The first 185 lines.
Musim panas tahun itu adalah amat sibuk.
Mungkin disebabkan bencana yang sering berlaku tahun lepas,
roh terkutuk muncul seperti ulat.
Hapus, serap. Saya selalu mengulangi dua perkara ini.
Hapus.
Serap.
Tiada orang tahu
bau roh terkutuk.
Ia sama seperti menelan kain yang telah mengelap muntah.
Hapus.
Serap.
Benda yang saya nampak tidak luar biasa.
Ia kejelekan yang diketahui semua orang.
Saya sangat memahami hal ini,
jadi saya memilih untuk jadi penyihir dan bantu orang ramai selama ini.
Sejak hari itu,
saya selalu meyakinkan diri.
Sejak hari itu...
Tempat itu
asalnya merupakan kediaman seorang presiden syarikat
yang menjalankan perniagaan restoran barbeku di kawasan itu.
Namun, pada bulan Julai tahun lepas,
disebabkan penyakit lembu gila,
kedai barbeku itu terjejas teruk.
Presiden terdesak dengan beban hutang dan bunuh diri bersama keluarga.
Sejak itu, kediaman presiden
menjadi tempat berhantu yang terkenal.
Pelajar sekolah menengah tempatan, pelajar universiti dari bandar lain
dan pekerja bebas
semuanya datang ke sini untuk uji keberanian.
Mereka hilang satu demi satu.
Mungkin penyebaran berita ini menyebabkan peningkatan bilangan mangsa.
Lagipun, khabar angin tentang tempat berhantu tersebar dengan cepat sekali.
Terutamanya baru-baru ini, berita tersebar cepat berikutan perkembangan Internet.
Jadi, beban kerja Penyihir Jujutsu juga telah meningkat.
Selain itu,
terdapat juga tiga pelajar sekolah rendah yang hilang dalam perjalanan balik,
ahli keluarga mereka, polis,
rakan sekerja mereka
dan rakan.
Mereka mungkin pergi ke banglo itu untuk mencari orang yang hilang
dan akhirnya menjadi mangsa.
Nampaknya kita perlu mengatasi masalah ini secepat mungkin.
Ibu Pejabat juga berpendapat sedemikian.
AMARAN! DILARANG MASUK, BANYAK KES KEHILANGAN Sebab itu saya diminta untuk siasat.
AMARAN! DILARANG MASUK, BANYAK KES KEHILANGAN Mereka sudi berikan ganjaran yang menarik.
Awak memeras ugut mereka lagi?
Jangan kata macam itu.
Kami "tawar-menawar".
Kita dah sampai.
Ayuh.
Muncul daripada kegelapan, lagi gelap daripada kegelapan.
Sucikan...
Tak perlu melabuhkan "tirai".
Saya tak rasa nafas terkutuk.
Ia berkemungkinan besar di dalam bangunan.
Labuhkan tirai apabila kita perlu menaklukkannya dari luar.
BETUL JUGA
Pintu ini terbuka.
Rasanya ada sesuatu yang tersangkut di pintu.
Apa ini?
Cik Mei.
Memang ada sumpahan.
Malah, ia berada di mana-mana saja.
Mari masuk sekarang.
Saya tak perlukan lampu suluh, tapi awak perlukannya, betul?
Terima kasih... banyak...
Baik.
Me... menakjubkan betul.
Tak sangka masih ada elektrik di sini.
Mari kita periksa bahagian dalaman bangunan dulu.
Saya akan periksa tingkat ini.
Awak pergi tingkat dua.
Saya pergi seorang?
Apa masalahnya?
Tak, tia... tiada masalah.
Saya akan serahkan kepada awak.
Baik.
Ini bilik terakhir.
Awak dah boleh lakon watak ratu jeritan.
Aduhai, jangan sengaja mengejutkan saya.
Awak yang mengejutkan sendiri.
Awak dah siap periksa tingkat satu?
Ini tingkat satu.
Saya berjalan dari koridor di tingkat satu.
Namun...
Rasanya saya telah masuk ke bilik...
terakhir.
Kotak makanan ringan.
Bungkusan keropok.
Tin minuman, beg galas, baju sukan.
Saya telah lihat semua ini tiga kali.
Saya juga tinggalkan tanda ini
semasa dalam perjalanan ke sini.
Nampaknya
kita telah terperangkap di sini.
Biar betul?
Berapa panjang koridor ini?
Kita telah jalan hampir 30 minit.
Rasanya sudah hampir empat kilometer.
Ini bukan Domain Bawaan, betul?
Bukan.
Ini ialah manifestasi pemandangan mental.
Jadi, apa benda itu?
Teknik Penghalang.
Betul.
Rasanya mangsa juga terperangkap di sini
dan akhirnya dibunuh oleh roh terkutuk.
Namun, berdasarkan teknik ini,
roh terkutuk bukan hebat sangat.
Asalkan kita dapat keluar dari penghalang ini...
Masalahnya sekarang,
bagaimana awak akan keluar dari penghalang?
Koridor ini ialah kitaran tanpa penghujung.
Pada mulanya...
Ia seperti ini.
Berani awak sentuh dengan tangan.
Saya bayangkannya sebagai struktur yang serupa dengan donat.
Namun, kita telah melalui tanda yang awak tinggalkan empat kali.
Saya mengira selang dengan langkah saya, dan ia adalah…
122 langkah.
203 langkah.
157 langkah.
270 langkah.
Jadi, selang antara langkah adalah rawak.
Begitu rupanya.
Skop kitaran adalah tidak tetap.
Jadi, saya rasa
ia sesuatu seperti ini.
Penghalang ini sebenarnya dicantumkan.
Jadi, asalkan kita berdua pecut dengan laju di koridor,
penghalang ini pasti akan...
hancur di sesuatu tempat.
Sikit lagi, 90 markah.
Macam mana dengan sepuluh markah lagi?
Jika perlu lari,
kita perlu lari dalam arah yang bertentangan, betul?
Saya dah faham.
Jika andaian saya tentang struktur ini adalah betul,
maka dua orang yang bergerak pada kelajuan tinggi ke arah yang berbeza
lebih mudah memecahkan penghalang yang dibentukkan oleh roh terkutuk.
Apabila ada celah, mungkin kita dapat keluar.
100 markah.
Kita akan putuskan macam ini.
Jika cara ini berkesan,
awak mesti mengesyorkan saya untuk dinaikkan pangkat.
Berapa banyak simpanan awak?
Apa?
Tak apa-apa, saya akan pertimbangkan.
Baik.
Jika begitu...
Sedia.
Lari!
Dah berjaya!
Saya datang selamatkan awak.
Utahime.
SEKOLAH TINGGI JUJUTSU, TINGKATAN DUA, SATORU GOJO Awak sedang nangis?
PENYIHIR TAHAP DUA, UTAHIME IORI Saya tak nangis!
PENYIHIR TAHAP DUA, UTAHIME IORI Gunakan bahasa hormat.
PENYIHIR TAHAP DUA, UTAHIME IORI Jika saya nangis, awak akan pujuk saya?
PENYIHIR TAHAP SATU, MEI MEI Saya rasa nak cuba.
Cik Mei takkan nangis, awak begitu tabah.
Yakah?
Gojo.
Awak dengar baik-baik.
Saya tak perlukan awak selamatkan saya...
Jangan telan!
Saya akan serapkannya nanti.
SEKOLAH TINGGI JUJUTSU, TINGKATAN DUA, SUGURU GETO Satoru, tak elok awak buli orang lemah.
Siapakah bodoh yang akan buli orang hebat?
Awak yang memprovokasi dia, Geto.
Senior Utahime!
Awak tak apa-apa?
SEKOLAH TINGGI JUJUTSU, TINGKATAN DUA, SHOKO IEIRI Shoko!
SEKOLAH TINGGI JUJUTSU, TINGKATAN DUA, SHOKO IEIRI Saya sangat risau tentang awak.
SEKOLAH TINGGI JUJUTSU, TINGKATAN DUA, SHOKO IEIRI Lagipun, awak tak hubungi saya dua hari.
Shoko!
Shoko, awak tak boleh jadi sama seperti mereka!
Saya takkan begitu.
ORANG JAHAT Saya takkan jadi orang jahat seperti itu.
Tempat yang dipijak oleh Utahime akan runtuh.
Jangan menyibuk.
Dua hari.
Penghalang roh terkutuk memang berbentuk herot-benyot.
Ini agak luar biasa, tapi kadangkala kita nampak juga.
No comments yet. Be the first to leave one.