The first 200 lines.
Bapa Kebangsaan kita, Mahatma Gandhi bukan sahaja 'Satyagrahi' pertama...
...tetapi juga 'aktivis bersih' yang pertama.
Walaupun sudah 100 tahun semenjak pemerintahan Chaparan Satyagraha...
...kita masih tak dapat hapuskan nama negara kita yang tercemar itu.
Tapi sekarang, di bawah pemerintahan Perdana Menteri Narendra Modi...
...impian India yang bersih oleh Gandhi akan menjadi realiti...
...pada ulangtahun kelahirannya yang ke 150, iaitu 2 Oktober, 2019.
Ini adalah usaha kecil kami untuk menyokong kempennya.
Salam hormat kami untuk Gandhi.
Diubah secara manual dari Bahasa Inggeris. -Pokmat Dragon- .
Sekali dia nak, tak boleh buat apa lagi. Tak boleh menolak.
Habis kenapa kau tak nak?
Aku bukannya Farah Khan. Dia dah ada tiga anak.
Tapi yang ni, nak lagi...
Kalau kau suka sangat, kenapa tak nak tambah lagi?
Tak payah. Sekarang ni pun aku dah macam Ninja Hattori.
Oh ya, Chulni. Macamana lutut mak mertua kau?
Dah ok. Sebab tu dia makin menggila sekarang ni.
Mak mertua aku pula tertumpah manik.
Sehari suntuk aku cari di sekeliling mesin jahit dia.
Cakap pasal mesin, aku dengar suami Neelam dah macam mesin.
Apa yang kau bagi suami kau makan? - Cakaplah.
Dia tak berhenti senyum. Cakaplah. - Bagitahulah kami.
Suami kita baru sekejap dah letih macam baru lepas panjat gunung.
Cakaplah. Mana kau dapat herba ajaib begitu?
Cakaplah.
Wah... mana kau buat ni?
Bulan lepas dia bawa aku ke Delhi atas urusan kerja.
Kita pun kena buat juga ni.
Biasanya lepas dah beranak suami lupa terus pasal kita.
Siapa tu?
Dia sengaja suluh lampu pada kita.
Betul tu. - Tak guna.
Hei puan, boleh saya lalu?
Kalau saya kenyit mata nanti puan marah pula.
Kenyitlah mata tu. Tak guna.
- Jaya... - Padan muka dia.
- Bye. - Bye.
Oh Tuhan! Oh Tuhan!
Tak ada siapa boleh perlahankan suara TV tu ke?
Tak ada gunanya...
Kakka... bukan lebih jelas pun tengok begitu.
Nak, ayah boleh nampak lebih jelas.
Ayah dah naikkan powernya. - Ya ke? - Ya.
- Kakka, bagi saya tengok. - Tak boleh.
Sekali saja... sekali... - Ayah kata...
Lagi-lagi tengok itu.
Vidya, kamu dah ganggu tumpuan kami.
Babak begini... menyegarkan kami.
Jagdish, anakku... kenapa kamu tukar siaran?
Kenapa tukar siaran? - Ya, kenapa?
Kalau dia boleh tengok depan menantu, awak pun boleh tengok depan anak gadis awak.
Dia tengok di telefon, dia di komputer.
Dan ayah tengok di TV.
Kan senang kalau kita tengok sama-sama.
Kan? Lupakan pasal malu. - Dengar Sunny...
Maksud ayah... apa nama dia? - Vidya.
Dengar Vidya, mungkin fikiran ayah kotor.
Tapi hati ayah suci. Dan negara yang paling beragama...
...dan penuh adat di dunia adalah yang paling tinggi populasinya.
Kakka, saya tiada sumbangan untuk semua tu. Saya hanya ada seorang anak.
Dan dia terlalu dimanjakan sehingga sekarang masih belum habis belajar.
Awak tak nampak ke ijazah Jepun kakka tu? - Ya.
Biasalah tu cucu ikut kemahiran dia.
Entah apa bagusnya ijazah Jepun ni dalam agrikultur.
Tiada siapa tahu apa yang dia belajar.
Dan awak tahu tak.. - ...awak dah rosakkan anak kita.
Saya? - Hentikan semua ni!
Kamu tak malu ke?
Nampak tak, Sunny?
Bukan kamu..
Harijadi dia ke hari ni?
Mesti awak cantik bila pakai baju pengantin nanti.
Awak pun mesti kacak pakai sut tu.
Keshav, kenapa awak selalu main ibu jari saya?
Tak tahulah, sayang. Itu saja had yang saya mampu buat.
Tak terbayang kita akan kahwin pada hari sama tapi dengan orang lain.
Naru telefon. Nah.
Ya, cakaplah. - Radhe-Radhe, abang.
5 minit lagi tiba waktu bertuah. Abang nak berperang ke?
Keluarga pengantin dah tunggu.
Diamlah. Macamlah aku ni nak kahwin dengan Mallika Sherawat.
Tak kisahlah. Setidaknya nama dia sama.
Dengar, kad kahwin dah edar, tetamu dah tiba dan semua dah sedia.
Tapi, mana abang?
- Naru. - Ya.
Keshav ke tu?
Bagitahu dia, kalau kita terlepas hari bertuah ni,...
...hari bertuah seterusnya akan muncul 36 tahun lagi. Bagitahu dia.
Abang dengar, kan?
Bagitahu dia, abang tengah nak putus cinta ni. Ambil masa sikit.
Jadi... apa rancangan awak pada malam pertama nanti?
Awak pula macamana? Jangan lupa minum susu ikut masa.
Tak payah...
Isteri kesayangan awak akan bagi awak susu segarnya.
Saya pula akan hantar keju kotej saya pada awak.
Awak tersipu saya sebut keju kotej.
Macamana agaknya kalau saya sebut krim?
Jadi, inilah pengakhiran cinta kita.
Sekarang pergilah kahwin.
Kalaulah awak berani cakap dengan ayah awak...
...supaya awak boleh kahwin dengan saya,...
Bukannya dengan Mallika tu.
Tak kisahlah... kita berdua dah puas berseronok pun.
Kita dah banyak luang masa bersama, kan?
Dengar... kita tetap akan jumpa walau dah kahwin nanti, kan?
Lepas kahwin... tak boleh! Saya ada polisi ketat.
Jangan buat onar dengan TV atau isteri orang.
Nanti dapat sakit.
Oh kekasihku yang berprinsip.
Nanti awak letak gambar kahwin awak di Facebook tak?
Saya akan letak, kakak...
Sudahlah. Pergilah kahwin dengan minah susu tu.
Abang, ayah dah marah sangat tu.
Suruh ayah duduk dalam bunga daisi di bilik abang.
Mood abang macam tak baik hari ni.
Tapi yang menakjubkan, abang bagi mereka lesen memandu, tapi...
...lepas tu mereka tukar pasangan.
Kau tahu, kalau abang jumpa gadis idaman...
...hidup Panditji akan huru-hara. - Di sini bolehlah abang cakap.
Sebab depan ayah abang tak boleh kata apa-apa.
Jom, abang. Masa untuk bersiap.
Kak Mallika dah panggil abang.
"Mallika sudah dewasa..."
"...seperti susu segar."
Kau tahu, Manglik. Tiada siapa boleh bantu dia. Hanya kerbau ini harapan terakhir.
Baguslah. Akhirnya ada harapan untuk Keshav berkahwin.
Kalau jumpa gadis yang ada dua ibu jari kiri, barulah dia nak kahwin.
- Ya ke? - Ya...
Semoga dirahmati.
Inilah perubahan hidup. Dari Mallika si kerbau kepada Mallika si kakak ipar.
Naru!
- Naru. - Ya.
Mana kamu ni, si lembab? - Saya datang, ayah.
Ada semut ke dalam seluar sampai tergaru-garu begitu?
Barang masih belum sampai.
Tapi ayah, kami dah buat tempahan untuk rantai basikal.
Saya dan abang akan naik tren untuk beli tiub basikal.
Akaun semua berserabut.
Mustahil akaun berserabut kalau dalam jagaan abang Keshav, ayah.
Ya ke? Mana abang kamu?
Seronok berbulan madu?
Bagitahu dia. - Ya, ayah.
Ayah nak duduk di kedai,...
...Chandu cuti, dan kamu berdua kena masak.
Okey ayah...
Tapi ayah...
- Radhe-Radhe, abang. - Radhe-Radhe.
Masak roti ke?
Abang tahu tak, saya tak boleh tengok abang susah begini.
Nak saya panggilkan kakak ipar? Dia boleh masakkan roti untuk abang.
Kau nak kenakan abang, kan?
Kakak ipar kau tu dah selesaikan separuh masalah dalam carta lahir abang.
Sekarang abang ada 50% peluang untuk kahwin.
Nanti abang bawa balik isteri yang cantik dan bijak macam abang.
Roti pun abang masak untuk dia. Masa tu kau akan cemburu.
Tak payah fikir jauh sangat. Abang dah lupa ke syarat kedua ayah?
Mana abang nak cari gadis dua ibu jari? Dia turun dari langit ke?
Dengar nasihat saya, abang. Abang tak payah berharap sangat.
Nanti abang juga kecewa.
Anak kawan abang dah bersekolah sekarang.
Dan si Kabir Bedi tu dah 4 kali kahwin. Tapi abang satu pun tak dapat.
Ini sudah takdir abang. Abang akan mati bujang...
Inilah masalahnya. Tak bolehkah kita bercakap secara privasi?
Kenapa kakak ipar suka masuk campur?
Pakcik, tepi sikit. - Ya, nak.
Semua orang halang laluan. Aku cuma nak ke tandas sekejap.
Aku pun.
Kenapa?
Bagilah saya buang air dengan aman, puan.
Manusia jijik... kenapa mereka tak kunci pintu?
Lelaki tak fikir ke kenapa kita kena kunci pintu?
Macam budak-budak.
- Langsung tak malu. - Betul...
Mereka dah tahu pintu tertutup, tapi masih juga tak mahu ketuk.
Bukankah biadap namanya, Naru?
Dia ingat tu pintu rumah dia ke kita kena ketuk?
Mestilah tak, itu taman...
...yang awak boleh berjalan-jalan sesuka hati.
Hei cik abang, cakap dengan saya.
Boleh?
Apa awak tenung tu? Saya bercakap dengan awak ni.
Hei, cik abang...
Panggil saya biadap, jangan panggil saya abang.
Tengoklah umur awak. Awak nak ajar anak awak semua ni?
Macamana saya nak ada anak? Saya masih bujang.
Begitu... patutlah.
Patutlah dia nampak sangat terdesak.
Tepi.
Saya kata tepi.
Tangan pun tak basuh.
Dia dah hina abang depan-depan.
Tak apa, Naru.
Silap abang juga, biarlah abang yang tanggung.
Baiknya.
Saya dah basuh tangan.
Awak ni gila ke?
Dia percikkan air dalam mata aku.
Orang gila.
"Semoga tiada siapa baling batu pada kekasih ku.."
No comments yet. Be the first to leave one.