ポケモン・ザ・ムービーXY 破壊の繭とディアンシー
The first 200 lines.
Tunggu, Puteri Diancie!
Puteri Diancie, masanya dah tiba! Puteri!
Seronoknya main sembunyi-sembunyi!
Ssh! Bukan sekarang, kamu semua!
Puteri Diancie!
Kamu dah jumpa beta.
Patik bukan bermain-main, Puteri!
Dah tiba masanya untuk Tuan Puteri...
Merrick, kamu tak apa-apa?
Saya tak apa-apa, terima kasih.
Ini bukan masa untuk ketawa!
Puteri!
Tok Ketua!
Dace!
Puteri Diancie...
...Tuanku ada tugas penting untuk dilaksanakan.
Jangan lupa tu!
Heart Diamond. Bertahun-tahun lamanya, ia telah memberikan kita tenaga dan kedamaian.
Namun, ianya telah dimamah usia. Patik tahu tak lama lagi ia akan kehilangan kilauannya dan mati.
Tapi ia bersinar dengan begitu cantik sekarang...
jangan risau sangat lah.
Tolonglah Tuanku, ini bukan main-main!
Okie-dokie! (Baiklah)
Jawab "Baiklah" pun dah cukup!
Aahh, baiklah.
Jika Heart Diamond mati, negara kita juga akan turut binasa.
Kamu berlebih-lebih saja kan.
Tidak Tuanku!
Hanya Tuanku seorang sahaja yang mampu mencipta heart Diamond, Puteri Diancie!
Patik mohon Tuanku untuk tunjukkan kemampuan Tuanku..
Okay, beta akan lakukan. Maksud beta, beta akan cuba.
Tapi beta rasa beta takkan mampu.
Tuan Puteri!
baiklah.
Teruskan!
Beta dah kata, beta tak mampu.
Tuanku akan mampu suatu hari nanti!
Untuk itulah Tuanku ada di sini!
Beta berterima kasih kepada kalian kerana menjaga beta sejak beta kecil lagi.
Tapi beta takut yang beta akan...
Xerneas...
Tuanku mesti pergi berjumpa dengannya.
"Xerneas"?
Ya.
Lama dahulu, ketika patik sedang mengembara, satu malapetaka telah berlaku.
Semuanya berlaku di satu tempat yang dipanggil, "Allearth Woods".
Tenaga saya sedang disedut...
Habislah...
Ini ialah...
Fairy Aura.
Oh.
Xerneas telah menyelamatkan patik.
Beta perlu berjumpa dengan dia?
Ya, Tuanku.
Jadi jika beta berjumpa dengan Xerneas dan dia menggunakan 'Fairy Aura' terhadap beta...
...beta akan menemui kemampuan sebenar beta dan akan mampu menghasilkan Heart Diamond?
Tuanku akan mampu!
Percayalah pada Fairy Aura!
Beta akan lakuan! Beta akan pergi!
Lagipun beta teringin nak melihat dunia luar.
Tuanku mesti mengambil serius tentang perkara ini!
Okie-dokie!
Apa dia?...
Baiklah?
Baiklah!
Dunia Pokemon. Dunia yang menakjubkan!
Dunia yang mengandungi pelbagai makhluk penuh misteri.
Di dalam hutan-hutan...
Di langit-langit nan biru...
Dan di dalam lautan luas...
Pokemon boleh dijumpai di seluruh dunia ini.
...Pokemon dan manusia telah hidup bersama-sama sejak dahulu lagi, saling mempercayai dan menghormati.
Dan anak muda ini, Ash dari Pallet Town,
Bersama temannya Pikachu, bersama-sama bertarung dan menangkap Pokemon.
Ash terus mengembara sebagai seorang 'Pokemon Trainer', bersama rakan-rakannya.
Setiap Pokemon baru yang mereka temui...
...satu pengalaman baru menanti mereka.
Evolusi Mega sangat kuat!
Heheh.
Pelatih Mega Absol!
Huh?
Awak sangat hebat. Tolong jagakan abang saya!
Apa kau buat ni? Hentikan!
Fikirkan tentangnya, okay!
Pikachu!
Maaf Riot.
Aku takkan benarkan kau halang aku.
Aku yang patut cakap tu.
kalau begitu, beta minta diri dulu.
Nanti dulu!
Hentikan. Ini membuli namanya!
Apa yang kamu semua buat?
Jangan masuk campur.
Aku nakkan berlian yang hanya dia boleh buat.
Kau banyak cakap la, Marilyn.
Kau bukan Pencuri Hebat, kau Pencuri Banyak Mulut.
Dia pencuri?
Sekarang masa untuk lari.
Pikachu, guna Thunderbolt!
Sini!
Siapa tu?
Apa yang berlaku ni?
Telefon Pegawai Polis Jenny, cepat!
Nampaknya kita dah selamat.
Kalian semua, terima kasih kerana telah menyelamatkan beta.
Ia boleh bercakap.
Wow!
Ianya kuasa telepati.
Comelnya dia.
Nama saya Ash.
Ash.
Dan ini teman saya, Pikachu.
Pikachu.
Dan saya Serena.
Serena.
Dan nama saya Bonny.
Bonny.
Dan saya pula Clemont.
Clemont.
Awak Pokemon kan?
Tengok ni...
Namanya "Diancie".
Mempunyai kuasa untuk mencipta berlian, sama seperti apa yang pencuri tadi kata.
Berlian?
Mest sebab itu merreka mengejar kamu.
Kita nak tangkap Pikachu...
...dan terjumpa satu lagi Pokemon yang hebat.
Mari tangkap dia...
Orang-orang tadi tu pencuri.
Apa tu 'Pencuri'?
Mereka ambil benda yang bukan milik mereka. Itu mencuri namanya.
Ya. Mereka jahat!
Jadi maksudnya, pencuri adalah orang jahat yang perlu kita jauhi.
Banyaknya beta dah belajar.
Diancie...
Cubalah kuih ni.
huh? Terima kasih banyak.
Erm. Ianya sangat sedap!
Makanlah banyak-banyak. Ada banyak lagi!
Kamu memang kuat makan, betul kan Ash?
Betul tu.
Makan banyak-banyak, tidur cukup-cukup.
Itu yang menjadikan saya sihat.
Saya nak pergi ambil lagi.
Diancie, nak ikut sekali?
Oh... Baiklah.
Beta sangat berbesar hati untuk menemani kamu.
Marilah.
Diancie tu sangat bersopan-santun.
gayanya macam seorang puteri raja, kan?
Ya, betul tu.
Banyak sungguh makanan di sini.
Betul tu. Mari kita ambil semua sekali!
Okay, masa untuk menangkap...
Bagaimana...
Bagaimana dengan sekarang!
Nak tahu tak Ash, berlian adalah permata yang sangat berharga. Ia mengambil masa berjuta tahun untuk terbentuk.
Berlian sangat keras. Dan kilauannya boleh berkekalan selama-lamanya.
Sebab itulah ianya sangat berharga.
Dah masuk dalam beg!
Itu Team Rocket!
Senangnya kita tangkap dia ni.
Diancie bawa tuah pada kita.
Kalian bertiga ni pencuri, bukan?
Kami ni Team Rocket, si bijak!
Pencuri adalah mereka yang mengambil harta orang lain, bukan?
Pencuri adalah orang yang jahat.
Itu yang beta pelajari hari ini.
Pandainya dia. Kami akan ajar kamu banyak benda lagi.
Selamat datang ke 'sekolah kehidupan'.
Yeah.
Walaupun beta amat berbesar hati dengan tawaran kalian...
Tapi beta harus minta diri dahulu.
Beta ucapkan selamat tinggal.
Dia kata "selamat tinggal"? Huh!
Berhenti melompat-lompat!
nanti dulu.
Kami tak boleh benarkan kau pergi.
Ada tugas yang kami nak kau buat untuk kami.
Maafkan beta, tapi beta tak pernah buat apa-apa tugas sebelum ni.
Khabarnya kau boleh cipta berlian, betul?
Dan khabar angin sentiasa benar!
Ciptakan sedikit berlian untuk kami.
Ciptakan yang berkilat macam dahi aku.
Oh, jadi itu tugasnya?
Kalau itu sahaja, beta akan lakukannya dengan berbesar hati.
Huh?
Betul ke?
Bagus tu.
Ini yang dipanggil kerjasama.
Tapi, harap kalian takkan kecewa nanti.
Kecewa kenapa pulak? Sekarang, ciptakan kami berlian-berlian yang banyak!
Banyak-banyak!
Baiklah...
Itu dia!
Cantiknya!
Dengan sebutir itu saja, kita tak perlu berlapar lagi!
Kita boleh makan apa saja yang kita nak!
Sekali dengan pencuci mulut!
Cepat, buat banyak lagi!
No comments yet. Be the first to leave one.