Xico's Path

Xico's Path (El Camino de Xico)

Download Malay Subtitle

Release info

El Camino De Xico 2020 1080p NF WEB-DL DDP5 1 x264-MZABI
A Commentary by ShasyaLala
Netflix Retail

Tags

cam
Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
x264
1080
Published on: 2021-02-12
Downloads: 19
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Lekaslah, Gus. Cepat.

- Saya datang! - Ayuh!

- Jangan terlepas! - Selamat pagi, Copi!

Selamat pagi, Don Manuel, Doña Cuca!

- Siapa itu? - Selamat pagi.

Hati-hati!

Hati-hati, Copi!

- Gadis itu lincah sungguh! - Maafkan saya.

Ayuh beli belon!

Maaf, encik!

- Maafkan saya! - Hati-hati!

Selamat pagi, Don Viejo.

Hei, jangan buang sampah!

Hati-hati, Copi! Jangan sampai terlepas!

Dah terlepas.

Hei. Hati-hati!

Maaf, encik.

Saya tak boleh kawal!

- Aduhai! - Seluar dalam saya.

Potong tali.

Gus, potong!

- Hei, budak kecil… - Xico!

Syabas, Xico!

Alamak!

Aduh.

Nenek Petra.

Boleh kamu jelaskan kenapa seluar dalam Don Rodolfo

terbang di seluruh pekan?

Bukan apa…

Tiada alasan, Copi.

Apa kamu nak buat untuk selesaikan masalah ini?

Saya tahu! Kami akan buat cabaran.

Nenek tak suka kamu cakap begitu, Copi.

Saya kata "cabaran", nenek.

Nasib baik.

Kamu tahu nenek tak suka kamu sebut "bertenang" atau "menipu"

kerana ia kedengaran teruk.

Apa cabarannya?

Untuk mengutip sampah!

Saya nak beri makan lembu saya.

Lihat, Copi? Cuma kita berdua.

Bukan kita saja, si dungu.

Bukan? Habis, beritahu saya siapa lagi di sini?

Xico!

Hei!

Amannya bandar ini!

Alam ciptaan Tuhan.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, bakal pelabur yang saya kasihi,

projek ini bakal memberi pulangan lumayan.

Mengejutkan!

Sangat mengejutkan.

Tapi kamu kata projek ini lebih dari sekadar untung, tuan.

Kamu juga pernah menyebut…

Galian, gas asli serta berlian.

Soalan saya, bagaimana kita akan raih semua keuntungan ini?

Kita letupkan gunung itu dengan serbuk letupan dan dinamit

dan mengeksploitasi medan gasnya melalui kaedah peretakan.

Peretakan? Saya pernah dengar tentang peretakan, tapi…

Kamu tak tahu apa maksud peretakan?

Tak, dia langsung tak tahu.

Peretakan, Encik Wang, ialah

masa depan!

Ia prosedur yang mudah.

Kami menggerudi bawah tanah sedalam 5,000 ela.

Bam!

Kami suntik tanah dengan beberapa juta gelen air

yang dipenuhi dengan metanol benzena, etilena, malah toluena!

Kemudian, kita singkirkan apa yang menghalang kita.

Kemudian, kita hapuskan semua yang kita tak perlukan!

Begitulah cara kita merampas daripada alam semula jadi yang tamak

apa sahaja yang ia sembunyikan daripada kita!

Beritahu kami, di mana

tempat kita akan melabur?

Gunung kecil yang tak penting itu

boleh ditemukan di sini.

GALIAN NADIR - BERKETINGGIAN 4,745 METER

Kenapa, sang gunung?

Siapa yang buat kamu marah?

Apa itu? Kenapa loceng berbunyi, nenek?

Don Manuel panggil orang kampung untuk bermesyuarat.

- Sekarang? - Ya. Pelik.

Copi, tolong ambilkan selendang nenek.

Xico…

Xico…

Xico!

Lekas, sebelum hujan turun!

Kepada semua penduduk San Jaime de las Jaibas,

tujuan saya panggil kamu semua untuk umumkan berita baik.

Pekan kita akan mula

menikmati kemajuan tak lama lagi.

Saya amat berbesar hati.

Memandangkan kamu memilih saya sebagai Datuk Bandar San Jaime de las Jaibas,

wahai penduduk San Jaime yang tersayang,

tugas saya tak lain cuma berkhidmat untuk kesejahteraan

pekan ini, pekan yang amat kita kasihi.

Puan?

…perpaduan sebenar…

Kenapa nama bandar kita ada perkataan "jaibas"?

Kerana "jaibas" bermaksud "ketam", dan dulu pekan ini

pernah berada di dalam lautan.

Bila? Dua puluh tahun lalu?

Tak, budak biadab.

Berjuta-juta tahun yang lalu.

Berjuta-juta?

Tapi ketika itu berapa umur puan?

Jadi inilah masanya

kekayaan hasil bumi yang tersembunyi di gunung itu

menjadi milik kita.

Apa?

Apa yang kamu cakapkan ini, Manuel?

Gunung itu memang milik kita.

Ia kekayaan terbesar kita.

Betul, Nenek Petra, ya.

Tapi isu di sini ialah gunung itu

penuh dengan emas!

Itu mungkin berguna, bukan?

Pemuda-pemuda ini

datang untuk bantu kita memanfaatkan kekayaan gunung itu.

Ingat, ia milik kita, tapi sekarang kita boleh bolot manfaatnya.

Apa pendapat kamu?

Saya tak kisah raih sedikit emas.

Saya juga.

Saya boleh pasang tali yang saya mahu.

Kenapa dengan kamu semua?

Berani kamu pertimbangkannya!

Dengar sini, nenek tua.

Jika kamu mahu mewakili pembangkang,

pergi ke Kongres.

- Kamu pula boleh pergi jaha… - Nenek!

Berapa lama untuk emas itu dikeluarkan?

Dalam masa beberapa minggu,

penduduk "Jamaica" yang saya kasihi.

Penduduk San Jaime yang tersayang.

Bunyinya sama saja.

Berapa banyak kami akan dapat?

Kami perlu buat kira-kira,

tingkatkan pemboleh ubah, kurangkan unsur berat,

tambah peratusan risiko,

dan bahagikan dengan nombor yang kamu fikirkan.

Wah, saya boleh bayangkan diri saya berhias cantik, Policarpo!

Bagaimana kamu nak dapatkan semua itu dari gunung kami?

Dengar sini, itu mudah saja, wanita beruban.

Kita guna kaedah peretakan!

Nanti dulu.

Saya banyak baca tentang peretakan, dan ia tak bagus.

Jangan risau. Ia taklah teruk sangat, budak kecil.

Sebenarnya, prosesnya agak mesra alam.

Perkara paling teruk cuma ia boleh memusnahkan tanaman,

meracuni ternakan,

dan menyebabkan gempa bumi.

Saya tak faham.

Tak seteruk mana… biasa saja.

Ingat, "penduduk Jaiminian"…

Jaiminos of the Crab.

Ingat, ada dua jenis manusia di dunia ini,

mereka yang dapat semua yang mereka mahu

atau mereka yang tak berani mencuba.

Saya seorang yang tahu apa dia mahu.

Tapi ingatlah, penduduk San Jaime yang tersayang,

saya yang ilhamkan idea ini.

Jadi, apabila saya bertanding sebagai gabenor negeri,

jangan lupakan saya…

Maksud saya,

Manuel yang dikasihi.

- Hidup Don Manuel! - Don Manuel!

Kamu terbaik!

Hidup rock and roll !

Kamu jaga kepentingan kami,

dan kami akan jaga kepentingan kamu dengan cara yang sama.

Tunggu!

Tunggu! Kamu tak tahu…

Don Viejo! Kita perlu berbincang.

Petra, sayang, bukan sekarang.

Kamu tak nampakkah saya kaku, kelabu dan lemah tubuh badan?

Saya rasa lebih baik saya balik dan berehat

sebab saya membanting tulang sepanjang hari.

Cuca, tolong saya.

Saya merayu.

Kamu nak saya musnahkan peluang anak saya untuk menjadi gabenor

hanya kerana gunung itu?

Oh, Petra, kamu dengan pemikiran idealistik kamu.

Ayuh. Kita ada cara lain, tapi kita perlu bukanya.

Betul tak, Xico?

Cara? Buka?

Lekas. Nenek tunggu!

Beritahu ibu sekarang, Manuel sayang,

apa kegilaan yang kamu sedang rancangkan?

Apa lagi nak cakap, ibu? Ibu, kesayangan hatiku.

Cakap yang kamu tak merancang

nak letupkan gunung itu seperti yang mereka kata.

Ibu! Saya takkan buat begitu, ibu!

Gunung itu takkan dikerjakan,

cuma ketuk di sini sikit, di sana sikit.

Tiada siapa akan perasan.

Bolehkah kamu berjanji sebagai budak yang baik?

Pernahkah saya menipu ibu?

Saya? Ibu kenal anak ibu bagaimana.

Okey. Kalau begitu, ibu boleh tidur lena.

Selamat malam, ibu. Semoga ibu berehat…

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left