The first 200 lines.
Kediaman Fowl Ireland
Pihak berkuasa di serata dunia
menunjukkan rasa terkejut terhadap tuduhan-tuduhan ini.
Pencurian paling berani pada zaman moden ini.
Fowl dikatakan sedang sembunyikan sebuah tinggalan purba
bernilai ratusan juta...
Sekali lagi,
terlalu banyak telah dirompak daripada muzium-muzium ini.
Ada yang kata jumlah sebenar pencurian itu
mungkin takkan diketahui.
Di mana saya di tengah apa yang hanya boleh digambarkan
sebagai kegilaan media.
Dia tak boleh menafikan fakta bahawa waktu dia ditahan...
Koleksi itu mengandungi bukti dunia purba yang paling jarang ditemui.
Kebanyakannya menyatakan ketakutan terhadap aktiviti jenayah tertuduh,
sementara yang lain menggambarkan ia terlibat dengan konspirasi yang luas.
Banyak persamaan
kepada banyak pencurian berani yang diselubungi misteri.
Khayalak telah berkumpul...
Itu dia! Itu dia!
Berita tergempar. Itu dia keretanya.
Ya, kereta itu telah turun.
Dan nampaknya si muda Artemis Fowl ada di sini.
Pihak berkuasa sekarang sudah menghubungkan semua jenayah kepada seorang lelaki.
Artemis Fowl.
Berita tergempar sekarang
dan suspek rakan subahat Artemis Fowl
ditahan hari ini berdekatan Kediaman Fowl.
Tolong saya.
Adakah individu yang tak dikenalpasti ini ada kaitan
dengan Artemis Fowl dan pencurian-pencurian itu?
Kami ada laporan
bahawa pihak berkuasa perisikan British
dijangka akan menyoal siasat suspek dengan segera.
Betul ke?
Kamu ada apa-apa nak kata, Artemis?
Apa rasanya
mempunyai ayah yang merupakan seorang penjenayah, Artemis?
Unit Soal Siasat MI6 Red Fort Kuala Thames, London
Nama kamu?
Mulch Diggums.
Apa sebenarnya yang kamu buat berdekatan Kediaman Fowl?
Jadi sekarang dah haramkan
untuk pergi mendaki?
Ini bukan mendaki.
Melainkan kamu beritahu apa sebenarnya yang berlaku di Kediaman Fowl,
kamu akan kekal dipenjarakan.
Nanti, nanti, nanti.
Kamu tak mahukan saya.
Tak. Tak, saya cuma penerowong yang berbakat.
Kamu mahu dalang di sebalik operasi itu.
Yang mencuri Aculos.
Apa sebenarnya Aculos ini?
Aculos.
Senjata yang sangat berkuasa dan misteri,
ia hampir tak boleh dibayangkan.
Kamu berbohong.
Macam inilah, saya tahu kamu tak percayakan kisah saya,
tapi saya boleh buktikannya.
En. Diggums, saya sangat meraguinya.
Oh, kamu lihatlah nanti.
Apa yang saya nampak hanyalah
terdapat aktiviti gempa luar biasa yang sangat tinggi
sekitar Kediaman Fowl
dan laporan dari nelayan yang gila dengan cerita pari-pari.
Mungkin nelayan itu nampak sesuatu yang dia tak patut nampak.
Itu khayalan.
Realitinya adalah kamu seorang pencuri biasa
yang entah macam mana terlibat dengan pencuri yang agak luar biasa.
Kami mahu tahu segalanya tentang lelaki yang kamu bekerja dengannya itu.
Lelaki itu?
Oh, tidak.
Ini bukan tentang ayahnya.
Ini tentang anak lelaki itu.
Anak lelaki itu?
Jangan memandang rendah budak itu.
Biar saya tunjukkan kamu
kemungkinan yang tak berpenghujung bagi magik.
Biar saya beritahu kamu
kisah tentang Artemis Fowl.
Sebuah kisah yang bermula dengan setiap permulaan kisah yang hebat,
di tempat di mana magik dan keajaiban masih wujud.
Tempat paling ajaib di Bumi.
Ireland.
Kediaman Artemis Fowl.
Artemis suka Ireland.
Lautan dan daratan.
Tapi tak suka sekolah sangat.
Dia cuma tak perlukannya.
Waktu dia tujuh tahun,
dia mengalahkan juara catur Eropah, Evan Rashoggi,
dalam lima gerakan.
Waktu dia sembilan tahun, dia memenangi pertandingan senibina
untuk merekabentuk Rumah Opera Dublin.
Waktu dia 10 tahun,
dia klonkan seekor kambing dan namakannya Bruce.
Pilihan yang pelik, tapi dia budak yang luar biasa.
Dan kamu tahu tak bila kamu luar biasa seperti itu,
kamu akan menonjol.
Baik, Artemis, mari berbincang, boleh?
Tentu sekali, tuan.
Ah.
Saya boleh nampak kamu mengagumi kerusi saya.
Ini harta pusaka keluarga.
Datuk saya mendapatkannya dari Sotheby's.
Zaman William dan Mary,
1689 ke 1702, seperti yang saya pasti kamu tahu.
Mengagumkan.
Pernah digunakan di istana, Istana Buckingham. Hmm.
Kerusi kegemaran Permaisuri nampaknya.
Sekarang, Artemis, ada satu masalah.
Masalahnya adalah saya tahu jawapan buku teks
kepada mana-mana soalan yang kamu pilih untuk tanya.
Masalahnya kamu tak cukup menghormati orang
untuk melayan mereka sama rata.
Itu mengarut. Saya letakkan beberapa orang
pada penghormatan paling tinggi.
Betul ke? Siapa contohnya?
Albert Einstein.
Teori dia biasanya betul.
Macam mana dengan seseorang yang kamu betul-betul kenal?
Kamu kelihatan mempunyai semua jawapannya, Doktor.
Apa kata kamu beritahu saya?
Baik,
di mana kita patut mula?
Saya agak itu biografi saya?
Iya. Ia menerangkan banyak perkara.
Seperti?
Pertama sekali,
tentulah ada ibu kamu.
Yang merupakan wanita yang bagus, pada pandangan saya,
dan dijemput pergi lebih awal dari kita,
tapi yang sedihnya dia tiada kawalan langsung terhadap kelakuan kamu.
Kemudian tentulah ada ayah kamu
dan kehilangan misterinya dari rumah kamu.
Ini hal yang sensitif, Doktor.
Tapi adakah kamu terfikir itu sebabnya kamu menjadi seperti sekarang?
Tak.
Dan lagi satu, saya tak tahu
mereka membenarkan barang palsu di istana.
- Palsu? - Ianya bijak,
saya puji yang itu.
Tapi tengoklah pada paku perabot ini.
Bentuk bintang di kepalanya.
Diukir oleh mesin.
Membuatkan ia dihasilkan paling awal pada tahun 1890an.
Datuk kamu ditipu.
Artemis, kamu lepaskan kemarahan pada saya,
tapi saya rasa saya tahu ini tentang apa sebenarnya.
Adakah kerana beban terhadap nama ayah kamu?
Tak.
Ia kerana saya dipaksa untuk menghadapi
terapi mengarut ini.
Artemis?
Dengar sini! Kamu fikir kamu siapa?
Tapi, tentulah Artemis bukan sendirian,
walaupun ia kelihatan seperti itu kadang-kadang.
Kerana jika ada satu perkara yang Artemis suka
lebih daripada bersendirian,
adalah berada di rumah bersama ayahnya.
Artemis Fowl Sr.,
seorang penjual barang antik dan aneh
dan setiap kisah dongeng Irish
yang kamu nak bayangkan.
Mereka dilatih dalam kemahiran...
Kecuali yang kamu tak perlu pun bayangkan,
kerana Artemis Sr. mengajar Artemis Jr.
segalanya yang boleh diketahui
tentang makhluk leprekaun, banshee,
pari-pari dan goblin.
Sangat banyak sehinggakan kamu akan fikir
yang Artemis Sr. percaya
dalam lagenda orang kecil.
Dia semestinya berkongsi minatnya dengan anak beliau
pada waktu yang jarang berlaku
ketika dia tidak ada urusan kerja.
Tapi sementara dia berada di sana,
dia sememangnya mahu Artemis tahu
segalanya yang boleh dipelajari tentang pari-pari.
Untuk persiapkan budak itu pada hari yang akan tiba lebih awal
daripada sesiapa jangkakan.
Ayah dah beritahu kamu macam mana semua permata pari-pari itu
dapat datang ke Kediaman Fowl?
Beribu tahun yang lalu,
di sinilah keamanan tercipta.
Selepas peperangan di antara dunia manusia
dan Tuatha De Danaan,
seorang manusia dan pari-pari bertemu...
Beritahu sajalah bila ayah akan bertolak.
Helikopter sedang disediakan untuk ayah sekarang, nak.
Ayah minta maaf. Ayah akan balik secepat yang boleh.
Itulah yang ayah kata waktu sebelum ini,
dan waktu sebelum itu lagi.
Ayah tahu, Arty.
Cuma ada satu perkara penting yang ayah perlu lakukan.
Dan ayah tahu ianya sukar bagi kamu,
tapi dengar sini, kerja ayah akan berakhir.
Dan seperti kisah-kisah, kamu tahulah,
ia semua ada pengakhiran yang...
Yang membuatkan kamu tersenyum.
No comments yet. Be the first to leave one.