The first 200 lines.
DRAMA INI ILHAM KISAH BENAR.
WATAK, NAMA, LOKASI
DITAMBAH BAGI DRAMATISASI
PERSAMAAN NAMA, WATAK
HANYA KEBETULAN.
REALISME MAGIS IALAH KEADAAN APABILA PERSEKITARAN
RUMIT DAN REALISTIK DIGANGGU OLEH SESUATU
YANG TERLALU ANEH UNTUK DIPERCAYAI.
ADA SEBAB KENAPA REALISME MAGIS BERLAKU DI COLOMBIA.
Zaman sekarang, kerajaan AS boleh dengar apa saja yang kita katakan.
Mereka tahu kita di mana, kita bercakap dengan siapa,
dan percayalah, mereka tahu kita bercinta dengan siapa.
Kalau buka saja telefon bimbit atau komputer, habislah.
Tapi di Colombia pada tahun 1989, ia bukan sesuatu yang mudah.
Pertama sekali, tiada Internet.
Tiada telefon bimbit.
Apa yang ada ialah telefon satelit
dan untuk mengesan telefon itu, mereka perlu hampir dengan telefon itu.
Selain itu, orang yang memiliki telefon itu hanya orang kaya,
tuan tanah, ahli politik...
dan nasib baik, pengedar dadah lebih kaya daripada mereka semua.
Apa cerita, Lizard?
Malam ini kita akan keluar.
Apabila dapat isyarat, kita tak tahu siapa yang bercakap.
Sebab itulah waktu itu, kerajaan AS membangunkan sebuah perisian
yang boleh kenal pasti suara sasaran kami.
Poison sedang bercakap pada frekuensi 400 hingga 1700 megahertz.
Ya, betul.
GPS juga tiada.
Hammer, bersedia untuk bergerak.
Sebaik saja dapat sasaran, kami perlu mengesannya.
Kami perlu menumpukan isyarat mereka menggunakan aset darat.
Okey, dia ada di Modelia. Di sebelah barat.
Hawkeye, bagaimana dengan awak?
Boleh beri lokasi yang spesifik tak? Kereta polis sudah bersedia.
La Dispensaria.
Saya dah tempah meja.
Datang waktu tengah malam ini.
- Ramai wanita akan datang juga. - Poison tak tahu
tapi dia sudah buat janji temu.
Hammer tak tahu.
Poison baru beritahu kita, dia nak pergi mana.
Hammer, pergi dari situ.
Kita nak beri kepada siapa? DEA?
Ya.
Beri kepada Javier Peña.
Peña itu tak guna. Saya nak beri pada seorang lagi itu.
Okey.
"Seorang lagi itu", merujuk kepada saya.
Saya Steve Murphy,
Ejen Pencegahan Dadah.
Seperti yang anda dapat lihat,
saya berada jauh di Colombia.
Helo?
Poison nak berparti di La Dispensaria.
Okey.
Dia nak jumpa Lizard dan lain-lain tengah malam ini.
Okey.
Kalau boleh saya nak tangkap Poison sendiri
tapi kuasa DEA terbatas di negara asing.
Jadi, saya buat apa yang sepatutnya.
Telefon polis.
Helo.
La Dispensaria?
Baiklah.
Cuba teka siapa.
Rakan sekerja awak.
Dia baru beri saya hadiah yang hebat.
Poison.
Dia tahu tak macam mana saya nak bungkus hadiah itu?
Ya, sudah tentu.
Dia bukan bodoh.
Saya pergi dulu.
Habis, sayalah yang kena bayar?
Si anak haram kedekut.
Jika anda semua nak tahu, inilah si bedebah itu.
Javier Peña,
rakan sekerja saya.
Ini Kolonel Carrillo,
ketua Search Bloc,
unit yang kami bantu penubuhannya untuk tangkap penjenayah.
Dia memang sukakan pengedar dadah.
Masa untuk berparti di Zona Rosa.
Semua orang suka pergi situ.
Terutamanya pembunuh upahan.
Orang Colombia panggil mereka sicarios.
- Apa khabar? - Hei, abang.
Mari kita masuk dan bergembira.
Poison ialah antara yang terbaik.
Orang gila yang sudah membunuh berdozen-dozen orang.
Mungkin beratus orang.
Tapi jangan salah faham.
Saya tetap akan suruh Carrillo ke sana sekalipun Poison tak pernah membunuh.
Saya bukannya suka sangat dengan pengedar dadah.
Dah tiba masanya!
Kita akan berhenti di Jalan 14 dan pergi ke belakang.
Riano, Trujillo, kamu berdua ke depan bersama saya.
- Galvis, Silva, pergi ke belakang. - Baik, tuan.
Faham, semua? Kita akan serang sebaik mungkin.
Kita akan bunuh si celaka-celaka ini, faham?
- Baik, tuan! - Baik, tuan!
Kalau saya dipersalahkan atas pertumpahan darah ini, saya tak kisah.
Ya, saya yang beri arahan.
Tapi jangan kata saya jahat dulu.
Rakyat Amerika sekalian...
Tengok Richard Nixon.
Ramai yang dah lupa, tapi 47 juta rakyat Amerika undi Nixon.
Kita semua ingat dia baik.
Nixon pula ingat Jeneral Chile, Pinochet orang yang baik
sebab dia benci komunis.
Jadi, AS bantu Pinochet rampas kuasa.
Kemudian, Pinochet berpaling tadah dan bunuh beribu-ribu orang.
Dia taklah baik sangat rupanya.
DI MANA MEREKA?
Kadang-kadang, orang jahat pun buat baik.
Tiada siapa tahu, tapi pada tahun 1973, Chile hampir menjadi
pusat memproses dan mengeksport kokaina terbesar di dunia.
Berapa kali saya nak cakap, jangan bazirkan asid?
Negara itu ada gurun untuk sorok makmal
dan kawasan pantai tak berkawal yang panjang untuk hantar produk ke AS.
Kalau nak produktif, kita tak boleh buang duit!
Lekas!
Kamu semua dikepung!
- Angkat tangan! - Semua melutut!
Tapi Pinochet kacau daun.
Apa yang berlaku ini?
Meniarap!
Dia tutup 33 makmal dadah dan tangkap 346 pengedar dadah.
Kemudian,
biasalah Pinochet...
dia arah mereka dibunuh.
Perhatian!
Sediakan senjata!
Sasaran!
Peluru!
Tembak!
Kata orang, apabila pembunuhan beramai-ramai memusnahkan dunia...
hanya lipas yang akan selamat.
Mungkin betul cakap mereka.
Peluru itu tak kena Mateo Moreno
atau dipanggil Lipas...
dan dia pun bijak, buat-buat mati.
Dia tak mati pada hari itu.
Sebaliknya,
dia menang loteri.
Dah berbulan-bulan Lipas mencuri daripada bosnya.
Sekarang, tinggal dia seorang saja dengan produk yang sempurna.
Produk yang tawarannya menghasilkan permintaan sendiri.
Kemas barang awak. Kita akan keluar dari negara ini.
Pinochet bedebah itu nak bunuh semua orang.
Tapi awak bukan komunis.
Tak, bukan komunis. Tapi lebih dahsyat.
Pengedar dadah.
Pengedar dadah?
Ya, pengedar dadah.
Pada waktu itu, kesan kokaina ke atas otak manusia
baru saja ditemui.
Tak ada banyak maklumat, tapi kita tahu ia bahan yang bahaya.
Ini akan beri hasil yang lebih baik.
Kokaina memasuki pusat keseronokan dalam otak.
Tikus pun akan pilih kokaina berbanding makanan dan air.
Ia akan mengutamakan kokaina daripada tidur,
seks,
dan nyawa sendiri.
Otak manusia tak sama macam otak tikus.
Tapi dengan kokaina, sama saja.
Lipas tahu dia memiliki produk yang sempurna.
Dia cuma perlu seludup produk itu ke pasaran yang sesuai.
Terima kasih.
Penyeludup terbaik di dunia datang dari Colombia.
SELAMAT DATANG KE COLOMBIA
Macam Goldilocks, dia ada tiga pilihan.
Tengok betul-betul, sebab ketiga-tiganya penting dalam kisah ini.
Ochoa bersaudara,
Jorge
yang berkuda itu.
Keluarga penyeludup Colombia yang biasa.
- Minum! - Minum!
- Mereka bijak dan kaya... - Minum!
Tapi Lipas fikir hidup mewah telah menjadikan mereka lembik.
Seorang lagi rakan yang berpotensi ialah José Rodríguez Gacha,
digelar "Orang Mexico" sebab dia suka tequila dan sombrero.
Dialah yang menguasai penyeludupan zamrud.
Pasaran zamrud agak sukar, walaupun bagi orang Colombia.
Jika berjaya berada di atas...
itu bermakna anda telah bunuh musuh anda.
Hei, kawan. Awak buat apa di sini?
Kadangkala, rakan kita sendiri.
Lipas risau pasaran zamrud telah menjadikan Gacha terlalu ganas.
Jadi, tinggal pilihan ketiga saja,
orang yang Lipas tahu sangat sesuai.
Ya, betul.
Pablo Escobar.
Lelaki yang mengubah hidup saya selamanya.
Pablo telah berjaya dalam bidang penyeludupan.
Rokok, alkohol, ganja, sebut saja.
Pada waktu itu, separuh daripada polis Medellín dalam tangan Pablo.
Tapi DAS ialah FBI Colombia.
Mereka seteru dengan Pablo.
Helo.
No comments yet. Be the first to leave one.