Foundation

Foundation

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Foundation S01E06 720p WEB x265-MiNX
A Commentary by ShasyaLala
Apple TV Retail.

Tags

web
720p
720
x265
Published on: 2021-10-22
Downloads: 46
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

BERDASARKAN NOVEL ISAAC ASIMOV

Semasa kecil, saya dengar cerita tentang Trantor,

bandar yang juga sebuah planet di pusat galaksi.

Mereka kata penduduk di sana adalah pendosa yang mengikut peramal palsu…

lelaki yang percaya dia lebih penting daripada ajaran Sleeper.

Saya tak percayakan cerita itu

sehinggalah saya bertemu dia.

Tuan dah berjaya meloncat, Empayar.

Kita akan tiba di Sistem Surah dalam beberapa jam.

Saya diberitahu yang Maharaja boleh mencipta atau memusnahkan dunia,

dia sendiri dah mengatasi kematian dan akan hidup selama-lamanya.

Semasa saya pandang mata dia…

saya nampak seorang lelaki yang tak pernah ragu-ragu sepanjang hidup dia…

sehingga dia bertemu Hari Seldon.

Saya dah sedia untuk melihat…

Sebentar, Empayar. Saya tak tahu tuan akan datang begitu cepat.

Semasa kecil tuan pernah lihat saya bersiap.

Adakah Empayar okey?

Ia cuma loncatan itu.

Saya tahu Spacer direka untuknya tapi saya tak anggap mereka manusia.

Saya tahu ia kurang menyenangkan.

Bagaimana rasanya…

sedar ketika perjalanan?

Perjalanan antara bintang?

Minda manusia tak boleh terima ketakselanjaran.

Tapi…

minda awak boleh terima.

Jika saya boleh terangkannya, tuan tak perlu tidur semasa perjalanan.

Kristal leviathan.

Garam dari lombong leviathan di Maiden.

Kepentingannya?

Ia melambangkan perjalanan tiga dewi,

Maiden, Ibu dan Crone.

Pengikut berdoa dengan menyentuhnya secara ritual.

Ia mewakili tema utama Luminism,

kitaran, ouroboros, alam semula jadi yang sempurna.

Asalnya?

Luminis percaya dewi-dewi itu hanya satu entiti dahulu,

tapi apabila Surah melanggar planet…

Bermula dengan D.

Dol.

Ia memisahkan dewi-dewi itu menjadi tiga bulan.

Bulan yang boleh didiami hanya Maiden.

Usia kepercayaan ini?

Lima belas ribu tahun.

Wujud sebelum Empayar.

Jumlah pengikut?

Tiga trilion.

Saya tak pernah tanya awak,

bagaimana awak percaya?

Bagaimana? Atau kenapa?

Yang kedua.

Sejak dilahirkan, kamu adik-beradik tahu matlamat kamu.

Tapi kami semua perlu meneroka perkara ini sendiri.

Tapi awak tahu matlamat awak.

Iaitu berkhidmat kepada adik-beradik saya, saya dan Empayar.

Ia tertulis dalam kod awak.

Saya dah jalankan tanggungjawab itu.

Tapi pencarian makna bukan selalunya tentang jawapan.

Proses mencari itu juga menyedarkan.

Dewi-dewi itu tak memilih untuk berpisah menjadi tiga.

Mereka mahu bersatu semula.

Mereka kata rupa bumi Maiden yang masin adalah air mata mereka.

Tapi pengorbanan mereka yang menjadikan kita bersatu.

Setiap masa dalam hidup kita, kita berkuasa untuk memilih jalan sendiri.

Dewi-dewi itu memimpin kita kepada perkhidmatan dan kebenaran,

seperti menuju ke pusat pusaran.

Zephyr Halima yang cabar kita ini, bagaimana jalan yang dia pilih?

Dia dari Mirrus Twelve, menerima kepercayaan sejak lahir.

Selepas gempa bumi berlaku di sana, dia menjadi penyelamat,

mengetuai usaha pemulihan.

Tapi dia dinaikkan menjadi Zephyr kurang daripada setahun.

Dia baru saja memegang jawatan tinggi.

Maaf, Empayar, kita dah memasuki atmosfera Maiden

dan akan tiba di Istana Garam sebentar lagi.

Sedia untuk sambutan yang meriah?

Saya mahu tinggal di kapal.

Kenapa?

Ramai orang di Maiden tahu saya menganut kepercayaan mereka.

Ini akan menyusahkan tuan.

Jangan mengarut.

Awak saja boleh bantu saya dengan kepercayaan Luminist.

Awak akan ikut saya.

Zephyr Halima.

Selamat datang ke Maiden, Empayar.

Saya tahu persiapan upacara rasmi menggentarkan,

sebab itu saya buat petisyen kepada Gelang Zephyr

dan diberi penghormatan untuk menyambut tuan seorang diri.

Seorang diri?

Empayar tentu biasa disambut dengan meriah,

tapi dengan keadaan suram setelah kematian Proxima,

sambutan yang meriah seperti…

kurang sopan.

Tentulah.

Sejujurnya, saya mahu berterima kasih kerana datang bertemu kami.

Kehadiran tuan menunjukkan betapa pentingnya Luminism kepada Empayar.

Sebagai tanda penghargaan, saya ingin menawarkan minuman.

Air daripada Rahim Ibu sendiri.

Garam daripada cawan ini dikatakan boleh mengeluarkan semua niat jahat

daripada minda orang yang minumnya.

Malangnya, Empayar tak boleh terima minuman yang tak diuji.

Malangnya sebarang niat jahat yang saya mungkin ada akan kekal rahsia.

Rasanya tuan lebih suka begitu.

Bagaimanapun, saya tak sabar untuk saling mengenali dengan lebih baik.

Semoga kamu dirahmati tiga kali.

Apa perkataan yang saya cari?

Wajar?

Itu dah mencukupi.

Saya rasa dia bukan cuba meracun tuan.

Tak, bukan secara terus-terang.

Tapi saya tak rasa orang berniat baik

akan memujuk kumpulan yang menyambut saya.

Jaga-jaga.

Sasaran kita mungkin bersenjata.

Atau dia mungkin dah mati.

Dia masih hidup.

Kapal Empayar melindungi nyawa penumpangnya dengan baik…

sebaik mereka mengambil nyawa orang lain.

Komander, awak masih hidup kerana awak berguna.

Habislah awak.

Awak cuma belum tahu.

Tentulah kami tahu.

Kami adalah askar hantu.

Hei. Sini.

Awak okey?

Gia.

Bagaimana awak terluka?

Alamak!

Tak mengapa. Awak okey.

Ia cerita yang bagus nanti, jika kita dapat harungi ini.

Mari pergi dari sini sebelum kita ditembak.

Kita dah dapat senarai.

Lihat nama-nama itu.

Saya perlu jurutera alam sekitar, pendorongan dan astronautik.

Hubungi Pasukan Alder.

Saya mahu korvet bersedia untuk berlepas.

Mereka masih di kaldera.

Suruh mereka bekerja lebih pantas.

Invictus takkan menunggu kita.

Kenapa dia tak dibunuh?

Bilik kebal itu.

Objek misteri yang paling teruk.

Nampaknya dia kunci untuk itu.

Selepas kita uruskannya,

kita akan bunuh dia.

Awak pasti ini akan berjaya, pemburu?

Invictus ialah penebusan kita

dan kita dapatkannya dengan kesakitan kita.

Sedia?

Ini nama kru asal awak?

Setiap orang yang bekerja di Deliverance.

Ada orang yang mati kerana tua atau kemalangan semasa kami tiba di Terminus.

Tunjukkan jurutera alam sekitar.

ROV, JACENTA JURUTERA ALAM SEKITAR

Astronautik?

Siapa timbalan dia?

Saya. Saya yang uruskan hal itu.

Pendorongan?

Belajar di Akademi Orbit Crito.

Mempunyai lebih 5000 jam di kapal pengangkut empayar dan kapal pedagang,

kurang dan lebih daripada kelajuan cahaya.

Awak cari kru untuk kapal loncatan.

Kenapa awak tembak kapal Komander Dorwin?

Kerana saya perlukan dia, bukan kapal dia.

Perbuatan awak ini ialah tindakan perang.

Kita dah ada orang diperlukan.

Pulihkan kuasa pagar dan kodnya semula.

Saya tak mahu mereka menyelinap keluar sebelum kita selesai.

- Hai. - Hai.

Saya akan jelaskan sekali saja.

Asas ada banyak pengetahuan yang kami tak tahu.

Jadi kami perlukan beberapa orang kamu

untuk bantu kami baiki kapal angkasa lepas.

Jika ia dapat dibaiki seperti yang dirancang,

kami akan tinggalkan Terminus dan kamu boleh teruskan kehidupan kamu.

Jika kamu menolak, kita semua akan mati,

Anacreon dan Terminus.

Jacenta Rov, ke depan.

Awak ketua jurutera alam sekitar di Deliverance?

Ya tapi saya takkan bekerja untuk awak.

Saya setia kepada Asas.

Saya tembak sebelah kaki.

Suami awak ada sebelah kaki lagi.

Awak faham?

Akiva Lee.

Awak boleh selenggara enjin lipatan kuantum dalam kapal perang kelas Altair?

Ya.

Lewis Pirenne.

Tolonglah, saya dah 30 tahun…

Ini semua orang yang kita perlukan?

Saya ingat awak cuba meracun saya.

Daun Wolvesbreath itu membantu.

Saya kurang sakit hari ini.

Baguslah, Empayar.

Ia satu penghormatan jika saya boleh bantu lagi.

Awak boleh bantu lagi

dengan menerima permohonan maaf saya kerana cara saya bercakap hari itu.

Simetri yang baik di sini.

Pokok renek dipotong setiap hari.

Cubaan mengarut untuk kawal sesuatu yang tak boleh dikawal.

More Malay subtitles for Foundation

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left