The first 200 lines.
Red Sox lawan Yankees di Fenway Park.
Lima bintang.
En. Locke
Polis Boston.
Hai, saya I. M. Fletcher, memanggil dari 5, Union Park.
- Ya, jadi? - Ada wanita dibunuh di tingkat bawah.
- Ada wanita apa? - Wanita dibunuh.
Ini hanya talian umum balai polis.
Talian untuk mengatur pertemuan.
Ini hanya panggilan hormat.
Panggilan hormat? Kalau ada pembunuhan, hubungi 911.
Kecemasan dah berakhir.
Ini bukan jabatan pembunuhan.
Boleh beritahu Jabatan Homisid? Alamatnya 5, Union Park.
Mereka suka pembunuhan. Pasti mereka berminat.
Alamak.
- Awak Fletcher? - Ya.
Saya Sarjan Inspektor Monroe.
Inspektor? Macam di Scotland Yard?
- Dia Griz. - Helo, En. Fletcher.
Mak saya panggil En. Fletcher.
- Panggil saya Fletch. - Awak makan sebiji buah?
Ya. Macam mana awak tahu?
Ada sebiji hilang.
Griz, periksa pintu depan.
Okey.
- Siapa nama penuh awak? - I. M. Fletcher.
Saya Monroe.
Beri saya nama penuh.
Irwin Maurice Fletcher.
Saya menguap ketika itu. Tak boleh ambil semula.
Teruk, bukan?
Awak pukul dia dengan apa?
Saya tak pukul dia.
Ini rumah awak?
Saya menyewa selama beberapa minggu.
Pemiliknya bernama Owen Tasserly.
Agak mewah untuk satu orang.
Sebelum awak fikir saya kaya-raya, saya bukan begitu.
Teman wanita saya yang kaya. Dia aturkan semua ini.
- Di mana dia? - Rom.
Saya baru terbang dari sana.
Saya dah periksa pintu depan.
Ada kunci lokos dan selak,
tiada kesan tapak kaki dan tanda pecah masuk.
Syabas, Griz. Berehatlah.
Nama teman wanita awak?
Andy. Angela.
Andy Angela. Tulis, Griz.
- Angela de Grassi. - Awak bunuh dia juga?
Saya nak ingatkan, saya yang laporkan pembunuhan ini
dan tunggu kamu semua sampai.
- Dah lama minum? - Aduhai.
Saya mula minum bir pada usia 12 tahun.
Nah, Griz.
Saya bukan pelayan awak.
Saya faham, tapi mungkin awak nak cap jari saya.
Nampak? Saya membantu.
Hei. Maaf, saya tak tahu nama awak. Bukti?
Awak nak selimut?
Beginilah, Griz.
Apa kata awak soal En. Fletcher.
Awak nak pelatih ini soal siasat saya?
Silakan, Griz.
Silakan, Griz.
Okey.
En. Fletcher, awak kenal mangsa, Laurel Goodwin?
- Jangan beritahu nama mangsa. - Giliran Griz bercakap.
Saya tak pernah jumpa dia semasa dia masih hidup.
- Penerbangan apa? - Alitalia.
Saya mendarat pukul 8.46 malam.
Namun, awak hubungi polis jam 11.09 malam.
Saya singgah makan malam di Warren Tavern.
Awak ada bukti? Mungkin resit?
Saya bayar tunai.
- Apa pekerjaan awak? - Wartawan bebas.
Sudah dua tahun saya mengembara di Eropah menulis tentang seni.
En. Tasserly ada koleksi seni menarik.
Ya.
Itu karya Paul Klee, lukisan kuda Degas.
Ada lukisan Warhol di tepi tangki ikan.
Ini teori saya.
Saya rasa mangsa ternampak rompakan karya seni.
Pencuri panik, hentak kepalanya, kemudian lari.
Jangan bagi teori amatur.
Dulu saya wartawan siasatan bereputasi baik.
Saya boleh bantu awak.
Saya main trompet di sekolah tinggi. Saya tak beri nasihat kepada Miles Davis.
Diam dan cakap.
Itu arahan yang mengelirukan.
En. Fletcher, kenapa awak di Boston?
Saya mengkaji buku.
Biografi sahih Edgar Arthur Tharp Jr.
Pelukis koboi itu.
- Awak kenal dia. - Saya lebih suka Remington.
Sudah tentu.
- Teruskan, Griz. - Okey. Di mana tadi?
Maaf, saya terganggu dengan kaki En. Fletcher.
Jangan begini, Griz. Kaki saya nak bebas.
Pembuat kasut dah basuh otak kamu berdua.
Okey. Dengar sini, En. Fletcher.
Kalau awak bunuh wanita ini, saya harap awak mengaku.
Saya ada bayi di rumah. Awak ada?
Saya perlukan masa tidur.
Inspektor, awak tahu ada cuti paterniti, bukan?
Jadi, awak wartawan yang mengembara di Eropah?
- Itu cara awak sara diri? - Ya, gaji saya boleh tahan juga.
Tiada sumber pendapatan kedua daripada bidang mencurigakan?
Menulis untuk majalah penerbangan paling mencurigakan.
Ada tempat menginap lain?
Beri kami 24 jam untuk pemeriksaan teliti.
Entahlah. Saya boleh menginap di sini.
Awak pasti tiada apa-apa yang awak sorok daripada saya?
Inspektor, saya jujur.
SEBULAN YANG LALU
ROM
- En. Fletcher? - Ya.
Terima kasih jumpa saya, Cik de Grassi.
Boleh saya ambil pesanan?
Awak akan bayar?
Segelas Negroni .
- Puan, segelas lagi? - Tak, terima kasih.
Count Clementi Arbogastes de Grassi sihat?
Ayah saya sihat.
Saya tak faham sebab dia upah awak untuk cari lukisannya yang dicuri.
- Siapakah awak? - Saya wartawan bebas.
Ayah awak suka artikel saya tentang pencurian seni
di Muzium Diraja di Brussels.
Artikel saya bantu polis selesaikan kes.
Baguslah, tapi awak bukan detektif.
Ya, tapi saya wartawan siasatan bereputasi baik.
- Saya dah berhenti. - Kenapa?
Pekerjaan itu direndahkan oleh zaman digital, macam presiden.
Saya tiada di vila ayah saya semasa lukisan itu dicuri.
Jadi, saya tiada maklumat baru.
Tak apa. Saya ada.
Awak ada?
Beritahu saya.
Ada seorang penjual karya seni di Boston, Ronald Horan.
Dia dah jual dua lukisan Renaissance ayah awak.
- Bellini dan Perugino. - Awak serius?
Macam mana dia dapat?
Saya tak tahu.
Mungkin dia tak tahu lukisan itu dicuri.
Awak fikir dia ada lukisan lain? Sembilan lukisan dicuri.
Mungkin.
Picasso itu dinilai pada harga 20 juta dolar.
Tak berbaloi dicuri.
Terima kasih.
Maaf, saya tukar fikiran. Segelas lagi.
- Baik. - Terima kasih.
Jadi, apa awak akan buat sekarang?
Saya akan jumpa En. Horan di Boston,
mungkin dia berkait dengan Rom atau pasaran gelap dunia seni.
Macam mana saya boleh bantu, En. Fletcher?
Tak perlu terlalu formal.
Nak saya panggil apa?
Semua kawan saya panggil…
Fletch!
Saya nak berenang di dalam mata awak…
Macam…
air kencing.
Macam air kencing?
Tak, macam buang air, macam kolam.
Saya agak fasih berbahasa Itali.
Tak.
Apa awak tahu tentang Ronald Horan?
Melalui Facebook,
saya dapat tahu dia mengajar sejarah seni di Harvard.
Dia ahli Kelab Kapal Pesiar Mayflower
dan dia suka EDM, muzik tarian elektronik.
Galerinya dipecah masuk pada 2015.
Mereka curi beberapa lukisan Impresionis.
Saya tak jumpa apa-apa yang mencurigakan.
Kadangkala saya terfikir kalau isteri baru ayah,
Countess de Grassi, dia gelar dirinya begitu,
mungkin dia terlibat.
Saya tak percaya dia, Fletch. Saya tahu dia mengahwini ayah demi wang.
Andy, awak agak sinis.
Mungkin dia mengahwininya demi cinta,
cintakan wang.
Macam mana awak boleh berada di Eropah?
Adakah sebab wanita?
Dua orang bekas isteri saya perlukan ruang,
jadi saya pergi 6,000 batu jauhnya.
Macam mana awak boleh berkahwin dua kali?
Orang mudah jatuh cinta dengan saya.
Saya sangat mudah jatuh cinta, tapi tak bagus memilih.
Kenapa pula?
Saya jatuh cinta dengan suami orang,
penipu, dua orang pengedar dadah
dan seorang piromania.
Saya cuma tergolong dalam satu daripada semua itu.
Kebuluran menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Berhenti cakap bahasa Itali.
Abaikannya.
Okey.
Kami nak cakap dengan Cik Angela de Grassi.
Sesuatu berlaku kepada ayah?
Ya.
No comments yet. Be the first to leave one.