Release info

갯마을 차차차-Hometown-Cha-Cha-Cha-E13-NEXT-NF
A Commentary by Anangkaswandi

Tags

other
Published on: 2021-10-09
Downloads: 24
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Okey. Rasanya dah hampir siap.

EPISOD 13

Aduhai.

Adakah benda yang nampak macam rambut hantu ini rumpai laut?

Kenapa rumpai laut begitu besar?

Saya tak sangka ia akan kembang begini.

Kalau nak makan sup rumpai laut,

beli sajalah.

Jangan cuba masak apa-apa dengan tangan kayu awak itu.

Saya pun fikir begitu.

Tapi hari ini hari jadi Ketua Hong.

Ini hari jadi pertamanya sejak kami bercinta.

Saya patut tunjukkan keikhlasan begini.

- Awak nak rasa? - Tak nak.

Saya masak dengan sedap.

Tak nak.

- Tentu sedap. - Tak nak.

- Saya ikut resipinya. - Tak naklah.

Kenapa?

Rasanya seperti yang awak sangka. Rasalah.

- Tak nak. - Tentu rasanya sedap.

Tak nak. Saya tak nak!

Ketua Hong!

Ketua Hong!

Makanlah.

Awak dah sampai?

- Selamat datang! - Dr. Yoon!

- Selamat datang! - Hai!

- Doktor! - Marilah!

- Marilah. Mari duduk di sini. - Duduklah.

Saya sedang buat.

Ya, mari duduk.

Okey.

Apa ini? Bila mereka semua datang?

Ini acara tahunan.

Saya tak paksa, tapi setiap tahun mereka buat begini.

Aduhai.

Suk-ja, tolong ambil japchae banyak-banyak.

Okey. Saya perlu ambil secukupnya.

Sangat sedap.

Saya akan hidangkan sup rumpai laut.

- Nak berapa mangkuk? - Sekejap.

Dua, empat, enam… Tiga belas mangkuk.

Nam-suk, awak perlu kira diri awak juga.

Masuk saya, 14 oranglah.

Bila Yeong-guk akan datang?

Entah. Dia matikan telefonnya.

Aduhai.

- Selamat hari jadi - Cara sebutan ayah teruk.

- Itu sama seperti penutur asal. - Mengarut.

Eh? Semua dah ada?

Biar betul?

- Selamat hari jadi - Selamat hari jadi

- Selamat hari jadi - Selamat hari jadi

- Selamat hari jadi, Ketua Hong - Selamat hari jadi, Ketua Hong

- Selamat hari jadi - Selamat hari jadi

Memalukan saja. Kamu semua tak perlu buat semua ini.

Hari jadi awak cuma setahun sekali, tentulah perlu sambut.

- Ya. - Tiuplah.

- Ya. - Cepat tiup.

Terima kasih.

Awak perlu potong kek juga.

- Pisau ada di sini. - Hei.

- Dr. Yoon, potong bersama. - Saya?

- Ya. Mari ke sini. - Doktor, cepatlah!

- Okey. - Gam-ri, mereka memang secocok.

- Betul tak? - Yalah. Mereka nampak macam dah bertunang

- apabila berdiri bersama begitu. - Bertunang?

Nenek merepek lagi.

Kita juga pernah begitu ketika majlis perkahwinan.

Awak masih ingat kek tiga tingkat itu?

Apa? Ya, sedap.

- Aduhai. - Saya tak tahu nak cakap apa.

Awak memang…

Potonglah kek itu.

- Aduhai. - Tahniah.

Terima kasih.

Terima kasih, semua.

Terima kasih.

Awak pegang apa?

Ini sup rumpai laut yang saya masak.

Tapi awak dah makan.

Awak masak sendiri?

Ya.

Berikan kepada saya. Saya nak tengok.

- Kenapa? - Saya perlu makan sikit.

Sup ini bagus untuk kesihatan.

- Biar saya rasa. - Tak. Tak apa kalau tak makan.

Mana boleh.

Okey.

Boleh tahan.

Macam mana? Sedap?

Sedap.

Bagusnya.

Masin.

Sangat masin.

Baunya pun masin.

Itu memang teruk.

Betulkah sedap?

Ya, sedap.

Lihatlah. Saya boleh buat kalau berusaha.

Saya nak rasa sedikit.

Tak boleh. Semua ini milik saya.

- Biar saya rasa sedikit. - Tak boleh. Saya akan habiskan.

Begitu sedap?

Tak boleh. Ini sup saya. Awak tak boleh minta semula.

- Saya nak rasa saja. - Tak boleh. Ini sup saya.

Saya nak rasa sebab saya yang masak.

- Tapi awak dah beri. - Biarlah saya rasa.

- Awak tak boleh buruk siku. - Biarlah.

- Kenapa? - Saya Yoon Hye-jin!

Tak boleh. Saya tak benarkan sebab awak dah beri kepada saya.

Tapi saya yang masak.

- Tak boleh. Sup ini sangat sedap. - Kedekut!

Okey!

Aduhai, mari makan tembikai sebagai pencuci mulut.

Tembikai sedap.

Okey. Macam mana cara potong yang terbaik?

- Sedapnya. - Nanti!

Alamak, saya ada janji temu penting. Saya terlupa dan berada di sini.

Saya perlu balik sekarang.

- Tapi tembikai… - Yalah.

Ju-ri.

- Kamu tinggalkan ia begitu saja? - Ya. Bukan…

- Benda itu. - Bukankah awak

- nak kenalkan DOS kepada mak cik? - Tertinggal apa? Tapi…

- Kenapa baru cakap? - Mak cik dah belanja awak.

Saya pun nak balik.

- Apa? - Saya dah mengantuk, dah tak boleh duduk.

- Aduh. Sebab duduk terlalu lama, - Aduhai.

punggung saya sakit. Saya balik dulu.

- Aduh, kaki saya. - Ketua Hong, kami pergi dulu.

Selamat jalan.

Saya pun nak balik.

- Apa? - Saya nak semak kerja sekolah I-jun. Jom.

- Ya, silakan. Selamat jalan. - Saya pun nak balik.

- Selamat jalan. - Bo-ra. Cepat makan. Jom balik.

- Bangun cepat. - Kenapa semua dah nak balik?

Kita belum minum.

Saya nak minum dulu sebelum balik. Minuman itu nampak mahal.

Tolong peka sedikit.

Ya, baiklah.

Jom. Bo-ra, jom.

Bo-ra mengantuk.

- Selamat tinggal. - Ya.

- Selamat jalan. - Cepat.

- Selamat tinggal. - Selamat jalan.

- Selamat tinggal! - Selamat jalan!

Ya!

Mereka pergi sebab kita, bukan?

Mereka memang tak pandai berlakon.

Kenapa mereka begitu ketara?

Yalah. Lakonan mereka kaku.

Kaku?

- Sayang. - Ya.

Boleh jalan perlahan-lahan?

Kita perlu cepat agar cepat sampai dan boleh berehat.

Saya tak larat berjalan sebab badan saya berat.

Awak tak nampak saya galas Bo-ra? Saya pun penat.

- Sayang. - Ya.

Apa kata kita minta Pn. Yeo jaga Bo-ra pada hari cuti nanti

dan pergi berjanji temu?

- Janji temu? - Ya.

Kita akan lebih sibuk selepas bayi kita lahir.

Kita tak banyak luangkan masa bersama.

Berjalan begini pun awak dah cakap penat. Awak nak ke mana?

Mari balik berehat. Bayi kita dah hampir lahir.

- Okey? - Ya.

Okey.

Akhirnya, tinggal kita berdua.

Ketua Hong, selamat hari jadi.

Selamat hari jadi.

Terima kasih.

Jadi apa kata kita minum ini?

- Saya ambil gelas. - Okey.

Tentu sedap.

Saya tak pernah nampak alkohol ini.

Saya baru buat untuk beri kepada awak.

Nak beri kepada saya?

Ini hari jadi awak, bolehkah saya terima?

Jangan terlalu teruja, awak perlu tunggu setahun.

Begitu lama?

Awak perlu bersabar, barulah ia terasa lebih manis.

Tunggu sebentar.

- Apa? - Memandangkan ini untuk saya,

saya perlu sahkah ia hak milik saya.

YOON HYE-JIN

Kalau lihat baik-baik, awak berego tinggi.

Saya tak nafikannya.

Kita boleh minum

- pada hari jadi tahun depan, bukan? - Ya.

Musim panas, luruh dan sejuk berlalu,

kemudian musim bunga dan musim panas semula.

Setahun akan datang,

apa akan berlaku?

Sudah tentulah…

minuman itu dah matang.

Saya akan tuang.

Betul.

Ya.

More Malay subtitles for Hometown Cha-Cha-Cha

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left