The first 150 lines.
PERJANJIAN IBLIS
Mereka tak patut berada di sini.
Saya dah nampak mereka.
Gobi Glie dan tenteranya dah sampai.
Kita tak boleh buat begini. Apa yang Taa dah buat?
Saya kecewa, Senator Taa.
Walaupun kilang baru kami membawakan banyak pekerjaan kepada rakyat awak,
mereka kelihatan terganggu dengan kehadiran kami.
Tidak.
Semua orang suka perkongsian ini.
Betul, Syndulla?
Saya akan sentiasa menyokong apa-apa saja yang membantu Ryloth.
Bagaimana dengan awak pula, jeneral?
Awak bersetuju dengan isteri awak?
Selepas bertahun-tahun berperang, kami perlukan keamanan.
Kemakmuran akan datang selepas keamanan.
Ini era baru untuk Ryloth.
Mari.
Semuanya okey, jeneral?
Saya patut berpuas hati yang peperangan ini dah tamat.
Namun, perubahan bukan selalunya mudah.
Saya harap rakyat saya dapat terima keamanan ini.
Ryloth dah selamat, Cham. Inilah yang awak perjuangkan.
Ya, betul.
Disebabkan Galaksi Empayar yang bermurah hati,
kilang baru kita akan menjadikan Ryloth stabil dan maju sekali lagi.
Sekarang masa untuk semua Twi'lek meletakkan jawatan tenteranya
dan menikmati kebebasan mereka.
Meletakkan jawatan?
Seluruh Galaksi akan berada di bawah satu pemerintahan.
Siapa yang akan pertahankan kita?
-Tentera klon Empayar -Mereka orang luar.
akan melindungi dan mempertahankan kita.
Kami nak Syndulla!
Cham, beritahu kami apa kami patut buat!
Kawan-kawan, saya faham yang kamu tak puas hati.
Dari dulu lagi, kita bersatu untuk mempertahankan Ryloth.
Apabila Perang Klon bermula dan Republik mula kalah,
kita bersendirian.
Namun apabila kita kalah dan musuh semakin menghampiri,
tentera klon datang membantu kita.
Kita takkan berada di sini hari ini jika bukan disebabkan mereka.
Mereka berjuang dengan kita.
Mereka berjuang untuk kita.
Mereka layak dihormati.
Saya percayakan mereka untuk melindungi kita seperti biasa.
Peperangan dah tamat.
Mari letakkan senjata kita dan tumpukan pada masa depan Ryloth.
Sayangnya anak awak tiada di sini untuk menyaksikannya.
Hera ada minat lain, laksamana.
Ada apa-apa yang mencurigakan?
Tidak, sama macam 20 saat lepas.
Biar saya tengok.
Entahlah, Chop. Biasa saja.
Ia cuma pusat perlombongan.
Saya terdengar ayah cakap yang ini cuma lokasi pertama.
Bagus. Boleh kita pergi?
Tidak, kita tak boleh pergi.
Pak Cik Gobi suruh kita tunggu dan kumpulkan maklumat.
Chopper?
Bukan tentera klon yang patut mempertahankan Ryloth.
Bagaimana Cham boleh menyokongnya?
Dia tahu yang rakyat dah letih berperang.
Kita tak boleh terus berperang seperti dulu.
Dengan menyerahkan senjata kita, dia buat kita tak berdaya.
Saya tak boleh terima.
Saya dah hubungi orang hubungan saya untuk dapatkan lebih banyak senjata.
Apa yang berlaku sekarang?
Maaf, jeneral. Kami jumpa mereka dalam kawasan larangan.
Kami cuma meneroka.
Betul cakap dia.
Saya tersepit, Cham.
Sebenarnya, keadaan agak tegang sekarang.
Saya takkan laporkan hal ini, tapi ia tak boleh berulang lagi.
Saya jamin yang ia takkan berulang lagi.
Terima kasih, Howzer.
Apa kamu buat di luar sana?
Saya dah beritahu ayah.
Beritahu ayah perkara sebenar, Hera.
Saya yang hantar dia.
Hera, Chopper, masuk ke dalam sekarang.
Ini tak adil. Kami tak buat salah.
Awak tak boleh ke Kilang Empayar, Hera.
Awak pun tahu.
Saya tak cakap pun yang kami ke kilang itu.
Saya pun ada cara sendiri untuk kumpulkan maklumat.
Sekarang, beritahu saya perkara yang awak nampak.
Beritahu saya semuanya.
Perbuatan itu tak boleh diterima!
Awak sedar apa yang akan berlaku jika ia dilaporkan?
Anak saya mengintip kilang Empayar?
Kenapa mengintip pula?
Apa yang mereka tak nak kita lihat?
Ini situasi yang sensitif.
Saya takkan benarkan awak melibatkan Hera.
Tentera klon sepatutnya tinggalkan Ryloth apabila perang tamat.
Saya takkan biarkan semakin ramai tentera klon datang.
Kita setuju untuk bubarkan kumpulan penentang kita apabila perang tamat.
Apa gunanya berperang jika kita tak boleh terima keamanan?
Kami dah lama berkawan, Cham.
Percayalah, Empayar ada muslihat.
Awak yang tak nak menerima hakikat itu.
Syndulla sangat bekerjasama walaupun awak kata sebaliknya.
Awak nampak reaksi orang ramai terhadap dia?
Masalahnya, orang ramai sukakan dia.
Gobi Glie ialah ancaman sebenar awak.
Glie ialah leftenan dia.
Pejuang Syndulla akan sentiasa setia padanya.
Mereka semua perlu diuruskan.
Kita semua ada peranan masing-masing, senator.
Lakukan tugas awak.
Kamu masih nak jadi juruterbang?
Setiap masa.
Saya boleh pergi jauh dari sini.
Ayah impikan Ryloth yang merdeka.
Ayah nak rakyat kita hidup bahagia di dunia yang aman.
Kita dah capai keamanan sekarang.
Orang ramai tak puas hati.
Hidup mereka, seperti kamu, sentiasa dilanda perang.
Namun sekarang, kita dapat hidup dengan aman.
Pak Cik Gobi tak fikir begitu.
Dia kata, keadaan semakin buruk.
Ayah tahu apa yang pak cik kamu fikir.
Kami nak perkara yang sama, tapi pendekatan kami berbeza.
Saya mampu berlawan seperti orang lain.
Gobi percayakan saya untuk lakukan tugas saya.
Kenapa ayah tak percayakan saya?
Kamu sangat bersemangat.
Kamu seperti ayah semasa ayah seusia kamu.
Namun, ayah nak kamu dapat lebih lagi, Hera.
Peperangan memberikan kesan yang buruk.
Ayah harap kamu tak perlu hidup macam ayah.
Seperti yang awak boleh lihat, kami di tahap awal.
Namun lombong doonium ini akan membina semula
bahagian galaksi yang terjejas oleh perang.
Kami diberitahu yang kilang ini bukan kilang kelengkapan tentera.
Namun, ada ramai tentera dan banyak senjata di sini.
Planet kamu terdedah kepada bahaya di bawah pemerintahan Republik.
Namun kini, tidak lagi.
Empayar berdedikasi untuk melindungi kepentingan Ryloth.
Maafkan saya. Saya perlu uruskan sesuatu.
Kamu boleh keluar sendiri.
Rampart lebih mementingkan kepentingannya sendiri daripada kepentingan rakyat kita.
Awak seolah-olah bercakap seperti Gobi.
Jangan lupa perkara yang kita cuba capai.
Adakah berbaloi harga yang perlu dibayar untuk mencapainya?
Bagaimana kita nak percayakan Empayar sedangkan mereka berahsia dengan kita?
Kita perlu cuba percayakan mereka demi Ryloth.
Jika tiada sesiapa boleh terima keamanan yang dibawa Empayar,
apa kita nak buat selepas itu?
No comments yet. Be the first to leave one.