The first 200 lines.
The First Responders Season 2
The First Responders Season 2
WATAK, LOKASI, ORGANISASI DAN KEJADIAN DALAM DRAMA INI HANYALAH REKAAN
PENGGAMBARAN PELAKON KANAK-KANAK DILAKUKAN SECARA SELAMAT
BABAK MELIBATKAN HAIWAN HANYALAH LAKONAN...
...DAN DIJALANKAN DENGAN MEMATUHI GARIS PANDUAN KEBAJIKAN HAIWAN
Seol.
Jika suatu hari, saya tak terselamat daripada kebakaran...
...dan awak membacanya,...
...saya dah cukup lega sebab awak tak terperangkap...
...dalam kebakaran dengan saya.
Bagi sesetengah orang, detik-detik kehidupan harian ini sangat berharga.
Saya harap kerja yang kita buat untuk lindungi orang...
...yang bersama kita setiap hari...
...tak menjadi terlalu sukar untuk awak hadapi...
...hanya kerana saya dah tiada.
Saya tahu ketika saya nampak awak tersenyum gembira...
...selepas selamatkan kucing.
Seol,...
...awak lebih ikhlas dalam kerja ini daripada saya.
Saya rasa sebab itulah kita habiskan terlalu banyak masa di balai bomba.
Betul, bukan?
Sejujurnya, ada banyak perkara yang saya nak buat dengan awak.
Mendaki gunung.
Gunung yang tak terlalu tinggi.
Turun semula, pasang khemah...
...dan kisar biji kopi untuk bancuh secawan kopi panas.
Makan dengan mak awak di restoran yang enak.
Tak minum. Hanya nikmati hidangan yang lazat.
Kita bertiga ambil gambar keluarga bersama.
Sama seperti orang lain.
Jika awak nak,...
...keluarlah dan nikmati hari yang cerah.
Awak akan dapat teruskan hidup.
Jangan takut tanpa saya.
Saya minta maaf kerana tak dapat bersama awak.
Namun, awak boleh lakukannya. Betul, Pegawai Song?
STRATEGI RUNDINGAN...
...DENGAN MENYELESAIKAN KECURIGAAN SELANGKAH DEMI SELANGKAH
TAEWON YANG PALING SELAMAT,...
...POLIS TAEWON YANG DIHORMATI DAN DISAYANGI
Unit 202 ada alahan kucing.
Kim Youngju, Unit 202, Bangunan 103.
Dia merungut kerana Kaki Gaduh membela kucing.
Dia memfailkan 68 aduan berniat jahat...
...sepanjang tahun lalu melalui pejabat pengurusan.
Dia memang mencurigakan.
Polis datang lagi?
Penghuni Unit 404 ialah detektif di Balai Polis Taewon.
Dia kelihatan rapat dengan Kaki Gaduh.
Begitu?
Kenapa? Awak takut dengan kata-kata JFN?
Atau awak pun rasa kes ini tak serius?
Tunggu dulu. JFN pun tak salah.
Awak kata kes lebih menarik apabila ia menjadi rumit.
Jadi, awak perlu tahu.
Mak cik itu...
...nak beritahu saya sesuatu selepas kucing itu mati...
...tapi dia tak boleh cakap.
Awak mengesyaki sesiapa, mak cik?
Ada sesiapa cari gaduh kebelakangan ini?
- Sebenarnya... - Ya?
Tiada apa-apalah.
Saya pasti dia fikirkan seseorang.
Awak kata kes akan selesai dengan lebih lancar...
...jika lepaskan kemarahan.
Saya tak boleh putus asa dengan kes ini.
Awak boleh tarik diri jika mahu.
Budak tak guna.
Bila saya datang ke sini?
Hei. Apa yang awak buat di sini pada waktu malam? Pulanglah.
Jika saya kumpul sembilan botol,...
...saya boleh tukar dengan sosej.
Awak lapar?
Sedapnya.
Awak pasti sangat kaya, encik.
Sudah tentu. Makanlah.
Apa yang awak buat?
Saya tiup lilin.
Saya rasa hari ini seperti hari jadi saya.
- Awak tak pernah memakannya? - Sangat sedap.
Ayah saya kata jika saya makan banyak semasa perut kosong,...
...usus saya akan berpintal kemudian mati.
Saya akan selamat, bukan?
Usus awak memang dah berpintal.
Makanlah.
Nah. Bawanya pulang dan makan nanti.
Masukkan ke dalam poket awak. Atau masukkan dengan botol.
Ya.
Awak tahu apa-apa lagi tentang wanita di Unit 202?
Saya dengar hubungannya dengan Kaki Gaduh tak baik kerana dia ada alahan kucing.
- Kenapa? - Kenapa apa?
Kenapa awak terlalu berminat untuk tahu tentang orang di kompleks kami?
Pekerja penyelenggaraan...
...perlu tahu situasi.
Barulah kompleks itu akan menjadi aman.
Awak takkan faham falsafah kerja saya.
Bulu kucing bukan isu besar pun.
Ketika wanita di Unit 202 buang sampah secara haram,...
...dia tertangkap.
Itulah isu yang besar.
- Awak tak pandai... - Apa yang kamu buat?
...sorokkan tindakan buruk awak sampai tertinggalkan alamat awak?
Ini sampah awak, bukan?
Tak guna!
Siapa awak untuk memalukan saya di depan semua orang?
Lepaskan saya!
Lepaskan!
Namun, wanita itu akan bercerai.
Saya rasa unitnya disenaraikan.
- Unitnya disenaraikan? - Ya.
Awak boleh ambil semua ini juga. Simpan di dalam beg.
Untung besar.
Youngsoo. Awak nak buat kerja sambilan?
CHUNDONG
Baiklah. Mari pergi.
- Kami datang untuk lihat rumah. - Kami hubungi tadi.
Saya dengar kamu baru berkahwin. Pasti kamu berkahwin lewat.
Aduhai, saya ejen hartanah.
Isteri saya akan bersalin pada bila-bila masa,...
...jadi dia tak dapat datang.
Rumah ini menghadap ke tenggara, jadi ia dapat banyak cahaya matahari.
Bagus sekali.
Mereka tukar kertas hias dinding semasa pengantin baharu pindah ke sini.
- Tiada apa-apa yang perlu dibaiki. - Begitu.
Lagi satu. Tekanan air sangat penting bagi saya.
- Boleh saya lihat bilik air? - Ya, ke sini.
Baiklah.
Okey. Tak sia-sia saya menjadi pengawal keselamatan.
Kesan itu daripada pembesar suara konduksi tulang. Ayuh.
Betul. Ayuh.
- Kami akan masuk sebentar. - Apa? Awak siapa?
Apa hak kamu untuk meluru masuk begini?
Akta Hukuman Kesalahan Kecil. Perkara Dua, Perenggan Satu, Butiran 21.
Gangguan Terhadap Jiran.
Kami datang untuk sahkan perkara itu.
Ayuh.
Hei.
Barang ini dari rumah awak, bukan?
Puan Kim Youngju, awak berdendam dengan Puan Yong Soonbok...
...yang meninggal dunia baru-baru ini.
Banyak kali awak buat aduan yang dia beri kucing makan.
Ketika awak dimalukan kerana buang sampah secara haram,...
...awak juga tarik rambutnya.
Jadi, apa masalahnya?
Kami jumpa cap jari awak pada pembesar suara...
...dan kesan awak memasangnya di bilik air awak.
CAP JARI PADA BUKTI 99.9% SEPADAN DENGAN SAMPEL
Awak pasti tak faham keseriusan perkara ini.
Kami sedang menyiasat kes pembunuhan.
Awak faham?
Myeongpil dah semakin mahir.
Dia juga pandai menipu sekarang.
Dengar sini.
Saya cuma pasang pembesar suara.
- Kenapa awak buat begitu? - Hei.
Perkahwinan saya musnah disebabkan wanita itu.
Menyakitkan hati sungguh.
RESIT KAD KREDIT MOTEL HWANGCHEON
MOTEL HWANGCHEON
Awak kata 5 November?
Ya, betul.
Berhenti di situ.
Tak guna!
Kenapa resit motel itu perlu berada di sana?
Suami saya menangkap saya.
Saya perlu jual rumah yang kami beli bersama pada harga murah,...
...bayar alimoni kepada dia dan diusir keluar.
Sudah tentulah saya marah.
Bagaimana awak tahu Unit 301 akan mengamuk?
Perkara yang sama pernah berlaku.
Penghuni di Unit 301 sangat sensitif.
Awak tak puas hati dengan saya?
Kenapa awak asyik buat begitu?
- Apa pula sekarang? - "Apa"?
Saya tak pernah buat begitu. Kenapa awak tuduh saya lagi?
Jangan menipulah! Awak asyik mengetuk sepanjang malam!
Tak cukup lagi anak saya terpaksa ambil semula peperiksaan?
Kenapa awak tuduh saya?
Awak tak malu menipu? Awak asyik buat begitu pada setiap malam!
Saya cuma nak ajar dia, kemudian berhenti.
Namun, semasa saya asyik buat begitu...
Kenapa awak buat lagi selepas dia meninggal dunia?
Sebenarnya...
...awak kenal budak di Unit 301?
Dia sangat biadab dan saya tak tahan dengan dia.
Budak biadab.
Saya nak berhenti selepas dia duduki peperiksaan kemasukan kolej.
Lihat gambar ini.
Apa ini?
- Awak silap. Bukan dia. - Apa?
Dia tak tunjukkan reaksi. Bermakna dia tak tahu.
Awak pengawal keselamatan baharu, bukan?
Awak akan didakwa atas kesalahan kecil.
Jangan hidup begitu lagi.
Lagi satu.
Jangan beritahu orang lain.
Ini operasi penyamaran.
UNIT 202, KIM YOUNGJU
Tentang penghuni di kompleks itu.
No comments yet. Be the first to leave one.