The first 200 lines.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Aku rasakan Semua akan berubah
Tak, aku takkan sama
Dan seminggu lagi Aku rasakan
Semua membawa aku ke sini Dan dengan cara itu
Jadi, kami takkan lupa Jika kamu dengar
Kamu dengarkan jua Muzik ini
Ia memanggil kamu
Kuatkan suaranya Dengarkanlah
Biarkan ia menjadi lagu Dari hati terserlah di wajah
Rasakan cinta Selami cinta
Di sini tempat untukmu Di sini kamu bermula
Sementara masih muda Ambillah peluang ini
Ayuh! Mari cipta memori
Aku dapat rasakan
Gelombang yang memecah Aku mahu pancarkan keseronokan
Ya, kita akan berseronok
Aku dapat rasakan Bintang yang akan berkelip
Seperti api di langit Menerangi malam
Menerangi malam
Kuatkan suaranya Dengarkanlah
Biarkan ia menjadi lagu Dari hati terserlah di wajah
Rasakan cinta Selami cinta
Di sini tempatnya Di sini kamu bermula
Sementara masih muda Ambillah peluang ini
Ayuh!
Kuatkan suaranya Dengarkanlah
Biarkan ia menjadi lagu Dari hati terserlah di wajah
Rasakan cinta Selami cinta
Di sini tempatnya Di sini kau bermula
Sementara masih muda Hiduplah dengan bebas!
Ayuh! Mari cipta memori
Hei! Berhenti!
Berhenti!
Ia cuma kereta bodoh!
Kamu cuma memburukkan keadaan.
Jangan bergerak! Berhenti!
Berhenti!
Cepat! Bersandar di dinding.
Letak tangan di belakang. Begitu.
- Adakah kemungkinan ini cuma amaran? - Mungkin tidak.
Mari! Kita pergi.
KHIDMAT KELUARGA DAN KANAK-KANAK
Will.
Kamu curi kereta polis.
Enam tahun. Tujuh sekolah.
Dua puluh dua rumah.
Itu menjadi rekod yang tak dibanggakan.
Sukar untuk tak anggap ia pencapaian.
Saya gembira kamu rasa ia lucu.
Kali ini serius, Will.
Saya tiada pilihan. Saya tahan kamu di penjara negeri.
Pusat juvenil?
Mark, janganlah!
- Saya faham ia sukar. - Saya akan berubah.
Kamu bijak.
- Berbakat. - Saya akan berubah.
Sungguh!
- Pasti ada cara lain! - Tak ada.
Maafkan saya, Will. Pusat juvenil itu pilihan terakhir.
Saya tahu keadaan sukar sejak ibu bapa kamu tiada,
tapi kamu
anak yang baik.
Saya cuma harap
kamu akan lebih cepat sedar sebelum terlambat.
Mark, Kristin nak jumpa.
Tunggu di sini.
Saya akan kembali.
- Kristin, apa khabar? - Baik saja. Terima kasih.
Kristin.
Satu, dua, tiga, buat hajat!
Kamu bertuah hari ini.
Berita baik.
Ini Kristin.
Dia salah seorang ibu bapa angkat dan anaknya.
Saya George.
- Hai. - Selamat berkenalan.
- Awak juga. - Will, saya dah bincang bersama Mark.
Kami teruja jika kamu nak bersama kami.
Ke mana?
Kamu akan ke kem musim panas.
Mark, saya tak suka kem.
Baiklah, kita ke pusat juvenil.
Maaf, terima kasih mencuba.
- Pusat juvenil? - George, dia tak mahu pergi.
Tak, sekejap.
- Kem musim panas seronok juga. - Awak pasti suka.
Kamu akan suka.
Saya sangat teruja. Awak main gitar. Kita gegarkan malam bakat.
Boleh berenang di tasik, zipline .
Pasti hebat. Saya tunjukkan selok-belok.
Pagi ini bermula seperti biasa
Memikirkan segala yang berlegar di kepala Semua yang aku lakukan hari ini
Sekali lagi cuba lakukan yang terbaik Berbanding sebelum ini
Ayuh!
Aku buka Bible Dan membaca tentang diriku
- Awak juga. - Saya?
Katanya, aku akan jadi banduan Dan rahmat Tuhan membebaskanku
Ada sesuatu di dalamnya Bersinar seperti cahaya terang
Ada halangan di depanku
Dan aku terdengar seseorang berkata "Ayuh pergi!"
Sediakan tungganganmu Ada denai untuk kita lalui
Di bawah langit biru yang cerah Dalam rahmat Tuhan
Kita bersama pemimpin kita Menuju kejayaan yang belum pasti
Kejayaan yang tak pasti Inilah kehidupan yang takkan sama
Inilah pengembaraan yang hebat!
Peliknya!
Ia pasti hebat!
Ayuh kita bersedia Untuk meredah kehidupanmu
- Tidak. - Cepat!
Kita tinggalkan rasa sedih Dalam debu berterbangan
Kita terokai ufuk baharu Untuk kita jelajahi
Inilah tujuan kita dicipta
Sediakan tungganganmu
Ada denai untuk kita lalui
Di bawah langit biru yang cerah Dalam rahmat Tuhan
Kita bersama pemimpin kita Menuju kejayaan yang belum pasti
Ini kehidupan yang takkan sama
Inilah pengembaraan yang hebat!
Hai.
Hai.
Saya…
Um…
Avery.
Selamat berkenalan, Um Avery.
- Saya… - Minggu berkumpulan!
Kita akan lakukan dengan baik tahun ini!
Kita lakukan dengan baik!
Sudah tentu.
Will! Di sini awak rupanya.
Jadi, nama awak Will?
Ya, ini Avery, Sean dan
geng Sean, ini Will.
Budak baharu! Selamat berkenalan.
Untuk awak juga.
Bagaimana kamu berdua kenal?
Will ialah…
Kami keluarga. Sepupu. Saya dari Philadelphia, cuti musim panas.
Ya.
Keluarga.
Awak asal mana?
Saya baru balik dari Artik, bantu selamatkan ikan paus narwhal.
- Ikan paus narwhal? - Ya.
Saya tak sangka ia wujud. Saya sangka ia seperti unikorn.
Unikorn hebat di lautan.
Saya cuma jalankan tugas.
- Tahun depan awak ikut. - Apa?
- Apa? - Awak nak bawa dia?
- Saya tak cakap pun. - Baiklah.
Kita mendaki gunung yang tinggi
Kita lalui lembah mendatar
Dalam setiap perjalanan, kita temui
Suatu perjalanan hebat Yang dirasai hati
Kasih sayang Tuhan membawa kita Melangkaui impian bebas kita
Ya.
Itu yang saya buat.
Wah! Dia memang begitu?
Dia memang begitu. Apa-apa pun…
Sediakan tungganganmu Ada denai untuk kita lalui
Di bawah langit biru yang cerah Dalam rahmat Tuhan
Rahmat Tuhan
Kita bersama pemimpin kita Menuju kejayaan yang belum pasti
Kejayaan belum pasti Inilah kehidupan yang takkan sama
Inilah pengembaraan yang hebat!
Hai, George.
- Jom pergi! - Awak tak beritahu saya ini kem gereja.
- Hei, David. - Hei!
Minggu akhir musim panas. Awak dah sedia?
Lima ratus peratus. Suasana dan perasaan akan berubah.
Ya! Jadi, apa yang awak rancang untuk tribunal?
Ia mengujakan. Dua perkataan.
Braveheart!
Sebenarnya, itu satu perkataan.
Tengok, ini
fail Will Hawkins.
- Ya. - Khidmat Sosial dah catat semuanya.
Apa ini?
Biar betul?
Dia cuba jual sekolah tingginya di laman Craiglist?
- Budak itu dapat tiga tawaran. - Okey.
Adakah dia orang yang saya perlu risaukan?
Saya teringat ada seorang budak nakal sebelum ini.
Ya, ketika kepala saya masih berambut.
Sabar, Fabio. Kita okey saja.
George akan tunjuk selok-belok. Sebenarnya bagus.
- Awak letak dia di… - Ya, kabin yang betul.
- Ya… - Ia…
- Ya. - Ya.
- Begitulah. - Begitulah.
Citarasanya hebat!
Itu istilah sesuai.
Helo, kawan lama.
Awak pilih kabin ini?
Ya, siapa yang tak mahu?
Saya percaya tandas akan tersumbat,
tiada penyaman udara dan labah-labah.
Labah-labah?
Rasanya ia belum muncul.
Oh ya, kenapa cakap begitu tadi?
Kenapa mengaku sepupu saya?
No comments yet. Be the first to leave one.