?

Sebelum itu...

bolehkah saya mendapat wang gaji saya untuk bulan ini?

Ketua Bahagian Han belum memberikannya kepada awak?

Sebagai Ketua Bahagian, dia patut menguruskan hal orang-orang bawahannya dengan baik.

Rasanya dia terlupa tentang saya kerana saya adalah sebahagian daripada pasukan profesor.

Baiklah.

Saya akan menguruskannya secepat mungkin.

Cakaplah apa cara yang awak ada.

Kita boleh mengatakan yang pemeriksaan kesihatannya di hospital cawangan dulu tidak boleh diterima dan dia perlu melakukan pemeriksaan semula.

Imbasan CT adalah sebahagian daripadanya. Maka bolehlah kita terus memeriksanya selepas itu.

Aigoo. Betul juga.

Baiklah.

Tekanan darahnya menurun!

Saya dapat mengawalnya.

Paras ketepuan oksigen ialah 90%. Betulkah bekalan oksigen tak tersekat?

Semuanya berfungsi seperti biasa.

Kalau begitu kenapa ia tak meningkat?

90% sudah cukup.

Biar betul. Dia mengandung. Kalau 100% pun belum tentu lagi tiada masalah timbul.

Saya juga mahu meningkatkan paras oksigennya,

tapi disebabkan dia mengandung, muatan peparunya rendah. Jadi ia tak dapat meningkat.

Paru-parunya yang sebelah lagi juga tak berada dalam keadaan yang baik.

Itukah alasan yang akan awak berikan setelah awak membunuh pesakit ini?

Dr. Pak.

Lakukan pengudaraan peparu.

Bolehkah awak meneruskan pembedahan?

Medan penglihatan akan berkurangan jika ia dilakukan.

Saya boleh melakukannya.

Saya akan cuba melakukan pengudaraan peparu sekali lagi.

Memandangkan darah beku dalam 1 belah peparu telah dikeluarkan, saya rasa takkan menjadi masalah.

Tadi awak agak keterlaluan.

Dia baru datang hari ini. Pasti dia belum biasa lagi dengan keadaan di sini.

Awak fikir pesakit akan mengambil kisah tentang itu?

Lihat di sebelah kanan pula.

Kita dah hampir selesai.

Saya rasa awak hanya cuba melepaskan geram terhadap dia kerana tak dapat menjumpai orang itu.

Jangan cakap banyak. Cepat hubungi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

Awak mahu dia melahirkan anak terus?

Kalau mahu menjalankan pembedahan Caesarean, lebih baik ia dilakukan sekarang.

Cuba hentikan pengudaraan peparu.

Tiada gelembung udara. Ia telah dijahit dengan baik.

Sedut.

Kembar rupa-rupanya.

Boleh awak tolong pasangkan tiub saliran?

Jangan risau. Awak telah bekerja keras.

Pemeriksaan kesihatan sekali lagi?

Ya.

Lakukan pemeriksaan kesihatan Dr. Han Seung Hui sekali lagi.

Dan hantar laporan pemeriksaannya kepada saya dulu.

Saya tidak mahu dipenjarakan kerana hal ini, hyeongnim.

Kita telah pun melakukan perkara yang boleh menyebabkan kita dipenjarakan.

Kalau awak tak ikut cakap saya, kita akan mati bersama-sama.

Saya akan mendedahkan segala-galanya.

Hyeongnim.

Patutkah saya mengadukan perkara ini kepada jawatankuasa tatatertib?

Atau patutkah saya melaporkannya kepada pihak polis?

Hyeongnim!

Ikut saja cakap saya.

Apa yang berlaku?

Kenapa?

Dia telah melahirkan anak kembar, Jae Jun.

Pasti awak dah banyak kali mengalami perasaan ini.

Apabila pesakit memandang ke arah kita selepas pembedahan selesai,

kita terasa seronok.

Dan terasa seolah-olah satu bebanan berat dah terlepas dari bahu.

Rasanya awak pasti faham apa yang saya katakan.

Adakalanya kita akan terasa sakit.

Betulkah begitu?

Apapun,

Dr. Pak memang mengagumkan.

Kami bekerjasama dengan baik sekali.

Saya nak pergi melihat keadaan pesakit.

Su Hyeon.

Awak melakukannya dengan baik dalam pembedahan tadi.

Tapi...

saya berharap awak ingat satu perkara ini.

Apa dia?

Awak ialah doktor pembantu pertama dalam pasukan saya.

Dah tentulah.

Saya pergi dulu.

Tiada siapa lagi yang lebih baik daripada Dr. Han sebagai doktor bius pasukan bedah kita.

Betul tak?

Dia boleh tahan juga.

Saya menanggung tekanan hebat

untuk mempertimbangkan dilema ini, maka kamu patut menghargainya.

Mungkin kamu tak menyukai Han Seung Hui,

tapi saya menyukai dia.

Namun, sekiranya dia ialah Song Jae Hui,

kamu mungkin akan gembira, tapi...

saya akan mati.

Itu menandakan kamu juga ialah seorang pengintip.

Kamu bukan pengintip, kan?

Apa yang tuan cakapkan ini?

Bukankah kita dah mengesahkan yang dia bukan Jae Hui?

Itu hanya berdasarkan gambar yang menunjukkan kedua-dua buah pinggangnya.

Kalau betul dia ialah seorang pengintip,

mudah saja baginya untuk memalsukan laporan itu.

Baiklah.

Mari kita pejamkan mata...

dan selesaikan perkara ini hari ini juga.

Ya?

Saya telah pun menyerahkan laporan pemeriksaan kesihatan saya semasa di hospital cawangan.

Tetapi mengapa saya perlu membuat pemeriksaan sekali lagi?

Maafkan saya,

tetapi memang begitu peraturan di sini.

Awak perlu membuat pemeriksaan di sini selaku kakitangan baru.

Kalau kita meneruskannya, tidakkah kita akan ditahan nanti?

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Saya sendiri pun dah tiada cara lain lagi.

Pemeriksaan kesihatan kakitangan untuk dia akan dibuat semula.

Termasuklah ujian darah, penglihatan, pendengaran dan sebagainya.

Tapi...

keputusan ini takkan salah.

Ia baru saja diambil di sini hari ini.

Pemeriksaan kesihatan kakitangan?

More Malay subtitles for Doctor Stranger

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left