For All Mankind

For All Mankind

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

S01E06 - ATVP WEB-DL - ION10 / METCON
A Commentary by bontoutou
Official Subtitle - Works with all WEBRip and WEB-DL from Apple TV - METCON / ION10 / ELiMiNATE

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2019-11-22
Downloads: 38
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

APOLLO 23 24 OGOS 1974

Tuan-tuan, saya harap saya tak mengganggu.

Oh, lihatlah, awak semua.

Gene Kranz, pengarah baru Pusat Angkasa Lepas Johnson,

sudi melawat pekerja biasa seperti kami.

Saya mahu singgah sebentar dan ucapkan selamat jalan.

Lagipun, saya sendiri mahu ucapkan tahniah

kerana menjadi komander akhirnya, Mike. Awak memang berhak.

Saya hargainya, Gene.

Hei, awak beritahu Neil yang saya jamin

kami akan mendarat dengan lebih baik daripada dia dan Buzz.

Saya rasa semua orang mendarat lebih baik daripada dia dan Buzz.

Tuan-tuan, selamat jalan.

Houston, ini ialah Bilik Kawalan Pelancaran Cape Kennedy.

Kita menghampiri T-minus satu jam sepuluh minit dan ditangguhkan.

Jadual ditangguhkan untuk penyerahan penerbangan.

Baik, Kennedy. Ditangguhkan pada satu jam sepuluh minit untuk penyerahan.

CAPCOM, angkasawan kita di talian?

Ya, Deke.

Pangkalan Jamestown, ini ialah Houston. Menyambungkan awak ke radio komunikasi.

Awak dengar?

Houston, ini ialah Pangkalan Jamestown. Kami dengar.

Jangan cuba meraikannya tanpa kami.

Kami takkan buat begitu, Ed.

Pentadbir Weisner mahu memberi ucapan sekarang.

Harry akan memberi ucapan? Ini akan ambil masa yang lama.

Saya akan ringkaskannya, Gordo. Saya tahu awak boleh beri tumpuan sebentar saja.

Ini hari yang bersejarah.

Hari yang penting bagi negara kita.

Hari yang ramai orang kata takkan tiba.

Tapi ia juga hari yang penting di NASA.

Kita patut mengiktirafnya sebagai hari penting

di dalam catatan tahunan program kita.

Kerana hari ini

seorang wanita menjadi salah seorang pengarah penerbangan untuk kali pertama.

Dia mendapat tempatnya di meja ini

melalui dedikasi dan komitmennya yang tinggi kepada program ini.

Dengan pengetahuan teknikal dan profesionalnya yang tinggi.

Tapi yang paling penting, dengan kepimpinan yang dia tunjukkan

semasa penubuhan Pangkalan Jamestown.

Keupayaan dia tak dapat dipersoalkan lagi.

Peribadi dan integritinya adalah yang terbaik.

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, bagi pihak Presiden Kennedy,

satu penghormatan bagi saya untuk memperkenalkan

pengarah penerbangan Kumpulan Putih kita untuk pelancaran Apollo 23,

Irene Hendricks.

Terima kasih, semua.

Saya berjaya hanya kerana usaha orang sebelum saya.

Saya rasa bangga dapat mengetuai kumpulan profesional yang luar biasa ini.

Sekarang, kembali bekerja. Kita ada misi untuk dilancarkan.

Saya mahu perkembangan trajektori untuk berlepas.

Ayuh.

Irene, memandangkan awak yang berkuasa sekarang,

kami ada beberapa rungutan yang ingin disampaikan.

Seperti bilik mandi.

Dan makanan.

Dan mata gerudi ais panas yang rosak.

Dan makanan.

Lebih kurang 5,000 benda lain yang kami ingin serahkan kepada Apollo 23

apabila mereka tiba minggu depan.

Okey, awak semua. Pesanan diterima.

Saya dengan gembiranya akan dengar semua rungutan awak

sebaik saja kami lancarkan kapal ini ke bulan.

Kapal itu sepatutnya tiba di sini dua minggu yang lalu.

Hari pertama, dah ketinggalan, Irene.

Saya akan memfailkan rungutan awak ke tempat yang sepatutnya, Gordo.

- Charlie, putuskan transmisi video, okey? - Ya, puan.

Tapi sekarang kami meninggalkan liputan Apollo 23 di pengesahan mandatori

untuk kembali ke laporan khas kami.

Kita menghampiri saat terakhir

di dalam undian untuk meratifikasi Pindaan Hak Sama Rata di Senat Negeri Illinois,

dan jumlahnya hampir sama.

ERA SEKARANG

Pindaan Hak Sama Rata telah diisytiharkan sebagai keutamaan Presiden Ted Kennedy

dalam ucapan sulungnya,

dan dua tahun kebelakangan ini tiba-tiba menjadi sibuk

kerana pentadbirannya cuba menekan sepenuhnya

badan perundangan di seluruh negara.

Sehingga hari ini, 36 negeri telah meratifikasikan pindaan itu,

hanya kekurangan sebuah negeri saja.

Penyokong telah berputus asa dengan negeri Illinois

sehinggalah Gabenor Republik Ogilvie, dalam perkembangan yang mengejutkan

menunjukkan sokongannya terhadap pindaan pada awal tahun lepas...

Ya, saya dah kata!

yang telah mencipta sesuatu yang bersifat politik...

Tunggu sebentar.

Saya mendapat laporan yang undian terakhir sedang dilakukan sekarang.

Dan undiannya...

ialah ya.

Saya rasa penggerak sudah rosak.

Hanya beberapa minit untuk kita menggantikannya

dan kita boleh keluar dari menara.

Saya tiada tempat untuk dituju.

Ia mesin yang cantik.

Dalam tangan saya ada kru utama Apollo 24.

Kenapa saya rasa ada sebab awak membiarkan saya rasa saspens?

Tak tahu apa yang awak katakan.

Angkasawan-angkasawan itu ialah, mengikut susunan kekananan...

Ellen Waverly, komander misi,

Harrison Liu, dan...

Deke Slayton.

Apa?

Tolonglah, Deke. Apa yang awak buat?

Kelulusan perubatan saya untuk penerbangan. Sangat memuaskan.

Awak ada masalah jantung sejak Mercury. Semua orang tahu.

Yang telah disahkan secara rasmi oleh doktor sebagai bukan risiko penerbangan.

Seperti yang dibuktikan di dalam dokumen yang awak pegang.

Presiden takkan sukakannya.

Dia akan ingat yang ini ialah daya penarik publisiti.

Dia boleh berbincang dengan doktor penerbangan jika dia tak suka.

Sebagai ketua pejabat angkasawan,

saya menugaskan Deke Slayton menjadi kru utama Apollo 24.

Bagi saya, itu muktamad.

Aduhai.

Saya tahu ini sukar untuk didengari.

Kelakuan seperti ini tak boleh diterima.

Saya akan pastikan kedua-duanya akan dihukum dengan teruk.

Saya tak risau tentang hukuman mereka.

Saya lebih berminat untuk ketahui punca emosi

bagi kelakuan antisosial seperti ini.

Antisosial?

Mereka bukan psikopat.

Mereka meletupkan tandas dengan mercun.

Ia satu gurauan dan mereka akan dihukum.

Saya rasa kita perlu siasat

jika ada masalah di rumah yang menjadi puncanya.

Saya ingin melibatkan Pn. Stevens dalam perbincangan ini,

memandangkan anak dia terlibat.

Pn. Stevens tak dapat sertai disebabkan kerjanya.

Ya, dia seorang angkasawan. Saya tahu.

Begitu juga suaminya

dan suami saya yang kedua-duanya berada di bulan sekarang ini.

Saya tahu, Pn. Baldwin.

Saya hanya dapat bayangkan tekanan yang dihadapi oleh kedua-dua keluarga.

Kami boleh hadapinya.

Terima kasih kerana beritahu saya.

Saya pasti akan uruskannya.

- Jadi... - Terima kasih.

Terima kasih kerana datang, Pn. Baldwin.

Awak berdua jangan bercakap sehingga kita tiba di rumah.

Kemudian kita akan bincangkan hukuman yang sesuai

kerana merosakkan harta sekolah.

Marilah.

- Ya, puan. - Ya, puan.

Saya harap dapat lihat wajah ayah saya hari ini.

Majlis Kesyukuran yang lalu, kami bergaduh besar

sama ada ERA bermaksud kita semua harus berkongsi tandas yang sama.

Ia akan jadi lebih bersih.

John Stennis akan perjuangkan "wanita dalam pertempuran"

di Jawatankuasa Angkatan Tentera, awak lihatlah nanti.

Dia mungkin ahli Demokrat tapi dia masih dari Mississippi.

Mississippi, California, apa saja.

Tak mungkin rakyat Amerika mahu anak perempuan mereka berperang, percayalah.

Sama juga dengan wanita di angkasa dahulu.

Hanya tunggu masanya.

Ia Pindaan Hak Sama Rata, Pam, bukan Pindaan Hak Homoseksual.

Awak berdua boleh bersikap sinis tapi perubahan akan berlaku.

Penggerak telah ditukar dan ujian telah selesai.

Kami dah selesai dan akan keluar dari menara.

Saya akan pastikan apabila kami tiba di LCC.

Saya rasa lapar.

Mereka masih ada burger keju dua lapisan...

FIDO, ada perkembangan dengan angin pelancaran?

Ya, Pengarah. Baru saja terima data dari Cape.

- Kita dalam parameter pelancaran. - Lihat data dengan baik.

Dalam pelancaran sebelum ini, kita hampir melebihi had sudut serangan.

Ya Tuhanku.

- Tidak. - Saya tak pasti. Saya juga baru lihatnya.

Kunci pintu.

PULANG SEMULA

DEMI UMAT MANUSIA

Sudah enam puluh hari berlalu

sejak letupan Apollo 23 yang mengejutkan

di landas pelancaran di Cape Kennedy.

Kematian tragik 12 kakitangan di lapangan

yang terperangkap di menara ketika ia meletup,

termasuklah Gene Kranz, pengarah Pusat Angkasa Lepas Johnson yang baru dilantik,

menimbulkan suasana tak menyenangkan kepada seluruh program dan negara.

Tiga angkasawan yang ditarik dari roket yang meletup itu

melalui menara pelepasan tempat pelancaran kecemasan

masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami

apabila modul perintah mereka yang rosak mendarat di pantai dan bukan di laut.

Sementara itu, tiga angkasawan yang terkandas di Pangkalan Jamestown

terus melakukan eksperimen dan membuat kerja penyelenggaraan

di kediaman manusia Amerika yang pertama di bulan.

Angkasawan Baldwin, Stevens dan Poole menerima bekalan tambahan

dengan roket Titan tanpa manusia sementara mereka menunggu lembaga siasatan NASA

untuk mengenal pasti punca letupan Saturn V.

Tapi tiada kru pengganti bagi angkasawan itu

sehingga lembaga mengesahkan semua roket Saturn bersedia untuk terbang semula.

FBI masih bimbang dengan kemungkinan

yang pekerja KGB mungkin telah mensabotaj Apollo 23

sebagai cara untuk melambatkan kerja di Pangkalan Jamestown.

Dengan itu, kami ingin mula menemu bual

beberapa kakitangan sokongan awak di JSC

dan di kemudahan NASA di Cape Kennedy, JPL dan seluruh negara.

- Saya faham. - Saya tak faham.

Saya menghormatinya tapi kenapa FBI masih menyiasat benda mengarut ini?

Kami tahu puncanya. Ia bukan disebabkan oleh ejen rahsia Rusia.

Awak ingat awak tahu puncanya.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left