The first 200 lines.
Berdasarkan kisah benar.
1987 Daerah Monroe, Alabama
Baik, mari potong dan angkut.
Selamat malam, tuan.
Tuan nak tengok lesen saya?
Tak apa.
Cantik trak awak.
Terima kasih.
Mesti rim tayar itu mahal.
- Awak kerja dengan siapa? - Tidak, tuan.
Saya tak kerja dengan sesiapa. Saya ada perniagaan pulpa sendiri.
Saya tebang pokok di kawasan ini.
Jadi awak tiada bos?
Seronoknya.
Awak boleh pergi ke mana-mana...
pada bila-bila masa dengan trak ini.
Itu pun kalau isteri saya benarkan.
Ya.
Saya dengar itu tak menghalang awak sebelum ini.
Bukan begitu, Johnny D?
Awak nak larikan diri?
Tak, tuan. Saya takkan buat...
Selepas apa yang awak buat, saya akan cari alasan...
untuk selesaikan hal ini sekarang juga.
Saya tak buat salah. Saya rasa tuan dah silap orang.
Tuan keliru antara saya dengan orang lain.
Saya tak salah orang.
Saya tak bersalah.
Tuan dah salah orang.
Saya tak buat apa-apa salah.
Ramai mengetahui Monroeville sebagai bandar yang aman...
di mana Harper Lee menulis To Kill a Mockingbird.
Tahun lalu, karya itu dicemari dengan jenayah kejam.
Pada 1 November...
Ronda Morrison, 18 tahun, ditemui mati di Jackson Cleaners.
Morrison telah dicekik dan ditembak oleh Walter McMillian...
yang dikenali sebagai Johnny D.
McMillian disabitkan oleh juri dengan penjara seumur hidup.
Tapi Hakim Robert E. Lee Key menolak keputusan mereka...
dan menjatuhkan hukuman mati ke atas McMillian.
Kami berjanji pada penduduk yang kami akan cari dia dan berjaya.
Kalau sesiapa buat jenayah sebegini di kawasan jagaan saya...
dia kena terima akibatnya.
McMillian menunggu hukumannya dijalankan...
di Pusat Tahanan Holman.
Penduduk di sini kini berasa tenang...
mengetahui bahawa hari ini, keadilan sudah ditegakkan.
Terima kasih.
Jackson, Georgia
Awak ada sejam.
Hai, En. Davis. Saya Bryan.
Henry.
Suruhanjaya Pertahanan Banduan Selatan...
hantar saya ke sini untuk beritahu awak...
yang mereka belum ada peguam untuk awak buat masa ini.
Tapi akan ada nanti.
Awak bukan peguam?
Tak, saya masih belum tamat belajar. Saya cuma pelatih.
Jadi awak tiada maklumat untuk kes saya?
Saya cuma kena beritahu awak...
yang awak takkan dijatuhkan hukuman mati pada tahun depan.
Boleh cakap sekali lagi?
Hukuman mati takkan dijatuhkan sepanjang tahun depan?
Itulah berita terbaik saya dengar setelah sekian lama.
Saya tak mahu isteri atau anak-anak saya...
datang melawat kalau tarikh penggantungan dah ditetapkan.
Sekarang, mereka dah boleh datang melawat.
Terima kasih.
Terima kasih.
Betul, ibu saya paksa saya sertai koir gereja waktu saya empat tahun.
Saya jadi bariton utama sampai habis sekolah.
Saya main piano di gereja saya sampai saya besar.
AME? Tuhan itu adil.
Sentiasa.
Budak koir AME berbual di penjara. Ibu saya pasti tak sangka.
- Memang tak sangka. - Awak belajar di kolej mana?
Saya belajar di Harvard.
Biar betul? Awak belajar di Harvard?
Itu kolej orang kulit putih. Kenapa awak jadi pelatih di sini?
Saya ke kolej guaman sebab nak tolong orang.
Cuma saya belum jumpa cara terbaik untuk lakukannya.
Menjadi pelatih berikan pengalaman terbaik buat saya.
Uruskan tahanan penjara maut adalah pengalaman terbaik awak?
Awak kena pergi berseronok di luar.
Lawatan sepatutnya dah selesai dua jam yang lalu.
- Maaf, saya tak sedar. - Lain kali, tengok jam.
Hei!
- Tenang, dia tak buat apa-apa. - Tutup mulut awak.
Tak apa, Bryan.
Jangan risaukan saya. Awak datanglah lagi nanti.
Aku meniti jalan nan tinggi.
Harapan baru buatku setiap hari.
Masih berdoa saatku kesempitan.
Tuhan, bantu aku dekat dengan-Mu.
Dua tahun kemudian Daerah Sussex, Delaware
Ibu masih marahkan awak?
Marah sebab apa?
Mungkin sebab tolak tawaran kerja dan jadi miskin di Alabama.
Howie beritahu dia, cari nahas di Mobile tak membantu.
- Apa? - Saya kata hal itu tujuh tahun lalu.
Ya, macamlah itu boleh jadikannya lebih baik.
Kamu sepatutnya bantu saya.
Ayah, macam mana?
Baru tambah minyak.
Tapi kamu kena periksa lagi apabila dah sampai sana nanti.
- Okey, terima kasih. - Kamu dah cakap dengan ibu kamu?
Apa salah daun itu kepada ibu?
Ibu tak nak ucap selamat jalan kepada anak ibu?
Ibu tahu kamu dah ada ijazah dan kamu fikir kamu dah besar...
tapi kamu tetap anak ibu.
Ibu yang kena uruskan upacara pengebumian kamu...
kalau kamu dibunuh nanti.
- Tak mungkinlah, ibu. - Kamu fikir ini hal main-main?
Kalau kamu tak tahu betapa bahayanya kerja kamu...
kamu kena minta Harvard pulangkan semula wang yuran kamu.
Dulu kamu lebih bijak daripada ini.
Kali pertama saya melawat banduan yang akan dihukum mati...
saya tak terfikir akan jumpa banduan sebaya saya.
Membesar dengan muzik yang sama, kawasan kejiranan sama macam kita.
Saya boleh jadi macam dia, ibu.
Saya tak mahu tinggal jauh daripada ibu.
Saya sayang ibu.
Tapi ibu selalu ajar saya untuk perjuangkan mereka...
yang perlukan bantuan.
Ibu bangga dengan kamu.
Ibu tahu kamu ada niat yang baik.
Tapi ia tak semudah itu.
Kerja kamu ini akan buat ramai orang marah.
Kamu kena hati-hati.
Baiklah.
Saya janji.
Begitulah.
Selamat Datang ke Alabama
Gereja Christ
Bar betul?
Kita dah ada perjanjian nak sewa tempat ini selama dua tahun.
Awak kata awak setuju.
Itu sebelum saya tahu apa awak nak buat di sini.
Kami nak berikan orang miskin...
hak perlembagaan mereka untuk dapatkan rundingan, Bill.
Boleh terangkan kepada anak saya, apa salahnya buat begitu?
- Eva, ada apa? - Bryan, mujurlah.
Ini pengarah eksekutif di organisasi kami.
Dia baru sampai sini...
dan mahu pindah ke pejabat yang awak janjikan.
- Awak kata awak pengarahnya. - Pengarah Operasi.
Awak buat imej saya teruk di depan bos saya sekarang.
Dia kata awak peguam.
Tapi saya tak tahu...
awak peguam untuk banduan hukuman mati.
Kami berikan khidmat guaman untuk mereka yang perlu bantuan.
Mereka kena cari bantuan di tempat lain.
Saya tak mahu orang begitu di tempat ini.
Bukan semua banduan di situ berhak dipenjarakan.
Jaga diri.
Tak guna betul. Saya benar-benar minta maaf.
Ini tak sepatutnya berlaku.
Saya akan cari pejabat kita. Saya dah janji dengan awak.
Saya cuma perlu ubah taktik.
Tak apa, kita boleh kerja di mana-mana tempat.
Ya, Kris cuma perlu bersihkan mainan di ruang tamunya.
- Bukan begitu, Kris? - Ya?
Saya akan fikir dulu.
- Maafkan sebab guna kata kesat. - Tak apa.
Dia memang tak guna.
Saya pelajar jurusan psikologi...
yang mengkaji tentang hukuman mati...
waktu kali pertama saya jumpa banduan hukuman mati, Wayne Ritter.
Dia dah kawannya rompak sebuah kedai pajak gadai di Mobile.
Kawan dia tembak pemilik kedai, mereka berdua dihukum mati.
Dia punca awak masuk bidang ini?
Peguam dia setuju untuk dia dikenakan hukuman mati.
Peguamnya fikir dia berhak mati.
Ramai banduan hukuman mati...
mempunyai peguam yang teruk atau tiada peguam langsung.
Jadi saya hubungi semua firma guaman dalam Yellow Pages ...
untuk cari sesiapa saja yang boleh membantu.
Saya ditolak 20 kali dalam sehari.
Dia agak tertekan.
Saya dah hampir putus asa...
waktu menerima panggilan daripada peguam lulusan Harvard...
mengatakan dia baru lulus ujian undang-undang Alabama...
dan dapat dana kerajaan untuk tubuhkan pusat guaman...
bagi banduan hukuman mati.
Saya terus setuju sebelum awak tawarkan kerja itu.
Sebelum awak tahu saya tak mampu bayar awak.
Apa?
Ya, Doug belum tahu bahagian itu.
- Maaf, sayang. - Kamu tak apa-apa?
Kamu nampak letih.
Okey, mari berus gigi. Kami minta diri dulu.
Saya akan siapkan sofa untuk awak tidur, Bryan.
Saya tak sabar nak lihat hasil kerja awak.
Saya juga.
Pusat Tahanan Holman
Saya sepatutnya ada dalam buku log.
Saya ada janji temu dengan enam klien hari ini.
Saya tak pernah nampak awak.
Sebab saya baru pindah ke sini.
Betulkah awak peguam?
No comments yet. Be the first to leave one.