The first 200 lines.
Hei. Mengapa?
Lola, jangan.
Diam. Lola, Lola!
Diam!
Sabar. Ini, sayang. Ini.
Lola, mengapa awak...
Pusat Kanser Arendale
- Selamat pagi, Suzanne. - Selamat pagi.
Kim, lihatlah. Awak nampak hebat.
- Saya nak bersiap dahulu, okey? - Baik.
Saya tak akan lama.
- Tarik nafas dalam. - Baik.
Tarik dalam-dalam.
Biar ia mengisi perut, kemudian masuk ke dalam hidung.
Tahan.
Tahan.
Hembuskan.
- Rasa seperti hampir khayal tadi, bukan? - Ya.
Hai, Suzanne. Saya dah lewat.
Saya perlu pergi ke Newport Beach.
Saya nak ke kediaman Birkhofer.
Kathy Birkhofer klien saya.
- Nama awak? - Beatriz Luna.
Terima kasih.
Hai.
Terima kasih kerana datang waktu sibuk.
- Teruk sangatkah? - Ya, sebab itu saya sedikit lewat.
Maaflah. Trafik betul-betul teruk tadi.
Tak mengapa.
Saya perlu siap pukul enam petang sebelum saya bersolek.
Saya terlupa. Awak ada parti malam nanti.
Seronoknya.
Cuma parti makan malam. Tak ramai orang pun...
...tapi saya sangat lega awak dapat datang.
Tara sukakan kehidupan kolej. Ramai watak-watak menarik.
Daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Pelbagai bangsa dari serata dunia.
Teman biliknya seorang gadis berbangsa Yahudi dari New York.
Dia betul-betul seronok di sana.
Baguslah begitu. Saya perlu hubungi dia.
Saya rindukan Tara.
Saya cuma rasa lega kerana saya cuma kenal tempat-tempat di Ohio...
...dan saya tak faham mengapa dia nak tinggalkan tempat ini...
...dan habiskan empat tahun kehidupannya di Ohio.
Awak pula bagaimana, Beatriz?
Biasa-biasa saja.
Apa? Biasa-biasa saja? Awak ada masalah?
Kambing peliharaan saya.
Jiran saya mengadu tentang kambing peliharaan saya.
Jiran saya itu seperti dah hilang akal.
Dia tak henti-henti minum dan sentiasa marah.
Dia datang ke rumah saya pada pukul 11 malam...
...dan dia kata orang akan datang ambil kambing-kambing saya.
Siapa?
Pihak majlis bandar.
Kerana mereka anggap kambing haiwan pengganggu.
- Tempat saya bukan zon kambing. - Benar.
Kambing-kambing saya lari bertemu saya apabila saya pulang.
Semua gembira melihat saya. Banyak mengembek.
Saya bawa kambing-kambing saya ke dalam rumah...
...dan saya buatkan kandang kecil dalam bilik tidur saya.
Tapi Sabtu lepas, saya lepaskan dan Hercules suka gali lubang dekat rumah.
Tapi Jeronimo...
Beatriz?
Aduhai.
Apa terjadi?
Dia bunuh kambing saya.
Apa?
Siapa? Jiran awak?
Saya pulang dari berjalan dan Jeronimo dah mati di laman saya.
Lehernya dipatahkan.
Awak serius?
Saya dapat rasakan deritanya.
Walaupun Jeronimo dah mati...
...saya tetap dapat rasakan deritanya.
Saya dah jaga Jeronimo sejak kecil lagi.
Personaliti Jeronimo sangat ceria.
Maafkan saya.
Saya tak berniat nak buat awak runsing sebelum parti awak bermula.
Saya akan bakar sedikit sej.
Tak perlu. Tak mengapa, Beatriz.
Kasihan sungguh.
Mengapa?
Kereta saya tiba-tiba rosak.
Aduhai. Awak sudah hubungi AAA?
Tak. Saya ada hubungi kawan. Dia tahu cara nak membaiki kereta.
Dia dah hampir selesai kerja dan selepas itu dia akan datang untuk bantu saya.
- Dia pernah baiki kereta saya. - Dari Altadena?
Dia tak kisah. Kami kawan rapat.
Begitu. Tapi bila agaknya dia akan sampai?
Dia perlu siapkan kerja dahulu dan mungkin jalan masih sesak.
Kalau begitu, awak boleh makan malam bersama kami.
Kami cuma akan bincang tentang hal kerja.
- Tak mengapa. - Biar saya bincang dengan Grant.
Tak perlu. Saya boleh tunggu di mana-mana saja.
Jangan cakap begitu. Tak akan ada masalah.
Saya boleh tunggu dalam kereta kalau awak mahu.
Jangan mengarut, Beatriz.
Saya ada buku yang saya boleh baca.
Biar saya cakap dengan Grant dahulu. Dia pasti setuju.
- Semuanya nampak menakjubkan. - Terima kasih.
Dia perlu pergi ke klinik pagi esok.
Dia tak mahu tinggalkan keretanya di sini.
Grant, saya dah tak ada masa. Saya perlu bersiap.
Doug Strutt akan datang. Ia berkaitan kerja, Kathy.
- Masalah besarkah itu? - Dah tentu.
Saya dah kata dia boleh makan malam di sini.
Awak nak saya buat apa?
Nak saya suruh dia makan dalam bilik TV seorang diri?
Ya.
- Betul? - Apa salahnya?
Saya tak nak buat begitu. Dia bukannya pembantu rumah.
Dia kawan keluarga kita.
- Yakah? - Grant, dia dah banyak bantu Tara.
Dia dah alami minggu yang teruk.
Jiran dia mencekik kambing peliharaan dia.
- Baiklah. - Cuma tambah seorang saja lagi.
- Apa salahnya? Dia orang baik. - Saya dah kata boleh.
- Saya perlu bersiap. - Jadi pergilah bersiap.
- Hai. - Hai.
Beatriz?
Semuanya okey, Beatriz. Kami nak awak makan malam di sini.
Awak okey dengan pakaian awak?
Apa pendapat awak?
Mungkin saya ada sweater atau blaus. Mungkin Tara ada pakaian sesuai.
Tapi begini pun sudah memadai. Saya dah lewat sekarang.
- Awak dah bawa champagne? - Ya.
Nak tinggalkan kunci kalau-kalau mereka nak alihkan kereta?
Saya tinggalkan atas kerusi saja. Memang selamat, bukan?
Sayang, kita lalu tiga pos pengawal tadi.
Susah sungguh berjalan atas batu ini.
Hai. Sila masuk.
- Helo. - Selamat datang.
Terima kasih.
Kathy dan Grant akan turun sebentar lagi.
- Ini untuk mereka. - Okey.
Untuk semua orang. Untuk kami.
Baik. Saya akan maklumkan nanti.
Boleh saya sediakan minuman untuk awak berdua?
Saya nak soda Vodka bersama sedikit jus kranberi.
Baik. Ada pilihan Vodka sendiri?
Stoli, Grey Goose. Apa saja yang awak ada.
Kami ada kedua-duanya.
Grey Goose.
- Jack Daniels dan Coke. - Jack Daniels dan Coke. Baik.
- Hei. - Apa?
Saya baru sedar.
Apa?
- Kita akan jadi kaya. - Senyaplah!
Betul. Kita akan jadi kaya.
- Betulkah? - Ya.
Pendapatan saya lebih tinggi daripada awak nanti.
- Bagaimana? - Kita lihat nanti.
Awak pasangan saya malam ini atau saya pasangan awak?
Okey, saya pasangan awak.
Itulah yang saya fikir.
Tentu awak sangat tertarik dengan saya sekarang.
Lebih kurang.
- Sedikit? - Sedikit.
Cuma jangan tinggalkan saya dengan isteri dia sepanjang malam, okey?
- Awak janji? - Ada orang di sana.
- Hai. Saya Beatriz. - Hai.
Hai, saya... Hai!
- Saya Shannon. Ini Alex. - Hai.
Hai.
Shannon, Alex. Okey.
Awak dari mana?
Dari Vryden?
- Tidak. - Tidak?
Bagaimana awak kenal Kathy dan Grant?
Saya kenal mereka melalui Tara.
Saya seorang pakar terapi kesihatan. Saya mengurut, terapi bunyi...
- ...reiki, tai chi, nutrisi. - Begitu.
Awak seorang pakar pemakanan?
Alex ada batu karang.
Ya. Rupanya kristal terbentuk dalam air kencing saya.
Yang sebenarnya tidaklah begitu luar biasa. Betul, sayang?
Aduhai, kasihan sungguh.
Ya, menyakitkan. Tak menyeronokkan.
Saya sangka dia nak mati. Saya tak tahu apa berlaku waktu itu.
Dia jatuh ke atas lantai. Saya panggil anak-anak.
Entah apa saya fikirkan waktu itu.
Agaknya saya cuma nak mereka ucap selamat tinggal kepada bapa mereka.
Ya, mereka benar-benar takut.
Dia terbaring atas lantai sambil menjerit-jerit. Saya panik.
Anak-anak langsung tak tahu apa sedang berlaku.
Sangat teruk.
- Grey Goose, sedikit jus kranberi. - Terima kasih.
Jack Daniels dan Coke.
Boleh saya siapkan apa-apa untuk awak?
Air saja.
Awak pasti?
- Ada wain? - Sudah tentu. Merah atau putih?
Mungkin sedikit wain putih.
- Baik. Wain putih. - Terima kasih.
Awak tak patut minum jika ada batu karang.
Saya tahu, tapi malam ini...
Awak boleh minum apa saja awak nak malam ini, okey?
Alex sebab utama kami adakan parti makan malam ini.
Dia berjaya yakinkan penggubal undang-undang meluluskan projek.
No comments yet. Be the first to leave one.