The first 135 lines.
PERSAMAAN
Empayar bukan musuh kamu.
Kami akan melayan semua planet dalam Gabungan Sistem Bebas dengan adil.
Perkara yang kami minta hanyalah kesetiaan kamu.
Namun perkara itu tidak berlaku di Raxus.
Saya tak boleh lalui semua ini.
Senator, ini saja pilihan awak.
Inikah pengakhirannya?
Saya mesti jadi boneka untuk Empayar?
Jika awak tak mematuhi permintaan mereka,
awak akan ditangkap seperti Senator yang lain, atau lebih teruk.
Untuk menangani peningkatan serangan,
perintah berkurung akan dilaksanakan untuk perlindungan kamu.
Langkah-langkah sebegitu diluluskan oleh Senator kamu, Avi Singh,
yang nak beri ucapan tentang kepentingan kerjasama
untuk kita bina galaksi yang bersatu.
Senator?
GS-8, jika ada apa-apa berlaku pada saya, ikut arahan saya.
Apa yang akan berlaku, Senator?
Senator?
Kepada semua rakyat, saya merayu kamu terima undang-undang baru ini.
Di bawah Empayar, Raxus akan berkembang sekali lagi.
Sebagai Senator kamu, saya janji...
Saya berjanji untuk...
Tidak.
Ini salah.
Memang tanggungjawab saya untuk mengutamakan kepentingan kamu.
Sebab itulah saya tak boleh lagi menerima pemerintahan yang tak adil ini.
Mereka mahu menakutkan kita
dan untuk mengancam kita
tapi kita tak boleh berasa takut dengan tindakan mereka.
Pergi.
Ke tepi. Jangan halang!
-Berundur. -Kami ada hak untuk berada di sini.
-Kamu yang menceroboh. -Jangan sentuh saya!
Saya sampaikan pesanan ini bagi pihak tuan saya, Senator Avi Singh dari Raxus.
Senator telah dibawa oleh pihak berkuasa Empayar dan dalam bahaya.
Kami perlukan bantuan awak.
Macam mana dengan Mantell Mix itu?
Lebih baik daripada sebelum ini.
Ya.
Jadi, bila misi kita seterusnya?
Dengan dua pemburu ganjaran mencari awak, lebih baik jangan menonjol.
Betul cakap Tech.
Terlalu ramai orang memburu kita sekarang.
Itu tak pernah menghalang kita sebelum ini.
Budak itu dah banyak bersusah payah.
Dia perlu berehat.
Dia nampak okey bagi saya.
Saya ada misi untuk kamu.
Penyusupan keluar di Raxus.
Raxus?
Bekas pusat kerajaan Pemisah.
Sejak itu ia menjadi titik pemeriksaan Empayar...
Saya tak berminat dengan pelajaran sejarah.
Awak ditugaskan untuk mencari dan membebaskan Senator Avi Singh.
Klien saya akan jumpa awak di koordinat untuk beri taklimat.
Butiran ada di sini. Pergi sekarang.
Bantu ahli Pemisah?
Jangan harap.
Hutang awak masih belum dibayar, ingat tak?
Kerja tetap kerja.
Saya tak akan bawa Omega ke planet yang dipenuhi orang Empayar.
Jadi, tinggalkan dia di sini dengan saya.
Saya akan perhatikan dia.
Saya pun tak percaya pada awak.
Bagus, jangan percaya.
Namun kalau saya dapat duit kerana menjaga budak itu,
ia berfaedah untuk saya, bukan?
-Kalau apa-apa jadi pada dia... -Baiklah.
Pergi saja dari sini, okey?
Sedia kalau awak sudah bersedia, sarjan.
Kali ini tak boleh, Omega.
Awak akan tinggal dengan Cid.
Namun misi ini.
Saya juga ahli skuad.
Jadi mengikut arahan tak sepatutnya menjadi masalah.
Duduk rapat dengan Cid dan jangan tinggalkan tempat ini. Faham?
Ya, tuan.
Hei, si kecil. Saya ada misi untuk awak.
Mula gosok.
Kami tak pernah ke Raxus sebelum ini.
Koordinat daripada Cid menghantar kita ke luar ibu kota Raxulon,
rumah Senat mereka.
Saya tak percaya kita akan tolong senator Pemisah.
Awak dah cakap
berulang kali.
Saya jangkakan kita akan sampai Raxus satu hari nanti.
Namun bukan begini.
Pengangkutan yang tak dikenali. Ini adalah ruang udara terlarang.
Hantar kod kebenaran anda.
Masukkan kod daripada klien Cid.
Hunter, klien itu seorang Pemisah.
Macam mana kita nak tahu ini bukan perangkap?
Anda boleh masuk. Teruskan.
Sekarang awak dah yakin?
Tidak.
Saya cuma menyatakan kod itu boleh digunakan.
Klien kita pihak Pemisah tak relevan.
Bagi saya relevan.
Lupakan tentang politik. Kita datang untuk buat kerja.
Saya sangat gembira mendengar awak cakap begitu.
Awak siapa?
Saya klien awak.
Kita bekerja untuk droid?
Betul.
Tuan saya, Senator Singh, telah ditahan kerana melawan ketidakadilan...
Kami tak peduli.
Bawa saja kami ke tempat Senator ditahan.
Baiklah. Saya suka awak.
Sila ikut saya.
Janganlah bersedih.
Awak merosakkan suasana di sini.
Maaf.
Baiklah, saya akan tanya.
Kenapa dengan awak?
Mereka masih belum hubungi saya.
Awak rasa mereka tak apa-apa?
Lebih baik mereka tak apa-apa, dengan bayaran kerja ini.
Saya patut ikut mereka dalam misi ini.
Ini tak adil.
Saya ada berita untuk awak.
Hidup ini tak adil.
Kalau awak tak suka? Jangan merajuk dan buat sesuatu.
Mungkin kalau awak berkemampuan,
mereka takkan tinggalkan awak di sini dengan saya.
Kamu berdua tengok apa?
Saya berkemampuanlah.
Dengar sini, saya beritahu mereka saya akan menjaga awak.
Untuk berapa banyak?
Tak cukup.
Kita dah sampai ke destinasi.
Ada enam pengawal luaran dan beberapa isyarat haba di dalam.
Empat di aras subterranean.
Kenapa saya rasa awak nak perangkap kami?
No comments yet. Be the first to leave one.