Release info

All About My Romancee E12 130515 HDTV H264 720p-KOR-HANrel
A Commentary by Dazai

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2019-04-07
Downloads: 21
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Macam mana kalau orang lain mendapati yang hanya kita berdua saja yang tiada?

Kenapa? Awak berasa terganggu dengannya?

Taklah. Keadaan ini agak mencabar juga.

Macam mana ni?

Awak tak boleh terkena selsema.

Saya...

sekarang sedang mencuba sedaya upaya

untuk menahan diri saya daripada naik gila.

Tapi kalau saya mendapat tahu yang seseorang menipu saya,

saya akan naik gila.

Bukan setakat naik gila biasa.

Malah saya akan naik gila sepenuhnya tanpa had.

Malah saya akan naik gila sepenuhnya tanpa had.

Aku akan naik gila.

Saya fikir saya ini tiada jantina.

Bukan seorang wanita mahupun seorang lelaki.

Tapi sekadar seorang ahli politik.

Tapi...

saya ialah seorang wanita dan saya gembira menjadi seorang wanita.

Kenapa, pakcik?

Tiada apa-apa.

Nampaknya kamu sangat gemar mempelajari bahasa Inggeris.

Ya, ia menyeronokkan.

Awak tak sejuk?

Saya terasa hangat.

Tapi,

kenapa awak begitu membenci hujan?

Ada lebih daripada satu sebab.

Walaupun keadaan sekarang sudah lebih baik,

tapi dulu, jalan raya akan dipenuhi dengan cacing setiap kali hujan turun.

Disebabkan saya sangat membenci cacing,

saya akan berjalan terjengket-jengket.

Sekiranya saya memakai pakaian baru ketika hari hujan,

ada saja pemandu tidak berhemah yang lalu dan akan memercikkan lumpur kepada saya.

Kaki seluar dan kasut saya akan basah kuyup dan kulit saya akan terasa lembap.

Segala penat-lelah untuk mengeringkan dan menggayakan rambut saya

menjadi sia-sia saja disebabkan udara yang lembap.

Dan...

kakak saya meninggal dunia pada hari hujan.

Ia berlaku...

pada hari hujan?

Ia berlaku pada hari hujan.

Maafkan saya.

Kenapa pula awak meminta maaf?

Bukannya awak yang menyebabkan ia terjadi.

Saya tidak sepatutnya bertanyakan tentang hal ini.

Ia hanya membuatkan awak berasa sedih.

Ia satu kemalangan, bukan?

Dalam berita--

Ya, kemalangan jalan raya biasa.

Tapi--

Tapi?

Hujan sudah berhenti.

Betul tu.

Apa kata kita pergi?

Marilah kita pergi.

Masih ada masa lagi sebelum kita bertolak balik. Nak pergi bermain sekejap?

Tak mengapakah?

Kenapa tidak?

Rasanya tak boleh.

Mesti boleh.

Apa ni? Rupa saya seperti itu, kah?

Gambar awak lebih cantik daripada yang sebenar.

Apa tu?

Lukisan Picasso?

Macam mana awak boleh melukis saya seperti itu?

Apa-apa sajalah.

Mari kita melukisnya semula.

Gambar yang lebih cantik daripada ini?

Wah! Betul-betul serupa, kan?

- Selamat pagi. - Selamat pagi.

Kenapa awak merenung tajam terhadap saya, Wakil Rakyat No?

Kenapa awak merenung tajam terhadap saya, Wakil Rakyat No?

Jumpa di Seoul nanti, Min Yeong.

Wakil Rakyat No.

Semoga awak sampai dengan selamat.

Kita jumpa lagi di Seoul.

Ya, begitulah nampaknya.

Seonbae, beratlah.

Apa?

Apa?

Kenapa ni, Wakil Rakyat Go?

Tiada apa-apa.

Oppa Jun Ha.

Seronokkah lawatan ke sana?

Ia menyeronokkan.

Saya ada sesuatu untuk oppa.

Bukanlah barang mahal pun.

Tapi ia barangan buatan tempatan khas di sana.

Saya akan tolong mengutipnya.

Awak boleh berikannya kepada saya lain kali saja.

Saya takkan lupa untuk menuntutnya daripada awak.

Baiklah kalau begitu.

Awak kelihatan gembira.

Pergilah berehat.

Oppa.

Boleh saya bertanya apa yang sedang berlaku?

Saya ada buat salah, kah?

Kalau ada, saya berharap oppa boleh memberitahu saya.

Melihat awak sebegitu gembira...

saya tak boleh nak cakap apa-apa pun.

Maksud saya adalah baguslah kerana awak gembira.

Mengenai kesalahan yang awak lakukan,

ada terlalu banyak untuk disebutkan satu persatu sekarang.

Nantilah baru saya akan menyebutkannya satu persatu.

Pakcik...

apabila mendapat tahu yang nenek akan datang, pakcik terus nak melarikan diri.

Kenapa?

Disebabkan pakcik tidak bersikap baik semasa sesi pertemuan jodoh tempoh hari,

jadi nenek sangat marah.

Begitukah ceritanya?

Ini untuk Bo Ri.

Seseorang bernama Myeong Ran mengatakan

yang makcik tertinggal sesuatu dan dia akan meletakkannya di depan pintu pagar.

Kan makcik dah cakap jangan membuka telefon bimbit makcik?

Pembantu Song.

Kau tak dengarkah aku memanggil kau?

Bukankah kau sepatutnya menoleh ke belakang?

Aku tak menoleh untuk kebaikan kau juga.

Kerana aku selalu terasa nak menumbuk kau sebaik saja melihat muka kau.

Nak pergi minum?

Kau tak faham bahasa, kah?

Melihat kau akan menaikkan tekanan darah aku dan menjadikan aku sangat tertekan.

Aku tidak dapat mengawal diri sendiri.

Janganlah begitu kebudak-budakan.

Apa kata kita berdua berbincang baik-baik?

Walaupun aku melepaskan kau pada kali pertama,

tapi tak mungkin aku berbuat begitu pada kali kedua!

Apa ini?

Atas alasan apa kau bertindak begini?

Tiada apa-apa alasan.

Hei! Budak-budak, cepat hentikannya.

Apa yang kamu berdua buat bergaduh di tempat awam?

Apa ini? Kamu berdua orang dewasa rupanya.

Apa kamu berdua buat sedangkan kamu sudah cukup dewasa?

Dia ialah seorang wakil rakyat.

Dia ialah seorang peguam.

Terima kasihlah.

Kau dah habis melepaskan geram?

Manalah cukup setakat itu saja.

Kau dah tahu, bukan?

Terima kasih kerana berpura-pura tidak tahu di hadapan No Min Yeong.

Berpura-pura tidak tahu tak bermakna aku akan terus saja menutup sebelah mata.

Aku cuma masih sedang memikirkan apakah yang patut aku lakukan.

Tak perlulah kau nak memikirkan apa-apa. Lapangkan dada kau dan terima sajalah kenyataan ini.

Aku memang terlalu memikirkannya pun.

Aku tak mahu mengelirukan atau menyebabkan Min Yeong sedih memandangkan dia menganggap aku sebagai ahli keluarganya.

Macam mana dengan Bo Ri? Makcik pula?

Aku terlalu risau akan hal ini, dan aku terus-terusan memikirkannya...

dan akhirnya aku tewas pada kau yang langsung tidak memikirkan apa-apa pun.

Song Jun Ha dan No Min Yeong, mereka berdua... setahu saya ialah cinta pertama masing-masing.

Saya berasa sedih melihat keadaan mereka yang sebegini sekarang.

Apa pandang-pandang? Alihkan pandangan kau ke tempat lain.

Apapun, aku akan membiarkan dulu hal ini buat sementara waktu sehingga aku dapat memikirkan sesuatu.

Tapi seandainya ada apa-apa berlaku disebabkan kau...

aku pasti takkan melepaskan kau.

Yalah, yalah. Ini bukan kali pertama aku mendengar ugutan seperti itu daripada kau.

Baliklah.

Kau ni!

Tangan aku memang automatik akan berbuat begitu terhadap kau.

Permohonan untuk membina sekolah antarabangsa di daerah Na Gwon?

Ya. Isu ini sudah senyap buat seketika tapi sekarang ia telah ditimbulkan kembali.

Keluarkan kenyataan media untuk menentangnya...

manakala saya akan bercakap sendiri dengan Kementerian Pendidikan dan majlis perbandaran.

Ya, saya akan melakukannya.

Apa berlaku kepada muka kamu?

Tolong jangan bertanyakan hal peribadi saya.

Baiklah, kerja yang bagus. Saya akan menelitinya nanti.

Tuan tidak perlu berbuat begitu.

Sama ada tuan menelitinya ataupun tidak, tuan tetap takkan mengambil apa-apa tindakan mengenainya.

Kenapa kamu berfikiran begitu?

Kerana memang itupun matlamat asal tuan.

Mengumpulkan kesemua orang muda yang tidak tahu apa-apa dan tiada hala tuju...

dan membiarkan mereka meluahkan segala yang terbuku supaya hati mereka akan lebih tenang.

Saya sudah tahu inilah matlamat tuan semasa melakukan semua ini.

Kalau begitu, kenapa tidak kamu mendedahkan hasil perjumpaan ini kepada pihak media?

Dengan itu, imej parti akan menjadi lebih baik dan kelihatan seperti lebih terbuka kepada orang-orang muda.

Mengenai perubahan yang disebut-sebut itu...

ada banyak orang di luar sana yang tiada masa untuk mengambil tahu bagaimanakah perkembangannya sama ada ia terlaksana ataupun tidak setakat ini.

Memang betullah otak kamu itu bergeliga.

Kan?

Itu bermakna segala apa yang telah kamu lakukan ini langsung tidak bermakna.

Ya, jadi sebab itulah...

saya sedang memikirkan bagaimana untuk menjadikan tindakan tidak bermakna ini kepada sesuatu yang lebih bermakna.

Tapi sejujurnya, saya masih lagi belum bertemu jawapannya.

Pendek kata sebenarnya,

kalaulah kamu mendengar cakap aku, aku boleh memberikan kamu kuasa dan kekuatan untuk membuat perubahan.

Tapi saya merasakan yang kuasa itu adalah amat membebankan.

Semakin banyak kuasa, semakin banyaklah tanggungjawab. Tuan tidak tahukah?

Kata-kata ini sangat terkenal.

Siapa yang mengatakannya?

Pakcik Spiderman.

Saya minta diri.

Gim Su Yeong, kenapa dengan muka awak?

Kenapa dengan muka awak?

Kalau ya pun, apakah kaitannya semua ini dengan awak?

Saya bukannya nak mengambil berat tentang awak. Saya cuma berasa seronok kerana awak telah dipukul.

Sudah tentu awak bercakap perkara bukan-bukan lagi. Sebab itulah awak dipukul, betul tak?

Dengar sini. Semua ini berlaku disebabkan awak.

Awak kata semua ini berlaku disebabkan saya?

All About My Romance (Nae Yeonaeui Modeun Geot / 내 연애의 모든것) subtitles in other languages

More Malay subtitles for All About My Romance (Nae Yeonaeui Modeun Geot / 내 연애의 모든것)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left