The first 200 lines.
Saya akan sahkan semula masa dan lokasi.
Tunggu panggilan saya.
Ya, pakai tali leher biru.
Kementerian Luar Negeri Norway, Oslo
Disember 1992
Baitulmuqaddis
Helo?
Dia akan sampai tengah hari nanti.
Baik, sayang.
Dengar sini. Perjumpaan ini adalah tak rasmi.
Saya faham. Jangan risau.
Jangan sebut pun kementerian saya.
Sayang?
Percayalah kepada saya.
Saya nak tengok dokumen.
Dua tahun rundingan multinasional antara kami dan Palestin...
tak capai apa-apa pun.
Kenapa? Kerana kerajaan kami...
tak mahu berunding secara langsung dengan PLO.
Mereka tak dibenarkan hadir.
Tapi setiap hari...
Ahmed Qurie, menteri kewangan PLO di London...
berada di bilik hotel seberang jalan dari lokasi rundingan...
mengajar delegasi Palestin apa yang mereka perlu cakap.
Kami sedang menuju ke jurang.
Di Eropah, mereka panggil kami Nazi.
Di Eropah.
Setiap hari, semakin banyak kecaman yang kami terima...
tapi apa yang kami buat hanya duduk di meja rundingan.
Sebab awak terperangkap dalam proses...
gagal untuk saling mempercayai.
Tapi...
dengan bantuan saya, kepakaran saya...
itu semua boleh diubah.
Awak bersama bahagian mana dalam kerajaan Norway, En. Huntson?
Larson. Panggil saya Terje.
Tidak, saya cuma rakyat biasa.
Saya mengetuai Institut Fafo.
Sebuah organisasi pemikir.
Kenapa saya perlu terima tawaran awak?
Sebab awak perlukannya.
Sebab hanya dengan model rundingan saya...
dapat membantu awak.
Awak dan Palestin...
menggunakan model rundingan yang dah lapuk.
Bentangkan semua isu perbalahan.
Dedahkan semua pihak. Cara itu bahaya.
Proses itu formal, kaku...
dan hasilnya akan gagal.
Tapi ini apa yang Amerika mahu kami buat.
Jadi buatlah, tapi pada masa yang sama...
mulakan proses kedua.
Yang dibina bukan di atas pengumuman megah antara negara...
tapi perbincangan rapat antara rakyat...
yang diadakan di tempat terasing...
100 peratus terasing.
Tempat yang awak dan PLO boleh bertemu bersendirian...
dan berbincang.
Saya boleh selia proses ini dan aturkan tempatnya.
Saya jamin ia dijalankan secara sulit.
Seorang pegawai Israel bercakap dengan PLO adalah salah.
Ya.
Tapi kalau bukan pegawai...
Orang yang awak dan Peres boleh pilih.
Yang awak boleh perkenalkan kepada...
Ya, itulah yang saya fikirkan.
Nak teh?
Berapa lama awak pernah bertugas di Timur Tengah?
Dua tahun.
Awak baru saja pulang?
Ya.
Terima kasih.
Saya gembira kita dapat bertemu, En. Qurie.
Saya gembira...
tugas kita membawa kita ke London pada masa yang sama.
Awak berada di sini kerana tugas...
tapi saya berada di sini kerana saya dungu.
Menteri Kewangan Pertubuhan Pembebasan Palestin
Di hotel itu...
mereka sedang merundingkan masa depan Palestin.
Tapi saya, sebagai menteri kewangan PLO...
saya dihalang!
Diharamkan!
Dilarang hadir ke meja rundingan...
yang akan menentukan masa depan ekonomi rakyat saya.
En. Qurie, awak tak perlu berhujah kepada saya.
Sudah tentu.
Awak di pihak kami.
Di pihak mereka juga.
Saya sangat bertuah kerana orang yang bijak menasihati saya.
Maaf, saya tak tahu bahasa Arab.
Tapi awak mengaku...
awak memahami wilayah saya dan rakyat saya...
sedangkan sebenarnya...
pemahaman awak sangat cetek.
Mungkin benar...
tapi saya faham yang tindakan Pengerusi Arafat...
menyokong Saddam Hussein dalam Perang Teluk...
telah menyebabkan sekutu-sekutu Arab awak marah...
sehingga mereka halau 90,000 orang pekerja Palestin...
dan akibatnya, rakyat awak mengalami masalah ekonomi yang teruk...
dan PLO disisihkan dan dibuang ke Tunis...
sampaikan bil elektrik pun tak mampu bayar.
Saya juga faham...
tanpa sokongan tambahan daripada kerajaan saya...
organisasi awak akan semakin hampir kepada kehancuran.
En. Qurie...
cakaplah berapa yang awak perlukan dan saya akan cuba bantu.
Tapi saya nak awak buat satu perkara.
Bukan untuk saya, untuk awak.
Ada seorang lelaki dihantar untuk bertemu awak di London hari ini...
kalau awak sudi jumpa.
Okey. Di sini.
Saya datang bukan mewakili kerajaan.
- Dia tahu, bukan? - Ya. Dia tahu.
En. Larsen, orang Israel berjumpa PLO adalah melanggar undang-undang.
Ya, silakan. Helo, terima kasih.
Okey.
- Tapi... - Ya, dia tahu. Lekas.
- Tidak. Tunggu! - Ya, saya faham.
Kenapa?
Saya tak pernah jumpa orang Israel, secara berdepan.
Awak tahu apa yang awak perlu cakap, bukan?
- Ya. Sudah tentulah. - Okey.
Ya. Okey.
Okey, silakan masuk.
Helo.
Helo.
Musim-musim begini, cuaca di London sangat sejuk.
Ya.
Juga basah.
Ya.
Tak macam tempat kita.
Saya tak balik ke tempat saya sejak tahun 1967...
apabila semua lelaki, wanita dan kanak-kanak di kampung saya...
terpaksa tinggalkan tanah air kami...
kerana Zionis datang menyerang!
Tapi saya masih ingat pada waktu begini, di sana panas.
Saya dah baca kajian terbaru awak.
Yakah?
Saya rasa kajian itu sangat bagus.
Terima kasih.
Malah, sebenarnya saya...
saya pun ada tulis kajian...
yang menunjukkan faedah kerjasama ekonomi antara kita.
Kalau awak sudi baca, mungkin...
awak boleh beri saya ulasan profesional.
Saya berbesar hati.
Tuan-tuan? Dah tiba masanya.
Awak sangat murah hati dengan pandangan awak.
Kita patut berjumpa lagi...
untuk berbincang tentang ekonomi.
Masa depan.
Saya diberitahu kalau kita bertemu di Oslo...
kawan-kawan boleh buktikan...
Maaf.
Maaf.
Saya diberitahu kalau kita bertemu di Oslo...
kawan-kawan boleh beri kita privasi dan masa bersendirian...
dan apa saja yang kita perlukan.
Siapa awak?
Saya cuma seorang profesor ekonomi...
yang menyokong dialog bersama PLO.
Awak bercakap bagi pihak siapa?
Bukan siapa-siapa!
Tapi saya akan bersarapan di Tel Aviv esok...
dengan kawan baik saya, Yossi Beilin.
Saya tak sabar...
untuk beritahu timbalan menteri luar kami...
tentang perjalanan saya di London.
Oh, Tuhan. Itu mustahil!
Jan, Tembok Berlin baru saja runtuh...
empayar Soviet ditinggalkan, apa saja boleh berlaku.
Kalau kita aturkan pertemuan di Norway...
Ahmed Qurie akan datang sebagai mewakili suara PLO.
Suara PLO hanya suara Arafat, Mona!
Ahmed Qurie itu siapa?
Macam mana awak nak pastikan dia beritahu Arafat semua ini?
Sebab Arafat tahu apa yang berlaku dan menyokongnya.
- Betulkah? - Ya, tentulah!
Kalau kita yang atur, Israel pun akan setuju.
Tidak, Mona, Yossi Beilin yang setuju...
dan dia pun tiada kuasa untuk luluskan pertemuan ini.
Yossi sendiri beritahu saya yang Shimon Peres sendiri setuju.
Tanpa ragu-ragu.
Mona, kita berdua pegawai luar negara.
Kita tak boleh bahayakan pendirian berkecuali Norway...
Ini tak melibatkan kerajaan Norway.
- Ini antara kita saja! - Mona, awak tak nampakkah...
apa yang awak usulkan ini adalah mustahil?
Awak seorang menteri rendah dan Terje cuma ahli sosiologi.
Kalau begitu, itu dah cukup.
Kita boleh kata institut Terje...
anjurkan persidangan di Norway...
untuk ahli akademik Israel dan Palestin.
Terje akan minta kawannya untuk pinjamkan rumah agam.
Saya akan tempah penerbangan biasa untuk mereka...
dengan nama samaran.
Kita akan guna kereta sewa saja, tiada saluran diplomatik.
Tapi untuk jalankan semua ini, awak perlu luluskan visa mereka.
No comments yet. Be the first to leave one.