The first 200 lines.
mengundang anda mengalami sendiri
Sayang.
Jangan merokok. Rosak lelangit awak nanti.
Jadi lelangit saya akan mati dengan bahagia.
Hei.
Margot, malam ini sangat penting.
Semua profil rasa malam ini sangat istimewa.
Apabila merokok, awak merosakkan keupayaan...
-untuk menghargai rasanya. -Biar betul!
Tolonglah.
Baiklah. Demi Tuhan.
Terima kasih.
Baguslah.
Muatkah untuk semua orang?
Ya, sudah tentu. Jumlahnya 12 pelanggan sahaja.
Satu malam?
Macam mana mereka nak untung?
Sekepala $1,250. Begitu caranya.
Awak bergurau, bukan?
Adakah kita akan makan jam Rolex?
Sudahlah, usah rosakkan suasana bercerita harganya.
Ikut saja.
Nikmati keajaibannya.
Hei, itu duit awak.
-Boleh tahan! -Terima kasih, kawan.
Awak layak menikmatinya.
Awak tahu siapa yang akan pasti suka? Betty!
Sengaja menyakitkan hati Jabatan Akaun.
Malah ini bukan makan malam rasmi.
Kita memang teruk, betul?
Baguslah sangat. Nak tunjuk kuasa.
Mereka pasti mabuk semasa makan kudapan.
-Hai, semua. -Naik bot.
Bagaimana agaknya kita dapat naik...
Amboi, bukan main lagi dengan kasut tinggi jalan atas palang.
Tak guna.
Biar betul.
Lillian Bloom. Oh, Tuhan.
Siapa Lillian Bloom?
Pengkritik makanan untuk Saveur.
Dialah orang yang menaikkan nama Slowik.
Okey, sudah rasmi.
Malam ini pasti luar biasa.
Dijemput naik menuju ke Hawtorn!
Hawthorn! Dijemput naik ke Hawthorn!
Tetamu sekalian, selesakan diri kamu...
untuk perjalanan singkat menuju ke Pulau Hawthorn.
-Terima kasih. -Ahoy!
Dengar sini, kawan!
Harap-harap bot ini layak belayar.
Ya, tuan.
Lawak bot.
-Ya. -Ya, bot.
-Kita berada di atas bot. -Ya, naik bot.
Ada orang terkenal juga, bukan?
Orang glamor dah sampai.
Sendu saja. Sekarang bukannya tahun 1998.
Orang yang terkenal kononnya.
Oh, Tuhan. Tengoklah.
Hei, bukankah awak patut uruskan untuk saya?
Pastikan orang tak mengganggu saya nanti?
Tolonglah, awak suka diganggu.
Saya tonton semua filemnya ketika masih kecil.
-Hei, dengar sini. -Orang kata dia peminat makanan.
Dia anggap dirinya begitu.
Cef Slowik mengalu-alukan semua
dengan tiram tempatan mentah emulsi mignonette...
bersama kaviar lemon dan daun tiram. Nikmatilah.
-Cantik. Terima kasih. -Terima kasih.
Antara hidangan klasik cef.
Mutiara lemon dibuat dengan alginat.
Alginat macam...
Macam alga. Ayuh.
Betul, ya.
-Sampah kolam. -Bukan...
Sedap.
Oh, Tuhan.
Boleh ditertawakan.
Sebenarnya sedap sampai tertawa.
Sedap.
Rasanya saya lebih suka hanya tiram.
Saya suka tiram.
Bukan begitu. Keseimbangan produk.
Awak memerlukan mulut penuh mignonette.
Jangan sebut "penuh mulut".
Terlambat. Penuh mulut.
Hai.
Terima kasih.
Aduhai, macam acara tarian sekolah.
Ya? Saya tak pernah hadirinya.
Betul? Mengapa tak pergi?
Tiada gadis hebat macam awak setuju nak jadi pasangan saya.
Kasihannya awak.
Mereka yang rugi.
-Bryce. -Selamat datang.
Selamat datang, En. Lorimer.
-Helo. Felicity Lynn. -Helo. Selamat petang.
-Damien Garcia. -En. George Diaz juga.
-Encik Diaz. Selamat datang. -Nama sebenar saya?
Saya beri nama sebenar awak.
-Kalau ada paparazi? -Terima kasih.
Ini pulau. Sudah tentulah guna nama sebenar.
Selamat datang ke Hawthorn.
Encik Ledford dan Cik Westervelt?
Tidak.
Maaf, bukan. Itu...
Cik Westervelt ada rancangan lain, jadi dia tak dapat...
Ini ialah Cik...
Saya Margot.
Hai. Salam perkenalan.
Margot. Selamat datang.
Kami akan berusaha menjadikan malam kamu seindah yang mungkin.
-Terima kasih. -Ikut sini.
Terima kasih.
Oh, Tuhan. Maafkan saya.
Janggal rasanya. Saya minta maaf. Tak patut...
Tak apa.
Jangan risau.
Maaf.
En. Leibrandt.
Puan Leibrandt. Selamat datang.
Kami nak pergi terus ke restoran, jika awak tak keberatan.
-Dah banyak kali kami ikuti lawatan. -Ya, sudah tentu.
Para tetamu terhormat boleh sambung perbualan kamu di sana.
Terima kasih. Sila ikut saya.
Filem apa awak usahakan sekarang?
Terima kasih kerana bertanya.
Tengok? Orang masih kenal.
Sekarang saya cuba jadi penyampai dalam fasa kerjaya.
Buat kerja yang saya suka.
Pulau Hawthorn terdiri daripada 12 ekar hutan dan padang rumput.
Khazanah laut terbentang luas yang mengelilingi kita.
Ya, betul.
Ketika ini, kekapis sedang dikutip dan akan jadi hidangan malam nanti.
-Biar betul. Alamak! -Ya.
Hei!
Hei, kutip banyak-banyak, kawan!
Kami kelaparan!
Aduhai.
Saya suka rasa suasana biom idea masakan.
Betul. Fungsinya seperti salun penggemar makanan.
Tak, saya lebih suka biom.
Biom lebih baik. Ya, maksud saya...
Kita telah tiba di kem induk Gunung Karut.
Ini gila.
Hidulah.
Kita akan lapar.
Ya, saya penggemar makanan.
Saya suka semua ini.
Saya juga kenal rapat dengan cef.
Okey, si hebat.
Rumah asap kami dibina menurut tradisi Nordic.
Kami menggunakan daging lembu tenusu saja...
yang dituakan selama 152 hari untuk mengendurkan jalur protein.
-Ya. -Ya. Boleh kami masuk sekejap?
Saya pernah baca tentangnya.
Oh, ya? Boleh saya memeriksanya?
-Barbeku Korea. -Ya.
Cuma jangan sentuh daging. Dagingnya belum matang.
Apa yang berlaku jika awak hidangkan pada hari ke-153?
Adakah buruk akibatnya atau...
Saya rasa bakteria akan masuk...
ke aliran darah orang yang memakannya, merebak ke membran tulang belakang...
selepas itu, dia menjadi tak berupaya...
dan selepas itu mati.
Ya, buruk akibatnya.
Nasib baik kami pakar, bukan?
-Saya nak bekerja untuk dia. -Ya.
Hebatnya.
Di sinilah kami tinggal.
Apa? Kamu semua memang tinggal di sini?
Kami semua.
Kecuali cef.
Ya, baiklah...
Semangat berpasukan, ya?
Tak, En. Feldman.
Sebenarnya lebih daripada itu.
Di sini, kami ialah keluarga.
Setiap hari bermula pada pukul enam dengan lima jam kerja persediaan.
Kami menuai, menapai,
menyembelih, memerap,
mencairkan, membuat butir alginat,
dan kami adun.
-Mereka "adun"? -Ya.
Kami adun.
Makan malam biasanya selama 4 jam dan 25 minit.
Setiap hari berakhir pada pukul 2.00 pagi.
Ya, cara terbaik adalah kami tinggal di sini.
Kamu pernah rasa terlalu penat atau...
-"Terlalu penat"? -Ya, maaf.
Bosan melakukan perkara yang sama?
Cef mengamalkan standard tertinggi dan begitu juga kami.
Kami tak pernah penat kecuali dengan sengaja...
untuk membuat hidangan lazat.
Sekarang, siapa yang lapar?
Nanti ada makanan, bukan?
Makanan bot ke meja makan.
Elsa.
Maafkan saya.
Elsa, hai.
No comments yet. Be the first to leave one.