Release info

위대한 유혹자 E32 END 180501 720p-NEXT
A Commentary by izrin96

Tags

720p
720
Published on: 2019-04-14
Downloads: 39
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 178 lines.

Jangan libatkan Tae Hee dalam hal ini.

Tidak guna!

Apakah ini?

Awak tahu yang awak bersikap tidak munasabah?

Awak yang mulakan pertaruhan.

Awak tidak sepatutnya jatuh hati padanya. Awak tahu?

Siapa beri awak hak untuk menyukai gadis seperti Tae Hee?

Awak juga fikir awak menyedihkan, bukan?

Bayangkan betapa marahnya Tae Hee nanti.

Patutkah saya tanya dia?

Hei, Tae Hee.

Awak telefon tadi.

Ki Young, saya terima panggilan daripada Hye Jeong.

Apa yang awak buat ini?

Oh, Hye Jeong telefon?

Saya sudah jumpa Hye Jeong dan pastikan dia pulang dengan selamat.

Jangan risau tentang dia. Tapi Tae Hee,

adakah awak tahu yang Si Hyun mempermainkan awak?

Tae Hee, letak telefon!

Jangan dengar cakap orang tidak berguna ini!

Saya tidak boleh biarkan sahaja.

Saya tidak boleh.

Oleh sebab itulah…

saya sedang ajar dia sekarang.

Apa yang awak mahu saya buat? Cakap sahaja.

Saya akan buat apa-apa yang awak suruh.

Ki Young.

Kalau awak menimbulkan masalah, awak akan susah.

Jangan buat apa-apa.

Bagaimana saya boleh duduk diam sahaja?

Apa akan berlaku jika dia dekati awak lagi?

Dia tidak menunjukkan tanda penyesalan.

Dia juga pura-pura seperti dia betul-betul menyukai awak.

Dia fikir dia siapa?

Saya akan uruskan. Ini bukan urusan awak.

Kenapa awak menyebelahi dia?

Saya bukan menyebelahi dia.

Tidak berbaloi awak buat begitu kerana dia.

Betul, bukan?

- Kita yang jadi mangsa. - Tae Hee, letak telefon!

Diam, dungu.

Teksi.

Hei.

Dungu.

Awak tiada apa-apa yang lebih baik untuk dibuat?

Adakah ibu bapa awak tahu tentang ini?

Marilah kita pergi.

Tae Hee.

Apa yang awak buat?

Oh, awak tentu terkejut.

Dia berdarah sedikit, tapi dia tidak cedera teruk.

Ini sudah keterlaluan. Ini perbuatan jenayah.

Hei, ini bukan jenayah.

Lihat? Saya juga telah dipukul.

Saya sarankan supaya kami berhenti, tetapi dia teruskan.

Apa yang awak cakap ini? Awak minta pertolongan saya.

Adakah awak pukul dia dengan ini?

Ini?

Saya cuma ugut dia dengan ini, itu sahaja.

Maksud saya, mereka langsung tidak dengar cakap.

Hei, ambil barang awak.

Kenapa awak datang ke sini? Pergi sahaja.

Ya, kita semua patut pergi.

Adakah itu yang awak mahu, Tae Hee?

Awak tidak boleh biarkan dia pergi.

Dia sudah cukup lemah.

Ayuh, Tae Hee.

Tae Hee, ayuh.

Saya akan hantar awak pulang.

Tidak.

Awak berdua boleh menaiki kereta polis bila pihak polis sampai.

Polis?

Saya sudah agak dia akan buat begini.

- Hei, beri saya telefon awak. - Hei.

Tae Hee, awak buat laporan? Awak tidak buat, betul?

Walaupun awak buat, mereka takkan jumpa sebarang bukti.

Saya baru dengar semuanya dan sudah melihat segala-galanya.

- Saya akan jadi saksi. - Rampas telefon dia!

- Dia boleh dikesan, dungu. - Tae Hee, keluar!

Pergi!

Hei.

Tae Hee.

Serahkan telefon awak sementara saya masih baik.

Berikan kepada saya.

Berikan kepada saya.

Kenapa awak menyalahkan saya atas semua ini?

Lee Ki Young.

Lepaskan saya!

Si Hyun.

Si Hyun.

Si Hyun.

Si Hyun, buka mata awak. Si Hyun.

Si Hyun, bertahanlah.

Si Hyun...

- Ya, ayah. - Awak memang dungu.

Apa yang awak telah buat pada anak lelaki Kumpulan JK?

Di mana awak bersembunyi?

Adakah awak tahu Seowon dalam kekalutan kerana awak?

Ya.

Saya akan berada di sana. Okey.

Saya datang.

Apa yang awak buat begitu awal di rumah saya?

Saya dengar Presiden Myung sedang disiasat sebagai saksi.

Saya fikir awak tentu risau.

Saya tidak memerlukan awak.

Lebih baik awak pergi, jadi baliklah.

Jangan risau tentang itu.

Dia akan dibebaskan dalam masa 24 jam.

Dan jika dia didapati bersalah dan memerlukan bantuan,

kami akan menghulurkan bantuan.

Berhenti mengarut dan pergi jauh-jauh.

Soo Ji.

Awak perlu bersikap lebih baik.

Muka sahaja cantik.

Jika awak asyik berkelakuan begitu,

satu hari nanti, awak akan cedera dengan teruk.

Seperti ini.

Lee Ki Young.

- Cakap dengan sopan. - Apa yang awak buat pada Se Joo?

Di mana dia?

Adakah awak cuma risaukan dia?

Bagaimana dengan dia ini?

Saya suka tempat persembunyian awak itu.

Awak memang sudah hilang akal.

Apa yang awak buat pada mereka?

Berhenti menyumpah saya. Semuanya disebabkan awak.

Awak yang rancang semua ini.

Awak yang merancang dan mereka melaksanakan.

Apa-apa pun,

saya tidak sangka yang awak sangat menyukai saya.

Adakah awak buat semua ini kerana awak begitu marah pada saya?

Lee Ki Young.

Saya akan kerjakan awak.

Baiklah.

Balas dendam terbaik yang saya boleh berikan pada awak...

adalah dengan buat mereka kelihatan begitu.

Jika awak mahu melindungi Si Hyun dan Se Joo yang awak sayang,

jangan buat apa-apa. Faham?

Saya singgah untuk beritahu itu.

Selamat tinggal.

Serahkan telefon awak.

Awak didenda buat sementara waktu dan tidak boleh guna telefon awak.

Awak faham kenapa, betul?

Dia tidak boleh didenda buat sementara waktu.

Dia patut didenda untuk selama-lamanya.

- Oh Tuhan, Hye Jeong. - Kyu Jeong.

Awak akan dihukum kerana melayan adik perempuan awak begitu.

Okey, baiklah.

Ibu.

Saya minta maaf.

Hye Jeong.

Saya...

tidak akan kahwinkan awak dengan keluarga seteruk Seowon.

Saya telah buat pilihan yang salah.

Awak juga boleh berhenti berfikir tentang perkara lain…

dan tumpukan perhatian terhadap pelajaran awak, okey?

Okey.

Kyu Jeong, keluar. Hye Jeong mahu belajar.

Okey, baiklah.

Apa yang berlaku?

Kenapa mereka tidak jawab?

Se Joo!

Se Joo.

Apa yang berlaku?

Tidurlah dengan lena.

Saya akan singgah esok.

Mari kita melawat Si Hyun lagi.

Okey.

Adakah sukar bagi awak?

Awak tidak akan diganggu lagi.

JK akan melakukan sedaya upaya untuk membantu.

Di mana Soo Ji?

Adakah naib pengerusi semakin sembuh?

Ya.

Akhirnya, awak seorang sahaja yang datang menjemput saya.

Encik Kwon yang suruh.

Dia masih...

belum boleh buat panggilan.

More Malay subtitles for Tempted

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left