Mare of Easttown

Mare of Easttown

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Mare Of Easttown S01E07 1080p WEB H264-GLHF
A Commentary by ShasyaLala
HBO Retail.

Tags

web
1080
Published on: 2021-06-01
Downloads: 16
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Dapat?

Belum lagi.

Dia pun tak jawab radio dia.

Hubungi balai di sana.

Maklumkan mereka...

dan suruh mereka hantar orang untuk periksa kabin itu.

Baik.

Dari mana awak dapat gambar ini?

Saya jumpa dalam jurnal Erin.

Dylan Hinchey tahu John Ross ayah kandung DJ?

Tak, saya sembunyikan gambar ini daripada Dylan.

Awak tak jawab soalan saya tentang jurnal Erin yang dibakar.

Itu idea saya.

Saya fikir kalau polis jumpa...

pasti ada sesuatu yang ditulis di dalamnya.

Sesuatu seperti apa?

Seperti itu.

Identiti sebenar ayah kandung DJ.

Dylan mahu ibu bapanya membesarkan DJ.

Dia kata mereka akan kecewa kalau DJ dirampas daripada mereka.

Itu sebab dia.

Apa sebab awak membakarnya?

Saya fikir itu yang Erin mahu saya buat.

Saya cuma nak lindungi kawan saya.

Inilah sebabnya awak bawa saya ke sini?

Awak nak buat saya nampak macam bunuh diri.

Ini saja caranya untuk saya pastikan.

Baik, awak campak saya ke dalam sungai...

dan teruskan hidup.

Buatlah, John.

Di sini?

Di sini supaya awak pasti yang saya akan mati.

Semua orang fikir saya bunuh dia.

Tiada sesiapa akan rindu lelaki tak guna macam saya.

- Tembaklah, John! - Diam, Billy.

Saya...

- Maafkan saya. - Tak perlu minta maaf.

Awak akan membantu saya, John.

Tembaklah, John.

Macam awak cakap...

awak ada keluarga, saya tiada sesiapa.

Tembak saja.

Ini yang saya mahu.

Cepat tembak.

Cepatlah tembak, John!

- Diamlah, Billy! - Tembak, John!

- Tutup mulut awak! - Tembak!

- Tak guna. - Tembak saja, John.

- Okey? - Oh, Tuhan!

Tembaklah, John!

Tembak saja, John!

John, letak pistol itu!

Letakkan pistol!

Letak pistol itu!

Tidak!

John!

John!

Tidak!

Saya tak buat, Mare.

Bunuh saja saya, Mare.

Tolonglah, bunuh saja saya.

Mare! Tolonglah.

Bunuhlah saya, tolonglah.

Mare, tolonglah bunuh saja saya.

- Tangan awak okey? - Tak.

Rasa gatal sangat, bau pun busuk.

Jess Riley datang tadi.

Dia jumpa sesuatu di dalam jurnal Erin McMenamin.

Dia nak adik dia mengaku kesalahan dia.

Awak okey?

Tak.

Tapi awak akan okey.

Bagus.

Awak nak saya mula dari mana?

Bila awak...

mula jalinkan hubungan intim dengan Erin McMenamin?

Di perjumpaan keluarga di Tasik Harmony, pada satu malam.

Billy, dia...

minum sepanjang petang, jadi dia tak terurus sedikit.

Saya pergi periksa keadaan dia.

Dia berkongsi kabin dengan Kenny dan Erin.

Kenny dan Billy dah tidur.

Erin duduk di anjung depan.

Kami pun mula berbual.

Dia kata dia tak boleh tidur. Jadi kami pergi berjalan-jalan.

Kami berbual sepanjang malam.

Kemudian...

kami berciuman.

Sejak itu, kami mula keluar bersama.

Mula berasmara?

Ia bukan hubungan intim semata-mata, okey?

Ya, memang kami berasmara.

Tapi...

kami berdua tertekan waktu itu.

Dia ada masalah di rumah.

Hubungan saya dan Lor pun tak begitu baik.

Kami rasa boleh saling mengadu...

dalam cara yang orang lain takkan dapat faham.

Kami ada keserasian itu, awak faham?

Erin mengandung.

Saya minta dia gugurkan kandungan.

Tapi dia tak mahu.

Jelas sekali, hakikat itu akan menyakitkan semua orang.

Dia bercinta dengan Dylan Hinchey pada waktu itu, jadi kami...

biarkan Dylan anggap DJ itu anak dia.

Beritahu kami segalanya yang berlaku pada malam 10 Januari.

Saya berada di Forest Lodge.

Parti pertunangan Frank.

Erin telefon saya beberapa kali.

Nanti dulu, tiada...

Tiada panggilan dibuat ke nombor awak daripada...

Tiada dalam rekod panggilan dia.

Kami guna telefon prabayar.

Supaya kami boleh berbual tanpa pengetahuan Lori.

Dia tahu dia tak boleh hubungi telefon bimbit saya.

Tapi malam itu dia telefon juga.

Dia sangat marah, dia kata dia akan beritahu Lori...

kalau saya tak jumpa dia.

Jadi saya tinggalkan parti itu, saya pergi ke Brandywine Park.

Dia ada di situ.

Dia sangat marah.

Dia mahu saya bayar untuk pembedahan telinga DJ.

Saya cuba berunding dengan dia.

Saya kata saya akan cuba dapatkan duit secepat mungkin.

Tapi dia...

Dia dah letih.

Saya rasa dia dah muak...

Jemu dengan penipuan saya.

Dia keluarkan pistol dan ayunkannya tak tentu hala.

Dia terpekik-pekik, dia kata saya dah hancurkan hidup dia...

dan dia nak tembak diri dia.

Di situ.

Saya tak pernah lihat dia begitu.

Saya bimbang dia akan lakukannya.

Jadi saya cuba rampas pistol itu daripada dia.

Tapi tembakan terlepas dan terkena tangannya.

Darah dia mula keluar lalu dia menjerit.

Saya panik.

Saya panik, jadi saya tembak dia.

Awak tembak dia di mana?

Di mukanya.

Saya heret mayat dia ke hutan.

Saya bersihkan mayatnya dan pergi ke Forest Lodge semula.

Kenapa?

Saya kena hantar Frank dan Faye balik...

supaya ada alibi.

Saya telefon Billy.

Kami berjumpa di taman itu...

dan masukkan mayatnya di belakang trak saya.

Kenapa bawa dia ke Sharpe's Woods?

Erin kata dia keluar malam itu dengan kawan-kawan dia.

Saya fikir mungkin...

Awak nak buat kami fikir kawan-kawannya yang bunuh dia.

Lori tahu?

Saya minta dia tipu awak demi saya.

Saya minta dia beritahu awak Billy yang bunuh Erin.

John Ross mengaku bunuh Erin McMenamin malam tadi.

Saya dah telefon pejabat pendakwa pagi ini...

dan minta mereka tarik balik dakwaan ke atas awak.

Satu-satunya jenayah yang awak buat adalah menipu tentang basikal Erin.

Kalaulah saya dapat halang dia.

Erin, waktu dia keluar dari kereta saya...

Saya patut tahan dia...

dan halang dia daripada pergi ke taman itu.

Ke mana saja awak pergi lepas ini...

saya harap mereka layan awak lebih baik daripada kami.

Saya tiada tempat lain nak pergi, detektif.

Easttown ini tempat saya.

Ya.

En. Ross!

Kenapa awak bunuh dia, John?

En. Ross!

John, kenapa bunuh dia?

Satu tuduhan bagi seksyen 2501...

yang menyatakan tertuduh itu bersalah atas homisid jenayah...

kalau tertuduh dengan sengaja, secara semberono atau cuai...

menyebabkan kematian seseorang.

Defendan, sila berdiri.

Awak ada dua minit.

Terima kasih sebab sudi jumpa saya.

Saya tahu saya tak berhak, tapi saya minta satu saja.

Boleh awak jaga DJ?

Besarkan dia?

Beri dia hidup yang baik?

Saya tiada pilihan lain.

Saya terpaksa.

Dia anak saya.

Darah daging saya.

Boleh awak lakukannya?

- Kita kena pergi. - Boleh?

Jalan.

Mare.

Ross dihadap tuduh hari ini...

berkaitan kematian Erin McMenamin.

Kami bersama dia malam itu.

Di parti pertunangan Frank.

Dia John.

Alamak, Mare balik. Mak cik tak nak dia dengar.

Matikannya.

Aduh!

More Malay subtitles for Mare of Easttown

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left