The first 200 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Awak sangka saya tak tahu sikap sebenar awak?
Awak berpura-pura ambil berat,
berpura-pura bersimpati,
tapi diam-diam awak tabur garam pada luka orang lain macam…
Maaf, Eun-pyo.
Saya…
Sekarang dah seri, bukan?
Eun-pyo.
Walaupun kita tak dapat pergi belajar bersama,
persahabatan kita tak berubah, bukan?
Tentulah.
Apa pun, tahniah sebab awak diterima belajar.
Terima kasih.
Berhenti menangis.
Kamu tak dapat ambil jurusan seni jika gagal ke sekolah seni?
Bukan begitu.
Belikan pemain CD untuk saya, mak.
Saya saja yang tiada pemain CD.
SEO JIN-HA
Eun-pyo!
Eun-pyo.
Awak tahu yang saya amat menyukai awak, bukan?
Eun-pyo.
Eun-pyo!
Saya amat menyukai awak.
Seronoknya.
EPISOD 3 FAJAR SEBELUM MATAHARI TERBIT
Apa awak buat di sini?
Saya ada satu permintaan.
Tolong bantu saya, Chun-hui.
Jika difikirkan semula, saya rasa saya agak angkuh.
Sebenarnya saya dah abaikan pelajaran anak-anak
sebab sibuk belajar.
Akhirnya…
anak-anak yang menanggung akibatnya.
Tapi saya tak tahu caranya.
Saya tak tahu nak mula dari mana atau apa saya perlu buat.
Itu…
permintaan yang agak janggal.
Saya minta maaf,
tapi awak perlu cari cara yang sesuai untuk anak.
Dengar nasihat takkan selesaikan apa-apa.
Nasihat ringkas saya
mungkin boleh memudaratkan anak-anak awak.
Ya.
Betul juga.
Di sini.
KELAS TAMBAHAN MATEMATIK KELAS PEMAHAMAN BACAAN
Apa ini? Susah.
Susah?
Ya.
- Silakan masuk, puan. - Ya.
Tunggu di sini.
PENILAIAN DIAGNOSTIK
Maaf.
Bukankah soalan ini untuk pelajar tahun 4?
Maaf, tapi di sini
pelajar biasanya diuji dengan soalan dua tahun ke hadapan.
Jika tak buat begini, kami tak boleh bahagikan tahap mereka.
Maksudnya…
akademi cuma
terima pelajar lanjutan.
Jadi bagaimana dengan pelajar tahun semasa?
Hampir tiada ibu bapa yang abaikan pelajaran anak-anak di sini,
jadi soalan begini tak susah bagi pelajar tahun satu di sini.
Seperti yang tertera, tiada kelas bagi tahun semasa di sini.
Maaf, tapi rasanya lebih baik puan tanya akademi lain.
Kami cuma ada kelas lanjutan,
sebab hampir tiada pelajar bagi tahun semasa di sini.
Kami minta maaf.
Ya.
AKADEMI BAHASA INGGERIS
Dong-seok, jom.
Ya, puan.
Kami ada kurikulum lanjutan sekolah menengah.
Ya, baiklah.
Mari sini.
Mari!
Hei, kenapa tak boleh fokus?
Min-u berjaya, kenapa kamu gagal?
Kenapa kamu menangis? Berhenti menangis.
Pandang sini.
Okey.
Pandang depan.
Okey, bagus.
Di Eropah, paradigma berubah pesat bagi wanita
menerajui kesihatan dan pencegahan kehamilan.
Kita cuma baca prosesnya terlebih dahulu dan segera sediakannya.
Saya dengar awak yang mengusulkan cadangan bernas ini.
Bagaimana awak boleh dapat idea itu?
Sebenarnya, saya amat akrab dengan kakak saya.
Kami terkejut sebab awak tiba-tiba hubungi syarikat penerbitan kami.
Saya harap saya tak hubungi awak ketika awak sibuk.
Bukan begitu.
Kami sudah berbesar hati sebab awak hubungi kami.
Tapi ada sebab istimewa yang buat awak tiba-tiba nak terbitkan sebuah buku?
Entahlah. Jika saya cakap untuk sampaikan fakta kepada anak saya,
adakah itu terlalu abstrak?
Tidak.
Jadi awak perlukan penulis siluman?
Ya.
Jika dia boleh berbahasa Perancis,
itu lebih baik.
Dong-seok, hari ini agak memenatkan, bukan?
Dong-seok, ini nampak macam apa?
Sayur.
Yakah?
Bawang.
Lobak.
Cendawan. Bawang putih?
Jika begini?
Ada yang lebih mengagumkan.
Hebatnya!
Biar betul?
Anak mak dah tak merajuk?
Maaf sebab hari ini amat memenatkan.
Nak makan apa hari ini? Apa kata makan bulgogi kesukaan kamu?
Saya juga nak sosej.
Baiklah. Jom.
Tak boleh. Satu saja.
Betulkah? Dong-seok?
Betul.
Ada gosip tersebar dia ada dalam senarai hitam bagi kelas 3 tahun 1.
Saya dengar guru kelasnya diugut agar tak letakkan dia di kelas yang sama.
Kenapa begitu?
Yalah. Tapi dia memang agak mengganggu ketika pemantauan tempoh hari.
Tapi kenapa dia tak suruh anaknya belajar?
Sedangkan dia profesor.
Orang begitu biasanya tak faham realiti.
Biasalah, profesor dan teori tanpa amalan mereka.
Aduhai, jadi kenapa dia berpindah ke sini?
Betul. Bukan apa.
Orang berpindah ke sini
sebab ini zon belajar yang baik tanpa fikirkan anak. Itu juga masalah.
Yun-ju.
Saya tahu agak susah bagi awak sebab awak saudaranya,
tapi jika boleh, kurangkan bergaul dengannya.
Dulu, kita nampak anaknya menari tak senonoh, bukan?
Anaknya terlalu terdedah dengan media.
Menjatuhkan maruah.
Aduhai.
Awak nak makan semuanya?
- Saya tak habis beli lagi. - Ini masin sangat.
- Terima kasih. - Terima kasih.
Jom.
Dong-seok.
Boleh kamu lihat permainan di sini dulu sekejap?
- Okey. - Ya.
Tak selalu pun. Awak patut beli sekarang…
Eun-pyo, awak datang membeli barang dapur?
Siapa lagi dalam senarai hitam itu?
Apa?
Siapa pelajar di kategori A+?
Siapa pelajar kategori A++?
Nampaknya anak-anak juga dibahagikan mengikut kategori.
Saya tak faham maksud awak.
Tapi bagaimana anak-anak yang masih kecil
boleh dibahagikan mengikut kategori?
Mungkin awak salah faham.
Kamu semua ada anak sendiri, jadi kamu tak patut mengata
anak orang lain sesuka hati.
Awak tak tahu itu amat menyakitkan hati?
Eun-pyo, kami…
tak bermaksud begitu.
Saya tak faham apa maksudnya.
Nanti saya telefon awak.
Apa awak buat?
Saya akan pindahkan Dong-seok ke sekolah lain.
Saya tahu awak rasa ini tak masuk akal.
Tapi saya tak boleh besarkan anak saya di dalam persekitaran yang tak betul ini.
Ada sekolah alternatif yang saya dah lama berminat.
Eun-yeong hantar anaknya ke sana.
Saya nak tengok-tengok sekolah itu.
Di mana?
Gapyeong.
Saya bagaimana?
Awak memang jarang balik rumah.
Awak boleh sewa bilik berhampiran balai polis dan balik
seminggu sekali saja.
Eun-pyo.
Awak nak buat begitu sebab awak malu.
Kejiranan atasan di mana-mana pun ada persaingan sengit.
Tapi kita tak boleh terus melarikan diri.
Setiap kali berjalan di kejiranan ini…
orang akan mengata Dong-seok.
Awak nak saya suruh anak kita bersabar dengan semua itu?
Apa maksud awak?
Mereka kata…
Mereka kata…
dia disenaraihitamkan dan tiada siapa mahu sekelas dengannya.
Kenapa anak kita perlu terima layanan begitu?
AKADEMI PENULISAN JANG AKADEMI BAHASA PRIL
LAPORAN EKSPERIMEN SAINS YOON MIN-JI
Murid-murid, mari kita lihat sama ada bakteria yang kita kultur
seminggu lalu membiak dengan baik
dan perhatikan di bawah mikroskop.
Ya.
Okey.
Ini bakteria daripada stoking busuk Yu-bin.
No comments yet. Be the first to leave one.