Specials

Release info

육룡이나르샤 Six Flying Dragons E37 720p-WITH-iPOP
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

720p
720
Published on: 2016-02-18
Downloads: 27
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Dari awal lagi...

Bukankah dari awal lagi...

...memang tak ada tempat untuk saya?

Betul.

Pada awalnya, memang tak ada tempat untuk awak.

Tapi...

...awak telah buat satu tempat untuk awak.

Tempat awak adalah...

...sebagai orang yang telah membunuh Po Eun.

Macam mana dengan Tuan Po Eun?

Apa dah jadi pada Tuan Po Eun?

Tuan Po Eun...

...telah mati.

Kalau begitu...

...baginda raja...

Keadaan baginda tak begitu baik.

Adakah baginda masih hidup?

Saya yakin baginda selamat.

Saya dengar tak lama lagi baginda akan turun dari takhta.

Baguslah.

Kenapa awak tak bunuh saya?

Cik pun tak bunuh saya juga.

Sewaktu di Pulau Byeokran, begitu juga waktu di pasar.

Cik ada banyak peluang untuk bunuh saya.

Kenapa...

...awak jadi pahlawan?

Demi melindungi orang yang saya kasihi.

Demi melindungi impian saya.

Awak sama seperti saya.

Demi orang yang dikasihi...

...dan juga impian.

Adakah cik...

...akan balas dendam untuk Tuan Po Eun?

Saya takkan balas dendam.

Impian saya adalah...

...supaya baginda raja dapat kehidupannya yang lama.

Kalau bukan kerana Tuan Po Eun...

...baginda takkan jadi raja.

Saya...

...hanya ingin hidup dengan aman...

...bersama baginda.

Saya takkan bertindak...

...melainkan diancam.

Cik!

Gantung kepala Po Eun di perkarangan pasar.

Dia akan diumumkan sebagai seorang pemberontak.

Sam Bong!

Rancangan awal kita adalah untuk mengubah pemerintahan negara...

...setelah mendapat sokongan daripada rakyat jelata.

Tapi kepercayaan yang kita peroleh daripada reformasi tanah...

...telah lenyap dengan kematian Po Eun.

Tapi, menggantung kepala Po Eun...

Nasi dah jadi bubur.

Tak guna kita kesali apa yang dah berlaku.

Kita perlu bertindak dengan segera.

Penggulingan raja. Begitu juga dengan pembinaan negara baru.

Kamu tahu, bukan?

Po Eun mati begitu saja.

Masih tak ada berita tentang Yoon Rang.

Semuanya dah berakhir.

Tuanku.

Jo Joon, Nam Eun, dan Jeong Do Jeon masuk menghadap.

Benarkan mereka masuk.

Tuanku.

Po Eun Jung Mong Joo telah...

...membuat tuduhan palsu...

...dan berkomplot untuk menghukum mereka yang tak bersalah...

...dengan mendapatkan persetujuan daripada tuanku.

Lee Bang Won, anak kelima Panglima Lee Seong Gye...

...telah mengambil tindakan, sekali gus menghalang rancangan itu.

Dengan ini, patik mohon agar Jung Mong Joo dipancung...

...dan kepalanya digantung di perkarangan pasar...

...serta diumumkan sebagai pemberontak.

- Mohon perkenan. - Mohon perkenan.

Patik menjunjung perintah.

Bila...

(Raja Gongyang: Raja Terakhir Goryeo)

...kamu akan ambil takhta ini?

Semua perkara ada aturannya.

Mohon tuanku bersabar.

Dari awal lagi saya memang tak mahukan takhta ini.

Tahan mereka yang menyebarkan poster berunsur fitnah!

- Baik! - Baik!

Tangkap mereka!

Baginda raja telah bertitah...

...agar kepala pemberontak Jung Mong Joo dipancung.

Sesiapa membantah...

...dia akan dianggap sebagai pemberontak...

...dan nyawanya tak akan dijamin.

Kamu faham?

- Faham. - Faham.

Saya boleh jadi lebih kuat.

Gerak langkah Bang Ji dah berubah.

Dia sedang tiru Teknik Pedang Goksan.

Teknik Pedang Goksan rupanya.

Betul. Itu rupanya.

Apa awak buat di sini?

Tuan Sam Bong mahu kamu semua berkumpul.

Saya rasa ia berkenaan dengan Tuan Muda Bang Won.

Semua orang di pasar kecoh mahu dia dihukum.

Jadi, mereka mahu kita duduk diam sajakah?

Melampau betul mereka itu.

Tuan sedang tunggu. Marilah lekas.

Cepatlah. Moo Hyul, mari.

Kita tak boleh buang masa dan bertindak segera.

Yeon Hee, saya mahu awak gunakan Hwasadan...

...untuk sebarkan berita ini kepada semua Sadaebu.

Baiklah.

Beritahu mereka yang tuan panglima amat berang dengan kematian Po Eun.

Kepala Bang Won pula tercedera terkena bekas dakwat...

...yang dilontarkan oleh ayahnya.

Awak juga cakap...

...awak turut dipukul oleh Bang Woo, bukan?

Beritahu mereka luka itu pun disebabkan oleh tuan panglima.

Beritahu juga selepas kejadian itu...

...tuan panglima menangis selama tiga hari.

Tak ada siapa yang tidur lena kerana tangisan tuan panglima.

Faham?

Ya, faham.

Boon Yi, awak juga gunakan semua pembawa utusan...

...dan pastikan ia tersebar luas.

Kita mesti tegaskan...

...yang kejadian ini adalah hasil keputusan Bang Won sendiri.

Apa maksud pak cik?

Kita akan mulakan pembentukan negara baru.

Maksudnya dalam proses ini...

...beban akan dipikul oleh Bang Won.

Tuan panglima yang bakal menaiki takhta negara baru ini...

...tak ada kena-mengena...

...dalam pembunuhan Po Eun.

Sekurang-kurangnya, itulah alasan yang wajar.

Walaupun saya tak berapa arif...

...tapi bukankah semua ini demi nyawa kita semua?

Kita hanya ingin teruskan hidup.

Tak cukupkah alasan itu?

Kalau kita ingin gunakan kekerasan...

...pada hari Jo Min Soo ditewaskan di Dohwajeon...

...kita dah boleh pergi ke istana dan rampas takhta.

Sampai sekarang, walaupun banyak masa diperlukan...

...kita telah berusaha...

...untuk tunjukkan keikhlasan kita, memujuk dan berdebat.

Tapi kini...

...semuanya sia-sia saja.

Negara baru ini...

...sayangnya...

...dimulakan dengan hunusan pedang.

Bang Won akan pikul...

...tanggungjawab ini dengan caranya tersendiri.

Kita juga...

...perlu teruskan dengan cara kita sendiri.

Tuan, tapi...

Bang Won, awak faham, bukan?

Ya.

Sudah tentu.

Tak masuk akal langsung!

Betullah.

Saya yang bunuh Po Eun.

Tapi tuan bunuh dia sebab harta dan maruahkah?

Adakah tuan bunuh dia demi kejayaan tuan sendiri?

Khabar angin...

...yang guru suruh sebarkan pun...

...tak ada sebut yang saya buat semua ini...

...kerana harta dan maruah saya.

Saya sendiri...

...buat keputusan untuk bunuh...

...Po Eun.

Saya, Lee Bang Won...

...telah bunuh...

...penyokong Goryeo yang terakhir...

...Jung Mong Joo.

Ia langsung tak ada kena-mengena dengan Panglima Lee Seong Gye.

Guru mahu ia disebarkan begini.

Semuanya betul.

Tuan!

Kalau saya perlu pikul tanggungjawab ini...

...saya takkan mengelak.

Itu yang membezakan saya dengan ayah dan guru.

Saya tak mengelak.

Tak mengapa. Awak tak perlu bimbang.

Saya dah dengar.

Jangan benarkan reputasi buruk ini...

...mematahkan semangat awak.

Awak hanya perlu fikir tentang masa hadapan saja.

Itulah rancangan saya.

Boon Yi.

Siasat siapa tampalkan poster...

...yang minta saya dihukum itu.

- Apa? - Apa awak nak buat?

Saya tak benarkan.

Betul, tuan.

Tuan perlu berhati-hati.

Saya hanya ingin tahu saja.

Mulai saat ini...

...saya kena tahu siapa musuh saya.

Aduhai.

Tuan muda, lama betul kita tak jumpa.

Young Gyoo...

(Lee Bang Gan: Anak Keempat Lee Seong Gye)

...saya dengar awak buat sesuatu yang besar.

Apa?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left