The first 200 lines.
Baiklah. Sampai mana kita?
Oh ya, betul. Saya dah ingat.
Catatan tentang ahli sihir.
Ini fakta tentang mereka. Mereka wujud!
Ahli sihir itu wujud seperti batu yang ada di dalam kasut anda.
Itu perkara pertama yang anda perlu tahu.
Perkara kedua yang anda perlu tahu? Mereka ada di sini!
Mereka ada dalam kalangan kita, dengan manusia.
Di setiap bandar besar, di setiap pekan kecil.
Tanpa anda sedari...
mungkin ahli sihir tinggal di sebelah rumah anda sekarang.
Mereka ada di mana-mana!
Ahli sihir mungkin seorang jururawat, atau cikgu anda.
Tentu sekali...
wanita tua yang mesra dalam bas...
yang menawarkan gula-gula enak adalah seorang ahli sihir.
Ini perkara yang paling penting. Paling penting sekali.
Ahli sihir benci kanak-kanak!
Ahli sihir habiskan semua masa mereka...
memikirkan cara untuk menghapuskan kanak-kanak.
Itu saja yang mereka fikirkan.
"Macam mana saya nak hapuskan budak ini?"
Kepuasan ahli sihir semasa menghapuskan kanak-kanak...
sama dengan sewaktu anda makan semangkuk aiskrim...
dengan sirap butterscotch, krim putar, kacang cincang...
dan ceri di atasnya.
Cerita saya bermula semasa bulan terakhir tahun 1968.
Percaya atau tak, saya dulu seorang budak kecil.
Budak kecil yang ada ibu dan ayah.
Kami tinggal di Chicago. Salji sangat tebal waktu Krismas.
Masalahnya, salji buat jalan licin.
- Sini! - Mak?
Saya memakai tali pinggang keselamatan.
- Ayah? Mak! - Tapi mereka tak pakai.
Mak! Ayah!
Mari keluar dari sini.
Saya kehilangan ibu bapa saya semasa Krismas saya yang kelapan.
Cucu nenek.
- Nenek. - Nenek dah datang.
Kamu akan baik-baik saja.
Sini, nenek mahu lihat kamu.
Nenek akan bawa kamu pergi dari sini.
Nenek dah kemas barang kamu. Nenek akan bawa kamu pulang.
Pulang? Ke rumah saya?
Tidak, sayang. Ke rumah nenek.
Demopolis Makanan Dan Bekalan
Awak perlukan bantuan untuk bawa beg ini ke dalam?
Tak apa. Terima kasih, Reginald.
Awak sudah banyak membantu.
Terserempak dengan awak di stesen bas pun...
saya dah bersyukur.
- Terima kasih banyak. - Sama-sama.
- Jumpa di gereja Ahad ini? - Tentulah.
Selamat berkenalan, anak muda.
Selamat datang ke Demopolis.
- Terima kasih, Reggie. - Jumpa lagi.
Tunggu, buka kasut dulu sebelum pijak atas karpet nenek.
Nenek ibu kepada mak saya. Wanita yang tegas, tapi penyayang.
Jenis yang tak teragak-agak pukul kalau awak patut dipukul...
atau memberi pelukan kalau awak memerlukannya.
Nenek rasa...
kamu akan selesa di sini.
Di bilik lama mak kamu.
Kita akan selesaikan hal kamu esok.
Nenek nak buat air coklat panas. Kamu mahu?
Nenek akan buatkan saja...
manalah tahu kamu tukar fikiran nanti.
Kenapa dengan kamu?
Duduk di sini sendirian sedangkan cuaca di luar cerah.
Nak makan sesuatu? Nenek baru goreng kepak ayam.
Tiada sesiapa menolak ayam goreng nenek.
Nenek akan ambilkan untuk kamu.
Kalau kau tak mampu teruskan...
kerana harapanmu hancur...
dan hidupmu dipenuhi kekeliruan...
hingga kebahagiaan hanyalah ilusi.
Dunia di sekelilingmu rapuh.
- Sayang, gapai tanganku. - Sayang, gapailah.
- Gapailah tanganku. - Gapailah.
- Gapai tanganku. - Mari sayang, mari.
Aku di sini dengan kasih yang akan melindungimu.
- Apa tunggu lagi? - Tiada selera.
Nenek tak mahu membazir semua makanan yang sedap ini.
Kamu fikir nenek perlu simpati dengan kamu?
Tidak. Nenek ada rasa bersalah?
Ya. Tapi tak simpati.
Kadangkala, perkara yang Tuhan nak ajar kita...
datang dengan pelbagai cara yang kita tak duga.
Tapi itu tak bermakna kita tak perlu belajar sesuatu.
Pandang sini.
Ini anak nenek.
Nenek sanggup buat apa saja supaya dia berada di sini sekarang.
Tapi Tuhan mempunyai rancangan yang lebih baik untuk dia.
Sama ada ia adil bagi nenek atau tak, itu tak penting.
Kadang-kadang hidup ini tak adil.
Itu perkara yang paling sukar untuk dipelajari oleh seseorang.
Kebanyakan orang tak perlu mempelajarinya semuda ini.
Tapi kamu perlu. Kamu faham?
Ayuh, kamu perlu makan sesuatu.
Kamu suka kek?
Roti jagung sebenarnya kek.
Cubalah rasa.
- Apa nama tikus jantan ini? - Ini tikus betina.
Kamu boleh tentukan namanya.
Kamu dah fikir nama untuk tikus kamu?
- Dah. - Beritahu nenek.
- Janganlah buat nenek berdebar. - Aisy.
Lazy ? Tapi tikus ini sangat bertenaga.
Ia selalu berlari di roda itu.
- Bukan Lazy , Daisy. - Daisy.
Nenek suka nama itu. Nama yang sesuai untuknya.
Tutup mata kamu, sayang.
Ini hidupmu, buat apa kau suka.
Kau boleh marah sesiapa saja.
Ini hidupmu, buat apa kau suka.
Kau boleh marah sesiapa saja.
Entah macam mana, dia berhasil.
Sedikit demi sedikit...
dia membawa saya keluar daripada kesedihan.
Tapi walaupun kegelapan saya semakin menghilang...
ada bayang gelap lain yang berlegar berhampiran.
Saya tak tahu...
yang saya akan jumpa ahli sihir pertama saya.
Tak guna.
Raymond!
Raymond!
- Awak kata ini segar? - Tapi baru sampai.
Bila? Tahun lepas?
Tengoklah betapa kuningnya ini.
Dengan bintik coklat di tepinya.
Saya takkan bazirkan sos pencecah bakon...
pada sayur yang layu ini.
Boleh dapatkan saya sayur yang lebih segar?
Baiklah, saya akan tengok apa yang ada di belakang.
Baik.
Nenek, boleh belikan paku ini untuk saya buat rumah Daisy?
Ini bukan paku tergalvani.
Kamu perlu gunakan paku tergalvani supaya tak berkarat.
Tapi paku tergalvani 35 sen lebih mahal.
- Keselamatan perlu diutamakan. - Baiklah.
Kalau luka sebab paku berkarat, kamu boleh terkena kancing gigi.
Ya, nenek.
Kemudian, nenek harus keluarkan dari sistem badan kamu...
menggunakan minyak hati, jus bawang putih dan sos Tabasco.
Mesti kamu tak mahu.
- Tidak, nenek. - Bagus, keselamatan itu penting.
Nenek tahu banyak cara untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Dia belajar daripada neneknya...
cara menggunakan herba, posyen dan jampi pelik...
untuk menyembuhkan orang sakit.
Di Alabama, tempat dia membesar, nenek dikenali sebagai tabib.
Budak.
Budak.
Awak suka gula-gula?
Ia jinak.
Sangat baik.
Ciumlah.
Anak muda.
Baik cepat kalau kamu mahukan paku tersebut...
- Ya, Raymond, begitulah. - Saya perlu beritahu nenek sesuatu!
- Bukan sekarang. - Tapi nenek...
- Bukankah kamu mahu paku itu? - Tak jadi. Mari kita pergi.
Ya. Mari.
Hei.
Apa yang kamu nak beritahu nenek di kedai pagi tadi?
- Kamu menggigil ketakutan. - Tiada apa-apa, nenek.
- Saya cuma mahu nenek rasa lega. - Nenek baik-baik saja.
Beritahu saja apa yang kamu nak cakap.
Kamu macam nampak hantu.
Saya tak tahu apa yang saya nampak.
Seorang wanita yang menakutkan. Dia memanggil saya.
Tapi semasa dia bercakap, mulut dia...
Dia pakai sarung tangan? Sarung tangan panjang ke siku?
Dia pakai topi?
Nampak macam dia pakai tuala di kepalanya.
Bila dia bercakap, suara dia berbunyi buruk dan kasar...
macam pintu luar rumah yang engselnya berkarat?
Nenek dah agak ini akan berlaku.
Wanita yang kamu nampak di kedai tadi bukanlah wanita biasa.
Wanita yang kamu jumpa itu adalah seorang ahli sihir.
- Ahli sihir? - Ya, betul.
Ahli sihir jahat, busuk, yang paling teruk dan sangat licik.
Okey.
Adakah ini gurauan daripada nenek dan kawan gereja nenek?
Sebab kalau betul, ia tak kelakar.
Dengar, ahli sihir bukanlah hal yang boleh dibuat gurauan.
Nenek kenal budak yang tak lagi wujud sebagai budak di dunia ini.
Mereka bertukar, bertransformasi, diculik ahli sihir.
Nenek boleh ceritakan tentang Alice Blue.
Alice Blue dan nenek kawan baik.
Rumah kami berdepan satu sama lain.
Kami macam adik-beradik. Tak boleh dipisahkan.
Semua benda kami buat bersama, termasuklah kerja di rumah.
Tapi Alice suka mengelamun.
Alice, berhenti mengelamun. Dah hampir waktu makan malam.
Alice lakukan sesuatu yang tak patut dilakukan oleh budak-budak.
Dia ambil gula-gula yang diberikan oleh orang asing.
Nenek sangat takut, pergi dari situ secepat kilat...
dan terus balik ke rumah.
Nenek tak sepatutnya tinggalkan Alice sendirian.
No comments yet. Be the first to leave one.