The first 200 lines.
Kalau kamu suka kisah tentang keluarga yang kekal bersatu
dan menyayangi satu sama lain dalam susah dan senang dan segalanya berakhir dengan gembira...
ini bukan filem untuk kamu, okey?
Ini bandar saya. Saya dah lihat semuanya.
Lihatlah mereka. Orang yang bosan jalani kehidupan yang membosankan.
Saya bukan menilai.
Yeah, saya menilai.
Saya dah merenung pada banyak tingkap, okey?
Saya dah lihat keluarga yang gembira, yang saling menyokong, yang aman damai. Ugh.
Tapi kisah yang terbaik sentiasa berada dalam tingkap yang tiada siapa pandang.
Tak, tengok bawah.
Itulah mereka. Tersembunyi.
Lagi satu, sayalah penceritanya.
Dan seekor kucing. Terima sajalah, yeah?
Kisah keluarga ini pelik, kamu tahu,
tersembunyi dari dunia moden dalam rumah lama mereka.
Saya akan tunjukkan sekitar. Paling seronok buru tikus di sini.
Bila saya kata "lama," maksud saya memang dah bergenerasi.
Satu legasi keluarga bagi tradisi, penciptaan, kreativiti dan keberanian.
Kehebatan mereka diperturunkan seperti kumis mereka yang menawan
dari generasi ke generasi ke generasi.
Sampailah yang satu ini.
- Saya sangat suka menjadi Willoughby dengan awak. - Oh, sayang. Saya sangat gembira!
Mari maju ke depan beberapa bulan,
waktu perkahwinan yang sempurna ini menghasilkan...
Kamu tahulah apa.
- Apa benda itu? - Aduhai.
Saya ayah kamu,
dan wanita cantik yang kamu dah hina dengan kelahiran kamu yang biadab ini adalah Mak.
Jika kamu perlukan kasih sayang, ayah merayu, cari di tempat lain. Terima kasih.
Oh, kamu ialah Tim,
dan kamu seorang Willoughby.
Semoga hari kamu baik.
mak ayahnya yang penyayang tiada lagi kasih sayang untuk Tim.
Apa yang mereka bagi padanya hanyalah nama dia.
Ooh!
Willoughby.
Oh. Willough...
...by.
Oh, dan adik-beradik.
Adik perempuan bernama Jane...
Mak ayah akan dengar awak!
...dan adik lelaki kembar, kedua-duanya bernama Barnaby. Mereka menyeramkan.
- Terima kasih, Barnaby. - Sama-sama, Barnaby.
Kenapa kita merenung dinding ini?
Kerana kita adalah Willoughby, Jane.
Okey, kisah Willoughby ini ganjil, okey?
Tapi bukannya teruk sangat. Sekurang-kurangnya mereka makan bersama seperti keluarga.
Bila saya kata "mereka", maksud saya mereka berdua.
- Awak suka pedas, bukan? - Oh, saya bukan saja suka...
Saya mencintainya.
Mereka cuma lupa untuk berkongsi dengan anak-anak mereka.
Saya rasa takkan ada sisa.
Tapi saya sangat lapar sampai nak makan lidah sendiri.
- Saya juga. - Saya juga.
Kami juga.
Apa kata kalau kita hias Barnaby macam makanan...
- Idea buruk. - Idea sangat teruk.
Tak, Jane.
Okey, jadi, apa kata saya pergi?
- Berhenti sebut "apa kata"! - Yeah.
Tak mahu "apa kata".
Saya tahu awak lapar, tapi Willoughby tak mengemis untuk makanan.
Kita tunggu.
Oh.
Boleh kami dapatkan makanan?
- Makanan? - Kami makan makanan hari ini.
Kamu makan makanan semalam.
Tapi kalian dah makan semua makanan semalam, semalam.
Jadi tiada makanan lagi tinggal untuk... Jane!
Huh? Nama saya Mak. Siapa Jane?
Kamu panggil Mak kamu dengan nama samaran dan kamu ingat kami akan bagi makanan?
- Tak, tak, tak. - Tak?
Maksud saya... Ya, Mak. Jangan!
Jangan?
Kamu tak boleh menyuruh-arah Mak kamu!
- Budak pentingkan diri. Kamu makan semuanya. - Tak, saya tak makan!
Oh, Kekanda, saya akan kebuluran.
Budak perempuan itu!
- Dia bawa budak kecil itu. - Mereka menyeramkan.
Hai, Mak.
Apa mereka buat di sini?
- Tiada apa. - Bye, Mak!
- Mereka, uh, nak pergi... - Lapar.
Anak-anak ini, selalu mahukan sesuatu.
- Kami tak apa-apa. Jane! - Barnaby mahu sehelai baju sejuk lagi.
- Satu dah cukup. - Kami mahu satu.
- Barnaby! - Awak mahu dua helai.
Berhenti bercakap.
- Lihatlah saya, saya gelisah. - Sangat takut.
- Saya takut sangat. - Rasa cemas.
- Saya tak boleh mengait! - Ini semua salah kamu!
Salah saya? Apa...
Nak, kamu bertekad mengganggu kami dengan keperluan keanak-anakan kamu.
Masuk ke dalam stor arang!
Semoga hari kamu baik.
Kasihan Timothy.
Itu tempat yang teruk untuk budak belum baligh dan berseluar pendek, bukan?
Kadang-kadang, saya harap saya bukan seorang Willoughby.
Kita pernah jadi hebat.
Kita adalah askar dan saintis, raja dan ahli falsafah,
penjelajah dan juruterbang, pelukis dan penyajak!
Kita mendaki gunung yang tak terdaki,
dan kita selalu makan bersama... di meja, macam sebuah keluarga,
di mana setiap Willoughby ada misai, termasuk kaum wanita.
Kita boleh jadi hebat lagi.
Tak...
Kita akan jadi.
Walaupun sukar, anak-anak Willoughby masih ada keazaman...
- Syabas, Barnaby. - Awak juga, Barnaby.
Bye-bye, kapal udara!
...imaginasi...
dan harapan.
- Senyap! - Saya tak boleh mengait!
Dia tak boleh mengait!
Saya akan bebas.
Kalau dia terlepas satu jahitan...
- Saya rasa nak pengsan! - Oh, Adinda sayang.
Ugh!
Terima sajalah hakikat. Keluarga Willoughby tak hebat,
dan nampaknya, mereka takkan jadi hebat.
Tanpa sedikit bantuan.
Mungkin ianya malam yang gelap dan beribut, mungkin saya dah lihat terlalu banyak keadaan,
tapi kisah ini menyentuh perasaan saya.
Saya tahu, pencerita tak sepatutnya terlibat, tapi cuma sedikit sentuhan saja.
Kucing yang muncul tepat pada masanya...
- Ada sesuatu di luar. - Semestinya ada sesuatu di luar.
- Jane. - Ada sesuatu di luar.
Itu bunyi meraung. Bunyi haiwan meraung.
Wow! Misteri betul. Macam kita berada dalam buku.
- Marilah, Barnaby. - Buku yang tak baik.
Buku yang menakutkan!
Shh! Mereka masih berjaga.
Menari, menarilah untuk kekandamu.
Haiwan jenis apa yang meraung macam itu?
Saya sangat takut. Korang takut, Barnaby? Sebab saya takut.
Mungkin kita tak patut...
Korang ingat lagi buku pasal haiwan dengan lukisannya itu
yang bergigi dan bercakar dan timbunan besar sisa tubuh kanak-kanak?
- Jangan. - Berhenti bercakap.
Ia ada banyak darah, iya tak, Barnaby?
- Darah itu tak baik. - Saya nak tengok sekejap
sama ada ia bahaya atau tidak.
Kalau ia bahaya, lari. Berlainan arah, lari bengkang-bengkok.
- Supaya ia hanya boleh makan satu antara awak. - Perasaan apa yang saya rasakan ini?
- Ketakutan. Ketakutan. - Semestinya ketakutan.
Ingat, si kembar, bengkang-bengkok.
Bengkang-bengkok. Bengkang-bengkok.
Ke belakang, Barnaby.
Saya tahu apa yang kamu fikirkan,
sebab saya fikirkan benda yang sama:
Apa yang ada dalam kotak itu?
Dan boleh kita kosongkannya supaya saya boleh duduk dalam itu?
Hai, haiwan. Saya Jane.
Saya harap awak haiwan yang baik sebab, um, kami baik.
Tolong jangan makan kami.
Kekanda, saya suka bau benang segar pada pagi ini.
Gah! Mak ayah dah bangun? Hina betul!
Menuai misai awak menghasilkan benang yang cantik.
Lakukannya!
- Mmm-hmm. - Ugh. Macam mana saya nak lepas ni?
Teruskan.
Saya mengait, awak cari nafkah. Mudah saja.
Adakah itu sentiasa...
Oh! Awak mahu Adinda untuk dapatkan benang, bukan?
Awak mesti nak. Awak suka baju sejuk itu.
Oh, cantiknya!
Duduk situ. Phew.
Huh?
Jane? Kembar?
Moyang Pakcik Edmund! Shh!
Mereka akan dengar awak.
Kita mesti senyap sementara Mak dan Ayah masih...
Tim!
Sini comel, comel, comel.
- Jane! Apa yang awak... - Di sana.
Tangkap ia.
- Tangkap! - Tangkap!
Awak bawa masuk rakun lagi?
Pfft. Tak.
Itu sesuatu!
Ia lebih kepada se atau suatu?
- Tangkap! - Apakah itu?
- Aw! - Seorang bayi!
- Jangan menghentak! - Mak tak boleh mengait!
Shh!
Mana awak dapat benda itu?
Kami jumpa dia di luar, dalam kotak. Dia seorang anak yatim.
- Bau macam yatim. - Nampak macam yatim.
Ada kotak macam anak yatim.
Kita akan membuangnya dengan segera.
Bagi saya benda itu!
- Tidak! - Bagi saya! Bagi saya!
Jane! Awak tahu mak ayah kita benci kanak-kanak,
dan bayi adalah kanak-kanak yang paling keanak-anakan!
Saya sayang dia dan tiada siapa akan rampas dia daripada saya.
- Barnaby, bawa pada saya. - Ya, Tim.
Hei! Barnaby, bagi balik anak yatim saya.
- Baik, Jane. - Barnaby, benda itu.
- Maaf, Tim. - Barnaby, anak yatim.
No comments yet. Be the first to leave one.