Good Doctor

Good Doctor (굿 닥터)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

Good Doctor Ep10
A Commentary by Dazai

Tags

other
Published on: 2019-04-14
Downloads: 93
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sekarang kita akan mula membuang fistula.

Walaupun terdapat jangkitan di sekeliling tiroid,

tapi kalau dilakukan dengan baik, mungkin kita tidak perlu memotong tiroidnya.

Mulakan dari bahagian di mana awak boleh melihat fistula itu.

Baik.

Saya akan bantu awak capai impian awak, Gyu Hyeon.

Saya akan bantu awak.

Keseluruhan fistula telah dibuang.

Bolehkah kita meneruskannya dari sini?

Berhati-hati. Rawan tiroid berada betul-betul di hadapannya.

Mungkin agak sukar untuk menyelamatkan saraf laringeal.

Baik.

Mixter.

Sekejap.

Kenapa?

Gyu Hyeon...

Masih boleh menyanyi.

Kita boleh jadikan impian Gyu Hyeon jadi nyata.

Terangkan.

Berdasarkan imbasan CT, memang agak sukar untuk menyelamatkan saraf laringeal.

Tapi jika dilihat pada arah di mana fistula itu dibuang,

dan dibandingkan dengan imbasan esofagografi yang telah diambil,

sekiranya kita masuk berdekatan rawan laringofaringeal dan bahagian atas bronkus--

Dan memusingkan rawan tiroidnya melawan arah jam,

kita akan dapat menyelamatkan saraf laringeal semasa mengikat fistula.

Betul itu.

Jadi kita boleh mengelak daripada saraf itu.

Dr. Pak dapat membayangkan gambaran saraf-saraf di bahagian tisu yang bengkak.

Jadi, Gyu Hyeon boleh menyanyi semula?

Asalkan pembedahannya berjalan lancar.

Sekiranya dia dapat sembuh selepas pembedahan tanpa ada sebarang jangkitan,

saya tak nampak apa-apa masalah.

Fikirkan tentang keputusannya selepas kita habis buat pembedahan.

Buat masa sekarang, tumpukan kepada pembedahan.

- Baik. - Baik.

Semua, berikan tumpuan sekarang.

Jangan bernafas dengan kuat.

Kita akan mulakan dengan bahagian belakang rawan tiroid.

Mixter.

Fistula telah selesai diikat.

Kerja bagus, doktor.

- Terima kasih. - Terima kasih.

Kerja yang bagus, Dr. Pak.

Terima kasih banyak, Profesor.

Doktor Pak, jahit dengan baik. Pastikan jahitannya sama.

Ya.

Dr. Pak.

Kenapa awak tak cakap apa-apa?

Saya tak ada benda nak dicakapkan.

Peliknya. Awak selalu marah saya selepas kita keluar daripada bilik pembedahan.

Saya tak ada benda nak marah hari ini.

Semuanya disebabkan Dr. Pak Si On.

Saya faham kenapa awak rasa Dr. Pak patut ditukarkan bahagian. Saya faham sangat.

Saya tak nak cakap apa yang saya rasa awak sepatutnya buat.

Tapi, saya nak minta satu benda.

Pak Si On... Terimalah diri dia.

Diri dia sebenar.

Maafkan saya.

Doktor?

Awak tak apa-apa?

Tak ada apa-apa. Saya cuma pening. Saya mesti rasa cemas.

Kenapa awak cemas?

Biasanya saya cuma melihat di tepi...

tapi kali ini saya terlibat dalam pembedahan.

Saya sangat takut kalau ada sesuatu berlaku kepada pesakit.

Saya mesti seorang pengecut. Sama macam arnab yang saya bela.

Kenapa dengan arnab itu?

Ramai orang fikir yang arnab itu kecil dan penakut.

Tapi disebabkan kaki belakang arnab lebih panjang dua atau tiga kali ganda,

mereka lari dengan sangat laju.

Sebab itu susah untuk pemangsa menangkap arnab.

Mereka juga sangat bijak. Sebab itu mereka tak mudah ditipu.

Arnab makan tahinya sendiri.

Betul.

Doktor. Arnab ada kaki belakang yang panjang daripada binatang lain.

Jadi, sama macam arnab, doktor tak sepatutnya jadi penakut. Doktor patut berlari dengan penuh tenaga.

Terima kasih.

Untuk lelaki, kuku awak lebih cantik daripada yang lain.

Mereka nampak macam bulan penuh.

Saya pergi dulu.

Kebelakangkan bahu awak begini.

Kamu dah bangun? Untuk satu hari kamu tak boleh bercakap.

Ianya akan menyakitkan tekak kamu.

Gyu Hyeon.

Kamu boleh menyanyi sekarang.

Doktor Pak dah jumpa jalan. Pembedahan pun berjalan lancar.

Itu bermaksud, kamu boleh tunaikan impian kamu.

Jangan menangis. Kalau kamu menangis, kamu akan semakin sakit.

Doktor Pak dah datang.

Kesan bius sudah habis, jadi awak terasa sakit. Betul tak, Gyu Hyeon?

Awak hebat, Gyu Hyeon.

Saya betul-betul tak faham.

Awak boleh fikirkan benda dalam bentuk 3D?

3D bermaksud ianya mengandungi tinggi, jarak sisi, dan lebar, dalam nilai x, y, z.

Tapi saya nampak bukannya 3D yang sebenar.

Saya boleh lihat benda 3D dari mana-mana bahagian.

Apa maksudnya itu?

Biasanya, orang melihat cuma begini.

Tapi saya boleh lukis begini...

begini... begini... dalam kepala saya.

Awak mesti pening. Macam mana awak uruskannya?

Tak selalunya begitu.

Cuba bila saya fokuskan untuk sesuatu bahagian itu.

Jadi, awak ada bakat ini juga?

Contohnya, macam dalam x-ray,

awak boleh nampak bahagian dalam yang tersembunyi... begitu?

Betul tak?

Berdiri di hadapan saya.

Kenapa awak ketawa?

Tak ada apa-apa...

Hei! Apa yang awak ketawakan?

Hei! Awak tengok di mana? Awak sedang tengok di mana?

Siapa yang ada kebolehan begitu di dunia ini?

Hei! Memanglah...

Oh, Tuhan.

Tak ada doktor lain yang akan menaikkan hospital kita selain Dr. Pak.

Pihak media pun akan berminat.

Ianya akan jadi berita antarabangsa.

Awak terimalah diri Pak Si On.

Untuk diri dia yang sebenar.

Saya sangat lapar...

Hei!

Untuk menyambut pembedahan kita yang berjaya, saya belanja!

Awak hantar sendiri, ke?

Hebat!

Semua orang dah bekerja keras.

Mari makan.

Terima kasih.

Si On punya?

Kenapa tak cukup satu?

Saya rasa mereka salah potong.

Si On, mari kita kongsi.

Tak mengapa. Saya tak lapar langsung.

Awak makanlah ini. Perut saya tak berapa sedap.

Si makan, Hong Gil Nam, perut tak sedap?

Terima kasih.

Pak Si On.

Ya, Profesor.

Bersedia di hospital untuk 24 jam mulai esok.

Hari ini hari terakhir awak balik kerja awal.

Jadi, macam mana dengan panggilan daripada bahagian lain dan bilik kecemasan?

Ikut peraturan untuk doktor tahun pertama.

Bagus! Akhirnya saya bebas daripada panggilan!

Hei! Mula-mula, kita kenakan dia.

Kenakan dia!

Siapa yang tumbuk saya?

Ianya sangat sakit.

Saya dengar awak nak biarkan Dr. Pak Si On kekal di bahagian pembedahan pediatrik.

Ya. Saya rasa itu lebih baik.

Mungkinkah... ini disebabkan permintaan saya tentang Dr. Pak?

Yang itu pun betul juga.

Tapi sebab utamanya adalah semangat dia sendiri.

Sedihnya.

Niat saya baik.

Dan juga, rancangan untuk mengambil doktor pediatrik dari hospital lain,

dan persetujuan untuk menerima dana dari luar... Saya kena tundanya.

Saya rasa lebih penting untuk membetulkan semula masalah dalaman hospital kita.

Kami akan tumpukan untuk menjadi kumpulan yang terbaik.

Tunda? Berapa lama masa yang awak perlukan?

Itu saya tak boleh jawab...

Saya pergi dulu.

Profesor.

Saya harap awak tak ambil masa terlalu lama.

Bercakap tentang orang...

Mereka akan mula memikirkan kelemahan seseorang yang membuatkan mereka tertunggu-tunggu.

Apa dia? Awak ada benda nak cakap?

Terima kasih. Kerana tidak membenci saya.

Saya akan bekerja keras. Saya betul-betul akan bekerja keras.

Main.

Saya cakap, main.

Awak nak ke mana?

Lagi sekali.

Lagi sekali. Lagi sekali. Lagi sekali.

Saya tahu awak dimalukan oleh bahagian NS, kan?

Kalau lagi sekali,

awak memalukan bahagian kita,

awak akan mati. Faham?

Ya.

Pergi.

Dr Pak!

Tahniah!

Saya dengar awak akan jadi doktor sebenar mulai esok.

Kenapa saya gembira sangat?

Terima kasih.

Dr. Pak, tahniah.

Saya tak akan timbulkan masalah lagi nanti.

Tolong.

Awak nak terus merenung begitu ke?

Hari ini, awak nampak lebih bergaya.

Walaupun awak selalu kacak.

Baguslah awak sedar itu.

Macam mana awak boleh cakap begitu tanpa mengelip mata pun?

Professor Gim Do Han.

Dah lama tak jumpa, seonbae.

Apa khabar, Profesor?

Baru-baru ini susah untuk jumpa kamu.

Awak gembira yang awak dah berjaya?

Saya bukannya berjaya... Saya cuma sibuk.

Aigoo...

Yun Seo kamu makan apa sampai kamu jadi semakin cantik?

More Malay subtitles for Good Doctor

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left