The first 197 lines.
Sub bY iQIYI
Saya dah cakap semua pengakhiran adalah sama.
Tapi awak cakap ada pengakhiran yang berbeza.
Saya nak percaya yang ia benar.
Saya tak pernah jadi seberani ini dalam hidup saya.
Maksud saya...
Saya suka awak, Cik Woo Do-hee.
Awak okey?
Ya, cuma luka sikit saja.
Awak nak
makan malam dengan saya?
Mereka naik ke atas?
Ya. "Ikut saya ke atas."
Itu yang selalu kita cakap semasa bergaduh.
Kenapa lama sangat?
Macam mana kalau sesuatu berlaku?
- Apa kata kita naik atas? - Jom.
- Hei. - Apa?
- Awak boleh ikut kami. - Betul.
Biarkan saja mereka.
- Duduk. - Okey.
Tak guna.
Saya rasa kita patut naik.
Awak tak nak rasa?
- Entahlah. - Biar saya ubah soalan saya.
Awak nak ini?
Entahlah.
Jawapan awak tak jelas.
Sebab saya sendiri tak pasti.
Apa masalahnya? Sekurang-kurangnya, jelaskan kepada saya.
Eun-seo.
[Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.]
[Tolong periksa nombor itu dan telefon sekali lagi.]
[Semua akan berakhir dengan cara yang sama.]
Sama ada awak yang pergi atau ditinggalkan.
Kalau itulah pengakhirannya, saya takkan mulakan.
Saya tak rasa hubungan kita akan berakhir dengan baik.
Kenapa awak buat kesimpulan begitu sebelum kita mencuba?
Sebab tiada rahsia antara kita.
Awak tahu tentang masa silam saya yang memalukan.
Awak nampak saya semasa saya dalam kesusahan.
Tapi kehidupan sebenar tak sama. Awak pasti tahu tentang itu.
Kita juga dalam dunia sebenar. Awak fikir kita dalam realiti maya?
Apa pun, jawapan saya tetap tidak.
Okey.
Kenapa awak cepat sangat mengalah?
Saya bukannya mengalah. Saya cuma faham jawapan awak.
Awak menolak untuk mencuba,
tapi saya dapat lihat yang awak tak menolak saya.
Aduhai, kenapa awak buat andaian sendiri?
Itu daripada pemerhatian saya.
Awak nak berlagak yang awak seorang ahli psikiatri?
Kenapa saya tak nampak selama ini?
- Saya doktor yang berkebolehan. - Saya tahu.
Jadi awak patut terima saya.
Apa? Kenapa saya nak terima awak?
Tak nak.
Terima saya dalam rancangan awak.
Awak merayu kepada saya sebelum ini. Awak tak perlukan saya lagi?
Ada ramai pakar psikiatri di Korea.
Ya. Tapi hanya ada seorang saja Kim Hae-kyong.
Saya selalu tertanya-tanya
macam mana awak boleh begitu yakin dengan diri sendiri.
Taklah, saya tak yakin. Saya cuba nak menempel dengan awak.
Jadi saya akan ada peluang untuk berada di sisi awak
sehingga awak setuju.
Sekejap.
Biar saya lihat.
Dah siap.
Beruang?
Aneh betul cita rasa awak.
Tolong hormati cita rasa saya.
Tukarlah yang baru kalau dah tanggal atau basah.
Mari minum.
Apa patut saya buat?
[Biar saya tunjukkan betapa teruknya baran saya hari ini.]
[- Saya akan cabut semua rambut awak. - Hei, rambut saya.]
[- Oh, Tuhan. Hei. - Sakitnya.]
[- Saya minta maaf. - Hei!]
[Saya akan cepat sembuh supaya saya boleh kembali semula!]
[Saya akan cepat sembuh supaya saya boleh kembali semula!]
[- Semoga cepat sembuh, No-eul. - Cantiknya.]
[- Macam mana dengan rancangan awak? - Boleh jelaskan skandal awak?]
[Bukan dia yang pinjam, kenapa dia nak jelaskannya?]
[Saya akan cepat sembuh supaya saya boleh kembali semula!]
Dah lama saya nak tanya mak cik.
Kenapa mak cik benci saya?
Saya tahu awak akan tinggalkan Hae-kyong.
Awak sama macam saya.
Kalau begitu, mak cik pasti lebih faham, bukan?
Kenapa saya nak faham awak?
Saya cuma fikir tentang diri saya saja. Awak pun sama.
Boleh awak pergi sekarang?
Baiklah, saya balik dulu.
["Kisah Pejuang Kanser", "7 Kebiasaan Pejuang Kanser"]
Doktor dah sampai.
Hai.
Kenapa doktor beri saya kopi? Tak sangka betul.
Nah.
Aduhai, kenapa manis sangat?
Kenapa beli kopi manis? Selalunya tak macam ini.
Saya perlukan kelulusan doktor.
Saya sedang cakap dengan siapa?
Doktor Kim!
Doktor tunggu panggilan dia?
Siapa?
Wanita yang makan samgyeopsal dengan doktor.
Selalunya doktor akan marah saya.
Betul tekaan saya.
Betulkah doktor bercinta dengan dia?
Aduhai, budak ini. Sudahlah.
Kosongkan jadual saya untuk janji temu tetap.
Janji temu? Janji temu apa?
Saya mungkin dapat tawaran.
Apa? Doktor mungkin dapat tawaran?
Apa semua ini?
Aduhai.
Saya boleh masuk, bukan?
Sudah tentulah.
Kenapa awak datang ke sini?
Saya rasa mak awak sakit.
Awak jumpa Cik Lee Mun-jeong?
Saya terserempak dengan dia.
Sekurang-kurangnya, telefonlah dia. Saya cuma nak beritahu itu saja.
Selamat tinggal.
Masuklah.
- Hai. - Hai.
Aduhai, busuknya.
Dia dah sampai.
- Apa? Hei. Penerbit Woo. - Penerbit Woo rupanya.
Kenapa? Saya ada buat salahkah?
- Siapa menang semalam? - Menang apa?
Awak bergaduh dengan Doktor Kim semalam.
Tentang itu?
Okey.
Penerbit Woo.
- Penerbit Woo! - Penerbit Woo, siapa yang menang?
Tak guna.
Saya rasa dia kalah.
- Tak mungkin. - Ya.
Saya suruh awak berehat di rumah. Tapi awak datang juga.
Ada banyak kerjalah.
Tapi selepas itu, awak bergaduh dengan Doktor Kim pula.
Apa yang berlaku?
Sebenarnya
dia nak sertai rancangan itu.
Dia sendiri tawarkan dirinya.
Dalam rancangan awak? Yakah?
Ya.
Awak sedang buat rancangan untuk bekas kekasihkah?
Rancangan untuk bekas kekasih?
Menyeronokkan juga.
Sudahlah, Ah-yeong.
Jadi apa yang awak nak buat?
Entahlah.
Jadi siapa yang tahu apa yang patut dibuat?
Saya tak tahu. Tak kisahlah!
Berani awak menjerit kepada saya?
Ini arahan CEO awak.
Saya akan bunuh awak kalau awak rosakkannya sebab hubungan peribadi awak.
Sebagai kawan awak,
saya akan bunuh awak kalau awak tercedera lagi semasa kerja.
Nampaknya saya tetap akan mati dalam kedua-dua keadaan.
Fikir betul-betul yang mana kurang
melukakan awak kalau awak nak hidup.
Ah-yeong.
Apa?
Kutlet khinzir untuk makan tengah hari?
Saya setuju.
Awak dah sedia?
Saya dah sedia.
Kalau begitu, mula.
Mula.
Nah.
Saya nak cepat, jadi...
Awak nak teruskan?
Sedapnya.
Awak pesan kutlet biasa untuk saya, tapi awak punya yang berkeju.
Awak tahu saya suka kutlet daging khinzir keju.
Saya nak kutlet khinzir.
Saya janji kita akan makan makanan yang lebih sedap lain kali.
- Okey. - Saya maksudkannya.
Okey.
Dua kutlet daging khinzir.
Dulu saya tak boleh pesan hidangan ini sebab harganya lebih mahal.
Itu kisah yang menyedihkan.
Awak nak lagi?
- Mak cik. - Tak apa.
Saya cuma beritahu awak bagaimana keadaan ketika itu.
Perut awak dah kenyang?
Dah.
Macam mana dengan awak?
Awak memang wanita gila dari Ssangmun-dong.
Sudah tentulah.
Helo, Ah-yeong.
Saya pergi dulu.
Tunggu.
No comments yet. Be the first to leave one.