Joy of Life

Joy of Life (庆余年)

Download Malay Subtitle

Season 2

Release info

Joy of Life Season 2 S01E03 Locating the Whereabouts VIU x264
A Commentary by rockfella

Tags

webdl
Published on: 2024-05-18
Downloads: 60
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Apa maksud awak?

Tuan Fan,

awak nak siasat Astaka Rangkulan Bulan?

- Awak dengar dari siapa? - Saya tak beritahu dia begitu.

Tuan Fan, saya tak rasa awak kembali dari kematian,

dan datang jumpa saya di tempat seperti itu...

kerana awak jatuh cinta pada saya.

Saya hanya seorang gadis biasa.

Segala-galanya di sekeliling saya adalah biasa...

kecuali Astaka Rangkulan Bulan.

Jadi, apa yang tak biasa tentang Astaka Rangkulan Bulan?

Walaupun Astaka Rangkulan Bulan baru saja dibuka,

mereka dah berjaya merekrut...

pelacur terbaik di ibu kota.

Semuanya adalah pelacur terkenal.

Setiap rumah pelacur ada penyokong.

Walaupun begitu,

tiada siapa daripada mereka berani tolak perekrutan itu.

Itu bukan perkara biasa.

Cik Sang, boleh saya minta tolong?

Tuan Fan, saya juga nak minta tolong awak.

Itu boleh dirunding.

Jika begitu, Tuan Fan, awak perlu simpan wang kertas dulu.

Barulah saya boleh mengemukakan permintaan saya.

Awak nak pertolongan macam mana?

Tuan Fan, awak patut tanya saya dulu.

Saya tak akan beritahu permintaan saya...

jika saya tak dapat tolong diri sendiri.

Cik Sang, awak ada kesedaran diri yang tinggi.

Dengan identiti seperti saya,

saya akan menghadapi kesukaran hidup...

jika saya tak ada kesedaran diri.

Siapa pemilik Astaka Rangkulan Bulan?

Saya tak tahu. Saya tak pernah jumpa pemiliknya...

sejak saya sertai Astaka Rangkulan Bulan.

Biar saya tanya satu lagi soalan.

Awak pernah nampak...

ibu dan anak lelakinya di Astaka Rangkulan Bulan?

Kanak-kanak itu berumur dalam lingkungan enam hingga tujuh tahun.

Belum.

Tuan Fan, saya rasa orang yang awak cari...

tak sertai Astaka Rangkulan Bulan atas kehendak mereka sendiri.

Tak. Mereka telah diculik ke tempat ini.

Kami tak pernah nampak sesiapa...

yang mereka culik di sini.

Jika ada ibu dan anaknya di sini,

saya rasa mereka akan dikurung...

di tempat yang sama dengan yang lain.

Jadi, di mana tempat itu?

Tiada siapa beritahu kami sebelum ini.

Kami pun tak tahu...

siapa mangsa terbaru mereka.

Beberapa hari lalu, salah seorang daripada gadis itu...

dipukul dengan kasar.

Dia berlari ke halaman depan dan terserempak dengan saya.

Jika ibu dan anaknya diculik ke tempat ini,

saya rasa dia mungkin pernah nampak mereka sebelum ini.

Siapa nama dia?

Saya tak tahu.

Saya rasa nama keluarganya ialah Jin. Itu saja yang saya tahu.

Ayah dia jual sayur-sayuran untuk hidup.

Cik Sang Wen,

masa untuk pergi.

Baiklah.

Saya akan ke sana selepas tukar pakaian saya.

Tunggu.

Awak belum beritahu saya tentang permintaan awak.

Maklumat saya itu berguna?

Sangat berguna.

Saya nak meninggalkan Astaka Rangkulan Bulan.

Bahaya kalau awak ikut saya sekarang.

Tapi, bukannya saya tak boleh bawa awak ikut saya.

Tapi bukan sekarang.

Saya tak boleh lari daripada identiti ini...

selagi indentur saya masih ada.

Jika begitu, saya akan beli indentur awak.

Tuan Fan, saya tak berani minta awak membazirkan wang.

Saya ada wang yang mencukupi untuk beli indentur saya.

Saya hanya nak peluang untuk menebus.

Awak tak boleh beli itu walaupun awak ada wang?

Saya dipaksa tandatangan indentur dengan cara yang ganas.

Mereka paksa wanita untuk jadi pelacur sekarang?

Pemilik Astaka Rangkulan Bulan cukup berpengaruh, ya?

Jangan beritahu orang yang awak jumpa saya.

Tunggu saya selamatkan awak.

Saya tak tergesa-gesa.

Tuan Fan, kita boleh bercakap mengenainya setelah awak kembali.

Tuanku,

senarai nama semua individu...

yang menghadiri upacara peringatan...

ada di sini.

Fan Xian tak pernah tunjukkan dirinya.

Ada sebarang pergerakan di kediaman Wang Qi Nian?

Tak ada.

Saya juga dah menempatkan anak buah kita...

di setiap sudut.

Kami hanya nampak isteri dan anak perempuannya.

Dia tak kelihatan di mana-mana.

Mungkin...

Fan Xian belum sampai ke ibu kota?

- Kita perlu menunggu lama lagi? - Kita tiada masa.

Kematian Tuan Fan akan diketahui semua orang sekarang.

Jika dia kembali ke wakil utusan sekarang, sukar untuk tangkap dia.

Tapi dia tak tunjukkan dirinya.

Wu Jiu, awak tahu...

apa saat yang paling menyentuh hati di dunia?

Untuk lulus peperiksaan empayar.

Jawapannya ialah bersatu semula dengan keluarga.

Awak tahu apakah prasyaratnya?

Awak kena ada keluarga dulu.

Awak kena berpisah dulu...

baru boleh bersatu semula.

Wu Jiu, jemput isteri dan anak Wang Qi Nian ke sini.

Saya nak menyaksikan pertemuan semula mereka...

yang menyentuh hati.

Ya, tuanku.

Saya menunggu detik yang menyentuh hati itu.

Tuan Fan, saya dah tanya mengenainya.

Ini adalah jalannya.

Kemudian, gerabak pembelian Astaka Rangkulan Bulan...

akan lalu jalan ini.

Ingat,

ada dua bakul sayur dalam pedati terakhir.

Itu tak dibungkus dengan sayur-sayuran.

Awak boleh bersembunyi di dalamnya.

- Awak pasti tentang itu? - Ya.

Mereka di sini.

Tuan Fan,

awak ada wang?

Lihat semua tahil perak!

Ini saya punya!

Ada tahil perak di sana!

Pergi! Jangan curi wang saya!

Ini saya punya!

Di sebelah barat kubu lama,

kata orang,

di Chibi, Zhou Yu dari Tiga Kerajaan...

panggil batu untuk menembusi langit,

ombak untuk menghempas pantai,

dan salji terapung.

Hebat!

Masuk ke dalam.

Cepat.

Hati-hati dengan barang saya.

Masuk ke dalam. Di sana.

Masuk ke dalam. Hati-hati.

Liu,

periksa semua pedati ini dengan teliti nanti.

- Baik, tuan. - Baik, tuan.

Kapten, jaga diri.

Saya jumpa awak dulu.

Saya tak tahu siapa awak.

Awak berada di atas persada sebelum ini, bukan?

Semua, tolong beri saya peluang lagi!

Tolong beri saya peluang lagi!

Tolong beri saya peluang lagi!

Tolong beri saya peluang lagi!

Pak cik nak sangat masuk dalam itu?

Itu lebih penting daripada nyawa saya.

Pak cik tak muda.

Pak cik perlu jaga kesihatan.

Tak apa.

Saya baik-baik saja dengan apa yang berlaku kepada saya...

asalkan saya dapat jumpa anak perempuan saya.

Anak perempuan pak cik ada di Astaka Rangkulan Bulan?

Tapi kenapa?

Kerana 500 tahil.

Pak cik jual anak perempuan pak cik?

Saya tak akan buat begitu tak kira betapa teruknya saya.

Anak perempuan saya buat begitu untuk bayar wang sayur-sayuran.

Dia jual dirinya sendiri.

Wang sayur?

Bagaimana mungkin seseorang guna 500 tahil untuk sayur-sayuran?

Itu hutang yang saya tanggung daripada jual sayur-sayuran.

Sida-sida Dai, yang bertanggungjawab dalam membeli sayur,

beli daripada saya.

Tunggu.

Pak cik seorang penjual sayur?

- Nama pak cik Jin? - Bagaimana kamu tahu?

- Letak di sini. - Cepat.

Hati-hati dengan barang.

Saya nak seekor ayam.

Seperti yang pak cik kata, pak cik hantar sayur ke istana, bukan?

Itu hebat. Pak cik akan ada perniagaan tak kira musim.

Bagaimanapun, sida-sida Dai mengenakan bayaran tambahan...

kepada kami sebagai tanda hormat.

Kami perlu bayar setiap kali jika ada majlis perayaan.

Pada hari lahirnya hari itu,

saya tak ada wang.

Sida-sia Dai simpan dendam terhadap saya.

Selepas itu, dia asyik merungut sayur saya tak segar.

Jika begitu, bukan ke lebih baik...

jika pak cik berhenti jual kepadanya?

Kalaulah saya boleh buat begitu.

Jika sayur tak segar, dia akan hukum kamu.

Dia akan kata yang kamu tak hormat keluarga diraja.

Dia hukum saya setiap hari. Saya kena berhutang dengan dia.

Akhirnya, hutang saya jadi 500 tahil.

Sebab itulah anak perempuan saya buat perkara yang bodoh.

Tak boleh ke pak cik berhenti hantar sayur ke istana?

More Malay subtitles for Joy of Life

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left