The first 199 lines.
Jacquelyn, boleh tak awak tolong bawakan fail keluarga Baudelaire ke sini?
Hello, nama saya Lemony Snicket,
dan saya bersimpati untuk mengatakan bahawa hiburan yang awak sedang menonton
adalah sangat tidak menyenangkan.
Jacquelyn, boleh tak awak tolong bawakan fail keluarga Baudelaire ke sini?
Dari permulaan kisah yang penuh kesengsaraan ini hingga ke saat melankolik terakhir,
Saya tidak boleh memikirkan walaupun satu ayat, atau satu perkataan pun,
yang tidak membuatkan diri saya meremang hingga ke pangkal jiwa saya.
Jacquelyn, boleh tak awak tolong bawakan fail keluarga Baudelaire ke sini?
Walau bagaimanapun, kisah kesedihan anak-anak yatim keluarga Baudelaire
tidak bermula di pejabat peribadi Mr Poe yang dihias dengan hodoh.
di Mulctuary Money Management.
Jacquelyn, boleh tak awak tolong bawakan fail keluarga Baudelaire ke sini?
Dan kisah mereka juga tidak bermula di Briny Beach di mana langitnya kelabu dan berkabus,
di mana kanak-kanak Baudelaire, Violet, Klaus dan Sunny,
menerima berita buruk.
Ibubapa awak telah binasa dalam kebakaran yang dahsyat.
Sebenarnya, kisah anak-anak yatim Baudelaire bermula jauh sebelum kebakaran itu
yang menyebabkan kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa langsung.
Cerita mereka bermula ketika mereka tinggal dengan keluarga Poe semalaman.
Ia bermula sebelum kanak-kanak itu bertemu Hakim Strauss,
seorang wanita yang baik tetapi, malang sekali, bukan penjaga mereka.
Dan sebelum anak-anak yatim Baudelaire diletakkan di bawah jagaan pelakon teruk
yang mempunyai tatu mata yang misteri di buku lalinya,
yang telah menyebabkan anak-anak Baudelaire tidur di dalam bilik yang teruk,
melakukan kerja-kerja rumah yang susah dan menjengkelkan secara berterusan,
dan memasak makan malam untuk rombongan teaternya yang keji dan tidak berbakat,
sehingga menyebabkan keganasan yang tidak dapat ditunjukkan di skrin.
"Kenapa?" pasti awak tertanya-tanya.
Kenapa anak-anak yatim Baudelaire menderita melalui situasi-situasi malang ini secara berterusan?
Bagaimanakah kanak-kanak yang bijak dan pintar
anak-anak kepada ibubapa yang baik dan berhati-hati berakhir di bawah jagaan Count Olaf?
Jawapannya boleh dijumpai, sejurus selepas kebakaran itu
yang telah memusnahkan rumah keluarga Baudelaire.
Di dalam pejabat peribadi Mr Poe yang dihias dengan hodoh
di Mulctuary Money Management.
Jacquelyn, boleh tak awak tolong bawakan fail keluarga Baudelaire kesini?
Adakah awak tahu soalan yang orang selalu tanyakan kepada saya?
"Bolehkah awak tolong keluar dari premis ini?"
"Kenapa saya melakukannya?"
"Count Olaf," mereka bertanya, "kenapa awak menjadi seorang pelakon?
Kenapa bukan seorang model, atau playboy jutawan?
Kenapa membalas panggilan lagu siren yang orang Sepanyol memanggil 'El Theater'?"
- Untuk harta dan glamor? - Tidak.
Untuk tepukan gemuruh?
- Tidak. - Untuk pakaian-pakaiannya!
Manakah pakaian-pakaiannya?
Tiada siapakah yang membawa pakaian-pakaiannya?
Tunggu dalam kereta.
Bolehkah kami mendengar radio?
Tidak.
Kita perlu menghubungi mereka. Cuba Peru.
Jadi, terus mencuba. Ya, ianya satu kecemasan.
Saya sedang memerhati perkara-perkara selagi saya mampu, tapi...
Biar saya hubungi awak balik.
- Saya ada janji temu. - Nama?
Haircut.
- Haircut? - Yes... sica Haircut ialah nama saya.
Yessica Haircut?
Ya. Yessica.
Jacquelyn, boleh tak awak tolong bawakan fail keluarga Baudelaire ke sini?
Terdapat ramai sangat polis inspektor,
rakyat yang mengambil berat dan eksekutif televisyen
yang telah meluahkan kekeliruan
atas sebab kenapa anak-anak yatim Baudelaire boleh berada di bawah jagaan Count Olaf.
Gambaran yang awak nampak di belakang saya ini dipanggil sebagai imbas kembali.
Frasa di sini yang bermaksud
"telah berlaku ketika situasi daripada episod sebelumnya,
sejurus selepas kebakaran Baudelaire
dan ketika anak-anak Baudelaire malangnya menginap bersama dengan keluarga Poe."
Saya persembahkan kepada awak sekarang dengan harapan yang polis inspektor,
rakyat yang mengambil berat dan eksekutif televisyen
akan berhenti mengganggu saya.
Hello, orang bank.
Kebakaran Baudelaire adalah sebab saya di sini.
- Fail, bukan kebakaran. - Saya kata fail.
Benarkan saya untuk memperkenalkan diri saya,
kerana, seperti yang awak boleh lihat dari tahi lalat saya, kita belum pernah berjumpa lagi.
Seperti yang awak boleh lihat dari kot saya, topi dan selendang saya,
Saya di sini untuk bisnes.
Dan seperti yang awak boleh lihat dari cermin mata hitam saya...
ianya cerah di luar.
Saya di sini untuk berunding dengan awak mengenai wasiat Baudelaire,
yang saya ketahui bahawa awaklah yang mewasiatkan.
Wasi.
Orang yang mengawal harta keluarga setelah berlakunya kebakaran yang dahsyat.
Nama saya...
...ialah Yessica Haircut.
Aneh betul.
Saya ada janji temu untuk potongan rambut sekarang ini.
Jacquelyn, tolong batalkan janji temu itu.
Mr. Poe, terdapat perkara mustahak--
Tidak, tidak. Saya ingin mendengar apa lelaki Haircut ini ingin katakan.
Saya ingin mengambil pengeluaran.
Saya tidak tahu, Mr.--
- Count... - Count?
...nama saya ialah, ialah Mr...
Yessica Haircut.
Baiklah, Mr. Haircut, wasiat keluarga Baudelaire menyatakan dengan jelas apa yang akan berlaku
sekiranya tiba saat kematian Mr. dan Mrs. Baudelaire.
Mereka akan dibesarkan oleh ahli keluarga yang terdekat,
dan orangnya ialah seorang saintis terkenal yang bernama--
Ianya memang satu perkara untuk dengar kepada sains, Mr. Orang Bank.
- Poe. - Ianya satu perkara lain
untuk mendengar nasihat seorang perunding.
Dan dalam kepakaran bisnes perundingan saya yang penting ini,
frasa "ahli keluarga yang terdekat " hanya bermaksud satu perkara...
"sesiapa yang tinggal berdekatan."
Oh ya? Awak rasa begitu?
Saya sanggup pertaruhkan harta saya untuk pandangan saya.
Kalau tidak, nama saya bukan nama yang saya beritahu awak tadi.
Baiklah, kalau begitu, kita akan memerlukan peta bandar ini.
Saya rasa orang yang terdekat dengan keluarga Baudelaire ialah pelakon terkenal
dan lelaki hensem, Count Olaf.
Count...
Tidak pernah mendengar namanya.
Namanya telah dipuji dengan baik dalam ulasan teater
dalam sesetengah majalah kecil.
Namanya disebut sebagai...
Count Olaf.
Dan kalau saya tidak silap, dia tinggal...
di sini.
Adakah itu yang paling dekat?
Ya, mestilah, sudah pasti.
Jacquelyn, boleh tak awak tolong bawakan pembaris yang besar?
Jacquelyn?
Nampaknya saya kena ambil sendiri.
Kejadian yang berlaku di Mulctuary Money Management
telah mengakibatkan berlakunya kejadian malang jauh dan dekat,
dari seorang wanita yang terperangkap dalam taman yang jauh...
Awak tidak akan terlepas dengan perbuatan ini.
Saya telah terlepas pun dengan perbuatan ini.
...kepada tiga anak yatim dalam keadaan yang menakutkan,
seperti kisah kita ini bersambung.
Usaha tu biar semangat lagi!
Mr. Poe pasti telah melakukan kesilapan teruk bila dia bawa kita ke sini.
Tidak mungkin ibubapa kita akan meletakkan kita di bawah jagaan Count Olaf,
entah betul ke tidak panggilan dia itu.
Sejurus selepas Count Olaf sedang lalai, kita perlu meninggalkan rumah ini.
Saya sanggup mencuba nasib di atas jalanan daripada tinggal di sini lama-lama.
Siapa tahu apa yang akan berlaku kepada kita di atas jalanan?
Sekurang-kurangnya di sini kita ada bumbung di atas kepala kita.
Saya harap duit ibubapa kita boleh digunakan sekarang,
dan bukannya bila awak cukup umur.
Jadi kita boleh membeli istana dan tinggal di dalamnya
dengan pengawal bersenjata yang beronda di luar untuk mengelakkan Count Olaf dan rombongannya masuk.
- Dengan studio ciptaan yang besar. - Dan perpustakaan.
Cepatlah, anak-anak. Ada kerja lain yang perlu dilakukan.
Hakim Strauss mengatakan rumahnya sentiasa terbuka untuk kita.
Dia berkata perpustakaan undang-undangnya sentiasa terbuka untuk kita.
Ianya bukan perkara yang sama.
Mr. Poe juga berkata kita boleh menghubunginya sekiranya kita mempunyai apa-apa soalan.
Kita bukannya ada soalan pun. Kita ada aduan.
Boleh saya panaskan itu untuk awak? Dan juga berikan awak berita yang sangat buruk?
- Apakah berita itu? - Setiausaha itu--
Shh! Bukan di sini.
Kecemasan?
Baiklah, tapi saya sangat sibuk.
Setiausaha lama saya, seorang ahli profesional yang berjaya
ynag selalu muncul setiap kali dipanggil untuk bertahun-tahun, telah hilang.
Saya telah mengupah seorang artis yang menganggur tanpa pengalaman langsung
yang memerlukan cuti sekali sekala untuk ujibakat dan persembahan.
Tambahan pula, saya telah terpaksa menangguhkan potongan rambut beberapa kali.
Apa yang saya boleh buat untuk awak?
Count Olaf ialah orang gila. Kami tidak boleh tinggal dengannya.
Dia memukul Klaus di muka. Nampak tak lebamnya?
Oh, maafkan saya. Poe di sini.
Ya.
Ya.
Ya.
Ya.
Ya.
Tidak boleh sama sekali.
Terima kasih.
Maafkan saya. Apakah yang kita sedang berbincang tadi?
Oh, ya, Count Olaf.
Maafkan saya jika awak tidak mempunyai pandangan awal yang bagus tentang dia.
Dia hanya menyediakan kami sebuah katil.
Dia telah memaksa kami melakukan banyak kerja rumah yang susah.
Maafkan saya. Poe di sini.
Tujuh.
Tujuh.
Tujuh.
Tujuh.
Apa-apa selain tujuh.
Sama-sama.
Anak-anak, semua orang, pada satu ketika dalam kehidupan mereka,
mengharap yang mereka dibesarkan
oleh orang yang selain daripada orang yang membesarkan awak.
Ketika saya kecil,
saya sanggup menggadaikan apa-apa sekalipun untuk dibesarkan oleh seorang pelakon.
Dia memanggil kami anak-anak yatim.
Awak memang anak-anak yatim.
Dia ada kawan-kawan yang jahat.
Saya ada kawan-kawan yang jahat.
Mengenai tidak memahami sepatah perkataan pun yang seseorang sedang bercakap!
Anak-anak Baudelaire, adakah awak biasa mendengar frasa "in loco parentis"?
Bunyi seperti Latin.
Latin dan undang-undang.
No comments yet. Be the first to leave one.