The first 200 lines.
New York
New York
Terjemahan : ZITAS
Hello. - Hi.
- Awak apa khabar? - Saya sihat.
- Ada tak? - Tiada.
Awak ada lagi buku Jersey?
Saya baru jual naskah terakhir. Maaf.
Okay, nanti kami datang lagi.
Apa? Ini semua salah awak.
Saya nak buat pesanan awal, awak kata tak perlu. Tengok apa jadi?
Kalau kita buat pesanan atas talian, lagi dua hari baru dapat.
Dah lama saya tunggu buku itu.
Dunia belum kiamat lah.
- Hello. - Berhenti merungut.
Maafkan saya. Hi.
Saya rasa awak cari buku ini kan.
Ada kami tanya awak kah? Apa awak buat? Mengintip kami?
Tunggu dulu.
Dia ini ayah saya.
Saya akan rasa gembira kalau awak baca kisah dia.
Ambillah.
Semoga hari awak ceria.
Tahniah. Buku awak laris sekali disini.
Dan semuanya habis terjual.
Terima kasih. Semua rangkaian berita siarkan berita ini.
- Dan BCCI akan telefon awak. - BCCI?
Iya. Saya nak beritahu dulu berita baik ini sebelum mereka.
Mereka nak buat majlis perhargaan untuknya di Hyderabad Sabtu ini.
Awak semua kena datang.
Kami pasti akan datang. Terima kasih. Terima kasih banyak.
Baiklah. Jumpa lagi nanti.
- Iya. Bye. - Bye.
Betulkah dia ini bapa awak?
2 kali triple century.
7 kali double century.
36 kali dapat 100 larian.
78 kali dapat 50 larian.
Pemukul terbaik zamannya. Bapa saya. Arjun.
- Sarah, mak saya. - Arjun!
Terlalu gilakan bapa saya.
Saya cinta awak!
Ayah.
Ayah.
Oh tuhan! Pagi-pagi dah buat hal.
Saya ada kerja shif pukul 8.
Bagilah saya tidur dengan aman lagi sejam.
Nani, jangan buat bising.
Ayah!
Tahu tak hari Jumaat ini hari apa?
- Hari Jumaatlah. - Itu bukan maksud saya, ayah.
- Tarikh dia. - 10hb Julai.
Hari jadi anak ayah.
Ayah!
Walaupun saya banyak buat larian..
...jurulatih lantik Vishal jadi ketua pasukan untuk kelab kami.
- Betulkah? - Betul, ayah.
Dia ada jersi India.
Semua ahli pasukan sokong dia.
Dia pakai tiap kali ada perlawanan dan menunjuk-nunjuk..
Ayah dengar tak?
Kalau saya ada jersi India, tentu saya jadi ketua pasukan.
Ayah!
Nani!
Fokus pada perlawanan.
Lupa apa orang lain pakai dan main dengan baik.
Ketua pasukan bukannya pemain terbaik.
Dia hanya memimpin pasukan untuk bermain dengan baik.
Jurulatih awak tahu siapa pemain terbaik dia. Faham tak?
Pergi. Masa untuk berlatih.
Cepat sikit. Awak kena berlatih dan pergi ke sekolah.
Kita kena singgah kedai sukan nanti...
..untuk beli hadiah hari jadi.
Ayah nak belikan saya jersi kah?
Kalau ayah letak tangan ayah dikepala saya dan katakannya. Ia dikira janji.
Saya dah silang jari saya.
Ayah tak boleh mungkir janji sekarang.
Baik pukulan.
Teruskan, Nandu!
Dia main dengan baik kan?
Teman lelaki saya.
Teruskan, Nandu! Terbaik! Satu lagi empat mata.
Hey! Berhenti memekak.
Awak jerit lagi saya tak benarkan awak masuk sini lagi.
Dia ingat dia itu siapa?
Dia patut jadi pengawal bukannya jurulatih.
Badan teman lelaki awak tak seimbang.
Dia lebih condong ke kanan.
Dia akan keluar sebab balingan 'leg spin'.
Teruskan. Awak boleh buat.
Balingan 'leg spin'?
Mulut puaka awak.
Awak baru cakap dan ianya terjadi.
Habislah. Kami mungkin tak tengok wayang hari ini.
Mood dia mungkin tak baik.
Mari.
Cara awak berdiri tak seimbang.
Kalau awak condong ke kanan...
..awak akan terkeluar dengan balingan 'leg spin'.
Siapa yang beritahu awak?
Saya tahulah.
Mari pergi.
Hello, juara.
- Awak apa khabar? - Tuan.
Saya tahu saya tak capai semua itu...
..tapi awak selalu panggil saya juara..
Tak boleh disangkal lagi.
Awaklah batsman kita yang terbaik dalam kelab kriket ini.
Awak sepatutnya terpilih ke pasukan kebangsaan...
Hentikan tuan. Nanti ada orang dengar.
Biarlah mereka dengar.
Awak rekodkan 1 triple century dan 3 double centuries..
..dalam 1st class kriket. 28 centuries, 65 half centuries...
Okay, mari pergi.
Apa khabar isteri awak?
Dia sihat.
Dia baik orangnya. Sebab itu awak jatuh hati padanya.
Hello, tuan.
- Awak bawa barang itu? - Bawa, tuan.
Pengawal ada kunci.
Suruh dia simpan barang dalam stor.
Baik, tuan.
Jelajah New Zealand dan India tak lama lagi.
Sebelum Kejohanan One Day dengan India..
...ada perlawanan amal dengan kelab di Hyderabad.
Saya yang akan uruskan.
Awak dapat 5 larian sixes dalam perlawanan Air India kan?
Kenapa awak suka cakap benda yang sama?
Sejauh mana kita pergi, kita akan balik rumah juga suatu hari nanti.
Samalah juga dengan ini.
Tapi dah 10 tahun saya kosongkan 'rumah' itu, tuan.
Awak tak kosongkannya, Arjun. Awak larikan diri darinya.
Dengar sini. Kelab perlukan penolong jurulatih.
Awak akan gembira buat apa yang awak suka buat.
Dah 10 tahun saya berhenti main kriket. Saya tak nak terlibat lagi.
Saya tak nak berkerja sebagai penolong jurulatih di tempat yang sama.
Fikirkan dulu. Saya kenal awak.
Awak jadi orang lain bila masuk padang.
Kali terakhir saya nampak awak dengan wajah bengis..
...sewaktu awak dalam padang sebesar 66 kaki dengan kayu pemukul 3 kaki.
Awak datang lambat.
Kalau awak cepat, mungkin dah selesai.
Betul itu. Semestinya.
Tahniah, awak terpilih.
Terima kasih. Terima kasih sangat.
- Terima kasih, tuan. - Baiklah.
- Semoga berjaya. - Terima kasih sangat.
Tahniah. Saya dah cakapkan.
Kalau ada duit, awak mungkin terpilih.
Semalaman sahaja keputusan berubah.
Dalam kertas, nama awak yang terpilih...
..tapi mereka cakap tersalah cetak nama.
Tiada siapa yang perasan.
Awak dah gila kah?
Sebelum ini pun awak tak terpilih.
Perlukah awak bertindak begitu?
Apa yang awak fikirkan?
Bukan mudah untuk dapat tempat dalam pasukan India.
Awak kena hadapi banyak rintangan.
Umur saya 26 tahun, tuan. Saya ada kelurga sekarang.
Saya ada dapat tawaran kerja kerajaan.
Mungkin masa saya dah sampai. Saya tak nak bazirkan setahun lagi masa saya.
Kalau berulang lagi tahun depan?
Cuba lagi tahun berikutnya.
Jangan cakap awak nak mengalah.
Biarkan saya, tuan.
Arjun! Arjun!
Arjun!
Kenapa berdiri disini tiap hari?
Ayah senyum dalam gambar itu. Ayah nampak kacak.
Kita nak pergi kedai sukan kan?
Pergi tengok kayu pemukul. Ayah belikan sebagai hadiah.
- Okay ayah. - Apa khabar, Arjun?
Macamana dengan latihan Nani?
Baru balik dari padang latihan kan?
- Jersi India... - Saya ada yang original.
Edisi terhad. Tengah laku.
- Berapa harganya? - Rs 500.
Hari jadi Nani lagi dua hari. Saya nak belikan untuk dia.
Saya tak cukup duit.
Kalau awak boleh bagi saya bayar hujung bulan, saya ambil sekarang.
Dengar sini, Arjun. Saya bayar sewa sebulan Rs 10,0000.
Pinjaman bank Rs 5,000.
Lepas itu gaji pekerja dan lain-lain...
...semuanya dekat Rs 20,000 sebulan.
Kalau awak ditempat saya, awak boleh buat tak?
Awak pemain yang hebat, Arjun. Saya hormatkan awak.
Sebab itu saya tolak dengan baik.
Ayah, dapat jersi itu?
Nani, saiz awak tak sampai lagi.
Lagi dua hari baru sampai. Nanti ayah bawakan.
Poster ini hadiah hari jadi awak dari saya.
- Terima kasih. - Semoga dirahmati tuhan.
Terima kasih.
Mari pergi.
Ambil ini.
Awak mari sini.
Kenapa tiap hari nak kena ingatkan untuk berdoa?
Mari.
- Nani, cepat. - Pergi, pergi, pergi.
No comments yet. Be the first to leave one.