The first 200 lines.
Jay, saya nak pergi mandi.
Baiklah.
Jumpa awak nanti. Saya akan rindukan awak. Saya tak tahu macam mana nak tidur malam ini... tanpa awak.
- Jaga diri. Jumpa awak esok. - Ya, jumpa awak nanti.
Hari di mana saya pergi menyambung pelajaran di luar negara,
Ucapan perpisahan abang saya kepada saya adalah begitu mudah, ringkas dan berterus-terang.
Belajar? Janganlah belajar begitu tekun.
Bahasa Inggeris? Kalau sukar, jangan ambil peduli.
Makan dan main sajalah, tanpa risau atau fikirkan apa-apa.
Anak-anak orang kaya hanya makan dan bermain saja.
Mereka tak mempunyai impian.
Dan kalau boleh,
jangan pulang.
Pada ketika itu saya faham.
Saya datang ke Amerika Syarikat
bukanlah untuk menyambung pelajaran, tapi kerana saya telah dibuang.
Abang saya sudahpun mengambil semua yang mungkin akan saya perolehi di masa hadapan.
Nak lagi?
Awak tak salahkan mereka?
Abang awak yang bencikan awak,
mak awak yang melahirkan awak,
atau ayah awak yang tak pernah menyebelahi awak?
Saya terlalu malas untuk menyalahkan sesiapa.
Hei kawan.
Apa yang awak rancang nak buat masa cuti ini?
Kalau saya tak jumpa awak selepas melalui hari-hari seperti ini, saya akan rindukan awak.
Betul?
Kenapa? Awak tak akan rindukan saya?
Awak sengaja cari pasal, bukan?
Maafkan saya.
Kamu sakitkah?
Choe Yeong Do, sasaran kamu teruklah.
Hati-hatilah.
Kalau ada orang nampak, mereka akan fikir yang kita sedang buli dia.
Ya?
Jadi, awak nak berdiri di sana?
Pergi berdiri di dinding.
Hei, kenapa ini?
Kamu nak gantikan diakah?
Saya... saya akan berdiri di sana... kalau awak nak.
Balinglah.
Saya tak cakap saya akan baling.
Kita patut adil antara kita.
Hei kawan.
Sekarang giliran awak.
Balinglah.
Yeong Do.
Ya, apa?
Baling pun akan dibelasah. Tak baling pun akan dibelasah...
Sama ada awak akan dipukul oleh lelaki yang kuat,
atau lelaki yang tak kuat, itulah masalahnya.
Tapi, masalah yang lagi besar adalah
hidup awak akan sentiasa jadi seperti ini.
Kenapa?
Sebab kami membesar untuk jadi bos kamu.
Cepatlah buat keputusan.
Awak nak matikah?
Awak mungkin miskin, tapi awak ada maruah, betul?
Jaga sajalah badan awak dengan baik.
Guna otak awak.
Hei, kesihatan awak adalah yang paling utama.
Saya terlalu takut, saya perlu pergi.
Jumpa awak lagi apabila sekolah buka nanti. Selamat bercuti.
Jaga diri.
Salur asap, perkakasan lampu, tempat duduk.
pemegang, lampu depan.
Semuanya sama seperti yang encik tempah.
Semua barang ini adalah kualiti yang terbaik,
tambahan lagi, semuanya datang dari luar negara.
Itu bermakna kamu akan mendapat lebih banyak duit darinya.
Encik adalah salah seorang pelanggan tetap saya.
Saya juga sudah menyelaraskan ketegangan rantai besi.
Adakah kamu mahu berselindung selepas membelanjakan duit saya?
Bukan itu maksud saya.
- Ayam goreng yang encik tempah sudah sampai! - Bawa ia ke sini.
Berikan duit kepada dia, okey?
Okey!
16 100 Won.
Kenapa ada 100 Won? Kamu nak pergi beli biskutkah?
Ini bakinya. Sila bayar.
Agak bijak untuk seorang pekerja sambilan. Kamu pelajar sekolah menengahkah?
Resit encik ada dalam beg.
Bila kamu habis kerja? Patutkah oppa tumpangkan kamu dengan motorsikal?
Tak perlu. Sila berikan duit pada saya.
Janganlah malu. Oppa akan jemput kamu.
Hello. Saya pelajar tahun kedua sekolah menengah dan saya sedang bekerja sekarang.
Hei, siapa yang kamu telefon?
Polis.
Ada beberapa ajussi di sini yang....
Hei pelajar. Kami hanya bergurau saja.
17 000 Won. Kiralah.
Selamat menjamu selera.
Boleh saya dapatkan pesanan cik?
Dua soda lemon.
Dua soda lemon.
Saya akan buat.
Baiklah.
Bila awak sampai?
Lebih kurang setengah jam tadi.
Kamu sudah berada setengah jam di sini dan kamu tak pesan apa-apa lagi?
Pengurus akan marah kalau dia dapat tahu.
Saya sedang tunggu Bo Na. Dia akan sampai sekejap lagi.
Memanglah.
Ini sajakah satu-satunya kedai kopi di Seoul?
Kenapa awak selalu...
Apa?
Sebaik saja awak habis kerja nanti, ianya mungkin akan hujan.
Kalau awak berikan ini pada saya, bagaimana pula dengan teman wanita awak?
Bo Na saya hidup seperti bintang di dalam filem dia sendiri.
Jadi, awak perlu cari seorang teman lelaki segera.
Apa yang awak cakap itu mengarut saja.
Awak fikir saya ada masa untuk ada teman lelaki?
Berapa banyak kerja sambilan yang awak buat sekarang?
Apa boleh saya buat? Apa yang saya ada hanyalah kerja sambilan saja.
Yun Chan Yeong, jaga pandangan awak!
Awak sudah datang?
Saya sudah suruh awak berhenti menggoda teman lelaki saya, bukan?
Awak fikir saya begitu cantikkah?
Saya tak pernah cakap awak cantik!
Saya tahu. Tapi awak sangat cantik.
Jadi berhenti membuang masa pekerja yang sibuk ini.
Awak nak buat pesanan atau mahu pergi?
Oh wow, bolehkah awak layan pelanggan seperti ini? Layanan di sini sangat teruk.
Oh, baru tahukah?
Chan Yeong, mari pergi.
Awak nak pergi esok dan saya tak mahu buang masa dengan dia!
Ke mana awak nak pergi?
Untuk seketika, saya...
Jangan.
Jangan cakap. Jangan cakap. Cuma saya saja boleh tahu.
Mari pergi.
Saya sudah beritahu awak, kalau awak pakai warna putih atau krim, awak perlu pakai warna merah untuk menarik perhatian.
Ianya dipanggil konsep Jingle Bell musim panas.
Ini merahlah.
Itu bukan merah, itu merah tua!
Memanglah.
Mari pergi.
Maaf kerana bazirkan masa awak.
Mana ada pelanggan.
- Saya akan mesej awak! - Jangan nak cuba!
Mereka memang membazir.
Saya benci Cha Eun Sang.
Saya sangat benci dia, memang benci dia. Sangat-sangat benci dia!
Janganlah begitu.
Bila awak cakap seperti itu, saya lagi bertambah bencikan dia.
Dia cuma orang miskin tapi dia masih pandang rendah pada saya!
Saya tak tahu langsung tentang zaman kanak-kanak awak tapi dia tahu semuanya.
Dia sungguh menyampah!
Kuat marah boleh buat awak nampak cepat tua.
Hari ini saya sudah tak boleh tahan.
Itu tak adil!
Eun Sang cuma kawan saya.
Kami sudah lama jadi kawan.
Awak tak percayakan sayakah?
Jangan berguraulah! Mana ada istilah kawan antara lelaki dan perempuan!
Kenapa tak boleh?
Memang selalu ada gadis seperti itu dalam siaran Tv, A War on Love.
Dia ada penyakit terlalu rasa curigakah? Saya sudah tak boleh tahan!
Saya benci bila dia pakai pakaian yang berlainan setiap hari!
=Saya benci dia bila dia keluar dari tempat duduk belakang kereta.=
=Apa yang saya paling benci ialah bila dia begitu gembira dan ceria, seperti dia tak ada apa-apa kerisauan.=
Ini rumah saya.
Apa yang awak peduli dengan apa yang saya buat di dalam rumah saya?
Bukankah saya sudah cakap pada awak?
Inilah sebabnya awak itu sampah.
Perempuan jalang, keluar dari rumah saya!
=Tapi unnie, unnie tak periksa mesejkah?=
=Kalau unni sibuk, telefonlah saya.=
=Bagaimana dengan pelajaran? Semuanya berjalan dengan lancarkah?=
=Tapi, unnie memang bertuah kerana dapat belajar di Amerika Syarikat.=
Pendek kata, ingat telefon saya.
Sebab saya rindukan unnie.
Oh, memang hujan turun.
Kenapa tak boleh buka?
Perangkap mimpi.
Bukankah kamu pergi jumpa Bo Na? Kenapa kamu tak makan bersama-sama?
Saya nak makan bersama ayah.
Kalau ayah makan seorang diri, ayah akan rasa seperti seorang ayah yang kesunyian,
terutamanya ketika hujan.
Disebabkan kamu, malam jumaat ayah yang sangat berpotensi telah bertukar menjadi sangat membosankan.
Ayah ada teman wanitakah?
Maksud ayah, kamu tak fikirkah yang kamu telah merosakkan itu daripada berlaku?
Hei, ayah patut potong lobak lebih kecil daripada kentang.
Sebab?
Kentang mempunyai kandungan air yang lebih tinggi. Jadi sebab itulah ia masak dengan lebih cepat dari lobak.
Jadi, apabila ia dimasak bersama,
lobak perlulah bersaiz lebih kecil,
supaya ia masak dalam waktu yang sama.
Jadi, kalau ayah potong dengan lebih besar, ayah boleh masak ianya berasingan saja.
Cara itu akan mengambil masa lebih lama, tapi perbezaan rasanya cuma sedikit saja.
Tambahan lagi, masak berasingan akan merugikan gas.
Cuba cakap begitu dalam bahasa Inggeris.
Baiklah, saya mengaku kalah. Mana mungkin saya dapat mengalahkan ayah.
Saya perlu basuh pinggan, betul?
Basuh baju sekali. Ayah sudah banyak habiskan duit untuk kamu hari ini.
Ayah sudah beli tiket kapal terbang?
Kamu sudah beritahu Bo Na yang kamu nak pergi ke Amerika Syarikat?
Sudah. Dia buat kecoh dan mahu ikut bersama.
Dia nak tinggal bersama kamu di Amerika Syarikatkah?
Ayah nak bantu dia dengan memberikan sedikit wangkah?
No comments yet. Be the first to leave one.