The first 200 lines.
Kisah ini bermula daripada kegelapan.
- Panca, ke mana awak nak bawa saya? - Sabarlah.
- Pancar, apa saya langgar tadi? - Sofa.
Sedia? Kejutan!
Di mana kita?
Ini rumah baru kita.
Yakah? Mana awak dapat duit?
Awak bukan lagi pemegang majoriti. Kenapa awak jual?
Jika saya tak jual, kita tak boleh beli rumah.
Jika mereka halau awak?
Jangan risau, saya masih pemilik yang sah.
Jom kita naik.
Naiklah dulu.
- Helo? - Panca!
Ca, perkara ini dah menimbulkan masalah.
- Saya rasa awak dah melampau. - Kenapa?
Semua pelabur kita nak halau awak keluar dari syarikat.
Saya cuba bela awak.
Saya cuba bantu awak.
Tapi awak dah melampau, Ca.
Saya pun keliru.
Apa maksud awak?
dan para pekerja patut dapat bayaran.
Tapi pelabur tak setuju.
Saya pun tak setuju.
Jadi?
Dokumen pemegang saham kita menyatakan
jika awak membawa mudarat kepada syarikat,
pemegang saham majoriti boleh rampas saham awak.
Maaf kerana semua yang berlaku.
Saya tulis begitu kerana ia tak adil untuk para pekerja.
Saya akan dihalau daripada syarikat yang kita tubuhkan?
Maaf, tapi ramai pelabur cakap awak terlalu idealistik.
Maaf, saya harap awak faham situasi saya.
Lagipun awak dah dapat duit daripada saham itu. Jangan risau!
Panca, bila awak nak naik?
Inilah permulaan kisahnya.
Daripada kegelapan.
Hidup saya yang tiba-tiba jadi gelap.
Pasaran yang membantu pekerja rencam mencari kerja.
Termasuk pekerja binaan dan tukang paip.
Inspirasinya ialah ayah saya,
pekerja binaan yang bersusah payah mencari kerja.
Tapi dia mampu tanggung pembelajaran saya.
Pengakhiran yang gembira? Tak juga.
Selepas saya dapat kerja,
ibu dan ayah meninggal dunia
dalam kemalangan.
Mujur saya ada Loli, jiran yang saya kenali sejak kecil.
Kenapa lelaki main anak patung?
Hei!
Jangan kacau Loli!
Awak tak takut kami?
Awak okey, Loli?
Sehingga dia jadi isteri saya.
Loli berikan saya keyakinan untuk menubuhkan syarikat.
Tahniah atas pencapaian kita!
SEJUTA PEKERJA RENCAM TELAH DIBANTU
Saya harap kita akan lebih berjaya!
Tapi semua usaha saya sia-sia saja.
Satria telefon saya, tapi saya tak tahu dia akan cakap begitu.
- Selepas itu? - Saya dipecat!
- Awak dipecat? - Semua ini salah saya.
Kalau saya tak tulis begitu, semua ini takkan berlaku.
- Kita takkan hidup susah! - Awak tak salah.
Ini salah Satria.
Apa akan berlaku kepada kita?
Kenapa awak panik? Siapa nak tenangkan saya?
Tapi awak suami saya dan awak patut tenangkan saya.
Kita kita panik, siapa nak tenangkan kita?
Bagaimana saya nak cari duit untuk bayar rumah ini?
- Kenapa saya tak fikir dulu? - Sudahlah.
Bertenang.
Saya faham. Awak masih boleh bekerja.
Awak masih nak bersama saya? Walaupun semua ini berlaku?
Ya.
- Walau apa pun? - Walau apa pun.
EPISOD SATU PERSEDIAAN PERNIAGAAN BAHARU
TAK LAMA KEMUDIAN…
- Seminar Kejayaan Bersama 2005! - Ya!
- Berjaya! Ya! - Berjaya! Ya!
- Marlo! - Panca! Awak nampak sihat!
Kerana saya lulusan Seminar Kejayaan.
- Awak pun nampak sihat. Masuklah. - Okey.
Apa? Awak nak jual Komedi Kacau?
Saya nak jual perniagaan saya supaya ia boleh berkembang dengan baik.
Biar betul?
Ya, saya perlu bayar hutang.
Saya tak patut percayakan George.
Siapa George?
Monyet jiran saya.
Mereka ada monyet bernama George?
- Monyet ini… - Jangan tuding ke arah saya sekali.
Monyet ini berjaya meramal semua pemenang perlawanan UEFA.
Ia memilih pisang yang ada nama pemenangnya.
Pilihannya betul sejak mula lagi.
Saya pun bertaruh banyak duit.
Selepas itu?
Ia makan banyak dan tidur tanpa memilih pisang.
Monyet tak guna.
Duit saya dah habis.
Sebab itu saya nak jual Komedi Kacau. Tolonglah beli.
Bukan mudah nak beli kelab komedi.
Saya tak tahu cara menguruskannya.
Tapi awak satu-satunya kawan saya yang mampu beli.
Begini. Saya nak guna duit itu untuk mulakan perniagaan baru.
Perniagaan apa?
Rahsia.
Dengar sini, jom kita bertaruh.
Kalau saya boleh baca fikiran awak, awak perlu pertimbangkan permintaan saya.
Sekurang-kurangnya datanglah dulu.
Kalau saya silap, saya takkan ganggu awak lagi.
- Baiklah. - Okey.
Isteri awak tak suka perniagaan ikan awak.
Macam mana awak tahu?
Okey?
Baiklah. Saya akan lawat Komedi Kacau.
Maafkan saya.
Boleh beritahu saya jika tiga orang gadis duduk di meja belakang?
Ya, puan.
Puan, mereka dah sampai.
Yakah?
Saya nampak beg macam ini tapi warna biru.
- Biru? - Ya, biru.
- Cantiknya! - Cantik, bukan?
- Hei, semua! - Hei!
Maaf saya lambat.
Kenapa awak lambat?
Saya sangat sibuk kebelakangan ini. Banyak kerja nak dibuat.
Susahnya nak cari duit.
Awak dah bekerja sekarang?
Ya, Panca dah jadi gelandangan.
Menganggurlah!
Dia mesti akan jadi gelandangan nanti.
Dia suami saya.
Maaf.
Maafkan saya, Loli. Kami nampak dalam berita.
Mereka kata Panca dah dipecat. Awak yang cari nafkah sekarang?
Awak kerja apa? Kenapa tak beritahu kami?
Ia masih belum siap. Saya tak boleh kongsi lagi.
Kerana itulah saya datang lewat. Saya sibuk sangat.
Awak tak pura-pura datang lambat, bukan?
Saya taklah menyedihkan sampai begitu sekali.
- Tak mungkin. - Maafkan saya.
Awak nak bayar bil tadi sebelum buat pesanan baru?
Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pekerja saya yang setia.
Semua yang ada sejak kelab ini ditubuhkan.
Sudah tentu, bos.
Selagi Komedi Kacau wujud, kami akan sentiasa berada di sisi awak.
- Bila-bila masa… - Saya nak jual kelab ini.
Apa?
Ayuh. Tahap kolesterol saya tinggi.
Aduhai, isteri saya baru minta dapur baru.
Di mana saya nak buat skit?
Ini satu-satunya tempat yang mengupah saya sebagai pekerja tetap.
Di mana saya nak tidur, bos?
Jangan risau. Saya ada pembeli yang berminat.
Dia nak datang melawat.
Jika dia setuju nak beli, kamu akan selamat.
Kamu kena bantu saya buat dia rasa kagum.
Kalau dia tak nak beli?
Tempat ini akan jadi aset penerima taruhan dan dijadikan tempat berjudi.
Apa?
Ia akan jadi kasino?
- Saya akan tidur dengan kad dan dadu? - Dan syiling.
Apa awak buat?
Berlatih membahagikan kad jika saya bekerja di kasino.
Jika kamu berdua tak bekerja, mana kamu dapat duit?
Kami masih ada simpanan hasil jualan saham syarikat itu.
Awak perlu bertindak pantas sebelum suami awak jadi korup.
Apa maksud awak?
Cuba bayangkan.
Awak tak ada duit dan Panca jadi ketua kawasan kejiranan.
Bagaimana jika dia tergoda untuk salah guna duit jiran?
Dahsyatnya imaginasi awak.
Saya cakap betul.
Ya, bagaimana jika sesuatu berlaku dan awak tak ada duit?
Ya.
Intan, macam mana awak menjayakan perniagaan barang kecantikan awak?
Saya tubuhkan syarikat itu di garaj saya.
Saya berusaha untuk mengembangkannya.
Di garaj awak?
Ya.
Ramai orang cakap saya bodoh.
Tapi lihatlah saya sekarang.
Betul. Proses itu yang paling penting.
Ya!
Marlo!
Hei, Panca!
- Boleh tahan. - Betul tak?
Biar saya kenalkan. Itu Tanto, orang kanan saya.
Ini Ali, dia pelawak tetap kami.
Okey.
Orang lain masih sibuk.
Mereka semua akan jadi pekerja awak.
- Mungkin jadi. - Akan jadi.
- Mungkin jadi. - Akan jadi.
Sekejap.
- Maafkan saya. Helo? - Okey.
Saya minta maaf. Ya, encik.
No comments yet. Be the first to leave one.