Peacemaker

Peacemaker

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Peacemaker 2022 S01E04 1080p WEB H264-CAKES
A Commentary by ShasyaLala
HBO Retail.

Tags

web
1080
Published on: 2022-01-20
Downloads: 61
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Jadi selepas Butterfly itu terbang daripada kepala Goff...

apa yang terjadi kepadanya?

Saya menembaknya. Ia berkecai.

Lebih baik kalau kita menangkapnya...

tapi baguslah ia tak terlepas.

Saya tak pasti saya boleh berjalan lagi atau tidak.

Kenapa?

Lelaki tak guna itu potong...

separuh daripada jari kaki kelengkeng saya.

Jari kaki yang terpenting.

- Itu tak betul. - Betul.

Awak tak boleh berjalan tanpanya!

Awak boleh berjalan dengan elok tanpa jari kelengkeng.

Awak akan kerap terjatuh dan kelihatan dungu.

Semua orang akan ketawakan awak.

Siapa yang akan ketawakan awak terjatuh...

sebab awak tiada jari kaki?

Saya cuma membayangkannya. Maafkan saya.

Awak tak boleh berjalan kalau tulang metatarsus awak tiada.

Ia adalah buku jari kaki kelengkeng.

Tapi kalau jari kelengkeng saja yang hilang, tiada masalah.

Apa yang kita nak buat dengan dia?

- Tidak! - Jangan!

Bab Empat Penakut yang Jarang Wujud

- Awak boleh memandu sekarang? - Ya.

Harcourt dan Adebayo, periksa kotak-kotak dari rumah Goff.

Lihat kalau ada sebarang maklumat untuk kita jejaki Butterfly lain.

Saya? Kenapa bukan John?

Dia perlu pastikan Judomaster hidup.

Peacemaker, masuk ke pejabat saya.

- Awak pasti awak fokus? - Apa?

- Awak tergamam malam tadi. - Awak berguraukah?

Mungkin itu takkan terjadi...

kalau awak letak merpati keamanan di senapang itu!

Salah satu perkara terpenting bagi saya untuk membunuh...

adalah merpati keamanan di senjata.

Itu mengarut, awak pun tahu.

Awak juga suruh saya bunuh kanak-kanak.

Awak tak beritahu kenapa.

Baiklah, seorang itu hodoh.

Tapi bukannya jadi lebih baik, ia buat keadaan jadi lebih teruk...

sebab kemudian saya rasa bersalah.

Ya, saya terlalu mendesak awak dalam hal itu.

Saya berikrar untuk mengekalkan keamanan walau apa pun...

tak kira berapa ramai yang saya perlu bunuh untuk mendapatkannya.

Tapi saya takkan bunuh kanak-kanak hanya sebab awak suruh.

Awak pasti itu saja masalahnya?

- Ya. - Bagus.

Sebab sekarang, dunia ini perlukan seorang lelaki tak guna...

dan hanya awak seorang saja yang saya ada.

Rasanya dia juga sekarang.

Aduh, sakitnya bila berjalan.

- Awak pasti tentang itu? - Ya.

Kenapa?

Vigilante agak...

Awak rasa saya tak perasan?

Ya, betul.

Sejak saya bekerja bersama Matter-Eater Lad dulu...

saya dah tak pasti apa yang normal.

Awak kena perhatikan Vigilante.

Kalau dia buka mulut, semuanya akan terjejas.

Saya pernah nampak dia makan seluruh Restoran Wendy.

Vigilante makan sebuah restoran?

Tak. Matter-Eater Lad. Itu kuasa dia.

Dia boleh makan apa saja.

Rasanya restoran itu lewat sediakan kentang untuknya.

Lelaki itu gila.

- Nama dia Matter-Eater Lad? - Ya, lantaklah.

Kenapa awak sangat berminat dengannya?

Bukan masanya untuk hilang tumpuan, Murn.

Okey.

Hei, adakah Butterfly seperti serangga makhluk asing...

yang merangkak masuk ke dalam otak manusia...

dan mengawal mereka?

Berehatlah. Datang semula malam nanti.

Kami akan terangkan kesemuanya.

Okey.

Dengar, maafkan saya sekali lagi tentang malam tadi.

Saya tak pernah bunuh sesiapa sebelum ini.

Awak dah cakap.

Saya tak pernah tembak sesiapa.

Saya tak pernah tembak ke arah sesiapa.

Saya seorang pescatarian .

Awak tak kisah buat...

detik-detik terakhir kehidupan lelaki itu...

penuh dengan penyeksaan sebab awak terlalu takut...

untuk membunuhnya, tapi awak tak makan ikan?

- Faham. - Saya makan ikan.

Pescatarian yang tak makan daging khinzir atau lembu...

Saya tak peduli, Adebayo.

Kebenarannya adalah kalau awak nak buat kerja ini...

awak tak boleh tergamam walau sekali pun.

Awak kena buat keputusan yang sukar bila perlu.

Saya perlu ke tandas.

Hei, awak nak simpan dia di sini saja?

Apa lagi kita perlu buat dengannya?

Entahlah, hospital?

Supaya dia boleh melaporkan kita?

Oh Tuhan, banyaknya rahsia.

Ya, operasi sulit memang begini.

Satu lagi, jangan risau tentang Harcourt.

Dia tak suka sesiapa.

Ya, rasanya saya perlu buktikan kepada dia dan Murn...

yang saya layak berada di sini.

Kalau begitu, saya layak berada di sini.

Belasah dia.

Jangan main-main dengan John Economos, tak guna.

Hei, singgah sekejap di rumah ayah saya sebelum balik.

Dia ada helmet yang saya rasa boleh digunakan.

Sebenarnya, saya nak ucapkan terima kasih kepada awak...

kerana membiarkan saya diseksa malam tadi.

Sama-sama?

Saya agak bengang pada mulanya.

Awak seperti tak peduli yang saya dalam kesakitan.

- Okey. - Ya, kemudian saya sedar...

awak hanya menyokong dan membantu saya...

untuk menjadi diri saya yang terbaik.

Seseorang yang tak berikan maklumat...

sambil direjang elektrik dan jari kakinya dipotong.

Awak berjalan dengan baik.

Saya mungkin takkan dapat berjalan dengan sempurna lagi...

tapi ia berbaloi...

kerana menjadi manusia yang lebih berevolusi.

Jadi terima kasih.

Saya tak pernah ada kawan macam awak.

- Apa? - Saya cuma rasa...

awak agak marah sebenarnya.

- Saya tak marah. - Nampak macam awak marah.

Saya tak marah langsung, kawan.

Okey, cara awak cakap "kawan" itu.

- Apa? - Nampak tak ikhlas.

- Cara saya cakap macam biasa. - Awak tahu sesuatu?

Sepatutnya awak bersyukur sebab awak pasti rasa bersalah...

kalau saya beri maklumat kepada lelaki itu...

sebab awak terlalu lembik untuk tahan diseksa.

Ya, saya pasti akan "rasa bersalah".

Tengok. Itu adalah kemarahan.

Tak, bukan marah. Itu normal. Saya bersetuju dengan awak.

Kenapa ayah awak mengibarkan...

bendera Amerika secara terbalik di laman rumahnya?

Entahlah, ia berkaitan dengan "Pemerintah Sulit".

Atau ayah awak bersifat perkauman.

Ya? Ayah awak tinggalkan ibu awak sebab lelaki lain.

- Hei. - Betul.

Ya. Mereka mencintai satu sama lain.

Saya meraguinya.

Saya rasa dia hanya berpura-pura menjadi homoseksual...

untuk menjauhkan diri daripada awak.

Okey, mungkin juga.

Tapi apa kaitannya dengan semua ini?

Entahlah. Ingatkan kita sedang berbual tentang ayah kita.

Tunggu di sini, saya akan kembali.

Lantaklah.

Hei, awak rupanya.

Ini adalah KWUE, berita tengah hari anda.

Berlaku kekecohan di Zoo Evergreen pada pagi ini...

selepas penjaga zoo melaporkan kehilangan Charlie...

seekor gorila silverback.

Zoo itu telah ditutup...

dan pasukan forensik sedang memeriksa seluruh kawasan.

Wakil zoo memaklumkan bahawa mereka tak tahu...

macam mana gorila itu dicuri.

- Ada beberapa cela di perisai itu. - Apa?

Itu kostum White Dragon ayah awak, bukan?

Ada beberapa titik lemah di pakaiannya.

Bukankah saya suruh awak tunggu di dalam kereta?

Semua siaran radio sedang memainkan iklan.

Macam mana tempat ini boleh jadi sebesar ini?

Ini adalah ruang penyimpanan perkembangan kuantum.

Ia menjadi nodul dimensi di luar ruang normal.

Pandai juga ayah awak...

bina tempat ini walaupun dia bersifat perkauman.

Kalau ayah awak bersifat perkauman dan awak bekerja dengannya...

Saya tak bekerja dengan dia!

Dia buatkan saya peralatan.

Kalau jalannya macam itik, itu saja saya boleh cakap.

Apa maksudnya?

Kalau ia berjalan macam itik, sama ada itu memang itik...

atau itik pakai kostum manusia.

Entahlah, dia tak boleh sorok gaya jalannya yang tersendiri.

Macam mana itu boleh jadi?

Apa yang boleh jadi?

Seekor itik pakai kostum manusia?

Saiznya jauh berbeza.

Saya tak tahu. Mungkin itik haiwan yang licik.

Saya rasa itulah maksud ungkapan itu.

Itu dan mereka ambil peduli pasal jari kelengkeng kawan baiknya!

Pergi dari sini. Awak tak layak berada si sini.

Jangan tolak saya.

Batman mempunyai rangkaian orang-orang jahat.

- Joker, Riddler, Mad Hatter. - Jadi?

Awak kata awak adiwira seperti Batman.

Awak ada rangkaian orang-orang jahat?

Tak, dia tiada.

Mungkin awak bukan adiwira pun.

Awak nak tahu kenapa saya tiada rangkaian orang-orang jahat?

Kenapa?

Rangkaian orang-orang jahat saya sudah mati.

Awak nampak? Batman tak bunuh orang.

- Sebab dia penakut. - Dia penyelamat di waktu malam!

More Malay subtitles for Peacemaker

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left